Wednesday, September 30, 2009

Raya KL- rumah mama kena serbu (mini open house)

Ahad (8 syawal )

Hari ni adik beradik mama nak datang beraya kat rumah. Masing2 suruh mama buat ketupat palas. Ok dari malam tadi mama membalut ketupat palas ni sampai tersenggut2 biji mata tau. Tak apa demi kakak2 ku yang ku sayang kan.......rela ku berkorban...hihihihiihih


mama ajar anak2 mama & anak2 mummy gee buat ketupat daun palas....hihihiih nanti kau buat sendiri lah gee ketupat palas ni....danial & danish dah pandai dah..


lepak..lepak sambil makan...makan.....gossip....sembang....


Mama suruh diaorang ni datang tengahari ler. Lunch kat rumah mama. Kali ni mama tak panggil orang lain. Kira mini open house ler hhihihii kali ni untuk family sebelah mama. Nanti untuk family sebelah hubby panggil lain hari pulak. Mama tak berapa suka buat serentak. Nanti tak terlayan…dan tak muat pulak rumah mama yang comel ni kan….so kena ikut peringkat2 lah kan….kalau ramai2 nanti mama tak sempat nak sembang2 dgn tetamu2 yang datang. Yelah lain orang lain style dia kan. Dulu mama buat sekali harung gak…tapi tulah…tak terlayan….


Nak tengok apa mama masak hari ni. Alah simple aje. Mama masak ketupat daun palas, nasi impit, sambal kacang, rendang ayam, rendang daging, nasi putih, gulai nangka+ ayam, ayam goreng, mee goreng, karipap,dll ( ehhh ni kira simple ke ni….bagi mama simple ler…) selain dari kakak2 mama, sepupu mama , Along pun datang juga. Semalam mama gi rumah dia ajak dia datang sekali hari ni.


Kelakar kan kami ni….dari bulan posa, raya kat kg, ni raya kat KL asyik muka yang sama aje kan. Cuma lokasi aje yang berlainan. Dari buka puasa…raya dan Sekarang ni beraya di KL pulak.


jemput makan yea...jangan segan2...banyak tu mama masak....ehhhh cam sama je tamu mama ni dgn yang kat kg tu kan...hehehehehhe orang yang sama ...lokasi aje berbeza....

Petang lepas semua dah balik….adik Ipar mama dgn parent in law (PIL) datang rumah, mama call suruh datang tgh..tapi sebab mak mentua puasa…so dia datang petang dan buka puasa kat sini.


malam..adik ipar mama (Amin) & mak dan ayah mentua mama baru datang...datang malam sebab mak puasa...so buka puasa kat rumah mama...Amir tu rajin melayan Tok Wan dia bersembang...

Ok dah habis percutian mama untuk hari raya ni. Esok dah nak kerja dah....anak pun dah nak sekolah.....minggu depan baru sambung raya balik...banyak open house dah menunggu....

Terkini..Gempa Bumi...

ohhhh baru sampai rumah , hubby call tanya bergegar tak rumah....office dia bergegar.....hah gempa bumi pulak ke.

Tak lama Mek sms dari Muar & Som dari JB...kata sekolah anak2 bergegar.....hmmmm takut gak ni....dia kata rumah dia pulak bergegar dan air dalam akuarium berkocak kuat.... mama terus buka internet....huhhhh memang sah gempa bumi kat barat sumatera...kria 2 480km dari Malaysia tau...Amaran tsunami dah dikeluarkan....7.2 scale ritcher....

Janagn nak ke pantai time2 cam ni,.....

Monday, September 28, 2009

santai larut malam..sate kajang....

Jummat(25/9/09)


Mama masih bercuti lagi hari ni. Lunch tadi kat rumah kak Nor, dia buat mini open house...(besar punya nanti 3hb)...balik dari rumah Kak Nor, Danial & Danish nak ikut mama balik rumah, Orait...iki ika suka aje lah tu.(mama tak snap foto kat rumah kak nor, nak tau cerita refer kat blog mummy Gee ye kat www.gee7001.blogspot.com....)


Malam tu mama, gi rumah Kak Lah pulak sebab nak ambil barang yang tertinggal masa balik kg hari tu. Itu alasan aje sebenarnya. Yang sebetulnya nak gi jalan2 jer...lepa makan malam...hihihi pukul 10.30 ajak diaorang gi Kajang, pekena Sate kajang. Walaupun dah kenyang sebenarnya..saja aje nak minum2 supper.... hubby & abg Wan ni memang suka betul lah kalau bab2 "ngeteh" malam2 ni, mama pun suka juga...adalah xtvt bergebang dgn kak lah, dan iki & ika pulak ada projek dia dgn shasha.....





Kat depan rumah Kak lah sebelum gi makan Sate Kajang....gambar blur aje kan....




Danial sampai tertidur2 kat meja...budak2 lain semua segar bugar biji mata...dia aje dah lena dibuai mimpi...sepanjang hampr 2 jam we alls duduk kat situ..cam tulah posisi dia tidur....hehehehheh sorry gee...dera anak ngko sekejap.....





makan..makan....dan makan.....mama x lalu nak makan dah..minum air aje....bab lepak2 larut malam ni hubby ngan abg wan (hubby kak lah) memang ngam ler...kadang2 tu kul 4 pagi boleh sembang...dan mama pulak dgn kak lah sembang sambil buat taik mata...hihihihihihi


Nota;

Kualiti foto kurang memuaskan...sebab sob..sob...sob...kan kamera mama dah hancur berkecai...terpaksa snap foto pakai Hp aje...huhuhuhuhu tengah survey nak beli kamera baru ni....



Bosan ...Bowling...

Khamis ( 5 Syawal)

Hari ni tak ada tetamu ke rumah mama, dan mama pun malas nak beraya ke mana-mana. Lepas Asar saja bawak anak2 keluar..sambil nak survey2 kamera baru. Belum beli lagi pun, baru nak survey....



sengih memanjang si amir ni....sambil survey2 kamera....

Lepas tu Iki Ika sibuk nak main bowling. Layan ler sekejap..2 games..selalu main cousin2 diaorang ni anak2 kak nab, ni dah diaorang semua balik kg, 2 orang ajelah main...tak kisah ler masuk longkang ke masuk parit kan bola tu..hihiihihihi


kuat ke angkat bola tu Ika...ke masuk longkang aje...Iki control macho tu.....


Ampang Super Bowl.....Iki lawan Ika...hehhehehe

Nak menghabiskan cuti raya cam ni gaya ler.....

Raya KL - Tetamu dari Ganu....

Rabu ( 4 syawal )

Hari ni rumah mama ada tetamu. tetamu dari jauh ni. Idzham@Pak Am & Family datang dari Terengganu. Pak Am ni adik kepada Kak Nab. Mama memang rapat dgn keluarga ni. Meriah sikit rumah mama hari ni sebab ada ramai tetamu . Turut datang sekali kak Nab & family dan kak Zainah . Wahhh baru ada suasana hari raya kan.

Semalam Kak Nab bagitau, Pak Am nak dtg, so mama ajak dinner kat rumah mama hari ni. Mama masak simple2 aje....



Jemput makan...jangan segan2..makanlah apa yang ada yea...


tetamu-tetamu mama dari Terengganu...Idzham @ Pak Am & family dan Kak Nab & Family serta kak Zainah....

Bila diaorang semua dah balik...lah sunyi balik pulak. Esok kak nab barunak balik kg dia...alahai tak ada geng lah mama.

raya - Pulang ke Kota




Selamat Kembali ke Ampang Saujana......

Sampai Guard House kat rumah mama aje....sunyi betul....rasa cam malas je nak masuk...jiran mama mesti tak balik lagi ni....


Mama sampai ke rumah dari kg lebih kuang pukul 3.30 ptg. Jalan tak berapa sesak sangatlah hari ni. Mungkin ramai yang belum balik ke KL kot. Sampai aje Guard House....aaahhhhh sunyinya,,terasa malas betul nak masuk ke rumah sendiri.

Sampai rumah,punggah barang2 dan berkemas mana yang patut. Bibik dgn xtvt mendobi. Iki dan Ika tersandar kebosanan. ahhhh masih terbayang2 saat nak balik kg kan. Teringat preparation nak balik kg, perjalanan balik kg, suasana kat kg, cepat betul masa berlalu...

Lepas Asar, mama siap2 nak gi rumah In law pulak. Nak kat sini lah pulak. Dah call kak nab, diakata nanti dia datang juga ke sana. Ok cantekkk...iki ika pun ceria balik sebab dah ada geng dah......

So sessi raya di KL pun baru nak bermula....dalam entry akan datang...

Nota :

sekarang ni kualiti gambar dalam blog kurang cantik, sebab masa di kg Kamera Canon kesanyangan mama jatuh "terhempas dan terbarai " ke lantai. alamak nak kena cari kamera baru ni...baru dapat duit raya kan.....dah nak melayang pulak kot....tungu dululah...terpaksa snap foto guna HP Nokia lah....

Raya - Selamat Tinggal Kg...

Selasa (3 Syawal - 22/9/09)

Setelah 4 hari berkampung di rumah pusaka ni, tiba harinya mama nak balik semula ke KL.

Alahai bagun pagi aje mama dah teringat hari ni nak kena balik KL dah. Alah sedihnya. Memanglah kalau nak ikutkan, mama cuti sampai seminggu dan boleh duduk kat kg lama sikit. Isnin baru start kerja, tapi yelah mama kan ada keluarga mentua, so kenalah beraya juga kat sana. Walaupun mama tinggal dekat dgn mentua dan selalu jumpa, tapi hari raya kena lah juga beraya dgn mereka. Anak2 pun dah mula buat muka monyok. Lepas breakfast mama kemas sikit2. hari ni Som pun nak beralih destinasi juga. Dia pun nak balik ke Pa

hang , kg mentua juga.

Hihihihi cakap nak balik pagi..tapi dah siap tu ding dong ping dong…dok lepak2 kejap kat pondok, hubby sembang2 lagi bawah pokok…..akhirnya pukul 11.30 baru mama bertolak tinggalkan kg. Aduh berat betul mama nak balik ke KL ni. Tengok sisa2 bunga api, kesan2 arang BBQ, tengok buaian, tengok pondok gazebo..tengok surau…tengok rumah pusaka…menitik gak air mata mama masa kereta mula bergerak meninggalkan per

karangan rumah. Selamat Tinggal kampung ku. Panjang umur mama akan kembali lagi ke kampung halaman yang tercinta ni.


Kenangan sebelum Balik KL


Posing kenangan sebelum balik KL. Balik pun kena pakai baju raya untuk dapatkan mood raya gak...

Mama terasa macam Mak dan abah masih ada di kg. Dulu2 masa mereka hidup lagi, setiap kali mama & family nak balik ke KL mak akan duduk termenung dan menangis kat tangga. Abah pulak sibuk punggah segala benda yang ada tu untuk mama bawak balik ke KL. Dari nenas, kelapa muda, mangga dan segala buah2an yang ada. Bila mereka dah tak ada memang terasa sangat. Diam x diam dah 6 tahun abah meninggalkan kami semua dan emak pulak dan 4 tahun menyusul Abah. Tapi syukur alhamdulillah, walaupun mak dan abah dah tiada, tapi kami adik beradik tetap bersatu dan tetap berkumpul terutama semasa hari raya. Jiran2 selalu cakap mereka kagum dgn kami adik beradik yang masih utuh ikatan kekeluargaan walaupun mak dan abah dah tak ada. Banyak rumah2 pusaka kat sini yang runtuh menyembah bumi selepas kematian kedua orang tua. Bayangkan kami seramai 9 beradik…9 menantu ( abg long dah meninggal), 32 cucu, 2 cucu menantu dan 3 cicit.



sedihnya rasa nak tinggalkan kg.....terhegeh2 aje time nak balik ni...




lambaian som sebelum meninggalkan kg.....sedih woooo.....yang sebelah tu tengah sumbat barang boot kereta


Ahhh akhirnya masa yang mama tak suka datang juga....time mama nak balik ni Kak Nor, Mek, Kak Mah, Kak Lah semua lambai mama dari pondok comel tu. Sedihnya rasa. Diarorang semua stay sampai esok kat kg. Lepas tu kg ni akan kembali sunyi sepi tanpa penghuni. Pusara Emak & Abah juga akan sunyi..tapi insyaallah mama akan kirimkan doa buat mereka setiap masa. Mama bangga jadi anak mak & abah. Terima Kasih Mak & Abah kerana membesarkan kami semua, memberi pelajaran kepada kami dan Alhamdulillah kami semua bahagisn dengan kehidupan kami semua kini dan hubungan sesama adik beradik juga terus utuh dan erat walaupun setelah ketiadaan emak dan abah.

Dulu-dulu masa mama kecik2 lagi sebab mama ni anak bongsu, mama terasa sedih sangat bila hari raya tengok kakak2 semua nak balik....masa tu mama masih sekolah lagi...lepas tu mama masuk bilik menangis. Lepas tu masa mama dah bekerja dan menjadi perantau..tiap kali pulang bercuti ke kampung dan time nak balik semula ke KL..mak pulak akan bersedih dan menangis. Kalau kita nakbalik petang, sedari pagi tu dia dah tak lalu makan dah.

Masuk aje kereta Iki Ika dan mula monyok aje muka....kata tak puas kat kg...nak buat macamana lagi kan...HIdup perlu diteruskan. Tak lama diaorang semua pun lena...termasuklah mama..zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz hehehehhe


Wednesday, September 23, 2009

Raya - Menyusuri Sungai Muar

Isnin ( 2 Syawal - 21/9/09)



Dah masuk hari ke 2 Syawal dah. Sekejap aje masa dah berlalu kan. Pagi macam biasalah..pagi2 pukul 6.45 mama & gee dan gi PS pegi beli bahan2 untuk buat breakfast . Hari ni menu breajfast mee goreng, nasi lemak, cucur ikan bilis dan lain-lain lagi. Mana boleh breakfast cuma sejenis makanan kan. Air pulak biasalah 4 jenis, Kopi O, Teh Tarik, Nescafe , Teh O (semuani mengikut air kegemaran pasangan masing2 lah kan...
Lepas selesai breakfast, mama gi beraya ke rumahjiran sebelah rumah. Mama pegi ngan Gee & Mek dan kami bawak2 anak2 sedara ler...hihihihi bukannak collect duit raya tau. Hubby x nak ikut. OK lah.sebenarnya kami ni bukan rajin [un nak jalan beraya, tapi sebab ini jiran yang paling dekat, kenalah pegi untuk bertanya khabar.
Balik dari beraya terus tukar uniform ler...apa lagi xtvt mama....masak ler....hihihihihii

Hari ni 2-3 family dah mula balik dah..alah senyilah sikti hari ni. Azlan, Ain, Iwan & Gee..semua dah beralih destinasi hari ni. Yelah nak beraya dgn keluarga In Laws pulak kan.

Petang tu...sebab dah kurang orang, mama pun buat plan nak ajak budak2 ni gi Tg Emas kat Muar. mama paksa Ka Lah & Som pun joint sekali. Heeeee terpaksalah diaorang pergi sebab anak2 diaroang semua nak gi. Mana muat nak naik kereta mama semua kan. Mama rasa macam nakbawak budak2 ni naik "River Cruise". Dah lama rasa nak bawak budak2 ni setiap kali balik kg, tapi selalu tak berkesempatan. Kali ni baru ada masa...ok...kita pegi 3 family lah.....







Dah smapai kat Tg Emas.......Shasha, Iki, Ika & Lisa..nak makan durian gergasi....




Tak cukup makan kat rumah..durian ni pun nak dibelasahnya dgn Iki dan Ika ..sling beg Ika tu penuh dgn duit raya tu....hehehehehe



Amir sengih jer....sukalah tu....tak nak turun tu




Masjid Muar...cantik kan....sebelah kanan ni bawah Jambatan Sultan Ismail....heheheh lalu bawah jambatan tu...



haahhh dah sampai2 dah bot kita...cepat2 nak balik kg beraya ni.....





Posing kejap ramai-ramai.....




Kalau dah pompuan tu...pantang nampak orang berniaga mesti nak membeli...Kak Lah & Som..tu ntah apa nak cari lagi tu...Shasha n Ika tengah survey...apa nak beli ngan duit raya ni...




Yeaahhhh Amir boleh drive dah ni....si Aliya pulak menjerit2 takut nak naik motor tu....

Lepas selesai menyusui Sg Muar..semua dah kelaparan. nak cari kedai makan punyalah susah. Nak makan mee bandung kat Jalan Abdullah tu, penuh sesak giler. Lepas tu hubby kata nak maka kat Sabak Awor. Ok cantekkkk makan ikan bakar. Lepas jalan, masuk simpang keluar simpang, jumpa traffic light, masuk jalan kg....hihihihi smapai ler ke Sabak awor...tapi HAMPEHHHHHHH tutup pulak kedai tu....aduhhhhh tension tul....dah plan cantik dah , nak makan ikan bakar lah, sotong goreng ler, ikan sweet sour lah...hampehhhh hancur lebur....last2 nya makan ajelah kat kedai seafood yang terjumpa on the way nak balik rumah tu.
Malam ni..tidurlewat lagi...sebab esok dah nak balik KL dah....so malam ni rugilah kalau tidur awal....alahai mama rasa macam x nak tidur pulak...


Raya - BBQ Nite

Ptg hari raya - Mama ni dalam kepala otak dah fikir pulak plan untuk malam ni. Malam ni kan kami semua nak buat BBQ. Alamak nak kena gi PS lagi ni nak beli bahan2 untuk BBQ malam nanti. Alamak nampak gaya mama kena pegi lagi lah ni ye. Ok dah dapat partner nak gi PS. Kali ni pegi ngan Mek n abg Brahim. Nasib baik sekarang ni time raya PS senang nak beli bahan2 mentah. Kalau tak dapat ler nak beli ayam ke apa…apa pulak nak bakar malam ni kan…takkan nak bakat buah kelapa sawit atau buat air kepala bakar kot…Ingat lagi kalau dulu, nak gi beli mee kuning pun susah..tapi sekarang ni peniaga dah tau…time ni lah boleh buat duit.



Haa sampai rumah ni terus gi perap ayam dan bahan2 lain…lepas tu terus masak sambal untuk nasi lemak. Nampak gaya tugas mama lagi ler kena jadi chef untuk malam ni. Malam ni menú simple aje..buat BBQ dan masak nasi lemak special. Ketupat rendang semua banyak lagi, tapi ahhhh semua dah jemu tak nak makan ketupat lagi dah.

preparation for BBQ...tugas rasmi mama ni


Ok settle bab perap2 ni…boleh rilex sekejap sambil makan kuih raya. Sambil tu rupanya hubby2 semua ni pegi kerjakan pokok kelapa atok..depa dok kait semua buah kelapa muda..nak minum air kelapa untuk malam ni. Dekat 30 biji kelapa muda jadi korban untuk santapan malam ni. Semalam pun dah selamat hampir 30 biji juga untuk hidangan buka puasa. Nasib baik pokok kelapa ni berbuah lebat dan rendang pulak tu.

ohhhh tak sangka rajin semuanya mengerjakan pokok kelapa Atok. Air kepala untuk minuman malam ni

Sebelum maghrib, setting tempat BBQ. Buat bara dulu, nanti lepas solat maghrib boleh terus bakar. Anak2 dah seronok sakan ler. Acara BBQ ni kira acara wajib tiap tahun ni. Biasanya buat malam raya ke 2. tapi kalau tahun turn balik beraya rumah mentua, kira acara BBQ ni dilambatkan sikitlah..kena tunggu semua balik rumah dulu baru boleh buat. Malam ni selain BBQ, menú sampingan lain ialah Nasi Lemak Kukus Special Versi Mama Miraki…..sedap sehingga menjilat jari & sudu…minum pulak air kelapa muda puhhhhhhh memang malatop…….rugi sapa tak rasa..( tapi rasanya semua merasa kot)


Ini tugas rasmi Abg Brahim ni....setting tempat BBQ


tengok api tu...mengerikan...macam nak panggang kambing gurun 5 ekor aje kan


hah....cepat2 dah magbrib.....solat dulu...nanti sambung.....hubby dapat tugas baru kat kg...tukang azan...


orang sibuk buat bara api..mama sempat posing lagi senja2 ni...


air kelapa & sirap pandan yang menyegarkan....


makan time...... berselera nampak.......


pondok yg sentiasa jadi tumpuan..tak kira anak, bapak2 & mak2

Bab nak mengipas BBQ ni tak ada masalah…banyak hero-hero muda generasi ke 3 yang boleh diharap dan sanggup terbakar dan berasap….

anak2 saudara mama yang rajin2 jadi tukang kipas....ketua ni dah tentu si Iwan ni...

Oh..sessi BQ ni memang meriah giler…nilah acara yang paling disukai…santai aje kan…dah semua makanan memang habis licin. Kira tak membazir ler….kalau ada yang tinggal pun Cuma tulang ayam aje…hehehehe


hmmmm sedapnya..dah masak ke belum ni...lapar lah....

Selesai BBQ apalagi …sambung xtvt bergossip n bersembang lah. Disamping sibuk dgn xtvt “mengkopi” gambar2 raya dalam pendrive masing2. Macam biasa sampai larut malam baru semua zzzzzzzzzzzzzz macam mangsa perang bergelimpangan…tak apa lupakan seketika keselesaan tidur di rumah masing2….kalau nak ikutkan kat kg ni memang ler tak selesa…tapi apalah erti keselesaan untuk 2-3 hari dibandingkan dgn kegembiraan berkumpul sesama sanak saudara.