Ahad ( 6/9/09 - 16 Rmdhn) - Hari ni mama jadi host untuk majlis buka puasa family sebelah mama. Kalau minggu lepas buat kat rumah mummy gee, minggu ni kami semua buat kat rumah mama pulak. Plan asal nak buat kat urmah Kak Mah kat Klang, tapi cansel sebab dia ada hal nak ke rumah in law dia. Ok tak ada hal...mama jadi tuan rumah.
So dengan semangatnya hari ni kan seawal pukul 6.30 pagi..selepas solat subuh, mama dah keluar ke Pasar Tani kat Tmn Ahmad Razali. Walaupun semalam mama dah gi pasar borong dan dah beli barang2 kan, tapi ada bahan2 basah yang tak cukup lagi. tak boleh nak beli semalam takut dia rosak pulak..dan lagi sebab peti ais mama dah tak boleh nak sumbat lagi dah. So tujuna pegi pasar tani hari ni sebab nak beli daging dan tulang segar. mama nak masak sup tulang. Betul seperti dijangka sampai kat Pasar Tani dah mula ramai orang, walupun ada yang baru terhegeh2 nak pasang payung. Mama suka beli daging kat sini sebab fresh, mama tak berapa suka daging beku ynag diimport tu. Lepas tu mama beli ler sayur2an dan tak lupa karipap segera jenama Doana..sedap karipap ni...dia jual Rm8.50 untuk 25 biji.
Selesai dari Pasar Tani, mama ada destinasi lain pulak. Mama ke K4 Ampang pulak. Adalah benda mama nak cari ni..cehhhh kalau nak buat kenduri ler pulak. Walpun buka puasa ni konsep dia pot puck, tapi mama sebagai tuan rumah, nak gak buat yang special sikit. K4 ni buka kul 8 pagi. Mama sampai K4 kul 7.50..ok lah tunggu dalam 10 minit. Ingatkan mama orang pertama sampai, rupany ada gak orang lain. Hihiihihhi ni kalau toke K4 nampak mesti bagi award kat kita orang ni kan.
tengok tu...punyalah tak sabar, pintu K4 pun tak buka lagi tau, mama dah tercongok depan tu
Bali dari K4, punggah barang2 dan kemas&simpan dulu mana yang patut. Lepas tu mama ngan bibik terus buat operasi menyiang dan mencuci. Lepas tu mama terus rebus tulang tu dulu...sampai ler ke tgh tak beranti lagi wat kerja...nak tau yang lain2 buat apa masa ni...zzzzzzzzzzzzzzzz termasuklah si kenit Amir, tu yang ligat aje buat kerja tu.
tengok ler ruangan dapur mama, semua ruangan penuh, dari kabinet, meja, dapur gas...masak mama jangan tak masak.....akhirnya siap gak semua menu mama on time.
Gambar tak banyak ambil sebab mama jadi tuan rumah kan..sibuk melayan dan menyediakan hidangan...antara menu yang ada hari tu ialah
menu mama - sup tulang, ikan pari bakar + sambal kicap, mee goreng, sotong goreng tepung, ayam goreng kentucky, pengat keladi+labu+sagu, sagu gula melaka.
mummy gee - spagethi, ikan tenggiri goreng berlada, gulai cendawan, kuih tako, kole kacang
Kak Lah - ayam masak kicap, kuih kasui
Kak Nor - Gulai Nangka + ayam, Sambal goreng special
Arif - Murtabak daging special..punyalah banyak dia bawak
meja air dan kuih muih...sebelah tu cantik kan..hirisan lemon alam air teh lemon yang mama buat sendiri. Lauk pauk lain tak sempat nak ambil gambar ler...busy...busy....
Lepas solat maghrib..lepak2 kejap...belek2 baju ...
Dafiy & Amir naik naik rabbit nak gi mana tu....gee ngan kak lah tak habis2 belek baju raya...
Dafiy & Amir naik naik rabbit nak gi mana tu....gee ngan kak lah tak habis2 belek baju raya...
Time diaorang nak balik..si kenit Amir ni mulalah buat hal...nak ikutlah pulak dan melalak2 nak masuk kereta, terpaksalah gee bawak seround dulu, baru dia senyap. Pukul 10.30 semua dah balik kecuali Kak Lah & family. Huby ngan Abg Wan tu memang kaki jaga malam kan..kira ok lah tu sekepala... malam tu kak Lah balik dalam kul 1.30 pagi kot..lepas tu mama zzzzzzz
nak ikut...nak ikut...kalau tak bagi ikut..bawak Amir round dulu..ok tak
No comments:
Post a Comment