Friday, April 30, 2010

Mimpi Yang Tak sudah



Disebabkan hari ni mama cuti 1/2 day kan...cuti sebab mengantuk...hehehehhehe . Do dapatlah Mama melelapkan mata petang tadi....bestnya, dah lama tak tido siang. Mama tidur dgn Amir ler...heheheh dia sukalah sebab mama ada kat rumah...lepas tu kan bila tidur siang2 ni mimpi pun merapu2 kan....macam2 mama mimpi, tapi kan bilan bangun tu nak recall balik apa mimpi mama tadi dah lupa lah pulak......hheheheheh rasa cam ingat tapi lupa....korang boleh ingat tak apa mimpi mama tadi....MIMPI YANG TAK SUDAH kot.....korang tau ke lagi Mimpi Yag tak sudah ni...nyanyian Ibnor Riza...zaman mama sekolah popular sangat lagu ni....

Rasa-rasanya kan Amir ni mimpi tak erk time tengah lena ni......hehhehe best jer kan tengok dia tidur ni......

Wasiat Dari Comei


Hari ni mama cuti halfday, saja je sebab rasa cam mengantuk sangat. Logik tak ambik cuti sebab mengantuk...hehehehhe ok apa kan,.....mama kan bukan kaki ktuang kerja, so rasa2 mengantuk daripada nak tido time kerja baik ambik cuti kan....hehehheeh...betullah sampai rumah tak lama terus...zzzzzzzzzzzzzzzz...bangun1 tido buka Blog...tengok..tengok....ehhhhh ada dapat WASIAT pulak kat mama.....Alamak sapa bagi wasit ni.....nak tengok apa yang diwasiatkan pada Mama, Manalah tau duit dalam bank yang berjuta ke...banglo mewah ker, kereta mewah ker...
JOM TENGOKKKKKK

++

++

++

++

++

++

++

++

++

++

Laaaaaa bendalah ni hah........Laaa kat mana mama nak bela ni.....Kat rumah mama ni mana ada tanah luas nak bela ni....nak bagi makan apa pulak...Frieskies boleh ker...mesti jiran2 mama marah ni malam ni dengar bunyi dia berdengkur kan....laaaa ingatkan kat farmville aje dapat lembu....ni pun ada orang nak bagi erk...



1, Thank & link the person that gave you the cow

Apa-apa pun terima kasih lah pada COMEI yang bersusah payah mewasiat binatang ni kat mama....huhuhuhuhu surat wasiat dia ada sekali bawak tak...mana tau selain dari ini, dia ada wasiat lagi benda2 lain...hahahahah

3. Bagi bali wasiat ni kat 7 bloggers yang paling aktif dan paling x aktif

alah bab ni yang tak suka, kan mama dah kata follower mama tak seberapa...ehehehhehe tapi kan kalau ada silent reader tu kalau rasa-rasa rajin cuba buat, nanti mama bagi wasiat lain pulak..hehehehe

4.Bagitau diaorang ni yang diaorang dapat ni dari orang kaya kg sipening lalat

woooiiiiii orang2 siber...adalah dengan ini dimaklumkan bahawa Orang Kaya Kg Si Pening Lalat iaitu saudara "Sidik Sepakraga" menghadiahan seekor binatang ini untuk dijadikan Penguhulu Kampung

5.Cuba bagitau 3 makanan pelik yang anda pernah makan
1- Telur bakar
2- Aiskrim goreng( tak pelik pun tapi kelakar)
2 - taik itik ( tak makan pun baru denagr nama dah ngeri.....heheheh)

6.Cuba bagi tau berapa akwan aanda dalam FB

Tak ingat...ramai gak ler..

7. Feveret soalan ni, kat mana korang jumpa spouse korang, or pak we or mak we...kat mane

hhheheheh RAHSIA...nak tanya pilah tanya hubby......



Thursday, April 29, 2010

Hujan Ribut..Lapar Perut...


Hari ni KL dilanda hujan lebat lagi. guruh berdentam dentum dan kilat sabung menyabung..time mama nak balik tu mak aiiiii takut pulak nak drive, tapi redah ajelah. Alhamdullillah jalan tak sesak seperti yang disangkakan. Rasanya sebab semua orang ingat hari hujan dan jalan akan sesak, so masing bertahan dulu kat ofis kot. Mama kira awal gak ler sampai.Lepas ambil Iki dan Ika kat taska, anak2 ni nakmakan dulu pulak...dari hari tu dah berjanji....so terpaksalah tunaikan. Kesian Amir kat rumah yea....yelah kalau mama nak gi ambil amir dulu...laaaaa lambatlah pulak kan....Sebenarnya kat rumah pun bibik dah masak gak...hheheheh bibik ler makan sorang yea....

Hah hari ni mama early dinner kat sini, Restoran Kosas River Bank, kat mana.....kat Ampang waterfront. Dulu2 kedai ni kat tepi jambatan nak masuk ke Taman Kosas. dulu2 masa mula2 duduk Ampang, mama & hubby suka makankat sini. Tapi bila tempat tu dirobohkan untuk pembangunan...dah pindah ke Alamanda dan bila Ampang Waterfront dah siap...dia kembali ke sini....


Dalaman Restoran Kosas River Bank & KRB....cantik dengan gaya sentuhan moden...sesuai untuk gi ngeteh ngan Kak lah ni....hehehehe. Hubby kureng sikit nak makan kat sini, so time dia tak ada inilah mama bawak anak2 gi sini.


Mama & kids....Amir tak ada hari ni yea....kesian anak mama tak dapat ikut yea...Iki dan Ika masaih pakai uniform lagi tu...kesian kan kat Amir...Iki dan Ika ( 12 dan 11 years) beza umur setahun aje...tapi Amir kan baru 2 tahun....huaaaa esok Amir masuk darjah 1 Iki dah Form 5.

air warna warni untuk Iki, Ika dan mama....Iki order Fish & chip...tengok muka tu,,,tengah lapar giler tu....



Ika & Mama had chicken chop...so ..so....aje rasa dia...rasanya kat Fiske lagi best kot...tapi aghhhh anak2 nak makan kat sini..ok ajelah....

Habis makan hujan pun hampir teduh..dah tak selebat tadi, jalan pun dah agak lengang. Sampai rumah Azan Maghrib berkumandang. Ok malam ni ada misi lagi ni...kemana erk....adalah....

Duit Jajan....


Anda semua ada anak bersekolah tak ? Tentu ada kan. Mana yang anak-anak kecil-kecil lagi tu mungkin tak ada pengalaman lagi kot. Berapa orang anak yang sekolah? Berapa banyak korang bagi duit belanja a.k.a. Duit jajan kat anak-anak untuk ke sekolah? Ataupun mereka ni bawa bekalan ke sekolah? Ataupun korang hantar makanan ke sekolah time rehat?hehehehehe

Kali ni mama nak buat n3 pasal duit belanja sekolah. Berapa erk korang bagi duit belanja sekolah kat anak-anak. Dulu zaman mama sekolah dalam tahun 80an…( heiiii dah tua kan mama dah 37 tahun tuuuuuuu......) masa sekolah rendah Abah bagi 10 sen atau 20 sen aje tau. Lepas tu kan sekolah pulak dari pagi sampai petang . Tgh tu tak balik rumah, mana sempat nak balik sekolah sebab Kelas Agama mula pukul 2 ptg dan habis pukul 3.30 ptg. So bayangkan ler dengan 20 sen apa nak makan erk. So nak tak nak kena ajelah tahan perut nak tunggu balik rumah nanti. Tapi Alhamdulillah sihat walafiat pulak masa tu kan. Bila naik darjah 4, 5, 6 , time Sekolah Agama tu sempat ler nak balik rumah, sebab masuk kelas pukul 3.50 dan balik kul 5.30 ptg. So dapatlah makan tgh kat rumah.

Bila Mama masuk Sekolah Menengah, dapat duit RM1 sehari. Tapi bukan duit belanja yea. Tapi kan 70 sen untuk tambang bas sekolah pergi dan balik. So baki 30 sen tu ajelah duit belanja Mama. So Mama jarang ke kantin pun sebenarnya sebab Air bawa sendiri dan pagi dah makan kat rumah. Sedih kan. Waktu Mama Form 2, Mama sekolah Aagama darjah 6, So balik Sekolah Menengah kul 1 tgh dan sekolah Agama start pukul 2 ptg. So dengan duit tu lah mama guna untuk makan tgh, beli nasi lemak 20 sen…huhuhuuhhu sadis kan…Tetiba teringat kat cikgu sekolah agama tu Cikgu Ismail Kartubi, dia ni mengajar adik beradik Mama dari Kak Long sampailah ke Mama. Lepas tu Masa mama Form 3, Mama dah masuk kelas Khas…Kelas Cuma setiap Sabtu….heheheh dapat gred 2…

Ehhhh dah melalut pulak. Sebenarnya nak cerita pasal duit belanja sekolah anak-anak kita sekarang ni. Mama ada 2 orang anak yang bersekolah. Tahun 6 dan 5. Tengah membesar dan tengah berselera nak makan. Anak2 mama sekolah sessi pagi dan sebelah petang ke Kelas KAFA. Kalau nak ikukkan penat memang ler ..aghhh tak apa. Dunia dan akhirat tu biarlah seiring. Mama tengok ramai2 orang sekarang ni yang tak hantar anak ke Kelas KAFA dengan alasan penat dan kesian anak. So mama No Komen…Tepuk Dada Tanya Selera.

Anak2 mama tgh tak balik rumah, walaupun kat rumah ada Bibik, sebab nak kejar masa terpaksa transit kat Taska. Makan tgh disediakan. Kalau menu tak sesuai ditekak diaorang, diaorang akan pegi beli kat kedai berhampiran. Sebelum ni mama bagi RM4 sorang. Tapi sejak 2 minggu ni Mama dah naikkan jadi RM5. Nampak cam banyak tapi sebenarnya itu pun ngam-ngam aje. Tapi selalunya diaorang akan simpan RM1 setiap hari dalam tabung. Macam Iki tu pandai pulak, siap main kutu RM1 sehari..dgn 7 orang kawan dia…lepas tu RM1 dia akan simpan. So jumlah dia belanja RM3 ler. Di Taska makan kat ikut time, so kekadang tu budak2 ni biasalah mesti terasa lapar ke …..so sebab Iki dan Ika ni kira dah besar juga, diaorang kadang2 beli gak ler apa2 makanan yang diaorang nak. Kadang kesian juga, kalau dulu balik rumah, hah lapar buka aje peti ais….buatlah apa makanan nak.
Selalunya setiap bulan Mama akan berikan “bonus”untuk mereka. Jumlah bergantung kepada mood Mama. Tujuan bagi duit sebab kadang2 kot diaorang ada teringin nak beli apa-apa atau pun simpan ajelah. Jadi setiap hujung bulan selalu dioarang akan tanya, “Ma …ada bonus tak bulan ni…..” hahahhaha alahai anak2 woooiiiii..boss mama pun tak kasi Mama bonus lah.

Sekarang ni masing nak beli basikal baru. So hari tu dah gi survey. Sebab basikal lama dah “kecik” heheheh…hah Mama kata… kumpul duit..saja aje..kalau kita terus belikan nanti dioarang cam tak kisah lah pulak kan..selalu tu mama cakap aje suruh kumpul duit, tapi akhirnya kami yang akan belikan pun. Bukannya tak boleh nak belikan terus basikal, tapi mama nak ajar diaorang berusaha sendiri kalau nak dapatkan sesuatu. Sekarang ni masing2 tengah giat kumpul duit dan sayang nak belanjakan duit saving diaorang tu.

Biasanya air minuman anak bawa dari rumah. So duit digunakan untuk makan waktu rehat dan waktu sekolah KAFA. Itupun selalu kalau ptg time mama ambik petang…emmm merengek…nak beli airlah, nak itu nak ini. Lepas tu Mama tak sampai hati belikanlah juga..hehehhe sebab apa mama belikan. Ntahlah rasanya Mama dulu dah merasa kesusahan waktu kecik, kalau boleh tak nak anak merasa susah macamana mama rasa dulu.

Korang pulak macamana..berapa korang bagi kat anak2 duit belanja ke sekolah...ke memang standard korang bagi cam Mama gak ker..atau lagi banyak. Iki kata ada kawan2 dia yang bawa RM10 ke sekolah, tapi bagi mama untuk pelajar sekolah rendah terlalu banyak ko tu...tapi..heheheheh kalau mampu apa salahnya kan....agak2 nanti 10-20 tahun lagi pelajar ke sekolah pakai kredit kad aje kot...

Wednesday, April 28, 2010

Berkongsi Rasa Sedih

Hari ni banyak masa mama melepak kat SINI . entah kenapa sejak jumpa Blog ni, Mama suka singgah kat sini. Berulang kali mama baca coretan si ibu yang sedang kesedihan kehilangan anak kesayangannya yang dah masuk hari ke 40. Tak taulah mungkin kisah yang hampir sama dengan ANIS , tu yang mama dapat membayangkan perasaan si ibu in kerana Mama pernah melaluinya. Mama harap kepada Baya, semoga tabah menghadapi dugaan ini. Dan macam biasa setiap kali baca mesti air mata bercucuran. Al Fatehah buat Dzafri dan Anis.

Hari ni pulak dia cerita sedih nak ambil Death Ceritifate ...aduhhhhhh ..dulu mama pun cam tu, Hubby 2-3 kali pegi JPN, tapi patah balik, sebab apa...tak sampai hati nak pulangkan Birth Cert dengan death cert.....

Kadang2 sedih bila baca berita ada ibu bapa buang anak, dera anak, bunuh anak....tak ada langsungkah perasaan kasih sayang kepada darah daging sendiri. so hari ni kira entry emosional sikit lah.

Tuesday, April 27, 2010

Kangkang oh Kangkang

Semalam ada dapat satu email...hahahhaha ..jom baca dialog ni

Sapa nak ikut pegi KANGKANG......( note: jangan corner tang lain yea).

Jom baca dialog ni

A : Ehhh jom ikut aku gi Kangkang
B : ??????++++++ Haahhhhhhhh pegi Kangkang...nak mampos ker
A : Laaaa nak gi kangkang pun nak tunggu mampos ker
B : Weiiii bertaubatlah...sebelum terlambat, kat mana kau nak gi kangkang
A : tu hahhhhhhhhh kat seberang jalan
B : hah nak kangkang kat seberang jalan aje....................................
A : Laaaaa tu kau tak nampak ker..sikit punya besar ke Signboard dia...KEDAI KASUT KANGKANG.......( hahahahahahha lain kali jangan suka kepala otak tu corner tang lain yea....)

Kedai Kasut KANGKANG...hehehehe nam pun ala-ala Kontoversi gitu kan.....rasa nak masuk kedai ni pun sam tersipu-sipu gitu kan..hahahahahha

Sebenarnya KEDAI KASUT KANGKANG ni...menurut ceritanya terletak di pekan Bukit Gambir , Muar. Agak nama tokey kedai ni... "Tan Kang Kang" ker..."Lim Kang Kang", "Ter Kang Kang" ke....agaknya kot kan....Betul ke tidak tau pasti lah mama. Tak apa nanti kita suruh MS atau Orang Muo ke jadi Paparazi yea...tolong tengok betul ke ada kedai kasut ni..hahahahah . Katanya lagi Kasut-kasut kat Kedai KangKang ni..cantik-cantik belaka, berkualiti setanding jenama terkenal dan harganya yang berpatutan. Hahahahhahahaha so....korang ada terasa nak gi kangkang ker bila balik kg nanti..hehehehe

ABP 2010 AWARD


Lihatlah dunia.. Mama menang ABP 2010 ni....( Anugerah Blog Perasan...) hehehehhehehe...baru sempat nak ambil award ni. sorry lah yea tukang beri award...sebab tuan rumah busy tak sempat nak ambik award...shooting sana sini.....hehehehe
hemmmm dapat award BEAUTIFUL BLOGGER...tapi kan korang rasa-rasa cantik ke blog mama ni...tapi almaklumlah yang beri award kan kroni sendiri yang merupakan tokey coklat kan....Mama dapat award ni dari Mummy Gee's choc . Terima Kasih ye Mummy sebab sudi anugerahkan Award ni pada Blog Mama yang tak sepertinya ini...( cehhh rendah diri lah pulak) . Nanti boleh dapat coklat free takkkkkk

Sesiapa yang dapat award ini dikehendaki:

1. Buat 1 entry tentang Award ini ( copy badge "BEAUTIFUL BLOGGER AWARD" untuk letakkan dalam blog anda - ok siapppp

2. Ucap Terima Kasih dan letak link pemberi award pada entry tersebut - ok settle

3. Senaraikan 15 Blogger sebagai penerima Award - Alah yang ni tak nak lah...ada ke orang baca blog mama...heheheh tak caya cuba tengok follower kat sebelah tu..berapa kerat aje kan...hehehehhe tapi sesiapa yang rasa2 rajin sila-silalah buat yea...nanti Mama sediakan Award yang lebih cantik lagi yea..



Orang Besar


Hari ni KL hujan lebat dan ada yang kena banjir kilat. Dari pukul 4 ptg kat ofis Mama dah hujan. Call ke rumah pun bibik kata dah hujan sangat2 lebat. Aduhaiiiii...dah sah-sah hari ni ada "pesta lampu brek" atas jalanraya.

Tepat seperti diduga...bagaikan pesta atas jalanraya.....lampu merah liplap sana sini. Hampir 2 jam atas jalan. Huhuuhuhuhu..sedihnya mama. Tapi kan yang buat mama lagi geram pasal apa tau.....dah deakt2 nak sampai kat rumah kan....kat area2 Hospital Ampang Puteri tu kan..tetiba...ada pulak bunyi cam siren polis ke ambulan ker...so Mama pun dengan pemandu2 yang lain2 tu dengan kelam kabutnya dan rasa bertanggungjawab terus ke tepi..walaupun tak tau nak ke tepi ke mana lagi....hamapir2 mama terhimpit devider jalan tau....ingatkan mesti ambulan dari Ampang Puteri nak ambil pesakit ke...danmungkin pesakit tu tengah tenat ker...ada kecemasan ke apa ke.. tapi kan....ish...ishhh

Rupa-rupanya kereta "orang besar-besar" nak lalu. Aduhai.......Mama tengok kat seat belakang elok aje dia bersandar sambil bercakap di telefon....huhuhuhuhuhuuh yang rakyat jelata ni yang tak cukup "besar-besar" ( cuma harap badan aje besar...hehehehheh) terpakasalah menempuh kesesakan luar biasa. Sedangkan mereka duduk tersandar dan sekelip mata dah sampai rumah kan. Rasanya tak tau pun sesak ke tak...sebab cam best aje duduk kat dalam kan...

Cuba sesekali merasai kesulitan rakyat biasa yang terpaksa bersesak2 , berhimpit atas jalan raya. Ini tak pernah rasa langsung kan kalau hujan lebat ke banjir kilat ke macamana orang2 biasa ni mengharunginya...huhuhuhuuhuhuh kesian kan kat Mama dan golongan2 seangkatan dengan mama kan...hahahahhaha. Kalau jalan tu sesak2 biasa tu ok lah kan...ini kau bunyilah siren kuat macamana pun..dah memang tak ada tempat nak ke tepi...macamana nak buat. Abang polis tu pun dah siap2 angkat tangan tunjuk-tunjuk ke tepi...nak ke tepi ke mana lagiiiiiii.....Ampunnnnnn...mama dah tak boleh nak ke tepi lagi....jalanraya dan penuh sesak...tak kan nak panajt atas kereta orang pulak kan....

perghhhhhhh....geram aje tau time tu...tapi nak wat camana...pandang ajelah....best kot yea jadi "orang besar-besar" tak yah merasa semua tu...nak gi kerja semau dah sedai...zupppp terus sampai ofis. yang kita2 ni bayangkan lah dengan hujan lebat yang ntah bila dapat sampai rumah....nak ambil anak2 kat sekolah yang pastinya dah tersengguk2 menunggu ibu bapa sampai...tu belum masuk anak2 kat rumah pulak yang tertunggu bila ibubapa nak sampai...

Oklah ini kira n3 merapa kategori geram gaklah kan....Mama sampai rumah 7.45 malam....kelaur rumah pagi tadi 6.45 pagi...heheheheheh 13 jam tu...naik flight dah sampai London tu....


Monday, April 26, 2010

Gam Gajah



Apasal lah mata Mama ni mengantuk sangat ni. Macamkena gam tau. Betul2 lepas soalt maghrib, mama turun bawah naktengok berita dah terlelap. Pas tu amirpulak terlompat2 kat mama. Lepas dia call hubby pakai 3G tadi dia panggil "mana ayah....mana ayah......". Tetiba teringat baca kisah balu Arwah Achik spin bercerita pasal anak dia yang tertunggu ayah dia balik setiap petang dalampapaer sunday hari tu, walaupun si Ayah tak akan kembali lagi. Ya Allah panjangkan umur kami untuk melihat anak2 membesar.

Sebenarnya mama tak boleh tidur terus...tu pasal bangun gak dan update blog ni..sebab nanti kul 10 nak gi ambil Iki balik tuition. Petang tadi Iki tak balik rumah. Mama singgah kat Taska, ambil beg dan baju2 dia dan ambil Ika aje, sebab kalau balik rumah dulu nanti nak keluar balik gi tuition tak sempat pulak. Malam ni tuition kat sekolah. Taska @ rumah SIL kat tepi sekolah jer. So lepas mama belikan makanan yang dia nak barulah mama balik. Ika pulak merengek nak KFC.....emmmmm.... anak2.....layan ajelah.......

Model dalam gambar ni ...mata dia masih segar bugar yea sekarang ni...entah pukul berapalah dia nak tido malam ni...AMIR wooiiiiii....


Ni nak tunggu 9.45 nak kuar rumah ni. Alahai mata oh mata...kenapa kau jahat sangat....SIL kata tak yah ambil Iki lah.biar aje dia tidur ngan luqman....tapi kesian pulak kat dia. so tak nak bagi mata ni terlekat macam kena gam gajah ni terpaksalah buat n3 merapu yeaa.....ngantukkk woooooo...sapa nak tolong ambilkan Iki. Ni mama tak suka tau sebab mengantuk time sekarang, nanti tengah malam tak leh nak tidur pulak....mama kan penakutttttt...................

Penakutkah aku....

Jam dah berdeting 1 kali, bermakna dah 1 pagi. Time tu rasa macam nak campak aje jam dinding tu kan. Selalunya time2 cam ni TV kat bilik mama masaih menyala. Hubby layan DVD ker, citer apa2 ker...malam ni mama aje yang still on9...merayau2 ke sana sini. Kat luar hujan lebat. Mula-mula renyai2 lama2 jadi lebat pulak.
Langsir kat tingkap pun terbuai2. Terdengar nafas Ika dan Amir, Suasana dah sunyi. Iki tidur dalam bilik dia, malam ni dia ada kawan, Luqman , anak SIL tidur sini. Hahahahha mama pun terus off lappy, tutup lampu dan tarik selimut. Lepas tu cisssss tak mau pulak lena mata ni. Jahat betul mata ni.
Tetiba rasa cam takut ler pulak..dengar compressor aircond kat luar pun cam bunyi orang nak pecah rumah aje. Heheheheh penakutkah mama ni. time tu rasa nak panggil aje bibik naik atas tidur bilik mama, tapi aghhhhh nak turun tangga pun takuttttttt.................Nasib baik susu, diapers, botol Amir semua dah siap2 masuk dalam bilik. Lama gak ler mama ni terkebil2 sebelum terlena. Bukan tak biasa hubby tak ada...tapi malam ni terlebih baca cerita seram kot...dan ada cerita seram yang terjadi ( nanti mama buat entry pasal cerita seram ni yea).
Lepas tu kan mama cam berani sikit dan gatak nak selak tingkap bilik, jengok ke luar, disebabkan hujan lebat nampaklah berbalam2 pokok2 kat luar tu eiiiiiii lagi seram...terbayang pulak objek2 yang terbentuk dari daun2 pokok tu .Mulalah perasan cam ada rupa pontianak, langsuir, hantu kum-kum dll. Macam nak panggil aje Iki dan Luqman tidur kat bilik mama, tapi diaorang dah lena dah......ahhhh cepatlah siang.
Sebenarnya bukan tak biasa..kat rumah tanpa hubby, selalu tu kalau dia ada pun kadang2 tgh malam juga baru dia balik...tapi kan kita tau dia akan balik, so tidur pun lena ajelah..sebenarnya tak tau apa yang mama takuktan...tapi entahlah bila dah malam gelap pekat tu kan, sunyi sepi pulak tu, ditambah dengan hujan lebat..heiii bunyi angin berdesir pun rasa macam bunyi lamgsuir aje kan. Petang sebelum tu SIL @ Kak Nab dtg rumah nak ambil anak2 dia...mama pujuk dia tido ajelah sini, esok2 pagi balik...alahai tak jalan pulak..sebab kebetulan hubby dia pun outstation gak kan...cuma SIL tinggalkan Luqman aje..tapi esokpagi mama kena keluar awalah sebab luqman tak bawak baju. Pukul 8.30 dia balik dah...
Lepas dia balik terus kunci gate, pintu dan semunya. Padahal selalu cam ni..hah pintu ternganga lagi...dan tak rasa apa pun. Perasaan penakut tu yang lebihnya. Lebih2 lagi bila rumah 2 tingkat kan...dah kat atas, takut nak turun, kat bawah pulak takut nak naik. Kalau dulu duduk rumah setingkat..senang sikit. Sebenarnya sejak duduk rumah ni, tak pernah sekalipun mama tinggal akt rumah ni sorang2. Maksud Mama semu aorang kelaur dan mama tinggal kat rumah sorang2. Berdua dgn Amir macam bibik selalu tu pun tak pernah. Itu pasal masa hari tu hubby masuk spital..hahahah mama angkut semua sekali berkampung kat hospital gak...teruk kan mama ni...
Akhirnya terlena jugalah mama. Tersedar pukul 5.30 pagi. baring kejap dan terus bangunlah. Nak kena keluar awal hari ni. Nak hantar luqman dulu...so pagi ni kul 6.20 mama dah keluar rumah. Iki dan Ika suka sebab datang awal ke sekolah. lepas hantar luqman dan tinggalkan barang iki & Ika kat Taska SIL, mama terus drive ke opis. sampai hari kul 7.05 pagi..emmmmm ada yang tido algi ko time tu..
So harap2 malam ni janganlah hujan. Pukul 10 malam nak ambil Iki balik tuition..emmm ataupun ponteng tuition boleh takkkk erkkkkk..hehehehehehe

Sunday, April 25, 2010

HULU SELANGOR - SIAPA MENANG??????



Eehhh keputusan undi pilihanraya kecil Hulu Selangor dan keluar ke. Kenapa mama sibuk nak tau ni. Mama bukan suka politik dan fanatik dengan politik , setakat baca gitu2 aje.

Sebab mama nak tau ialah, kerana Mama ada sebiji rumah di dalam kawasan Hulu Selangor tu. hehehehhe Rumah Mama tu terletak di kawasan Rasa, Daerha Hulu Selangor terletak atas sikit dari Rawang. So disebabkan ada aset kat area sana tu, nak jugalah ambil tau keputusan dia kan. Tak kiralah parti mana yang penang, asalkan boleh membawa kebaikan dan memajukan lagi kawasan tu. Walaupun terletak dalam Selangor, tapi agak kurang membangun. Kawasan rumah Mama tu kira berdekatan gak ler dgn area2 Rawang dan Bukti Beruntung tu. Mama beli rumah ni sebelum kahwin lagi. Dulu zaman pemerintahan MB Selangor zaman tu rasanya kawasan tu macam nak membangun, banyak kawasan disekitar sini yang nak dibangunkan antaranya Bukit Beruntung ( yg sampai sekarang tak ada untung tu...), Bukit Sentosa, Sg Buaya, Lembah Berigin dll. tapi kita hanya merancang kan. Rasanya Mama beli dalam tahun 1995. Masa tu bujang trang tang..tang..tang tau..hah dah beli rumah time tu. Masa tu baru nak bertunang ngan hubby. so survey2 rumah. time tu tak banyak rumah2 baru dibina. So belilah rumah kat tempat Jin bertendang tu dg harapan kawasan tu akan membangun dengan cepat macam temapt2 lain dlm Selangor ni. Cadangnya dah kahwin nanti pindalah duduk situ.

1996 - Kahwin, rumah tak siap. Kami duduk di Ampang. Oleh kerana hubbay rapat dgn MIL dan tak ada sesiapa duduk dgn MIL, hubby decide nak duduk dgn MIL Mula2 rasa cuak juga..tapi lama2 Alhamdulillah. Disebabkan masa duduk rumah MIL lah, hubungan mama dgn MIL dan adik beradik hubby dan ipar duai jadi rapat dan mesra.

Bila rumah kat Rasa tu dah nak siap, dan cam bercadang nak pindah. emmmmm MIL cam berat hati nak bagi pindah. MIL ada tanah berhampiran rumahnya, dan akhirnya Hubby bina sebuah rumah bersebelahan rumah MIL. hehehheheh so tak jadilah pindah ke Rasa. Rumah setingkat aje..ada 3 bilik dan agak luas dan selesa. Bila duduk sebelah ni memang meriah ler rumah. Dan Mama pulak jenis yang suka kalau orang datang ke rumah. 10 tahun menetap disitu, ternampak pulak iklan rumah di kawasan berhampiran. Saja survey2 ok gak tempat tu, dekat ngan rumah MIL gak, Disebabkan ada rezeki sikit, so akhirnnya kami book juga rumah tu. Ingatkan saja aje beli nak buat Aset.

Masa beli tu memang tak plannak pindah pun, tapi ntah tetiba rasa cam nak rasa pulak duduk rumah yang baru dibeli ni. So kami pun pindah ke mari tahun 2008. Rumah lama tu memang sayang ler...yelah kami dah melabur banyak ler juga untuk buat dan lengkapkan rumah tu. Bila Mama pindah ke rumah baru, MIL sedih gak, tapi mama kata..tak per anak2 pun tak tukar sekolah dan setiap hari boleh datang.

Rumah lama mama tu kini dihuni adik ipar Mama. Memang sayang sebab banyak memori kat rumah tu. Kadang2 tu terasa macam nak duduk balik aje kat rumah tu. Yelah rumah tu kan dah free, tak ada bebanan hutang bank. Kami buat dan renovate sikit2, tambah mana2 yang patut dan akhirnya rumah tu jadi complete. ohhhh kalau dibagi pilihan...mama suka kawasan kejiranan rumah lama tu. Andai dapat kuputarkan masa.....



sekadar gambar hiasan. Rumah Mama tak semewah rumah Linda Onn ni....walaupun terletak agak berhampiran...hehehhehehe...poskod aje yang sama yea...


Tapi apa2 pun sykurlah dengan apa yang ada sekarang ni. so sekarang kedua2 rumah tu dah ada orang duduk @ penyewa...walaupun kadang2 emmmmmm......nasib baik kedua2 rumah tu tak ada lagi hutang dengan bank. Kami dah selesaikan semuanya. hanya tinggal rumah yang kami diami inilah..yang insyaalah dalam masa 16 tahun lagi baru jadi milik kami yang sah....( wahhhhh lamanya...kalau ada rezeki lebih boleh selesaikan lebih awal kan....mudah2an)

Ehhh apa lah mama melalut ni. Cerita pasal rumah kat Hulu Selangor sampai ke sini pulak. Yelah harapan mama kalau sesiapa pun yang menang diharap kawasan tu akan membangun dan boleh menaikkan lagi nilai hartanah kat situ....boleh sewa tinggi sikit...hehehehhehe...

Tergendala

ohhh dah 2 hari Mama tak bersiaran dalam blog yea. Bukan x buka langsung blog, tapi tak sempat nak update. Dan lagi sebabnya entah kenapa kabel camera ni cam problem pulak. tak tau kenapa. Dari semalam. dah ler hubby tak ada (hari ni sampailah Friday)..so mama ni mana tau nak godek2 bendalah ni...nak update tanpa foto kurang best lah ( itu cara mama ler...heheheh). Hari Sabtu tu awal2 lagi hubby dah keluar nak settlekan kerja sebelum gi outstation. So hari ni semua kena buat sendiri.

Lagipun weekend ni busy betullah. Saturday tu kan anak2 sekolah. Ika pulak ada Pertandingan Bercerita lagi (cam biasa last minute, cikgu suruh cari cerita sendiri...mama lah punya tugas tu).
Lepas hantar anak2, Mama macam biasalah ke pasar dan ke Pasaraya...sampai rumah dah kul 9.30. Lepas tu Mama siap2 nak ke ofis plak. hisssssh bukan kerja yea..tapi hari ni ada perlawanan Netball. Bukan mama main tapi saja baki sokongan kat kengkawan. sekarang ni tengah sibuk dgn Karnival Sukan kat ofis mama. Mama ni kaki bangku..hehhehehe jadi tukang sorak ajelah. Apa-apa pun Tahniah kepad team rumah PUTIH sebab jadi juara Netball. Hah jangan tak tau kat ofis mama pun ada rumah2 sukan cam akt sekolah tau. Warna rumah sukan ikut warna logo organisasi ni lah...ada 4 warna, PUTIH, GOLD, GREEN dan BLUE. Mama masuk rumah GOLD. tak taulah sebab mama nak hampir2 masuk usia gold gak ker...hahahahaha.. siap ada baju sukan lagi tau. Terasa cam sukan kat sekolah pulak.

Tgh balik ofis, emmmm tunggu depan sekolah, ika tak balik rumah lagi. so balik rumah ler dulu, Amir pun dah mengamuk penat dan panas. Balik rumah ......legaaaaaaaaaaaaaaa.

Kul 2.30 Ika balik, nasib baik cikgu dia hantar ke rumah. so tak ler mama kena keluar. Tapi lepas tu kena keluar gak, sebab Ika nak gi rumah kawan dia nak discuss pasal group assignment. Keluar lagi. Amir dah pengsan dah tidur.....lepas hantar Ika mama pun terus zzzzzzzzzzzzzzzzz..aghhh letihnya...

Kul 6 ambil Ika lagi...aduhhh penat betul. tgh malam baru hubby balik..Mama pun dah mamai2 dan antara sedar dgn tak..hehehehehehe...baju hubby tak kemas lagi ni....malasnya.....

camana ni..gamabr tak leh nak transfer...tak leh mama upload gambar2 juara2 Netball dalam ni....

Saturday, April 24, 2010

Musim Demam


Petang Jummat, balik dari ofis selepas insiden U Jump I Jump tu, Mama drop kat Hospital Ampang Puteri. Nak tengok anak ofismate mama, Ila. Alamak pagi tadilah dahlah lepas baca kisah sedih Adik Dzafri Hisyam yang meninggal dunia kat NICU APSH. Rasa cam ketar pulak kepala lutut nak masuk sini.

Sebelum tu call hubby, minta dia amik anak2 dulu, sebab takut mama lambat. Rupanya bila sampai bilik kawan mama ni, ada sorang lagi ofismate Mama, yang anaknya pun dimasukkan ke sini. Baby comel Za yang baru berumur 4 bulan. Alah kesiannya tengok baby kecik ni kena cucuk jarum. Mama spent sampai pukul 7 ptg kat hospital.

Ampang Puteri Hospital yang begitu dekat dihati Mama. Kalau ada masalah kesihatan Mama selesa dan akan kemari untuk dapatkan rawatan. Disebabkan kos rawatan yang agak tinggi, so kenalah ambil insuran kesihatan. Tapi Alhamdulillah sejak 3 tahun kebelakangan in Syarikat tempat mama bertugas menanggung rawatan perubatan untuk kakitangan dan ahli keluarga, so ok lah...ada alternative antara nak guna duit sendiri, insuran sendiri dan syarikat...( heheheh tapi untuk bersalin..sendiri bayar yea....hahahahha....)

Ayie, anak bongsu Ila. Dia deman dah seminggu tak baik2. Macam2 ubat dah makan. badan pun dah lemah. Admitted kat Ampang Puteri dan since Rabu. Pagi tadi Ila sms, bagitau dr nak buat ujian H1N1 dan ambil sample tekak pulak. semam demam tak baik2. Harap tak adalah penyakit tu dan semoga cepat sembuh.


kiri : Baby comel ni anak kepada ofismate mama juga (Za). Baby ni demam dah berhari2 dan ditambah dengan masahalh Bronkitis. Tapi alhamdulillah semalam dah boleh discharge.
kanan : Baby montel ni pulak baru lepas operation...dah ok dah...dah dia tengok aje mama, mama snap foto dia...dia satu bilik dgn anak Ila. cute sangat budak2 ni.

Malam ni malam minggu tapi tak boleh ke mana, sebab esok anak2 sekolah ganti kan. Cuma malam ni meriah sikit rumah mama, Iki , Ika dan Amir ada geng. Asyraf dan Afiq datang tidur sini malam ni. Kalau nak tau malam tadi Amir tidur pukul 3 pagi....Mama pun dah lama mimpi..sedar2 Afiq hantar Amir sebab dah nak tidur.

Friday, April 23, 2010

U Jump I Jump


Petang Jumaat..yeahoooooooo...best..best...

Petang ni ada perlawanan futsal kat ofis ( bukan mama yang main futsal yea), ingat nak bagi sokongan kat kengkawan yang masuk ler. Almaklumlah sekarang kat ofis ni tengah sibuk dengan Karnival Sukan. So disebabkan mama ni spesis kaki bangku kan..selalu tu tak pernah nak join pun. setiap petang ada perlawanan....hari kengkonon nak turun padang ler...heheheh tapi last minute tukar fkiran lah pulak..malaslah..nanti balik mesti jalan jam giler..so batalkan ler aje hajat tu. Lagi pun mama plan nak singgah Ampang Puteri nak visit anak ofismate mama yang admitted tu.

Tengah nak start enjin kereta, ehhhh ofismate mama call..kata keta dia tak leh start..hahahahha kami ni kan kaum hawa hanyak tau drive kereta aje. dulu mama pernah kena macam ni, dan kengkawan buatkan kan jump start.



Kereta milik 2 orang wanita yang hanya tahu start enjin, lepas handbrake, tekan minyak dan jalan....hahahahhha


Nasib baik staff maintenance ada lagi..heheheh..selain dai maintenance bangunan apa salahnya maintenance kereta pulak kan..jenuhlah kawan mama ni call orang tanya sapa ada jumper tu, kawan2 yang lalu lalang pun tolong calling2 dok tanyakan....last2 nak tau mana dapat jump start tu. Hehehehehhehe dah namanya perempuan kan...rupanya jumper tu elok aje letak dalam bonet kereta dia...apa lahhhhh....hehehhehe so mama pun park kereta mama dekat2 ngan kereta dia dan...heheh U jump I Jump...tak sampai 2 kali buat dah boleh start. ok balik terus lah...

Ondway oawan ni telefon balik..kata kereta dia mati balik kat traffic light....dan menyebabkan kesesakan lalu lintas..hehehhe tak depk den nak nolong.......tapi ada orang tolong tolak ke tepi dan dia tunggu ler hubby dia datang.

ehhh sebeblum tu lupa plak...mama singgah rumah Kak Nor..macam biasa adalah yang dia masak special tu suruh mama ambik. TQ Kak Nor..nanti masak sedap2 lagi yeaa

Sad....Sad....Sad.......

Aduh pagi ni berjurai2 air mata mama sewaktu dapat satu email, bercerita tetang kehilangan babaynta yang berumur 15 bulan. DZAFRI HISYAM nama dia. Sungguh sedih.
Emosi agak tersentu sikit pagi ni sebab tetiba teringat pula saat2 mama melalui pengalaman tu. Kalau korang nak baca pegi kat sini yea DZAFRI . Mama pasati kroang semua pasti akan menitiskan air mata kalau baca kisah ini.
So..pagi2 Jumaat ni dah kira cam syahdu dan macam kurang mood nak buat kerja ni. Apa-apa pun semoga Adik Dzarif tenang di sana. Al-Fatehah untuk beliau.

Thursday, April 22, 2010

Telur Tembakul vs Ketupat Palas

"Kanda..dinda teringin nak makan telur tembakul"......

hahaha itulah dialog dalam cerita "Batu Belah Batu Bertangkup" baru2 ni kat TV kan. Kesian tengok cerita tu kan. Bukan kesiankan Emak dalam cerita tu yang kempunan telur tembakul. Tapi kesal sebab seorang ibu sanggup bunuh diri sebab tak nak mengalah dengan anak sebab nak makan telur tembakul.

Bila mama tengok cerita tu kan, mama jadi cam geram dengan watak Ibu tu tau...yelah dia macam paksa suami dia cari ikan tembakul...pas tu bila dah dapat ikan tu tak ada telur...dia merajuk pulak..so suami ni pun dalam hujan2 ribut pegi gak ke sungai cari ikan tu...akhirnya suami dia mati. Lepas tu akhirnya dai dapat ikan tembakul tu....si anak perempuan dia kena masak...pas tu si adik teringin nak makan..puas kakak dah pujuk2..adik nak gak telur tembakul tu..akhirnys si kakak mengalah. Tapi si Ibu ni marah lah pulak kat si anak...ishh...ish....kalau mama lah...ada sesuatu makanan tu yang mama suka..dan anak2 pun suka...sanggup tau mama tak makan sebab nak kasi anak2 makan.

Terbayanglah kalau cam sekarang ni si amir terjerit2 nak makan telur tembakul...pas tu si Ika pujuk2 dia tak nak....akhirnya bila kasi Amir makan....mama pulak marah dan merajuk dan masuk dalam batu....ohhhh sadis sungguhhhhh.....

apa hal pulak mama cerita pasal telur tembakul yea...Alkisahnya sebab mama tetiba teringin nak makan KETUPAT PALAS (bukan mengidam berisi yea....tapi mulut jahat nak makan...heheheheh). So dari minggu lepas mama try cari daun palas. Tak ada jual. yelah bukan musim raya kan...dari pasar tani, pasar borong, pasar malam, semua mama resah. Mama cari sendiri ye tak menyusahkan suami...macam mak Tembakul tu...heheheheh. Tapi malanya tak berjumpa....hahahhah di makan kan ku cari lagi....

So pagi tadi hubby bawa atah dia (FIL mama ler) ke HKL ada appointment...so ondway balik tu dia lalu kat Jalan Chow Kit, dan call mama nak beli daun palas ker.....sebab mama ada cakap ngan dia kat pasar chow kit ada jual kot daun palas....hehehehhehe ingat juga dia yea...so mama pun apa lagi pucuk dicita ulam mendatang..ok..ok..beli yea....malam nanti mama buat..pulut dan santan semua dah ready.....

Tapi kan duka cita.......tak ada juallah pulak daun palas....soooooo kecewa lah mama nak buat ketupat palas....hahahhaha tapi tak merajuk pegi kat Batu Belah yea.....x apalah mama masak ajelah pulut tu balut dalam daun pisang bolehkan...jadi kuih lopezlah pulak...



Mama dah terbayang malam ni nak menganyam ketupat palas...dan esok pagi berangan nak breakfast dengan ketupat palas.......

tak apa...nanti mamamerayau2 lagi cari daun palas tu yea....sapa tau kat mana ada jual daun palas..bagitau mama yea...nanti upah 2 biji ketupat palas....

Wednesday, April 21, 2010

Tag Dari MM

Ohhh ada tag dari MM lah, selalu tuka mama memang malas nakajwab2 tag ni..tapi hari ni oklah..mama buat yea...selalu tu mama cuma bayar tol pakai "Smart TAG" aje ye...dan malas nak buat2 tag ni...hehehehehe


Soalan2nya ialah :


1. Go to your photo files, select the eight foto folder

- ehhhh banyaklah folder mama ni....ohh nak yang ke 8 yea...ok boleh...boleh...


2.Select 8 foto in that folder

- sat yea nak pilih ni...kot2 adan gambar sensor pulak kan...


3.Post that foto along with the story behind

- oh nak kena buat cerita pulak ker...alahai dah macam karangan bergambar pulak lah....x pe x pe...ni lunch time...boleh buat karangan sekejap...


4. Then chalenge 8 blogging friend to do the same

- alah ni yang malas ni....lagipun ada ker orang baca blog mana ni....sapa2 yang terbaca tu kalau rajin tu buatlah yea...
bila erk ambil gambar ni..rasanya kalau tak silap time pagi nak gi kerja tu...dah lama dah ni...masa ni mama pakai baju baru yang baru siap....heheheh cantik tak baju mama....dan kebetulan hari ni mama pukai baju ni gak gi ofis. Ini bukan depan rumah mama, tapi depan rumah jiran mama...sebab sebelum tu sembang2 ngan dia dulu....dan gambar ni diambil oleh Ika . Gelap2 lagi kan mama dah gi kerja...mengalahkan orang nak menoreh getah tau.

BARLEY PEANUT BUTTER...emmmm sedap...order kat Mummy Gee. Sangat2 sedap dan hilang dimulut...korang nak rasa...pegilah order kat dia...sedap oooooo...setakat 2 kg tu sekelip mata aje habis...hahahah cepat2 order nanti tak dapat kempunan pulak. MM tak teringin ker....jangan meleleh air liur yea...

hah gambar ni ..gambar meja mama yang bersepah time tangah sibuk.......kalau ada pertandingan meja paling bersepah...dah tentu mama jadi juara.....yeyeyeyeyey jadi JUARA...tapi hari meja mama sangat2 kemas dan cantik.....


Kek Secret Recipe...Coklat Indulgence..sedap sangat...mama makan kek ni dgn ofismate mama lepas balik dari Klinik sebab kitaorang sakit kepala...lepas gi klinik dan dapat MC...isi perut dulu kat SR....minum dgn Green Apple Kasturi...wahhh nyaman...hilang sakit kepala.

Yang in apa erk...ohhhhh set sayur2an untuk pecal...ni dah lama dah mama masak..korang nak rasa ker..meh lah datang sini...kuahh dia kat tempat lain yea.

Amir tengah berangan nak jadi DJ....bila dia duduk sorang2 jer dan tengok lappy tu tak ada orang guna...dia akan duduk senyap2..dan....terus ON AIR......

Yang ni ..aksi Mummy gee.....jadi Mamarazi....ntah gambar sapa lah dia ambik tu...tak sedar orang snap gamabr dia....hehehehehe..time nak kat mana erk...ooooo kat Wong Solo....family gathering...

Yang ini...emmmmmmm..pebret mama ni....Ayam Penyet Wong Solo.........

dah habis dah mama buat TAG. dapat hadiah ker??????


Mami Jarum


Korang suka baran kemas x? Barang kemas macamana yang korang semua suka ( soalan ni ditujukan kepada pembaca blog kaum Hawa yea). Suka emas 916 tu ker, emas putih, gold plated, intan, berlian, mutiara atau yang ala-ala untuk cap ayam tu. Heh apa pulak cerita mama hari pasal barang kemas ala-ala Mami Jarum ke

saja je nak tau korang ada banyak barang kemas ke? Bukan apa sekarang ni kan harga emas sikit punya mahal ker....beberapa bulan lepas masa jalan2 tu tgk harga emas 1 gram dan RM142. so kalau setakat nak beli rantai tangan yang kecik tu pun paling koman dah lebih 20 gram paling tak termasuk upah kan...heiiii mahal giler ler emas sekarang ni kan.

tengok...Mama mana ada banyak barang kemas....ni aje yang ada tau...hehehehe...mana ada macam Mami Jarum kan....

Mama tak banyak ada barang kemas, setakat yang basic aje...seutas rantai, seutas gelang dan beberapa bentuk cincin aje. tak adalah banyak cam mami jarum dan sampai ke lengan tu.Rasanya nak beli barang kemas pun cam rugi dan sayang aje duit....hehehhehe itu mama ler....orang lain tentu suka kan. Barang2 costume jewellary tu adalah juga untuk melaram sekali sekala kan.

Lagi satu kan, mama ni sebenarnya seriau kalau masuk kedai emas tau....bukan seriau sebab tergoda tengok emas2 tu, tapi sebab takut jer ....kot2 lah tengah dok leka pilih2 emas tetiba ada......"pang...pang.....Jangan Bergerak..ini rompakan" dan tetiba muncullah 3-4 orang ninja pakai topeng dan bawak senapang....wahhhhh takutnya......sekarang kan banyak kes kecurian kat kedai emas kan....dan perompak ni dia peduli apa..kalau dah terdesak tu dia tembak jer.

Lagi satu mama paling takut bila pakaibarang kemas ni, time jalan2 sorang...heiiiii seram takut kena ragutttttt........ada kejadian ragut depan mata mama kat opis dulu.....takutttt....sebelum tu mama suka pakai barang kemas gi kerja...tapi lepas tu kengkawan dok nasihat...tak yah lah pakai rantai besar2 cam rantai kapal tu...nanti kena ragut putus leher......hehehehheeh.....so sekarang ni kat opis pun mama pakai rantai BESAR gak....rantai ke tali erk nak panggil tu....hehehhehe TAG NAMA...merangkap perakam kedatangan & pergerakan mama kat opis dan merangkam pembuka pintu opis .....hahahahah itu lagi berharga wooiiiiii..tak ada itu rantai tak boleh masuk opis kalu.....sapa nak jawab.

Tuesday, April 20, 2010

Sayang Anakku Sayang


Diam tak diam dahmasuk2 tahun umur Amir si putera bongsu mama ni ( buat masa ni lah...hahahhaha) disebabkan 2 orang lagi anak mama tu (Iki dan Ika) dah besar...dah 12 & 11 tahun, so kelahiran Amir memang sangat2 menceriakan keluarga mama. 2 orang anak lagi tu dah tak nak dipeluk dan digomol2. so selalu yang jadi mangsa gomol semua orang dalam rumah ni ialah Amir. Kalau Amir tidur tu sunyi semacam aje.

sayang mama...muahhhhh...muahhhhh


cap ibu dan anak..Amir dah ada hobi baru...suka amik hp mama dan klik...klik...klik...ambil gambar..hubby kata..iku perangai mama...yelah kemana tumpahnya kuah kalau tak ke nasi kan....


Setiap pagi, Amir akan tinggal kat rumah dgn bibik, sementara mama & hubby gi kerja dan Iki & Ika gi sekolah. Petang baru balik. Kesian Amir kat rumah main2 dgn bibik aje... kadang2 ikut bibik gi "Meeting PBB" jadi "Setiausaha" bila nampak orang balik aje, Amir orang pertama jerit2 kat pintu suruh bibik cepat2 buka pintu. Lepas tu dia tak nak masuk rumah..nak suruh kita bawak round2 dulu. Mama rasa cepat betul masa berlalu..rasa cam baru aje Amir dilahirkan...ini dah mula belajarbercakap dah....Setiap hari kalau boleh Amir nak suruh mama & ayah bawak di jalan2 tak kiralah jalan kaki ke...berkereta ke , naik moto...janji kat luar rumah.

Itu yang kadang2 mama terfikir tu macamana boleh seorang ibu tu tergamak membuang anak sendiri dalam tong sampah lah, kat sungai, kat lubang tandas dll demi nak menyembunyikan dosa yang telah dilakukan....tak terbayang kah ibu2 ini bila melihat anak tu membesar merupakan nikmat yang tak terhingga bagi seorang ibu...

Ada pulak yang ada anak tapi selalu ditinggalkan dengan bibik. Sampai anak pun confuse mana satu mak mana satu bibik. Cukuplah 8 jam sehari anak2 duduk dgn bibik...bila kita balik kerja, janganlah pulak bagi juga anak tu kat bibik, tido dgn bibik, makan dgn bibik....emmm memang lah senang kan, tapi akibatnya tunggulah kemudian hari.

Mama pulak jenis yang boleh kemana pegi mesti nak bawak si Amir ni..ke pasar, ke kedai, ke pasaraya dll......Amir pulak selalu mesti cakap "Maaaaa nak itutttttttttt......."

School of X (S.O.X)



Berapa umur anda? dah ada IC ke belum? kalau dah ada ...hahahahha dah layak tu amik pacej School of X celcom.

Sebenarnya hubby baru daftar Iki dengan School of X. Iki dah masuk 12 tahun dan dah ada IC. so dia layak untuk daftar pakar pakej ni. Memang menjimatkan. Yelah selalu tu kalau top up credt dia tu Rm10..valid untuk 1 week aje kan. Bukan dia pakai sangat pun...kalau nak call mama dia akan miscall aje. so selalunya tu balance ada dalam 30-40 ringgit tapi airtime dah habis..so kalau nak pakai kena top up semua..tahan seminggu aje...heiiii bosan kan dan membazir.


Activation Criteria
The School of X/S.O.X. Plan can only be activated/used via S.O.X. Starter Pack (â€Å“Starter Pack”) if the customer is aged between 12 and 18 years old (â€Å“Customers”)
Customers must produce and submit a photocopy of their National Registration Identification Cards (NRIC) or passport to Celcom or its appointed dealer for the purpose of registration and activation of this S.O.X. Plan.
Customers shall be entitled to register for one (1) S.O.X. Plan only with their NRIC/Passport


Dengan School of X ni tak ada tarikh tamat tempoh sampai umur dia 18 tahun. Masa baru pakai pakej ni..tengok tarikh tamat tempoh dia kan 2024...ehhh berapa tahun tu erk..... So sekarang ni dah jarang dah yop up prepaid iki. Janji dia boleh baut miscall akt mama...oklah tu dan hantar sms. Ika pulak yang tengah tak sabar ni......nak tunggu tahun depan...dia masuk 12 tahun gak. Heeeeheee kalau boleh mama pun jugakkkkk...tapi tu lah untuk pelajar umur 12 - 18 tahun aje yea.....so sapa ada anak2 umur cam tu...gi daftar yea....

Nasi Bungkus


Korang makan apa lunch tadi. Mama...emmmm huhuhuuhuh makan nasi bungkus aje. kat ofis ni kan time lunch bosan gak nak gi makan kat mana kan. nak keluar gi makan yang tempatt best2 tu jauh pulak..mana lah sempat dalam masa 1 jam mama nak gi sana kan. Mama ni tak suka curi tulang tau....so selalu tu hanya makan kat cafe aje....cafe dekat ofis ni ok gak ler food dia...untuk melapik perut . Walaupun menu yang hampir sama setiap hari.

agak-agak korang semua kan...berapa yea harga lunch mama hari ni. disebabkan terlalu leka buat kerja , Mama keluar lambat ke cafe...so tinggal ini ajelah lauk yang ada ...syukur...alhamdulillah...ada rezeki kan..so sebab dan tinggal ini aje lauk..malas nak makan kat cafe...tapau aje...makan sambil hadap PC yea...hehehehe.

Monday, April 19, 2010

Mesyuarat Agung PBB


Mesyuarat Agung PBB. Lokasi AS.....wahhhhhh hebat ni kan.....siapa dia punya presiden, Naib president....Setiausaha....apa isu yang dibincangkan....panas...panas....panas....sepanas Melodi kan...

Hahahha ni bukan meyuarat PBB @ Bangsa2 Bersatu tu lah...tapi ini cerita Mesyuarat "Persatuan Bibik-Bibik" kawasan "Ampang Saujana"...( hahah AS lah tu kan....)

Pemandangan macam gambar kat bawah ni adalah fenomena biasa setiap petang yang mama tengok kat Playground berhampiran rumah mama ni. dah salah seorang ahlinya ialah bibik mama. Hahahahaha.....setiap petang diaorang akana berkumpul kat sini dengan bawak anak2 majikan masing2, termasuklah di Amir. Kiranya Amir tu jadi setiausaha PBB kot.

Iki dan Ika selalu kata Bibik gi Meeting....bawak Amir, so Amir jadi setiausahalah...so selalu tu kami semua saja akan tanya amir...."Amir pegi manaa" dengan pelat2 amir akan jawab "Itinglah...ting.....yang bermaksud meeting"...tanya lagi meeting kat mana " aman....aman...maksudnya dia Taman"...hahahahha


Suasana semasa Meeting PBB....bibik2 duduk bersila keliling gelongsor tu...anak2 majikan main2 gelongsor...macam2 kot bibik2 ni gossipkan....gaji berapa, majikan ok ke tak....dapat cuti ke tak...dah ada bopren be belum.....selalu bibkk bagi alasan..Amir nak gi main slide...tu yang pegi playground tu...ok lah bik..bawaklah...mama balik pun dah petang..tak sempat nak bawak Amir main2 kat sini....

Tapi mama tak kisah sangat, bibik nak jumpa kawan2 dia ni.Janji semua kerja dan beres. so selalunya PBB ni akan bersidang bermula jam 6 petang sampailah 7 ptg..so sapa majikan yang balik awal tu...emmmm bibik2 ni akan baliklah...tengok tak susah kan bibik2 ni kerja kat Malaysia. Kalau kat negara mereka kena membanting tulang 4 kerat yang income pun tak seberapa. Kadang2 tu hot juga dah sampai depan rumah , pintu berkunci....terpaksa panggil dia pendekkan meeting dia...dia orang ni cam dah tau kul berapa majikan balik. rasanya bibik2 ni lagi kenal kot kawasan kejiranan kat sini bandingkan dgn mama.

Bagi mama, setakat nak jumpa kawan ni tak ada masalah....janji jangan ada yang kaki menghasut. So far tak adalah insiden2 yang mencurigai antara bibik2 ni...tapi ada juga bibik mama ni bagitau...ada gak bibik yang lari sebab majikan garang. entah ler...bibik kata majikan garang, majikan kata bibik pemalas....so hati2 ajelah...

tapi ada juga majikan yang tak senanag sebab bibik2 ni selalu bersidang. habis tu tak kan kita nak halang kan. Dia orang pun kerja macam manusia biasa yang perlukan kawan2 kan...so mama ni jenis tak strict sangat dgn bibik2 ni. Lebih kurang aje. so bibik ni pun faham rasanya dengan sikap mama. Sama-sama cari makan kan...Cuma mama ada gak warning bibik ni..jangan cuba2 nak lari....dekat pondok guard tu penuh ngan CCTV, saya dah pesan kat gaurd tu kalau awak keluar dari kawan berpagar ni tak boleh nak masuk balik dah.....sebab awak tak ada kad tet....tet.....tet....gambar awak pun banyak dah dalam blog saya...hahahahah ok tak....

So kat kawasan korang ada tak meyuarat PBB ni....kalau ada sila klik..klik...klik...gambar yea....

e-filing

emmm bulan April dah....bulan bayar cukai....korang dah isi borang cukai lum. Zaman sekarang ni orang dah tak berapa pakai borang BE yang cetak tu....sekarang orang pakai e-filing. Senang, mudah dan cepat...hanya dihujung jari..kalau terkurang bayar...bayar terus pakai online banking..kalau terlebih bayar pulak tunggu aje cek dari LHDN.

huhuhuh sebagai warganagara yang bertanggungjawab, mama dah tunaikan kewajipan tau....hantar e-filing dan bayar cukai....setiap bulan potong PCB.....kan.....

Cerita bab cukai ni kan...orang makan gaji macam mama ni memang tak boleh lari dari nak bayar cukai kan. tapi kan rasanya orang yang tak ada penyata pendapatan tu lagi banyak kot income dia kan....cam orang berniaga makanan kat pasar malam ker...berniaga online ker...jadi blogger ker...hahahha jadi blogger tegar pun income besar gak kan....

Apa2 hal pun bagi yang belum isi dan hantar borang cukai tu..tak kiralah secara manual ke e-filing ker...hah cepat2 hantar...jangan tunggu sampai alst minute, nanti talian sesak. Macam tahun lepas ntah camana silapnya..3 hari terakhir tu baru mama nak log in..emmm memang jam giler dan tak dapat masuk talian...sudahnya sampai hari terakhir mama terpaksa pegi ke LHDN Wangsa Maju untuk buat e-filing kat sana. so tahun ni tak mau rushing2 macam tahun2 sudah....dah settle dah ni....

Sunday, April 18, 2010

Sampai Hati


Korang suka bela binatang tak.....kucing ke...arnab, hamster, burung, iguana dan lain-lain. Dulu anak2 mama ada bela hamster....tapi emmm tak sampai 2 bulan....mati dah hamster tu.... hari tu berangan nak bela arnab...gara2 tengok anak2 SIL bela arnab kat rumah diaorang tu. Memang ler arnab tu comel sangat....dan manja......tapi kan mama tak berani nak pegang....GELIIIIIIIII.......

Apa pulak mama cerita pasal arnab......


comel kan arnab ni....putih bersih bulu dia....Amir cukup suka pegang arnab ni.....

Tadi tgh lepas balik dari ambil Iki dan Ika tuition, mama singgah ke Kedai "Abg Ramly" (Ramli Burger laaaaaa)..nak beli barang2 frosen,,,,lepas tu Iki nampak ada jual burger arnab...dia suruh mama beli....ya ampun anakku.....sampai hatikau nak makan arnab nak.......emmmmmm hari tu dia order sate arnab...ni nak makan burger arnab....hehehehehhe...


kiri :ni ler rupa burger arnab kan.....tangok plastik bungkus dia tu comel aje nampak telinga arnab kan.....Rm 8.90 untuk 5 keping daging arnab.....yelah arnab tu kan kecik aje kan...
kanan : daging arnab yang telah selamat mama buat burger......Iki kata sedapppp sangat burger arnab ni,.....hehehehheh nak kena bela arnab ke macam ni...

Saturday, April 17, 2010

Santai


Bila tiba hari Jumaat aje....wahhhh lapangnya rasa kepala otak ni kan.....rasa free aje dan santai nak melalui hari2. Kenapa erk rasa cam tu. Bukan mama tak suka suasana berkerja...mama suka sangat dgn suasana kerja yang mama lalui sekarang. Cuma bila dapat luangkan lebih masa dgn keluarga ..aghhhhhh....bahagianya....

Dah lama...x keluar dengan xtvt negeteh malam minggu. Memang setiap malam, akan kelauar rumah tapi sebab hantar anak2 gi tuition ...tapi...ahhh malam ni boleh keluar minum2 sambil santai2.....jom...sapa nak ikut...

Macam biasalahuntuk xtvt macam ni..mama mesti pergi ngan Kak Lah & family. Bukan tak boleh pergi dgn yang lain2 tu...tapi diaorang semua tu kan tak kaki berjaga malam. Pukul 9.30 kami keluar rumah....

ok...dah ready nak keluar ni....orang lain masuk tidur...mama kelaur rumah yea...

order....order...nak minum apa.....ninakorder 5 gelas sekali ke apa ni.....agak2 berapa jam ni naklepak kat sini hahaaaa

hah siapa pemilik air yangberwarna-warni macam traffic light ni.....yang pasti Green Apple Kasturi tu mama punya yeaaaa....ehhhhhkata nak gi ngeteh kan...nape tak minum teh......

tunggu makanan tak sampai2....air dah nak habis dah segelas tu....kena tambah order tu...

ok...macam biasa sebelum balik klik....klik...klik...dulu.....


Nak tau kul berapa kami sampai rumah...emmmmm hampir pukul 2 pagi.....embun jantan dan mula menitik....sampai rumah semua terus zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz.....ohhhhh....bestnya...mimpi yang indah2 yea..................