Wednesday, September 30, 2009

Raya KL- rumah mama kena serbu (mini open house)

Ahad (8 syawal )

Hari ni adik beradik mama nak datang beraya kat rumah. Masing2 suruh mama buat ketupat palas. Ok dari malam tadi mama membalut ketupat palas ni sampai tersenggut2 biji mata tau. Tak apa demi kakak2 ku yang ku sayang kan.......rela ku berkorban...hihihihiihih


mama ajar anak2 mama & anak2 mummy gee buat ketupat daun palas....hihihiih nanti kau buat sendiri lah gee ketupat palas ni....danial & danish dah pandai dah..


lepak..lepak sambil makan...makan.....gossip....sembang....


Mama suruh diaorang ni datang tengahari ler. Lunch kat rumah mama. Kali ni mama tak panggil orang lain. Kira mini open house ler hhihihii kali ni untuk family sebelah mama. Nanti untuk family sebelah hubby panggil lain hari pulak. Mama tak berapa suka buat serentak. Nanti tak terlayan…dan tak muat pulak rumah mama yang comel ni kan….so kena ikut peringkat2 lah kan….kalau ramai2 nanti mama tak sempat nak sembang2 dgn tetamu2 yang datang. Yelah lain orang lain style dia kan. Dulu mama buat sekali harung gak…tapi tulah…tak terlayan….


Nak tengok apa mama masak hari ni. Alah simple aje. Mama masak ketupat daun palas, nasi impit, sambal kacang, rendang ayam, rendang daging, nasi putih, gulai nangka+ ayam, ayam goreng, mee goreng, karipap,dll ( ehhh ni kira simple ke ni….bagi mama simple ler…) selain dari kakak2 mama, sepupu mama , Along pun datang juga. Semalam mama gi rumah dia ajak dia datang sekali hari ni.


Kelakar kan kami ni….dari bulan posa, raya kat kg, ni raya kat KL asyik muka yang sama aje kan. Cuma lokasi aje yang berlainan. Dari buka puasa…raya dan Sekarang ni beraya di KL pulak.


jemput makan yea...jangan segan2...banyak tu mama masak....ehhhh cam sama je tamu mama ni dgn yang kat kg tu kan...hehehehehhe orang yang sama ...lokasi aje berbeza....

Petang lepas semua dah balik….adik Ipar mama dgn parent in law (PIL) datang rumah, mama call suruh datang tgh..tapi sebab mak mentua puasa…so dia datang petang dan buka puasa kat sini.


malam..adik ipar mama (Amin) & mak dan ayah mentua mama baru datang...datang malam sebab mak puasa...so buka puasa kat rumah mama...Amir tu rajin melayan Tok Wan dia bersembang...

Ok dah habis percutian mama untuk hari raya ni. Esok dah nak kerja dah....anak pun dah nak sekolah.....minggu depan baru sambung raya balik...banyak open house dah menunggu....

2 comments: