Wednesday, September 9, 2009

Transfer Duit 1.062 Juta.....

Lagi 10 hari nak raya. Pagi2 ni mama pegi Bank. Tujuan sebab nak transfer duit 1.062 juta.....wahhhhh banyaknya duit mama kan...nak transfer kat sapa tu....hhihihihi...mama memang selalu lah tansfer duit berjuta-juta ni..dalam 3 bulan sekali mesti ada transfer duit ni lah...inikan pulak nak raya kan...

Hhihihihihihihi janganlah marah..yang sebenarnya mama pegi transferkan duit bibik ke Indonesia lah...Transfer pakai Western Union...hhihihiihi jangan marah yer...so hari ni bibik mintak mama transfer kan duit ke Indon untuk kegunaa anak & mak dia kat kg. Hari ni dia nak transfer RM400..so lepas ditukar ke mata wang rupiah..dapat 1.062 juta rupiah,,,lumayan pak.....tengoklah bibik-bibik indon ni..gaji dai tiap bulan memang tak pernah berusik..hantar terus ke kg. Makan pakai semuanya cukup..tu pun kerjaaan diaorang gatal2 nak mintak gaji minimum RM800 pulak...boleh kalau nak gaji banyak tu, tapi bilik sewa kena bayar, api air kena bayar, makan minum semua tanggung sendiri, keperluan peribadi beli sendiri..hah baru tau langit tinggi rendah. Orang Malaysia sendiri pun ramai yang bergaji bawah pada tu..jangan layan aje...

Bibik ni memang tak pernah belanja duit gaji dia. Semua dia hantar balik Indon, dan dia simpan sekit aje kat sini. Tu sebab bila diaorang ni balik Indon nanti boleh buat rumah banglo ler...beli tanah ler.... Yelah kerja sebagai Pembantu Rumah ni, memang dia dapat gaji bersih. Semua perbelanjaan majikan tanggung. Macam bibik ni..dari baju, keperluan peribadi, makan minum, semua mama tanggung. Kalau dia nak keluar duit pun takat reload prepaid aje..itupun bila dia nak tepon anak dia aje. Hah tang prepaid tu memang mama tak tanggung ler... apa yang kami sekeluarga makan, itu lah yang dia makan, mama makan kat luar pun bawak dia, mama gi bercuti ke mana-mana pun bawak dia sekali...kalau raya semua keperluan settle...macam belikan baju anaklah pulak. So memang tiap bulan gaji dia tak berusik.

Tu lah kadang2 ni kalau ada bibik2 yang melarikan diri dari majikan ni nak marah pun ada. Time maid ni didera majikan..ohhh jadi bahan berita besar, tapi tang majikan kena kapur dgn maid..tak ada pulak orang nak besarkan. Dahlah nak ambik maid ni macam nak pinang anak dara kosnya....dah tu kalau dapat yang haprak..mana tak sakit hati. Tapi so far maid mama yang ni kira alhamdulillah lah..boleh diharap. Mama sehingga kini dah ada 5 orang maid. Mama mula guna khidmat maid tahun 2000..masa umur Ika 1 tahun. Ni senarai maid mama yang lepas-lepas:-
1. Naimah – Dari jawa Timur ( kerja dari 1999 – 2003)
2. Nana – Dari Tg Balai, Sumatera ( kerja dari 2003 – 2005)
3. Butet @ Warnidah – Dari Tg Balai, Sumatera ( 3 bulan jer kerja ngan mama...ada problem..orang tua...kan...nanti mama cerita)
4. Salmiah – Dari Batu Bara, Sumatera ( kerja dari 2005 – 2008)
5. Herralina – Dari Tg Balai , Sumatera ( Jan 2009 – sampai sekarang)

Mama tak ada masaalah dgn semua maid2 tu..lagipun mama ni bukannya gaang sangat dan cerewet..asalkan dapat jaga anak2 dgn baik tu dah kira ok lah. Cuma sgn Si Butet tu aje..sebab dia tu dah tua , umur 44 tahun ( tah..camana ejen ni boleh bg maid tua pulak). Dia ni selalu anggap sebab dia orang tua, maka kita tak boleh nak suruh dia buat kerja. Ikut suka dia , kalau dia nak buat kerja dia buat, kalau tak nak kita suruh boleh dia jawab balik dan cam marah kita pulak Lagi satu dia ni suka mengurut. Kat Indon dia ni kerja urut orang..so lepas mama pegi kerja, di apun buka ”rumah urut” dia..siap buat jamu lagi. Habis periuk belanga, blender dan perkakas rumah semua bau kunyit, lengkuas, temu kunci, manjakani. Hah itulah hobi dia..bila dan penat mengurut dah tak larat nak buat kerja rumah. Nasib baik time tu mama tak ada baby kecik. Last lepas 3 bulan dia kat anak balik kg...sabao ajelah..dah duit mama habsi beribu..di anak balik..tapi kan atas dasar kemanusiaan..mama hantar gak ler dia balik, siap mama belikan dia barang2 buah tangan lagi, bagi duit, tiket free dll. Mama hantar ke rumah ejen dan mintak ejen tu hantarkan ke port..masa kat sana dia merayu pulak nak kerja balik ngan mama, dia kata dia terlanjut cakap hari tu...tapi mama tak nak. Yelah sapa tak geram, time tu bulan posa..mama sampai rumah aje muka dia dah macam cencurut ...masam aje..lepas tu tak prepare pun apa2 barang nak masak..lepas tu cakap nak berenti , nak balik kg. Bila mama tanya kenapa dia boleh plak jawab mama tak hormat dia , suruh dia buat kerja..lepas tu kata mama pakai selipar dia lah..dlll...memang tak logik...hihihihi tapi mama malas nak panjangkan story..esoknya pegi Immigresen matikan permit dia dah hantar balik...

Dalam banyak2 maid mama, yang paling rajin bergaya dan masak,si Miah tu..macam2 menu dicubanya . Asalkan ada bahan2 kat rumah aje semuanya di masaknya..hihihihi budak2 suka ngan dia ni, sebab dia rajin layan budak2. Sampai sekarang mama selalu call atau sms dia. Rasanya bula posa ni dia bersalin kot..dia berenti sebab nak kahwin.

4 comments:

  1. kenapa ibuk suruh saya basuh periuk masa kat kampung, saya ini kan orang tua...

    ReplyDelete
  2. "iya buk...saya ni majikannya kan Buk Nab...kenapa itu Buk Som selalu suruh saya gosok periuk..." saya ini kan tukang urut sama buat jamu...kikikikik..apa khabar bibik butet tu sekarang ni kan...

    Nanti habis kontrak bibik ni, aku tak nak ambik bibik lagi lah...biar aku yang jadik bibik..hihihih

    ReplyDelete
  3. Anda mengalami kesulitan, insya allah kami bantu.
    Whatsapp Dahulu untuk pertanyaan : +60107670389

    Mohon dibaca sampai habis

    - Jasa booking tiket
    - Jasa transfer uang ke indonesia dngn cepat,
    Caranya cukup mudah, bankin ke acc maybank2u, selepas pengesahan, kami akan segera proseskan ke acc bank seluruh bank indonesia yg anda akan transferkan.

    Detail :
    - Nama acc penerima
    - Dan No acc penerima
    - Email bila perlu.

    Proses mengambil masa 5 - 30 mnt.
    Kami akan berikan bukti screen shoot slpas uang masuk dalam acc penerima.

    Nb :
    Dengan jaminan uang dikembalikan penuh sekiranya tdk dpt ditransferkan.

    TQ.

    ReplyDelete
  4. Anda mengalami kesulitan, insya allah kami bantu.
    Whatsapp Dahulu untuk pertanyaan : +60107670389

    Mohon dibaca sampai habis

    - Jasa booking tiket
    - Jasa transfer uang ke indonesia dngn cepat,
    Caranya cukup mudah, bankin ke acc maybank2u, selepas pengesahan, kami akan segera proseskan ke acc bank seluruh bank indonesia yg anda akan transferkan.

    Detail :
    - Nama acc penerima
    - Dan No acc penerima
    - Email bila perlu.

    Proses mengambil masa 5 - 30 mnt.
    Kami akan berikan bukti screen shoot slpas uang masuk dalam acc penerima.

    Nb :
    Dengan jaminan uang dikembalikan penuh sekiranya tdk dpt ditransferkan.

    TQ.

    ReplyDelete