Tuesday, January 31, 2012

Ika @ SAB

Assalaualaikum pembaca setia blog Mama. Banyak kali ehh Refresh Blog Mama tapi tak de entry terbaru...
( heheh perasan ada orang bukak blog mama ni)..alah mengaku ajelah kan...

alah dah mula sibuk ler sekarang ni...so nak membuat n3 tu memang ada sedikit malas ler....tapi tak pelah..disebabkan malam ni sedikit free dan esok boleh pegi awal sikit sebab esok kan warga Wilayah Persekutuan bercuti sempena hari Wilayah. So jalanraya dijangka kurang sesak dan anak2 mama pun bercuti. So boleh keluar rumah lewat sikit. Kesiankan...anak2 cuti tapi mama kena kerja sebab opis mama dalam kawasan Selangor...huhuhuhu walaupun bersempadan aje ngan KL kan...lagi pun kan selalu mama shopping kat KL..so patut layak dapat cuti gak kan...heheheh boleh gitu...

Ok lah citer pasal anak2 ajelah yea. Dah hampir sessi persekolahan kan. So beberapa hari yang lalu Ika dah bertukar sekolah. Ika mendaftar si SMK Aminuddin Baki. Alhamdulillah permohonan Ika diterima, so sekarang Ika dan sam asekolah dgn Iki. Senang sikit mama nak menghantar pagi.

So akhirnya 3 sahabat karib (ASA - Amira Zulaikha , Sufi Aishah & Arisya Umaira) terpaksa mengucapkan Hye Bye Bye Bye . Mereka terpaksa berpisal sekolah demu mengejar cita-cita masing2 dan kecenderungan pilihan sekolah masing2. sedaih gak dorang ni nak berpisahhhh....tapi...nak buat macamana...Ika @ Amira bersekolah di Sekolah aminuddn Baki, Arisya ke MRSM IGSCE dan Sufi kekal di SMKTK. Tak apalah nanti cuti2 boleh jumpa kan.....

Model SAB tak berbayar ni......"nanti Amir pun sekolah kat sini gaklah Mama"

Ceria di hari pertama....hari ni ramai pelajar baru mendaftar. 

mulai sekarang kena keluar rumah awal..pukul 6.20 pagi dah kena keluar. Ini lah harga yang perlu dibayar kalau tak nak masuk boarding school, tapi nak sekolah harian yang terbaik...dan yang penting boleh balik rumah hari2.....

Sessi taklimat untuk pelajar baru

dalam dewan mendengar taklimat dr pengetua dan penyelia...

pelbagai kaum dan bangsa...1 Malaysia...

Selesai sessi taklimat dan membeli barang keperluan sekolah...dah hampir pukul 12 tgh......wahhhh lama gak ni...balik nanti kul 2.30....

Harap2 Ika selesa di sekolah baru ni. Yelah bukan senang pun nak masuk ke sini. Dari beribu permohonan, kekosongan cuma ada dalam 200 tempat aje. So semua calon terpaksa bersaing ler...walaupun semua  calon memenuhi syarat kemasukkan iaitu 5A keputusan UPSR dan aktif dalam kokorikulum. Mama memang berharap sangat Ika dapat masuk sini sebab senang...satu sekolah dgn Iki. Dah dua2 kurang berminat bersekolah di seklah berasrama (SBP or MRSM)..so pilihan yang terbaik adalah kat sini "Sekolah Berprestinggi tinggi (SBT) dan Kluster". SAB satu-satunya sekolah Menengah harian biasa di KL yang mendapat pengiktirafan SBT bersama 53 sekolah lain yang kebanyakkannya Sekolah Berasrama Penuh. So tak hairanlah memang sekolah ni sentiasa menjadi buruan ibu bapa untuk menyekolahkan anak2 mereka disini. Sanggup tu datang dari jauh dan keluar rumah seawal pagi. Semuanya demi nak mendapatkan yang terbaik untuk anak-anak.

Memang lah kajayaan seseorang tu bukan bergantung kepasa mana sekolah dia belajar...tapi sedikit sebanyak faktor tu main peranan juga. So to Ika....Selamat Menempuh Pengalaman baru....

Bagi yang nak semak senarai SBT Seluruh negara bolehlah tengok kat bawah ni...

20 Buah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Bagi Tahun 2010 tersebut terdiri daripada :

Daripada 20 buah sekolah tersebut, 10 buah adalah Sekolah Berasrama Penuh, 4 Sekolah Harian Biasa dan 6 Sekolah Kebangsaan. 

1. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor.
2. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor.
3. Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan.
4. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak.
5. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor.
6. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AMINUDDIN BAKI, KUALA LUMPUR
7. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah.
8. Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan.
9. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang.
10. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah.
11. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St. George, Pulau Pinang.
12. Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis.
13. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.
14. Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka.
15. Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur.
16. Sekolah Kebangsaan Zainab (2), Kota Bharu, Kelantan.
17. Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur.
18. Sekolah Kebangsaan Convent Kota, Taiping, Perak.
19. Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
20. Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru, Johor.


23 Buah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Bagi Tahun 2011 tersebut terdiri daripada :

1. Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu.
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Selangor.
3. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak.
4. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor.
5. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah.
6. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang.
7. Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur.
8. Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan.
9. Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak.
10. Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur.
11. Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur.
12. Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang.
13. Sekolah Menengah Sains Muar, Johor.
14. Sekolah Kebangsaan Ulu Lubai, Sarawak.
15. Sekolah Kebangsaan Convent Muar, Johor.
16. Sekolah Kebangsaan Seri Biram, Pahang.
17. Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah.
18. Sekolah Kebangsaan Setiawangsa, Kuala Lumpur.
19. Sekolah Kebangsaan (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang.
20. Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail, Terengganu.
21. Sekolah Kebangsaan Jalan Tiga, Selangor.
22. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Perempuan China, Pulau Pinang.
23. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Lick Hung, Selangor.



Thursday, January 26, 2012

Dodol oh Dodol

DODOL???????
korang suka dodol. Mama sangat-sangat suka makan dodol. Lebih2 lagi kalau dodol yang baru buat. Dodol yang mama suka ada beberapa kriteria..antaranya kena warna hitam ( tak nak kaler hijau ke merah ke coklat ke), kena lembik, likat, berkilat, lemk berkrim dan tak bau tengik....

Dulu suka makan dodl yang Abah baru buat bila time nak raya. tap isekarang dah tinggal kenangan dah. Lepas tu suka dodol arwah Uncle S kat Kulai tu kan...lepas tu suka dodol Wak Kambing...lepas tu suka dodol Pekan Rabu...

Wahbanyak tul kriteria kan....sekarang ni nak makan dodol tak yah nak tunggu Raya lagi dah. 2 hari lepas SIL@Kak Nab ada bagitau nak order dodol tak. Dodol yg selalu mama order tu lah...dia kata orang tu nak kacau dodol esoknya...dan dia tanya ada yang nak order ke..sebab dia cuma buat bila ada orang order aje....So mula2 order untuk mama jer...lepas tu mama tambah ler jadi  3 kg kot2 ada yang berkenan pulak kan...


nyum....nyum.....dodol yang sangat sedap....hitam berkilat...lemak berkrim...likat dan yang sewaktu dengannya.....sila melelehkan air liur korang semua yea....


Mama order 3 kg...1 kg untuk Kak Nor, 1 kg untuk Ayien dan 1 kg untuk Mama....order last minute..ini aje yang tinggal....pada yang tak dapat tu...tengok gambo ajelah yea...setiap bekas tu 1/2 kg...


So petang tadi SIL dah call dodol sudah ada......wahhhhh bestnya...memang sedap....... balik kerja tu mama terus singgah le ambik dodol.dalam kereta lagi mama dah ngap....

Tuesday, January 24, 2012

Cuti CNY Dah Berakhir...

 aghhhhh....hari ni hari last cuti panjang sempena CNY. Esok dah nak kembali bekerja...mana yang sambung cuti sampai seminggu tu bahagialah yea....Mama pulak masuk ke opis...alahai dah bersusun kerja menanti untuk disiapkan..semuanya mengejar dateline......

 So hari ni dari pagi konon berangan nak bawak budak2 ni gi Zoo lah..gi kedai buku lah...gi JJ lah....hampehhhhhh semuanya tak jadi bila dah melepak kat rumah ni...hehehehhe petang aje gi rumah MIL sekejap. Itupun sebab Kak Nab call ajak gi sana sebab dah lama tak jumpa dia.Ok lah lepak2 sekejap rumah MIL..lepas tu balik awal ler..sebab esok dah nak kerjalah.....

muka sedih sebab cuti dah berakhir hari ni........ 

Ondway balik budak nak pizza hutt lak...so berhenti tapau sekejap...tak dak orang...memang beli kat PHD  ( khas suntuk delivery n take away)


sempat main ultramen cosmos ngan abang.... 


 lengang...tak de orang...order pun sekejap aje dapat...

  mana pizza amir ni...cepatlah....

 sedih mengenangkan cuti panjang yang berakhir hari ni.....esok back to office...sib baik anak2 masih cuti sekolah lagi...

 lengang kan..tak de orang...

 ni aje Dinner kami anak beranak malam ni. Nak makan kat situ...tak sempat lak..sebab dah nak azan maghrib...

Iki dera amir bawak Pizza tu...dah melentik badan dia nak mengimbangkan pizza tu ngan badan dia....

Balik rumah...alamak rasa cam muram ajelah..kenapa ehhh..ohhh sebab cuti dah habis kot...nasib baik anak2 masih bercuti lagi kan...so esok tak perlu keluar rumah awal2 sangat...

Monday, January 23, 2012

KL Ana Yang Punya.....

Selamat Tahun Baru Cina...kepada sahabat2 yang berbangsa cina....

Hari ni hari ke 3 cuti panjang kan....apa nak buat hari ni. Pukul 10 Mam akeluar rumah sebab nak hantar Ika ke rumah kawan baik dia Arisya Umaira. Biasalah 3 sahabat karib ni nak bertemu sebelum lepas ni masing2 membawa haluan ke sekolah berasingan...kira ni pertemua akhir sebelum berpisah ler ni...hehehe sedih pulak tengok persahabatan dorang ni....dari Darjah 2 bersama..

Keluar rumahahri ecechhh cechhhh....rasa macam drive pat pekan PS pulak...betul ke kat KL ni.......lengang aje....best kan kalau hari2 cam ni. Sebelum tu pagi tadi SIL @ Kak Nab call dr Cameron Highland..dia kata alahai boringnya gi Cameron kali i..tak boleh bergerak ke mana-mana sebab jalan jem teruk.....hahahaha...so ada hikmahnya mama tak pegi tu....so dia kata banyak melepak kat Apartment ajelah....itulah mama ada sekali pengalaman gi CH time peak season ni..time cuti cuti Krismas...nak naik ataspun makan masa berjam2...lepas tu nak bergerak ke satu2 tempat macam semut....so baik lepak2 kat rumah aje ni...hahahhaha

Lepas hantar Ika..berangan nak gi salon rambut....ehhhhh ada ke buka cuti ni ye...tengok2 ada....ok mama park kereta dan gi situ..bila masuk dia kata alamak tukang cucu n tukan gpotong tak sampai lagi...ishhhhhh lamanya nak tunggu. masuk kereta...tunggu..dan tunggu tak sampai2 pulak...so sudahnya balik lah...boring woooo..opssss sebelum balik singgah K4 lak..beli barang jap....

jalanraya yang selalunya sesak tak kira hari apa pun...tapi hari ni.....ANA YANG PUNYA......hahahahahha

tengok ada 2 biji kereta aje kan..masuk kereta mama...ada 3 biji ler.....hahahahahaha...boleh baring atas jalan tu....


makan sup ayam panas jer....campur sambal kicap....menu paling sempoi....

yang ini pulakpengganti suntikan Botox...hahahah tauhu dan tempe goreng cicah ngan sambal kicap...

yang inimenu wajib untuk anak2....ayam goreg rempah.....

sambil2 layan Fb ke Blog ke...sambil2 mulut mengunyah Peanut Candy yang sangat sedap ni....

Petang ni hujan teramat lebat....so mama pun lama2 mata ni layu je..dan zzzzzzzzzzzzzzzzzzz...bestnyaaaaaaaa.......

ohhhh dah kul 5 petang lak...so nak kaur jap ler ambik Ika ni...hari ni dia gi rumah kawan baik dia Arisya...sebelum mereka berpisah lepas raya cina ni untuk menereuskan disekolah pilihan masing2.....ok lah bye..bye...Mama nk rebus ubi pulak ni untuk minum petang.......jom makan,.....

Sunday, January 22, 2012

Bila KL Lengang...

Masih cuti panjang lagi...kaum kerabat ngan kekawan semua gi cuti Mesia kan...Mama ni pun buka tutup FB ler blog ler...tak de kaum kerabat yang on9. Dalam hati tahap keJELESan melampau ni sebab kekaanda2 mama balik kg..Kalini mama tak dapat turut serta kerana ada perkara yang tak dapat dielakkan,.

Sebelum cuti ni..SIL mama Ka Nab pun memujuk2 ajak gi Cameron Highland...dah siap2 booking apartment...kaum kerabat pulak ajak balik kg.. so ada hal pulak..sudahnya semua tak pegi. So dah suasana kat KL pun lengang kan...kita gi santai2 sekejaplah ambik angin...(sambil cuba melupakan keFRUSTan mama sebab tak leh balik kg dan gi CH..)

Ok malam ni KL ...AKU YANG PUNYA......kereta tak banyak sebab ramai orang balik kg........so jalan pun clear...so kalau ler hari2 cam ni..bestnya.....


Amir kenyang lah...tak nak makan...Amir kenyang...bila orang tanya amir nak makan apa..dia kata kenyang...so tak order untuk dia...bila food sampai dia melalak lak sebab tak de food dia...huhuhuuhuhu..share ler ngan mama...

 peace...peace....buah hati pengarang jantung mama ni...walaupun kadang2 perangai dia buat jantug ni nak luruh ni...hehehehhehe....sekejap aje Amir dah nak 4 years....

 Ultraman Cosmos di man-mana...

janganlah cakap kuat-kuat...Amir sakit telinga.....Amir ni cukup pantang ada bunyi kuat2 cam mercun ke apa ker...memang dia akan tutup telinga...
 
 amir pantang tengok HP hubby free...mesti dia rembat main Angry Bird....

cap ibu dan anak......

 Mama tertinggal dibelakang..hahahha....Amir dah mula datang mood malas dia...tak nak jalan...nak dukung......

kami tengok citer ni JOURNEY 2 THE MYSTERIOUS ISLAND....mula2 nak tengok UNDERWORLD...tapi rupanya cerita tu untuk 18 tahun ke atas....so tukar le tgh citer ni.... 

baik2 Ika..The Rock nak terkam Ika tu...hahahahha memang best lah citer ni...2 jam tak terasa...sebab kali ni mama tak terlelap ye....kali ni tengok betul2....gelak sakan..movie ni ada 3D...so memang real ler tengok gambo2 dia...

lepas tengok movie...pusing2 jap n balik rumah ler....dalam hati terbayangni kemeriahan di kampung mama ni..mesti kaum kerabat mama sibuk bergossip ni....aghhhhh........malangnya aku tak boleh turut serta....



Saturday, January 21, 2012

Bestnya Cuti Panjang

Selamat Bercuti panjang semua.......kemana destinasi korang semua... Wah tengok ststua dalam FB masing2 ler ka...gi jenjalan sana sini...ada yg balik kg...gi pulau...gi mana2 lah....tapi banyak gak baca status yang mereka ni terperangkap di Lebuhraya....ada yang 3 jam baru nak sampai ke Tg Malim...baru nak sampai ke Seremban...so bersabar lah yea.....( hah tu lah sapa suruh gi berjalan kan...baik dok rumah cam Mama ni...hehehhe)

Untuk cuti panjang kali ni...mama tak ad aplan nak kemana-mana. Entah rasanya mcam baru lega selesai urusan sekolah anak...nak berehat lak le...( tapi kan dalam hati sangat2 JELEZZZZZ sebab kaum kerabat mama balik ke Paris Pt Sulong ler...ke kampung halaman ku)

Ni pun lepas raya cina nanti...nak uruskan pendaftaran Ika di Sekolah baru pulak. So kita kasi rehat cuti kalini yea...kita main masuk keluar dapur. bili, ruang tamu ajelah hari2 yea....

Menu hari ni....( dah macam jadi blog masak2 pulak blog mama ni yea...bila update asyik tulis kisah masak n lauk pauak aje kan...)

Menu ringkas dan mudah je tgh ni...hari pertama cuti panjang sepena CNY...kerabu, ikan gorneg, ayam masak merah dan masak lemas ikan parang+nenas....


makan sihat lagi menyihatkan...pebret mama....kerabu@urap@keluban...campuran daun ranti+tauge+kacang botol...memang sedappp....puji sendiri ler...

ayam ko..kok..kok...kooookkkkkkkkk.....anak2 tak pernah nak jemu dgn ayam.....so hari ni buat ayam masak merah..permintaan Iki...memula nak buat ayam goreng kunyit....buat ngam2 untuk dorang aje ler....


pakai kamera HP cap ayam...gambar sedikit gelap...bukan ikan tu hangit tau...

yg ni lauk recycle. kan dalam n3 sebelumni ada mama cerita masak lauk ni. tgk ada lagi ikan seketul dapam peti ais. so panaskan balik dan mama makan balik. bila hari jumaat biasanya akan recycle balik mana2 lauk yg dok simapn dala peti ais...kalau tak nak makan..hari sabtu pagi..ita kasi buang ler...

Ok lah...nak zzzzz sekejap ( dah lama ko mama tak tido siang...hehehhee teringin)...sementara tunggu Mr hubby valik...lepas tu ingat nak gi ronda2 kat JJ ler.....)


Tuesday, January 17, 2012

Masak Lauk Ni Ingat kat Arwah Emak


MAKANAN NOSTALGIA AIR TANGAN BONDA?

Korang kan ada tak makanan kegemaran masakan ibu anda yang sangat2 anda gemari dan sekarangni anda selalu buat sendiri. Mama ni kan kadang2 tu timbuk rasan teringin nak makan laukpauk yang arwah emak selalu masak masa zaman kecik2 dulu. antara yang mama sangat2 suka sampai sekarang ialah lauk kat bawah ni hah...

Lauk sempoi aje...tapi sangat2 sedap bagi Mama. Menu MASAK LEMAK IKAN PARANG+NENAS. tengok menu ni macam biasa2 masak lemak aje kan. Tapi sebenarnya cara penyediaannya yang berbesa. Untuk masak lemak ni Ikan parang tu kena goreng dulu ( Mak & Abah memang tak makan ikan yang dimasak berkuah tanpa digoreng dulu..hanyir dorang kata), lepas cili api+cilimerah +bawang merah+bawang potong dihiris nipis. Nenas pun di potong nipis macam nak masak gulai tu ler. Lepas tu panaskan minyak dalam kuali..tumiskan bahan2 yang dihiris tu..sampai le naik bau...letak kunyit sikit kalau nak bagi kuning. Lepas tu masukkan ikan parang yang dah digoremg tu dan gaul2 dgn bahan2 ynag ditumis tu..sampai le ikan tu agak2 layu. lepas tu masukkan santan pekat...jangan santan cair...tak payah letak santan banyak2...agak2 aje....lepas tu perisakan dgn garan dll. biarkan mendidih dan hidangkan. Fuhhhhhhhhh lazat dan sedapnya tak terkira..

Dan menu ini menjadi kegemaran semluruh adik beradik mama rasanya.Dan sekarang ni Hubby pun dah menggemari masakan ni. Mula2 dia tak suka ikan aprang sebab banyak tulang. tapi disebabkan rasa lemak ikan parang yg sungguh sedap tu...lama2 dia pun TERsuka lauk ni dah...dan setiap minggu memang Mama tak ketinggalan untuk beli ikan parang. Iki pun dah suka...tinggal Ika aje tak nak mencuba..


inilah rupa masak lemak ikan parang + nenas versi MMiraki. memang sedapppp ( pada tekak mama ler....). sorry lah...dalam gambo tu ikan dia tersorok di balik nenas....hehehhe...

Sebenarnya kan cerita pasal makanan..mama dan adik beradik ni banyak mewarisi kesukaan Mak & Abah ler..contohnya macam makan ikan ni..hanya beberapa jenis ikan aje yg mama makan. Ikan darat semua tu memang sorry lah nak makan ( tapi sekarang mama dah pandai makan ikan talapia.). Ikan2 pun ada beberapa jenis je yang kami akan makan..antaranya ni lah ikan parang, tenggiri, merah , kembung, sardin, ikan mata dan beberapa jenis lagi. Ikan tongkol ke cencaru ke memang emak tak makan pun...sekarang je ikan cencaru mama cam dah cuba2 gak merasa...tapi ikan tongkol tu...Tak leh gi lagi lah......tak taulah esok2 kot boleh suka. Ikan sardin dalam tin pun kami tak makan..apatah lagi tuna ke mackarel ker...tapi sekarang ni anak2 mama suka pulak makan. 

Cam pelikkan..trend makanan Mama ni. Nak buat camana....dah tekak tak boleh nak terima makanan yg kita tak biasa. cam Spagethi tu kan..mama tak leh telan..tapi setiap minggu Mama akan masak spagethi..sebab hubby dan anak2 sangat menggemarinya. Kalau pun mama tak makan tak bererti mama tak masak. Memang menu kat rumah ni selalu keutamaan adalah untuk menu2 yg menjadi kesukaan hubby dan anak2 ler..untuk mama ni..sesekali mama akan buat ler makanan warisan bonda mana yang mama gemari ni...

kalay sayur goreng camni KOMPOM arwah Emak memang tak akan makan. ni nama dia sayur orang malas....hahahhahaha....dan nak cepat

Ohhhhh kalau nak tulis makanan warisan ni....tak tertulis rasanya..nantilah lain kali mama tulis lagi yea...kiranya mama ni kurang sikit mewarisi masakan2 dari arwah emak..tapi kalau kakak2 mama tu rasanya lagi terror tu.....

Sunday, January 15, 2012

Entry Merapu Meraban di hari Minggu

Kaum kerabat mama sibuk tanya kenapa sekaran gni lembab nak update blog...tak banyak buat entry...heheheh nak wat camana...malas ler...dan tak de cerita nak share....hari biasa sibuk dgn urusan kerja dan anak2..hari minggu pulak sibuk gak dengan urusan rumahtangga.....hari ni baru sempat nak update blog...tapi dah menung depan PC ni tak tau pulak nak tulis apa....

ok lah...semalam. hari sabtu...biasalah xtvt "mengukur pasar dan pasaraya" buat mama. sampai ler ke tengahhari....yg2 lain2 tu xtvtv biasa...ptg..gi lepak jap rumah Kak nab, sebab Amir nak gi sana...sampail er lepas isyak...lepas tu saja pusing2 n ronda...sampai x tau nak gi mana...gi makan....makan...makan...lepas tu nak gi KL Fextival City..dah tutup lak..so terus ler lajak ke Uptpwn Danau Kota. Ntah apa nak cari pun tak tau...

ramainy orang kat uptown ye....time n dah hampir kul 2 pagi pun cam 2 ptg je keadaannya...dai baby kecik sampailah ke warga emas..semua ada....tak de cari apa2 penting...sambil2 cuci2 mata dan rembat apa2 yg berkenan...

dah separuh jalan meronda kat uptown tu..ishhh panas ler pulak...so mama patah balik masuk kereta...pasang ekon..hehehhehe....tunggu je hubby gi cari barang apa ntah......sampai rumah kul 2.30 pagi...

Hari Ahad lak...ohhhh kelaur umahlagi sebab nak ke pasar tani...nak cai buah2 kampung n sayur kampung....

buah cempedak diluar pagar yang mama beli akt pasar tanu tadi....banyak ulas dia dan manissss sangat2......

beli jambu madu....manis giler........tu yang rajin kalau ke pasar tani..buka nak beli ikan ke apa...tapi nak beli benda2 cam ni lah...

dah nak raya cina kan...tak de orang nak bagi buah limau...so sendiri belilah. Mama beli yang size XXl...huh manis giler.....beli sekotak...cukup ler untuk menambahkan sakit tekak kan...

cuba respi MIL ni..Nasi telur...hah kroang tau ke nasi telur ni...ada kaedah sama ler nganmasak nari beriani ke..tomato ker....cuma dia tmabah kasi itu tulur lah....hahahha..telur tu rebus dulu..lepas tu goreng..lepas tu masa nasi dah separuh nak masak masukkan telur di tanam dalam nasi dia. Ntah Mama saja je try...hari tu ada MIL buat cam ni...ok gak....yg ini mama guna rempah berianai Faiza jer.

mama buat gak kari daging..untukbuat kuah ler....dah tak de idea lah nak masak apa....

dan juga ayam goreng rempah......hah yang ini memang kompom laku dan tak jemu punya...tapi kalau buat masakan berkuah..alamat tergolek2 lah ayam tu,...


samnil masak..sambil buat kek pelangi petang...dah lama tak buat kek.....so siap masak..kek pun masak..

Petang ahad..apa lagi nakbuat...semalam dah puas merayau..hari ni nak melepak ajelah.....menghayati cuti hujung minggu sambil berlinkar2 sekeluarga..depan laptop dn TV..



Friday, January 13, 2012

Sehari Dalam Hidupku

Sejak sessi persekolaha bermula..mama kurang mood nak update blog....kekangan masa dan kekurangan idea....camana nak ada idea....korang tengoklah jadual harian mama yang macam robot ni.....lebih2 lagi bila hubby kerap outstation..so mama kena buat sensorang.....bukan mengeluh..sekadar berkongsi cerita aje. tapi apa2 pun mama gembira dgn rutin harian ni...

ambik gambo dari dalam kereta guna HP cap ayam  berkuasa kuda...cam ginilah rupa....tapi cantik apa...cam percikan bunga api kan.......keluar rumah 6.20 am...usai solat subuh. sekarang waktu subuh masuk kankul 6.05..so dah siap2 mandi bersiap ngan baju sekolah n baju kerja..tunggu masuk waktu subuh..

jalan dah mula sesak walaupun masih awal pagi..yelah semu aorang nak keluar awal

Iki memang dah telena di seat belakang...mama yang drive ni pun mata ah ala-ala layu je....kalau lah ada yang tolong drive kan ke best.....ngantuknya....( kejadian ni adalah dalam 2-3 hari yg lepas...mata cam kena gam gitu)

ohhh setelah melalui kesesakan hampir 50 minit akhirnya sampai le ke Sekolah Iki..nasib baik masih kategori awal....pukul 7.20 am..pagar akan ditutup...so sapa lambat tulis nama maaaaa.....


ohhhh dah mula cerah...mamam teruskan perjalanan ke ofis...perjalanan ke ofis mama biasnaya berjalan lancar sebab ianya melawan arus......tapi masalah gak..sebab terlampau lurus sampai mata pun bertambah mengantuk.......huhuhuuhuhuh


mataku semakin kelabu....sekelabu gambar ni.....



sudahnya mama park kereta kat Stesen Petronas dan melelapkan mata dalam 20 minit...hahahhahha...teruk kan mama ni..habis tu dah mengantuk sangat...berapa kali dah kena hon....tak masuk lagi terhoyong hayang....lepas 20 minit...matapun dah fresh...teruskan perjalanan balik...apa dah...padahal bukanjauh sangat pun perjalanan nak ke ofis...dalam 20 minit je...tapi dah ngantuk nak buat camana....

 pukul 8.30 - 5.30 petang, Mama akan terkurung dalam Akuarium ni...hahahahhaha......Mama terkurung di ofis ler...Mama kan keja makan gaji...so kenalah duduk diopis dan cuma sekali sekala aje tugasan luar....so duduk aje diam2 dalam akuarium tu yea...nanti cukup bulan adaorang bagi makan....nak tau Mana yg mana satu....yang kaler biru tu...hehehhehe...cantik kan aquarium ni..ni akuarium air masin..tu pasal ada coral...hehehehehhehe......

lepas buka sekolah ni..memang mama akan balik sharp kul 5.30..kecuali ada hal urgent..terpaksalah balik lambat....nak bekerja mengelakkan jem kat MRR2....kalau kuar kul 6...aduhai lambat ler sampai gamaknya,.....so bila keluar awal..dalam kul 6.10 cam tu dah terpacak pulak depan sekolah Ika. balik kul 6.45ptg....hehehhehe....nak balik rumah dulu pastu kelaur balik..tak bebrbaloi lak rasanya kan...so tunggu ajelah....


petang pulak mama terpacak kat sini. Tunggu Ika balik sekolah. Sementara nak tunggu permohonan masuk sama sekolah ngan Iki dapat...so semenatara dia sekolah kat sini dulu. balik skeolah kul 6.45 ptg...so mama sampai awal..kenalah jadi pak pacak dulu tepi sekolah. parking tepi pagat kecik je...kalau akt main entrerance susah nak keluar nanti,...tgh ika gi sekolah naik bas..dan ptg mama ambik. Kira adillah dgn Iki. pagi Mama hantar Iki dan tgh di abaliknaik bas...ika pulak sebaliknya. Walaupun ada bas sekolah tapi mama suka ambik anak2 dari sekolah...saat2 yang kita tak boleh nak ulang semula bila dorang dah besar...


tapi kan ada gak malaun yang sungguh lahabau.....dah ler dtg lambat..sedap2 je park dan blok kereta mama....lepas tu dah mama tak boleh nak keluar...dah ler dtg lamabt nakaprk dekat2 sekolah...lain kalai kalau nak parking dekat..datang ler awal cam mama ni.....hehehehe...harapkan kereta je berkilat...tapi otak berkarat.....

Mama akan hanya tiba dirumah dalam jam 7 lebih..bergantung kepada keadaan trafik...

hehehhe penat tak  korang tengokjadual Mama....tulah duduk di KL ni mesti kena mempunyai tahap kesabaran yg tinggi kan...terutama menghadapi kesesakan lalu lintas....