Jumaat ( 18/9/09 - 28 ramadhan)
Perjalanan Jauh tak ku rasa..
Kerna hati ku melonjak sama...
ingin berjumpa sanak saudara..
yang selalu bermain di mata..
nun menghijau gunung ladang dan rimba
langit nan tinggi bertambah birunya
deru angin turut sama berlagu
semuanya bagaikan turut gembira..
Balik kampung...oh...ohh...balik kampung...
mama nak balik kampung...
Pukul 3.45 ptg mama bergerak keluar dari rumah. Mama nak ke rumah mak mentua dulu sebelum balik ke kg. Yelah nak bersalaman dulu ler..sebab tak beraya dgn diaorang dulu tahun ni, Setelah berulang kali pastikan keadaan rumah semua dah berkunci, semua suis ditutup..selalu tu hubby tukang check semua suis2 dan apa benda yang patut ler..tapi ni dah dia tak ada mama lah kena buat semua tu. Hubby dari office nanti terus ke rumah mak dialah dulu. Janji nak jumpa kat sana sebelum balik kg. Pukul 3.30 hubby dah call suruh keluar sebab jalan nak menghala ke Ampang Point dah sesak. Mama plan nak keluar dari rumah mak mentua selepas Asar. Tapi tulah mesti ada banyak benda yang melalut2 ni kan..hiihihihi
Sampai rumah mak mentua, hubby dah sampai, terus solat Asar, lepas sembang2 sekejap dan bermaaf-maafan, kami pun keluar nak balik kg ler. Hujan pulak dalam perjalanan tu…mesti jam giler ni…Tapi alhamdulillah jalan tak adalah sesak sangat. Walaupun hujan tapi perjalanan lancar dan selepas Tol Sg Besi dah tak hujan dah. Janji dgn Mummy Gee nak buka puasa kat R & R Ayer Keroh. Kak Lah pun nak joint sekali. Ohhhh bestnya…
perjalanan balik kg lancar..jalan tak sesak....
Kami sampai R&R Ayer Keroh pukul 6.45 ptg. Gee dah sampai dulu dan booking satu pondok . Apa lagi anak2 bila dah jumpa…seronok sakan ler..mama siap bawak tikar lagi dan bawak dapur gas kecik…untuk goreng sotong tepung…hihihiih cam berkelah kan kami ni…
Mama dah tau dah kalau nak berbuka kat gerai2 kat R&R Ayer Keroh n mesti kena berbaris panjang. Dulu dah pernah terkena.So, to be safe mama dah plan ngan Gee untuk bawak bekal. Mama masak rendang ayam n sotong goreng tepung. Gee bawak ikan cili api, ayam goreng, sambal goring . Air minuman pelbagai jenis semua ready. Siap bawak tikar lagi tau. Macam nak berkelah betullah kiranya ni.
Sementara nak tunggu waktu buka puasa, mama sempat masak sotong goreng tepung kegemaran hubby. Jangan terkejut tau…diulangi masak…masak…hah mama siap bawak dapur gas mini untuk masak2 tau. Hubby yang suruh, dia kan suka makan semua benda yang panas2…so sanggup tu bawak dapur untuk menggoreng. Jangan nanti ada pulak orang lain yang nak beli makanan kat mama sudah ler.
Budak2 dengan xtvt masing menanti buka puasa..iki dan melepek tu...
Ika x sabar nak berbuka..sebelah kanan tu 2 orang bibik yang setia berkhidmat dgn majikan2 yang baik hati ni kan....hehehehmari...mari...sotong goreng panas...panas....cepat..cepat siapa lambat tak dapat
Lepas selesai buka puasa dan solat maghrib, Kak Lah masih tak sampai lagi…so kami lepak2lagi sambil ada yang last minute pun bak gi beli kasut lagi kat Kedai al-Ikhsan kat Ayer Keroh ni…Sampai pukul 9 malam kak Lah masih tak sampai, akhirnya kami pun bergerak ler semula. Dah kak lah pun kata jalan lah dulu..x yah tunggu dia.
sementara nak tunggu kak Lah...ronda2 kedai kejap dalam ronda.ronda dan round kedai tu ada gak orang terbeli kasut
Tangki minyak dah hampir kering. Kena isi dulu ni, nak isilah sebelah R&R Ayer Keroh ni…alamak minyak pulak kehabisan. Hanya ada kat beberapa pam aje yang ada minyak. Terpaksalah berbaris menunggu. Sambil2 tu minum Nescafe free kat situ…Time ni baru Kak Lah kata dia hampir sampai…tapi dah mama dah keluar dia terus ajelah..nanti jumpa kat kg ajelah. Akhirnya berjaya juga memenuhkan tangki kereta..ok settle..terus kan perjalanan membelah kepekatan malam.
minyak kehabisan..ada beberapa pam aje yang ada minyak...sementara menunggu "Kita minum dulu Nescafe free"
Lepas keluar Tol Tangkak, Gee tepon kata dia dah sampai kat Restoran Murtabak Singapore. Heiii heran gak..selalu mama aje yang rajin singgah ke sini…dia kata saja nak minum2 dulu sebab awal lagi..ok jumpa dai kata sana ajelah..calling2 Kak lah dah setuju semua nak jumpa kat sana. Gee tolong orderkan dulu sebab orang ramai….
Sampai kat Restoran Murtabak Singapore..gee dah booking table…seperti dijangkakan memang penuh sesak . dapt pun meja kat luar kedai…tepi longkang besar lagi. Nasib baiklah murtabak dia sedap…kalau tak sorry ler nak makan kat sini. Murabak Singapore kat sini memang sedap giler…tak jumpa kat KL ni. Kitaorang makan 4 keping size jumbo tau…memang marveles lah.murtabak ni. Walaupun kena tunggu lama…tapi sabar…sebab murtabak dia sedap.
Restoran Murtabak Singapore yang popular kat Muar@Muo ni...sentiasa penuh orangLama juga we alls lepak kat sini..ihihihihhii sebenrnya we all ni semua tak nak jadi orang pertama sampai akt kg dulu..ihihiihhi sebab bila calling2 team konvoi dari JB pun Belum sampai…Som n Yin pun maĆz on thw way kan..bukan apa..kalau smapai serentak baru lah best. Maklumlah yang kami nak tuju ni kan rumah tinggal. Orang lain balik kg, mak dan ayah ada dah menunggu, tapi kami kan balik ke rumah kosong. Bukan sebab takut….tapi ..hihihiihihihihi sendiri pikirlah….lagipun best juga sesekali melepak2 kat Bandar Muar ni kan…nyaman gitu.
hmmmm sedapnya murtabak singapore ni....tegnok dia punya daging & telur tu...memang sedap n lazat...Amir makan pun sampai licin
lepak2..sidang dewan bawah tiang lampu jalan...
Pukul 11.30 malam , teruskan perjalanan ke rumah kg ler…sunyi aje jalan ni. Yelah dah tengah malam. Lebih kurang 30 minit..sampai ler ke kg..yang kelakarnya kami ni konvoi 3 kereta boleh terlajak nak balik rumah sendiri. Sebab kiri kanan jalan gelap kan…tapi tak adalah jauh..patah balik…tengok2 rumah dah terang benderang……haahhhhhh rupanya Yin dari JB dah sampai…nampak dia tengah punggah barang. Rupanya dia pun baru aje sampai dalam 5 minit. Kira oklah we all bajet time kan…kira serentak kan.
tengok suasana jalanraya depan rumah mama kat kg ...ala-ala cerita "Keliwon" gitu kan...
hah dah sampai ke rumah..tengok dah terang benderang kan...siapa kata rumah tinggal ni tak terbela...cuba lihat dan tengok yea....balik ke rumah kosong tengah malam2 buta tu..hihihihi
ni pondok tempat anak2 bermain...mak2 & bapak2 pun suka lepak kat sini....kreatif tak mek & abg Brahim...siap pasang curtain tu..
Walaupun ini rumah tinggal, tapi keadaan rumah tetap terpelihara dan sempurna. Terima kasih kat kakak mama, Mek yang rajin selalu tengok2kan rumah ni. Sepanjang bulan puasa ni, tiap minggu Mek akan balik kg sekejap dan uruskan pekerja untuk nak bersihkan rumah ni. Kalau dia tak buat cam tu, tentu susah kami semua nak balik…ni masuk aje rumah, semua dah bersih…air sejuk penuh dalam peti ais, bahan2 kering untuk masak semua dah siap beli.
Sampai rumah budak2 ni tak reti nak naik rumah tu. Semua nak duduk kat pondok kat depan rumah. Rasanya jiran tetangga pun terkejut tetiba bunyi bising dari rumah ni kan. Masuk rumah, cam biasa, sambung sembang2 hampir tak tidur sampai waktu sahur. Som tiba dari JB pukul 4 pagi..so we alls terus prepare makanan untuk sahur..esok beberapa kelaurga lagi akan sampai ke rumah ni...ahhhh akanmeriah lah rumah ni untuk 4-5 hari ni......sambung lagi nanti
No comments:
Post a Comment