Hari ni mama kerja macam biasa. Cuma yang bestnya hari ni kat office ada buat ceramah agama time rehat kan. Ustazah Dr Syarifah Hayati penceramahnya. Memang bestlah dengar dia ni berceramah. Mata pun tak ada mengantuk dan tak sedar 1.5 jam masa berlalu...
Balik dari Office hari ni, macam biasa ambil iki dan ika kat Taska Kak Nab dulu. Iki dan Ika tengah tengok Mak Lang dia ni nak masak mee kari...sebab mama nak cepat sembang kejap ngan Kak Nab dan terus balik lah. Hari ni nak singgah Bazar Ramadhan kat Bandar Baru Ampang. Iki & Ika pun teringin pulak nak makan mee kari...hihiihihihi ni mesti nampak kes mak lang dia nak masak mee kari ni..dah tu mak lang dia pulak ajak buka puasa kat situ....tu yang monyok aje bila ajak balik tu ,so sampai bazar terus cakap nak beli gak mee kari....Sebenarnya kat Bazar Ramadahn ni mama setakat beli kuih muih dan murtabak atau roti boom aje. Lauk pauk memang masak sendiri, tak selera nampak lauk pauk yang dijual tu. Selalunya mama hanya beli kuih dekat gerai yang mama biasa beli aje, dan setiap kali pergi Bazar mesti pegi Gerai tu, sebab kita dah tau rasa dia camana kan,tapi semalam sangkaan mama meleset. Gerai yang selalu mama beli roti boon tu kan..bila buka puasa makan roti boom dia...aduhai..keras kematu..dah macam bom perang Jepun pun ada. Mama rasa semalam punya roti boom kot..tak habis dia panaskan..yelah dgn roti tu yang dah kejung, keras dan liat...akhirnya masuk "cik pah" aje. Tulah tak baiklah peniaga ni buat cam tu. tipu pembeli tu. Dan rasanya ini kali terakhirlah mama beli kat gerai ni...bye..bye lah...tengok sapa yang rugi..nak untuk sikit, custumer lari..agak sebab mama beli awal lagi kot..so dia nak perabihkan stok lama dulu...apa-apa pun mama ucapkan selamat buat duitlah pada peniaga ni....
Gerai2 di Bazar Ramadhan Bandar Baru Ampang
Sampai rumah dah hampir 6.20..mama masak pulak...dan inilah hasilnya..ehhhh ikan tu mama dah suruh bibik bakar dululah..nanti tak sempat nak buat...
Ikan cencaru sumbat&bakar dan Mee kari ( untuk iki dan ika)
Kuih-muih dan roti Boom yang "megecewakan..."
Amir pun puasa tau...ingat kakak aje ke.....
Hari ni mama rasa letih sangat dan mengantuk yang amat sangat. Lepas solat maghrib boleh mama terlelap. Amir pulak sebab dia tidur petang..mulah berjaga malam. Mama terjaga kul 11.30 malam budak2 ni riuh kat bawah, lepas makan otak-otak popiah. Ika yang goreng, hubby pulak pegi K4 beli beras dah...mula mama nak pegi sekali..tengok mama dah lelap..dia gi sendiri, terjaga sebab dia tepn dar K4 tanya nak beli beras apa....hiihihihih orang lelaki..tiap kali nak beli beras mesti tanya...beras wangi Naga Mutiara atau Pearl lah...
No comments:
Post a Comment