Friday, May 29, 2009

School Holiday & Penang Trip

yeaaahhhhh..hari ni Friday (29/5)..last day sekolan untuk break 2 minggu...mama lega sikitlah takpayah nak kena keluar rumah awal-awal...hihihihi dan hari ni juga last kerja untuk minggu ni. lepas tu mama pun cuti gak sampai rabu....

We all nak gi Penang. Khas untuk majlis pertunangan Ariff, anak sedara mama kan..dapat anak mami lah pulak. So plan memang cantekkkk punya...majlis hari ahad...tapi we alls emua gi hari sabtu until monday...semua pegi kecuali 2 mek dn kak mah aje...yang lain-lain semua on. So malam ni orang dari JB turun KL dulu..esok pagi2 pegi Penang terus...Yang sebenarnya mama ni seronok nak jalan-jalan dgn adik ebradik dan family aje...hihihihiih smabil menyelam minum air kan....

Wednesday, May 27, 2009

Dulu Dan Sekarang







Amir (2.5 months)


Amir Sekarang

Tengok Amir...masa umur dia 2.5 bulan, dia dah start minat ngan Aquarium ni..bila mama or hubby dukung dia mesti dia suruh tuju kat aquarium ni..pas tu dia nak bergayut kat sini...dia geram tengok ikan dalam tu kot...cuma sekarang ni kalau gayut kat situ..banyak ler aksi dia buat. siap nak terjun dalam aquarium tu lagi...

Amir- Muka Boring











Tengoklah muka Amir ni, cam boring aje kan. Gambar ni ambil masa hubby tengah solat..selalu tu iki terjerit2 panggil dia sekali solat..lepas tu dia dengan gaya dia sendiri ikut solat gak. Ni dia macam bosan aje...agaknya dia heran kot mana plak pegi iki dan ika yang suka buli aku ni...ahhhhhhhhh mana abag ngan kakak ni....Amir boringlah....








Discharge From APSH

Lega bila tadi hubby bagi tau , dr kata boleh discharge dah hari ni. So dalam kul 10.30 tu mama pegi ler APSH, mama tak abwak Amir sebab takut dia penat nanti menunggu lama kan. Tau ajelah nak discharge ni, nakpulak hari ni saturday...mesti lama nak tunggu bill settle.



Pukul 2 lebih cam tu, settle semua bill dan balik le ke rumah. ALhamdulillah selamat dah...tapi tulah hubby still kena hari-hari gi buat dressing kat tempat luka tu lah pulak. Alamak camana nak gi Penang hujung minggu ni,....harap-harap cepatlah baik luka tu.

Petang t pukul 4.30 mama terpkasa jumpa balik Dentist, sebab semalam dia buat gigi tu cam tak selesa...so nak repair balik ler ni, aduh leceh betullah. So kul 3.45, klinikdah call suruh datang sekarang. Mama keluar ler dgn hubby dan Amir, mama kena kadi driver ler... nasib baik cepat siap. terpaksalah ajak hubby sekali walaupun dia baru keluar hospital kan..sebab susah nak cari parking kat situ kan..si kenit, Amir pun bawak sekali ler....kesian ler nak tinggalkat rumah ngan bibik aje.



Lepas selesai urusan Dentist tu, nak gi makan pulak, maklumlah dari semalam tak makan kan....hihihihi...lepas geram ni...teringat nak makan nasi briyani Gam ke Mee Bandung pulak, somama cakap ngan hubby pegiRestoran Mak Tim kat Keramat tu. hubby ok aje.



Mama order nasi briyani Gam ayam, dan hubby briyani Gam Kambing. Lepas tu tapau murtabak Singapore. hmmmm rasa dia boleh lah...tapi tak seoriginak kat Johor ler...



hihihi...Amir punya pasal, makan pun kena ambil turn....yelah dia asyik nak meround aje kat situ. dia tengok air terjun haisan tu lah pulak..lepas tu ada budak2 dia suka usha-usha. Puas dia round kat mini garden kat situ...nampak ikan dia nak terkam ler pulak,




Tapi tulah dia cam rasa kosong aje kot..sebab abang dan kakak dia tak ada....

Tuesday, May 26, 2009

Dentist & Nursery






Ok sambung dari post sebelum ni, lepas hantar iki dan ika ke sekolah, mama terpaksa juma Dentist, sakit gigi. Terfikir pulak, tak kan nak bawak Amir ngan bibik jumpa dentist sekali, mesti borang sebab lama kan. So mama tinggallan bibik dgn Amir kat Nursery Mak Lang. Amir sukalah kat sini sebab ramai kawan. lepas tu mama chow gi Dentist kat Ampang Point. Yang boringnya kat Ampang Point ni, nak cari parking ler....




Alamak ramai plak orang, so mama punya turn kul 4.30, so baru kul 3 ni, last-last mama jalan gi APSH balik, tengok hubby. melintas jalan aje kan.


Lepas selesai jumpa Dentist, mama balik ke nursery Mak Lang nak ambil Amir dan bibik. Tengok Amir seronok betul dia main dgn kawan-kawan kat nursery. Semua budak kerumun Amir. Sebelum ni , masa bibik baru n belum sampai, dan lepas maid lama balik Indon tu, mama letak anak-anak kat nursery sini. So diaorang kenal lagilah dengan Amir.


Masalahnya Amir ni kalau dia dah berkawan, punyalah susah nak ajak dia balik rumah...lama gak ler mama lepak kat nursery. Amir suka betul kalau jumpa kawan-kawan ni dan cousin dia, Ashraf dan Danial tu...asyik mintak dukung aje lah

Balik rumah, lepas solat maghrib, pegi tengok hubby balik APSH. singgah pasar malam beli makanan dulu, since iki , ika dan hubby tak ada kat rumah ni, malas ler nak masak. Tinggal dgn bibik aje kan..tapau ajelah....tapi mama tak makan pun sebab gigi tak selesa kan...so akhirnya makanan tu jadi hidangan "Cik Pah"aje lah.

Teringat pulak camana iki dan ika tidur dalam khemah malam ni ye. Nak pegi toilet ke, nak mandi ke...hah ni lah masa diaorang tu berdikari kot. Sunyi pulak bila diaorang ni tak ada.

Hubby @ APSH again



Khamis 21/5/09, hubby ada komplen diakata sakit balik kat tmepat yang buat surgery hari tu...tengok dah agak bengkak sikit...so takut nak tunggu lama-lama, pagi tu mama buatkan appointment dengan Dr Suib kat Ampang Puteri. So tgh tu hubby gi lah umpa dr, dan dr kata tak ada cara lain kena buar surgery lagi, sebab adalah apa ntah dr cakap. kira dia cam ada cyst dan fistula ler...so hubby tengah sibuk lak tu, dia berkeras tak nakbaut lagi , dan nak tunggu monday baru kuat..lepas mama pot pet pot pet..akhirnya dia setuju nak buat esok, Friday. Sp ptg tu dia rushingle settlekan mana-mana kerja yang nak kena siapkan.






Friday 22/5/09, mama kelam kabut sikit ler. Mama ambik cuti hari ni. mula-mula pagi kul 6.30 hantar iki dan ika gi sekolah, kesian diaroang kena pegi awal, yelah sebab hubby kena admitted kul 8 sebab kul 10 nak masuk OT dah. Dari malam tadi kul 12 dia dah puasa dah. Lepas hantar iki dan ika ke sekolah, terus ke APSH, daftar masuk...(hmmmm ada citer tak best dgn A&E admission counter..tapi ahh malas nak komen lah..)..so lepas setuma settle, hubby masuklah bilik dia , Room 542.


Masukaje terus siap2 nak gi OT, mama tunggu le sampai hubby masuk OT dalam kul 8.45. pas tu nak balik rumah malas pulak nakulang alik sebab nanti kul 11.50 nak ambik iki dan ika balik sekolah, so mama tunggu aje kat bilik. Pukul 11.30 hubby keluar OT, nampak dia ok aje, mama pun teras tinggalkan dia dan fetch iki dan ika kat sekolah, sukalah diaorang tengok mama ambil dia orang kat sekolah, yelah sellau kannaik bas sekolah..sekali sekali mama cuti, memang diaorang seronok. Beli nasi ayam depan sekolah, dia orang sukanasi ayam kat sini.

Sampai rumah, lepas siap makan terus suruh dia orang bersiap,sebab ptg nipegi Kem Motivasi sekolah kat Impiana Resort, Hulu Langat. mama bawak Amir dan bibik sekali, sebba kesian pulak nak tinggalkan Amir.Kem motivasi untuk Pengawas lebih kurang cam tu lah. So lepas siap, terus gi Apsh dulu, bawak diaorang jumpa ayah dulu, plan lepas tu nak drop iki untuk solat jumaat, tapi tersangkut kat jam..
Pukul 2.30 mama hantar diaorang ke sekolah , dia orang naik bas untuk ke kem kat Hulu Langat tu. Ika suruh mama tunggu, tapi sebab mama ada misi lain, terpaksalah dropkan aje diaoranga kat sekolah.






Gelagat Amir
















Tengok gambar Amir kat atas tu...dah aktif sanagt-sanagt sekarang ni. Yang ika dgn iki pulak kuat buli dia...tengok tu dipakaikannya si Amir tu tudung kepala..yang Amir pulak apa lagi siap ambil bakul pasar mama tu...hmmmm nak gi pasar ke Amir....

Wednesday, May 20, 2009

Tender Time

hahhahahaha...sekarang ni mama agak busy sikit. Tender banyak nak kena siap. Yang tak bestnya tu semua clos tarikh yang sama, bersaama hari permulaan sekolah setelah cuti 2 minggu. Aduhai..mama dah plan ank cuti panjang sikit , cuti sekolah ni, tapi tak taulah cuti boleh approve ke takkk.... Bossss tolong approve boss...dah lama plan ni.

Tuesday, May 19, 2009

Bumi Hijau

Entah kenapa..2-3 hari ni minat nak "berkebun" timbul balik. Ni mestikes lepas balik dari rumah kak lah hari tu jeles tengok pokok -pokok kat depan dan belakang rumahd ia tumbuh subur je. Macam2 ade dia tanam, cili, api, cili merah, serai,pandan, kari,limau kasturi, limua purut, limau nipis, kedondong, pucuk ubi, pucuk manis dll. Walaupun kawasan tanahyang terhad..tapi hampir semua pokok-pokok asas untuk memasak ada ditanam.

Hihihihi mama ni selalu hangat2 taik ayam aje..hihiih masa memula pindah kat rumah ni dulu penuh tanah kat depan rumah yang sekangkang kera tu mama tanam dengan pokok bendi, ulam raja, pudina danpucuk manis. Bila pokok2 tu dah mati dan tak ada masa nak tanam dengan pokok yang baru, hmmmm jadi padang jarak padang tekukur ler...la ni mama dah datang minat bali nak berkebun.

Hari Ahad hari tu, mam dengan hubby pun mulakan operasi, pegi beli pokok..antara pokok yang mama beli pokok mangga, kedondong, limau kasturi, pokok cili dll....tunggu..nanti mama upload gambar ye

Monday, May 18, 2009

Musim Exam










Sekarang ni anak-anak mama, iki dan ika tengah exam pertengahan tahun. so tak banyak aktiviti boleh buat. Weekend tu mama pegi Teso Ampang, ada pulak zoo negara buat promotion child membership card kat situ...so diaorang posing dulu dengan burung yang control macho kat bekalang tu... Minggu ni exam...pas tu friday sampai Sunday diaorang ada kem motivasi anjuran ekolah kat Impiana Resort, Hulu Langat. Kalau ikutkan, mama mcam tak berapa nak izinkan diaorang pergi aje, tapi dah diaorang beria-ia nak pegi lagipun last year iki pernah pegi kem macam ni gak. Bagus juga untuk mengajar diaorang berdikari...cuma mesti Amir boring ni kena tinggal sorang-sorang...waaawaaaawaaaaa

Friday, May 15, 2009

Amir - 15 Bulan

Amir dah 15 bulan dah...semalam 13/5 mama bawak amir gi Injection Chicken Pox dgn Dr Nasir kat Ampang Puteri. Since Dr haliza dah tak ada, mama tukar ke Dr Nasir. Berat Amir semalam 10.3 kg..turun sikit sebab dia dah lasak. Mama cuti half day petang, sebab pagi mesti ramai orang kat klinik.

Wednesday, May 13, 2009

Selamat Tinggal Kg, Mee Bandung, Murtabak Singapore Dll







Kedai mee bandung




Sempat main sebelum balik KL



On the way balik, mama singgah Bandar Maur dulu..makan mee bandung. Kak Lah pun join sekali. Lepas makan mee bandung ika , iki dan shsah sempat main-main lagi tu...Dah habis makan sambung perjalanan ler...lepas aje turun Jambatan..singgah pulak kedai Murtabah Singapore...memang tak sah balik kg kalau tak beli murtabak ni. Mengenangkan semua dah kenyang, mam tapau aje murtabak ni...makan kat rumah ler...tapau untuk kak lah sekali.

Sedap giler murtabak ni..kat KL tak jumpa yang sedap cam ni. Lepas siap tapau..jalan lagi..singgah lagi gerai , beli nenas, jambu, pisang tanduk dll. huh memang penuh ler bonet kereta...Hubby geleng kepala aje..siap tanya lepas ni nak singgah mana lagi....


Lepas tol Tangkak..masing-masing dan zzzzzzzzzzzzzzzzz.....termasuklah mama hihihihi. Sampai Ayer Keroh jalan jam giler...ruapnay ada eksiden 6-7 kereta kot.... budak-budak dah jaga..mmmm lapar..... apalagi belasah lah murtabak singapore tu....hmhmhmmh selamat 2 keping super tu...tak sempat sampai rumah.


Lepas tu we all singgah kat Hentian Serdang untuk Solat Jamak Zuhur & Asar...sampai rumah pukul 5.30 ptg


Masuk aje rumah..alamak terasa sunyinya...nak menangsi pun ada..masih terbayang kemeriahan kat kg. Iki , Ika pun duduk menung aje...boringlah mama katanya...Amir pulak tido...Bosan betullah suasana rumah ni...sunyi...........................


Itulah perjalanan balik kg yang ditunggu-tunggu...bila lagi erk nak balik kg...Raya kot

Balik Kg - Part 4





























Akhirnya setelah 3 hari "berkampung" di kampung...tibalah masa nakbalik smeula ke KL. Malsnya rasa. Anak-anak punmacammamasl aje nakbalik, tapi apakan daya KL tempat mama mencari rezeki. So pagi Ahad tu lepas breakfast...berperingkat la orang balik..mula-mula sekali Gee balik, lepas tu Kak nor, lepas tu Iwan, Ariff...yang mamampulak dari kul 10 dah berkemas-kemas ,lepas tu tengok iki, ika tengahs eronok main dgn Shasha, lisa, Ijat, Shafiq, Afiz tak sampai hati pulak nak balik..so kitaorang lepak-lepak kat pondok "ala-ala" gazebo kampung..


Akhirnya hampir pukul 12.30 barulah mama bertolak balik...itupun iki dan ika kejap-kejap masuk kereta kejap kelaur balik..tak puas balik kg katanya, Ika siap cakap boleh tak nanti kalau cuti sekolah 2 ank duduk kg lama-lama, mama cutilah lama-lama katanya. nanti boleh main puas-puas dengan Lisa. Aduhai Ika..macamana nak duduk kg lama-lama....kalau arwah atuka da lagi boleh ler kita duduk lama-lama..tpai apakan daya atuk semua dah tak ada..yang ada cuma kenangan di teratak buruk ni....sedih kalau mengenangkan arwah mak dan abah.



Selamat tinggal kampung



Tuesday, May 12, 2009

Balik Kg - Part 3

Tengaok ajelah foto ni...malas nak tulis




















Sunday, May 10, 2009

Balik Kg - Part 2


Akhirnya sampai juga mama ke kampung ku yang tercinta....mama sampai lebih kurang pukul 5 ptg. Time tu yang dah sampai kg ada 3 family, gee, som, mek. Sampai aje halaman rumah semua bunda-budak dah serbu. Iki, Ika dan Amir tak sempat nak naik rumah ler...semuang geng dah main kat halaman rumah atuk...siap ada pondok ala-ala gazebo untuk budak2 main lagi. Ini semua hasil keprihatinan abg Brahim dgn Mek ler...memang budak2 suka betul lah duduk situ. Mama pun tak sabar nak jumpa diaorang ni kan...so terus mauk rumah dan diaorang tengah lepak kat dapur...tak lama lepas tu kak nor sampai..lagilag bertambah bingit rumah ni.....hihihihi terbayang kalaulah Arwahmak dan abah ada lagi, mesti diaorang gembira anak cucu semua balik..tapi tulah walaupun mereka dah taka da tapi kami adik beradik tetap rapat dan mesra maca dulu juga. so malam ni dan esok ada 5 family lagi yang akan sampai..kalu dikira jumlah keseluruhan hampir 50 orang keseluruhannya. Memang meriah giler. dah macam Raya ler pulak.

Tuesday, May 5, 2009

Balik Kg - Part 1


Kat Restoren Fareed , breakfast sebelum balik kg...tengok Amir tu..control macho

jeng...jeng....hari yang di tunggu-tunggu dah tiba...hari ni nak balik kg. sebeblumsubuh dah bangun..kemas kain baju sebab malam tadi bernagan nak kemas, lepas tu Amir kacau..so konon nak tidurkan dia dulu..last2 dengan mama sekali tertidur...lepas solat subuh...masak daging kerutuk nak bawak balik kg. maklumlah ni nak balik kg ..rumah tinggal kan..so kenalahbawak bekalan apa2 yang patut dulu....lainlah dulu masa arwah mak dan abah ada lagi...any time nak balik pun tak ada hal...sekarang ni kalau nakbalik kg...kena plan betul2..make sure semua adik beradik balik..baru seronok..kalau tak, tak bestlah.


So sementara naktunggu daging tu masak..mama kemaslah mana yang patut...bibik tolong kemas baju Amir....akhirnya kul 10. 30 siaplah mama berkams nak balik kg. nak balik 3 hari aje..tapi barang macam nak balik sebulan...anak-anak paling seronok...hubby pun pening kepala tengok barang yangnak sumabt masuk kereta. Keluar rumah..lepas tu singgah kedai mamak dulu nak breakfast..malas nak buat kat rumah sebab dah kemas semua...makan roti canai...lepas tu singah Carrefour , Ampang pulak, nak gi beli stok air mineral dan syampu. biasalah nanti sampai rumah nak minum ke apa ker air tak ada lagi kan..so kena bawak stok tu..hihihihihii last2 nya kul 12 baru bertolak keluar dari Ampang. Lepas aje Tol Sg Besi..alamak jam giler betul....aduhai dengan panas giler..jalan jam pulak...ingatkan sekejap aje jamnya...rupanya mak datuk..punyalah panjang samapi ke Senawang tu....anak-anak dah tertidur kat belakang.


Lepas Senawang baru lah lega sikit jalan, pasang aircond paling kuat pun..tak terasa sejuknya...memang pasan betul cuaca kat luar. Sampai tol Tangkak dah kul 3.15...ika ika dah sibuk ank terus balikkg , tak nak singgah mana-mana sebab tau lisa, danny, adam semua dah sampai kan...tapi kan sebab mama ni teringin pulak nak makan mee bandung kan..so terpaksalah singgah kat bandar Muar. so we all makan kat Kedai MEe Bandung paling popular kat Bandar Muar ni..manalagi KEdai Abu Bakar hanifah ler..kat jalan Abdullah....semua tengah lapar...so habis licin ler mee bandung ngan sate. Tak lupa mama tapau mee bandung bawak balikk g nanti..kot ada sapa-sapa yang teringin nak makan.
Lepas makan masing2 dah tak sabar nak balik...