Friday, March 23, 2012

SPM..Dapat Berapa A.......


Korang ada anak2 ambik SPM ke...tak pun adik2 ke....anak2 sedara ke....jiran tetangga ke..anak kekawan ker...haha Mama tak ada...anak sulong pun baru Form 2 kan...so lagi 4 tahun baru SPM.

biasa dengar kan soalan cam ni

A  : anak awak ambik SPM kan
B : Haah
A: apa keputusan..dapat berapa A
B : Dapat 9A
A: Ohhh 9A....A+ ke...A ke...A- ke.....
B :  gulp.......( aduhhhhhh banyakknya soalan.......)

Rasanya sekarang ni dah tak ada soalan...awak lulus SPM ke...yang ditanya "Awak dapat berapa A"


So korang rasa kan...kalau agak2 dah tau anak2 kekawan tu camana...dan kurang cemerlang ....tak payahlah nak tanya detail sangat yea...Mana ada parents dalam dunia ni yang tak teringin nak anak semua berjaya dan dapat straight A cam ni...tapi tak semua bernasib baik. Tak berjaya dalam SPM tak semestinya tak berjaya dalam hidup....so teruskan perjuangan yea....

tulah kan budak2 sekarang ni makin pandai kan....Sebelum2 ni kalau dapat straight A....wahhh terror...sekarang orang tanya pulak...A apa....A gemuk ke (A+), A sederhana ke (A) atau A kurus....(A-)....so bayangkan...kalau yang langsung tak dapat A tu alahai susahnya nak jawabkan..bukan setakat tak ada A pun susah nak jawab...kalau dapat 3A ke 4 A ke...pun orang jawab ohhhhhhhh ye....

Dulu2 zaman mama ambik SPM..kira Pangkat 1, 2 dan 3..kira aggregate dari  6 subject. Kalau dapat "Kepujian @ Credit ( C3 - C6)" tu pun kira terror gak tu..hehehe,,,jangan dapat "Cangkul" (7) ataupun "Enam Pening (9) " sudah.....'

Tulah cabaran anak2 sekarang kan....so kenalah belajar rajin2....tapi apda yang kurang berjaya tu...tak apa...banyak jalan lain lagi...



siaran langsung keputusan SPM dari SABKL untuk siaran RTM

Hari resutl keluar tu...walaupun tak de anak ambik SPM tu teruja juga nak tau. Nak tau juga result SPM sekolah anak2 mama. Masa Mama hantar Iki dan Ika ke sekolah tu...wahhhhh macam biasa ada lintas langsung keputusan SPM dari SABKL...siaran untu RTM...seawal apgi...dah siappasang pemancar tu. Tetiba rasa berdebar pulak...ehehhehe

Ohh tahun ni macam biasa keputusan SABKL lulus 100 % ler...dengan 55 pelajar mendapat straight A dan 3 pelajar mendapat straigh A +. Tahniah ye Warga SABKL....

Korang nak tau result SPM mama dapat berapa..heheheheh malulah nak sebut....tapi Alhamdulillah dengan result SPM tu dapat juga mama melanjutkan pelajaran dan seterusnya dapat pekerjaan macam sekarang...heheheheyang pasti tak ada dapat "Enam Pening " tau....hehehhe










Sunday, March 18, 2012

Kisah Suatu Malam Di Lebuhraya.......


Seperti malam-malam sebelumnya tugas Ahmad akan bermula tepat jam 12 malam. Sejak 5 tahun ini begitulah rutinya setiap hari. Bertolak dari rumah kira2 jam 10 malam dam sampai ke Ibupejabat setengah jam kemudian. Setelah berurusan dengan pihak terlibat diapun mengambil kunci van dan menghiduokan enjin. Beitulah tugas sebagai Pemandu syarikat Penghantar Cepat @ Courrier Services. Memandau di waktu malam adalah tugas rasminya untuk memastikan barangan yang dihantar pelanggan akan tiba keesokkan harinya.

Membelah lebuhraya diwaktu malam dari Johor Bahru kebeberapa destinasi yang ditetapkan dah jadi lumrah pada Ahmad. Itulah sumber pendapatannaya untuk menampung keluarga,

Perjalanan lancar..singah sebentar di R n R Machap untuk membasahkan tekak dan memgambil angin malam sebelum meneruskan perjalanan. Jam mennjukkan 1.20 pagi. Waktu2 begini R n R pun agak meriah kerana ramai yang berhenti untuk merehatkan badan.

Suram dan Seram......ni gambar yg Mama ambil di hentian Rehat dalam perjalanan balik ke KL baru2 ni....


Dalam pukul 1.40 pagi ahamd meneruskan semua perjalanan. Mata semakin segar,dan boleh memandu dengan selesa. Melapasi Machap memasuki ke arah Yong Peng jumlah kenderaan agak berkurangan. Ahmad membuka tingkap kerana mata mulai layu ulak..padahal baru aje lepas minum Kopi O kaw..."aggghhhhhh sudahhhh getus Ahad...apasal lah mata aku ni pulak..selalu ok aje". Mungkin sebab kali ni dia terpaksa memandu berseorangan..teman sekerja yang sepatutnya bersama-sama terpaksa mengambil cuti kecemasan kerana masalaha yang tak dapat dielakkan. Untuk mendapatkan pekerja gantian di saat-saat akhir agak rumit juga.  Namun memandangkan kali ni Ahamd cuma perlu menghantar barang ke Kuala Lumpur....dia pun setuju aje untuk memandu berseorangan. Lagipun dia dah biasa memandu sorang2 di malam hari. Bukan setakat di Lebuhraya Utara Selatan.....yang agak meriah ni selalunya...malahan dilebuhraya yang lebih "keras" pun ada seperti Lebuhraya Karak, Lebuhraya Pantai Timur, Lebuhraya Timur Barat yang melalui jalan berbukit Jeli ke Grik...so tak adalah lah setakat lalau highway KL-JB ni...kacang ajelah....hehehhee

Tiba2 hujan rintik2 mulai turun...Ahmad menaikkan cermin tingkap...dalah hati terdetik.."alamak kalau ada geng baru OK ni....Mata...oh...mata kenapa ko mengantuk malam ni..." Dibukanya radio dari satu channel ke channel yang lain...dari lagu2 romantik..ke lagu2 klasik...semua kurang menarik minatnya. akhirnya dia tertekan ke channel radio IKIM...wahhhh elok juga ni malam2 ni  dengar ayat-Al-Quran.

Semakin lama...keadaan lebuhraya agak gelap..kerana kurang lampu2 ditepi lebuhraya melalui kawasan Yong Peng ke Pagoh. Lampu agak berkurangan. Hanya mengharapkan suluhan lampu dari arah bertentangan.

Ahmad terfikir...janganlah hendaknya Van yang dinaikinya buat hal dikawasan macam ni...."alahai cepatlah sampai ke KL..kalaulah van aku rosak ni...mampuhhhhh aku...sapa nak tolong"...tiba-tiba dia terasa bulu tengkoknya meremang pulak...terbayang kalau dia berseorangan dikawasan itu dan kenderaannya buat hal..Ya Allah minta dijauhkan. Sedang Ahmad melamun dan malayan perasaan...kelihatan di hadapan dalam jarak lebih kurang 100 meter ada cahaya lampu suluh naik turun naik turun dihadapan. aghhhh sudah...baru aku berangan kereta rosak..dan ada yang betul2 terjadi. Dari jauh Ahmad mula memperlahankan kenderaan...dia tidak berapa a nampak jelas siapa yang menahannya kerana cuaca agak gelap dan cuma nampak cahaya lampu. Ahmad pun lantas memasang signal ke kiri dan mula mmeperlahankan kenderaannya. Mulannya hati terasa cuak..tapi bila memikirkan kalau hal itu terjadi padanya dan tak ada pulak pemandu yang nak berhenti...Ohhh ini masa dia...mungkin esok masa aku. Lagipun nak ke telefon emergency tu agak jauh juga.

Amad memberhentikan kenderaaanya. Kelihatan di hadapannya seorang wanita bersama anak lelakinya berdiri ditepi jalan. Kanak2 berusia dalam lingkunagn 2 tahun....Ohhh kasihan sungguh,..mungkin kehabisan minyak kerana wanita itu memegang tin kecil. Terbayang kalaulah benda ni terjadi ke atas isterinya....memandanga kadanag2 kala isterinya juga terpaksa pulak ke rumah dari kerja agak lewat malam, kerana isterinay bertugas di sebuah Klinik Swasta 24 jam. Kadang hampir jam 12 malam baru isterinay tiba dirumah bil ahabis shift pukul 11 malam. Ahmad lantas menurunkan cermin tingkap......

"kenapa Kak.....apa masalah kereta", Wanita itu menjawab tapi Ahmad kurang mendengar..mungin disebabkan bunyi bising enjin kenderaan...cuma wanita itu menuding tong kosong tu dan menunjukkan ke aras hadapan... ohhhh memikirkan agak bahaya berhenti ditepi lebuhraya diwaktu malam dan dengarn kenderaan yang dipandu laju..itupun beberapa kenderaan tadi membunyikan Hon yang agak panjang....Ahmad mengambil keputusan untuk menumpang wanita tersebut...Ahmad membuka pintau van dan mempelaawa wanita bersama anak lelakinya itu naik. Tanpa sepatah kata..wanita itu lantas naik ke dalam van sambil meriba anak lelakinya dan meletakkan tong kosongdi sebelah kakinya.

Ahmad pun lantas meneruskan perjalanan...Wanita itu mengucapkan Terima kasih dan menunjukkan arah ke depan dan Ahmad terus memandu.

Tiada perkataan atau perbualan yang keluar dari mulut keduanya. ahmad ingin bertanya....tapi memandangkan wanita itu hanya menundukkan mukanya lantas dipendamkan hasratnya. Untuk memecah kesunyian dan keheningan Ahmad lantas menekan punat radionya..Kebetulan Radio Ikim sedang menyiarkan bacaaan ayat-alQuran...surah al-baqarah. 

"TUTUP".........tiba2 wanita itu bersuaran agak garau sambil jarinya menuding ke aras punat radio. Ahmad terkejut dan serta merta tengkuknya terasa meremang. TDan tiba2 di amerasakan deruan angin sehinggah resit tol yang diletakkan di hadarapan dahboardnya juga hampir terbang...api ditenangkan hatinya. ohhh mungkin dia tak mahu anak lelakinya terjaga dari tidur agaknya. Tidak berapa lama lepas itu wanita itu bersuara kembali.... " BERHENTI DEPAN". Ahmad lantas memperlahankan kenderaannya sambil memaasang lampu tinggi. Ohhh dihadapannya tesadai di tepi lebuhraya itu sebiji kereta Nisaan Sunny model mama berwarna Merah. Lega hatinya....ohhhh betullah ni manusia....sambil hatinya mahu tergelak kecil, Dia memansang signal kekiri dan mula memperlahankan kenderaan. Sebagaimana tadi ada beberapa biji kereta dari arah belakang dan arah bertentangan membunyikan hon bertalu..."ishhhhhh....sabarlah sikit....getus hatri ahmad tentang sikap pemandu2 dilebuhraya"

Tanpa separah kata..Wanita itu lantas membuka pintu van dan mula melangkah turun sambil mendukung anaknya...beberapa langkan ke hadapan Ahmad terperasaan yang tin minyak yang dibawa wanita itu tadi tertinggal di dalam vannya... dia lantas menanggalkan tapi linggang keledar nya dan ingin membuka pintu vannya untuk memanggil wanita itu dan memberikannya tin minyak tadi.

Dengan tak semena-semana tingap vannya diketuk dari luar. Ahmad yang terkejut menoleh serta merta...apabila dipandangnya..dilihatnya dua orang petugas peronda lebuhraya berada diluar kenderaaannya sambail bertanya " Ada apa Masalah Encik berhenti disini"

Baru saja Hamd hendak menerangkan ...sambil tangannya menunjuk ke aras wanita dan kereta Nissan Sunny tadi...ehhhhh sekelip mata wanita itu hilang dipandangannya...termasuklah kereta Nissan tersebut. Tetapi Tin minyak masih berada di tangan Ahmad. Ahmad memberitahu yang dia ingin membantu wanita yang kehabisan minyak dengan menumpangkannya ke mari...tapi tak kan sekelip mata dia dah jalan...sedangkan tin minyak masih berada ditangannya....Belum habis mendengar penjelasan Ahmad...lantas Petugas Peronda Lebuhryaa lantas berkata " dah...dah...En sila jalan sekarang...jangan pusing ke belakang...dengan mimik muka yang berkerut seolah sudah mengerti kisah sebenar yang dialami oleh Ahmad. Petuga itu juga berpesan lain kali tak perlu berhenti jika memlalui kawasan tersebut.Petugas itu pun cepat2 memasuki kenderaannya dan mengiringi kenderaan ahmad meninggalkan kawan tersebut. 

Ahmad yang masih bingung..meneruskan perjalanan sambil fikiran berserabut memikirkan siapa wanita itu. dalam hatinya ingin cepat sampai ...sehingga ke hari ni masih terbayang kisah wanita misteri berkenaan. Setiap kali melalui kawasan tersebut hatiny apasti berdebar2 dan rasa ingin cepat2 melewati kawasan tersebut.

Sejak peristiwa itu ahmad mula berkira2 mencari pekerjaan lain yang lebih sesuai......

Nota : Kisah benar seperti yang dicertiakan kepada Mama...tak taulah betul ke tak..sekadar untuk ingatan....

Cerita Sotong yang Montoks.....

Kenapa sekarang ramai yang dah malas update blog hah...termasuk ler Mama...hehehhe....tapi suka baca blog kekawan n kaum kerabat....walaupun blog2 tu pun alahai....2-3 hari abru ada n3 terbaru.....ok lah...hari ni mama ada seidkit rajin nak update blog....jom layan blog merapu...

Cuti sekolah dah berakhir....tapi tak berkesempatan bawak anak ke mana2....semapt menjengah ke Johor bahru aje last week....cuti sekolah pendek dan dihambat dengan kesibukan tugas2 seharian....

 aktivi masa cuti.....sorang dengan laptop...sorang dengan Galaxy tab....sorang lagi mana ntah....


Lama tak buat n3 masak2 kan...jom hari ni kita jengah masuk dapur mama ni...lama korang tak masuk dapur Mama kan....Menu hari ni...SOTONG SUMBAT MONTOK MASAK KARI...hehehehehe

 mula2.....gunakan isi ikan tenggiti...cincang2.....mama pun maianbelasa aje buat ni.....terpikir nak sumbat ngan apa ehhh sotong ni....dah sotong tu tak bertelur kan...kalau tka tak yah sumbat lagi...

 cincang isi ikan tu......halus2..

 sambil2 tu kopek petai...sebab teringin nak makan sambal petai....petai mahal ooo....mama beli 8 papan bersamaan dengan RM10...hehehe

 letakkan sedikit perisa...mama guna serbuk pasti sedap, lada sulah dan sedikit garam..

 sotong besar gedabakl yang dah docuci dan dibogelkan....mama siap kulit sotong tu biar dia nampak putih mulus...bak kulit ku...( blueekkkkkkk...sila muntah yeaaa)

 hah....tengok sikit puny beso sotong ni...hampir sama beso tangan mama tu...hehehehe

 mama ni tolong buatkan aje...tapi mama tak makan pun...sotong goreng tepung mama sukalah...



 mama ni kan tak suka makanan mentah nak sumabt dalam sotong....so stir fried sikit le isi ikan tu...sambil pecahkan telur kat situ...

 lepas tu sumbat ler dalam sotong tu....belasah ajelah labu...janji sedappppp


 ikut sukalah nak sumbanta banyak mana...selagi  ada lagi..mama sumabt aje....

 sampai ler jadi gebu cam Dugong ni...hahha mama sejatkan atas api sikit nak bagi keluar air sotong tu.....takut nanti masuk dalam kari cam tak masak pulak..hehehehe...alamak terlebih montoks lah pulak sotong tu...

 ok....dah sejat dan hampir separuh masak...

 mama buat kari...tumis ler kari cam biasa...tapi kasi pekat sikit...letak serbuk cili sikti kasi pedas....

 tadaaaaa.....dah siap....nak makan kena potong2 ler...sebab sotong tu beso...mama bau tpun 3 ekor je....tu pun tak habis....pebret hubby ni...dia kata kalau makan ka kedai mamak...mau dia charge RM20 sekor ni...hehehhehe

dah lepas makan sotong montoks....kena tengok lak muka tuanpunya blog yang montoks gak ni...hehhee...alah saja je....lama tak tayang muka dalam blog kan..hahahaha...korang rindu kan...hehehehehehe



cepatlah Mama.....jomlah pegi jalan2....alahai nait hati nak gi tengok BELON PANAS kat Putrajaya pun tak jadi ler nampak gayanya....hehehe

Jom...dah siap2....ni nak gi mana......biaslah hujung minggu ni acara wajib melawat ke rumah MIL sekejap....
sila abaikan pemandangan belakang yang agak berserabut tu yea....sepanjang..kat dinding tangga hiasan Wallpaper Ben10 tu...

dah...dah...dah....cukup...jangan letak gambo lagi yea...nanti 10 entry lepas ni baru ada gambo tuan punya blog lagi...

Tuesday, March 13, 2012

Last Minute Plan - Kulaifornia & JB (Part2)

Part 2 -  Tak sah pegi ke JB kalau tak singgah ke Pasar Larkin. Mama tak kisah kalau tak singgah ke JPO ke, the ZON ke..Senibung ke...Singgah Selalu ke...Angsana ke..or mana2 shopping kompleks....tapi jangan tak singgah ke sini...manyakkkkk lugiiii wooooooooooooo

 My Big Broooooo jadi supir pagi ni..

 Mama jadi Mem Beso duduk belakang yang luas lagi selesa...

 siap berlunjur lagi tu kaki sambil mata hampir terlena..

 fuh.....bawak lah jalan pusing2 YIn...dah sejul2 kena ekon ni malas lah pulak nak turun ke pasar..hehehhe

penumpang tetap Mama n Mummy Gee aje..Kalau Kak Kay ada ni mesti dia tak ketinggalan....

awalpagi..orang pun tak ramai lagi..tujuan utama nak cari Telur Pindang...tapi hampa...sebiji pun tak jumpa..entah mana ntah pegi semua TELUR2 PINDANG kat sini....dah kena rembat dgn orang nak buatkenduri kahwin kot..

 macam2 ada jual kat sini...tak taulah samada orang JB ni terlvih rajin or terlebih malas...heheheh sebab kan..Pisang goreng segera pun ada jual tu....kuih frozrn pulak cakap aje nak kuih apa..semua ada..

Macamlah kat KL ni tak ada ubi kan....siap beli ubi kat sini,,,gedix gitu kan...


Soto yg mables...

Lontong segera daun pisang banyak dijual disini...

Lepas breakfast Mummy Gee dah balik KL dah..sebab dia ada kenduri kahwin.Mama ni..ala nanti2 lah.....lepas tu Kak Long pulak balik dah......lepas tu plan..nantilah lepas lunch...solepas lunch...Yin pulak balik...mama pulak..heheh Hubby pun sambung lena semula...mama pun zzzzzzzzzzz ler balik...bangun ...minum petang pulak...dah lepas asar ni..hehehhe tak kan nak tunggu lepas Maghrib pulak...heheheh so akhirnya pukul 6.20 ptg kami bertolak balik ke KL...Bye...bye....semua.....

Bye..Bye Ijat, Apis, Lisa dan Leya....nanti kami datang lagi. Setiap kali ke JB..kalau niat nak berjalan memang selalu terbantut...sebab apa tau...sebab kalau dah melepak kat rumah ni..memang alamat tak keluar ke mana lah...hehehhe...so nampak gaya lain kali turun JB diam2 aje kot...duduk hotel je...tapi kan Alahai Mama tak sampai hati ler pulak..mungkin kalau orang lain boleh...tapi mengenangkan...seronok nak jumpa adik beradik...so melepak ajelah disini..ehhehehee..lagipun kalau lah si YB Bukit Mutiara ni tau kami dtg dan tido do hotel...hehehhe alamat nak jawab phone ler 2-3 minggu kot...

                                          
Budak 2 orang ni AMIR & ALEYA...time Mama nak balik..kebetulan baju pun kaler sedondon tu....Amir kata dia x nak balik...nak duduk rumah Aleya

Malam di R&R Machap yang sangat cantik ni...niat nak beli telur pindang di sini...tapi hampa tak ada pulak...



Lepas berhenti kat machap./..stop pulak ke Ayer Keroh...solat dll....sampai rumah kul 12 malam lebih......zzzzzzzzzzzzz...esok nak keja daaaaa.....tension balik....


Monday, March 12, 2012

Last Minute Plan - Kulaifornia & JB (Part 1)

Last weekend Short trip to Kulaifornia & Johor Bahru. Pergi tanpa dirancang dan agak mengejut. Actually Cousin mama kahwin 10/3 tu...so disebabkan jadual kami yang agak ketak..nampak gaya cam tak dapat pegi lah...tapi allah maha kuasa...akhhirnya dapat pegi gak..walaupun malam sebelum pegi tu cam dah hampir musnah harapan nak pegi...( yg ni nanti mama buat entry lain yea...)


So berjanji dangan kekanda2 ku..Mummy Gee n Kak Nor@ Datin S.....untuk bertemu di Tol Kulai, Berrtolakkeluar rumah kul 8.00 pagi dan singgah rumah MIL sekejap, lepas tu terus ke Selatan...Alah tak de masa nak celoteh lah..layan gambo ajelah yea....

Muka yang sebab sebab menagntuk dan sebagainya...malam sebelum tu balik opis kul 11.30 malam ...lepas tu tidor hampir jam 4 pagi...tapi demi bertemu kaum kerabat ku...hehehehe tak apa..boleh aje.....


Sampai kat rumah Wong Kho Lai...tukar unipom....

Gambo wajib dan lokasi wajib berposing kalau kat rumah ni...

hah,,,masig sibuk berposing...

ambi, baju main tangkap muat aje...nasib baik tudung matching gak..alah belasa lah labu...pakai sekejap aje....

singgah sebentar di rumah ni...Me & My Sis...Luv you forever....


ok dah siap jom pegi. 

Mama memang dah lost jalan nak gi rumah cousin mama ni..hehehehe Almaklumlah "Rajin" bebeno datang rumah dia kan...ni rumah adik beradik sebelah arwah Emak. Rumah arwah Abang Emak. Anak bungsu dia yang kahwin ni. Tapi Mak sedara mama ni alhamdulillah sihat lagi...

Ikut aje kereta Abang Mama si Yin tu...

jangan bawak laju2..nanti aku tercicir...sampaipulak ke rumah Mawi nanti ni...

OK ikut laluan ini...

Time ni Mummy Gee ketinggalan rupanya.....ingatkan dia jalan dulu..hehehehehe

boleh terambik pulak gambo Hubby depan rumah jiran Aunty Mama ni....hehehhehe rumah kaler purple gitu...
Ok Rombongan Cik Kiah dah sampai...

Kalau tanya anak2 ni rumah sapa...memang ler dorang konfuse...

Wahhhhhh sampai2 terus siga buku kedatangan dan Autograf tu...wahhhhh ada gak pemiant mama kat sini ehhh...ehhehehehe kelas ko...warga Felda sekarang ni...memang kelas..siap ada buku ucapan lagi tu.......ko ada...hehehehe

Hubby & Mahizan....suami pada anak sedara sepupu Mama...sama2 duduk KL tapi jarang bertemu...

ni ler isi kandungan buku yang mama tulis..hehhehe

dengan Suria @ Atin...anak saudara sepupu..hubby dia si Mahizan yang bergambo dgn hubby Mama tu....



 dengan Mak Wa...satu2 nya adik beradik arwah Emak yang masih ada. Yang ini Kaka sulung Emak...usia dah hampir 90 tahun rasanya..ingatan masih kuat dan masih kenal semua orang...cuma mata dah tak nampak..

 Selamat Pengantin Baru Nana & Reaza...Cousin Mama yang terakhir ke jinjang pelamin....kira sepupu paling muda lah ni....

Hai...Kak Long jeling2 aje apa yang Mama tulis tu....nak tiru ker...hehehhehehe

 dengan Wawa @ Natrah...anak saudara Sepupu Mama yang cun memecun ni....aduhhhh ni kalau patien sakti ni kompom terus baik ni dapat nurse cantik cam ni...


Balik dari rumah kenduri ni..Mama terus lajak ke JB ke rumah Kakak Mama...YB Bukit Mutiara...hehehe...sepanjang jalan matam mengantuk sangat...lena jer....Hubby yang mata semakinkuyu pun sampai terlepas aje simpang nak masuk rumah dia ni,. Kelakar betullah..padahal dah  banyak kali datang sini..so sudahnya tukar pilot..mama drive..,,,dia terus lena..dan akhirnya Mama sampai ler ke rumah di Taman Bukit Mutiara tu...

to be continue....