Tuesday, September 1, 2009

10 Ramadhan - Siri Buka Puasa

Diam tak diam masuk hari ni dah 10 hari puasa ye. Dan selepas 2 hari berbuka puasa ramai-ramai rasanya hari ni buka puasa kt rumah aje kot. Lepas subuh pagi tadi anak2 & hubby semua zzzzzz lagi. Mama, Amir ngan Bibik aje yang jaga. Mama update blog sekejap..lepas tu lepak ngan Amir.

Lepas Zuhur tu mula lah terfikir nak masak apa lah hari ni. Tak Lama Kakak Ipar @ Biras (Kak Nab@Mak Lang )tepon, dia kata jomlah buka puasa sama. Haaa semalam dah buka sama...yelah dah 2 hari buka ramai2 hari ni satu family aje kat rumah sunyi pulak kan. Mama memang rapat dgn Kak Nab ni, yelah anak-anak kami memang rapat dan mair pun cukup suka dgn Asraf, Danial dan Lugman, diroang pulak memang rajin leyana Amir. Kebetulan nama mama ngan Kak Nab pun serupa kan, dan nama suami kami pun cuma berbeza huruf "O" dan "I" aje kan...yelah diaorang kan adik beradik. Dia ajak mama gi rumah dia, tapi alah malas nak keluar lah pulak, lagipun minggu lepas dahbuka kat rumah dia, so akhirnya mama ajak je diaorang datang sini. Sambil tu mama ajak Mak & Ayah mentua sekali. Kesian, diaorang pun buka puasa bertiga aje kat rumah dgn Min kan.
Hari ni kami nak masak simple aje..tak nak penuh meja macam selalu lah..konon2 menu sihat ler tu. Kak Nab kata dia nak masak Asam Pedas, Ikan Bakar+Air Asam & kuih karipap. Mama pulak masak mee hoon soto, kari daging, 2 jenis sayur dan sambal belacan, cucur jagung, buah honey dew dan nenas. Itu kira menu simple ke tak ye heheheheh....bila dah susun atas meja penuh gak meja ni. Ini bukan majlis buka puasa rasmi kan...tapi sebab nak seronok buka puasa ramai-ramai.
Min datang ngan Mak & Ayah..bawak air soya sebeban...nak cover semalam kot Min ni...hhihihihi dan buah tembikai. Mama pulak dan buat air orange sunquik. Boleh buat mandi air ni.


Antara menu "simple" kami hari ni...


Kak Ida rajin layan Tok & Tok Wan....


Hah kuih ni hubby special gi beli kat Hulu Langat ni..Kuih Jongkong...Bang Nan tengok mesti meleleh air liur ni..sorry ler semalam tak sempat nak gi beli...


Lepas mengadap rezeki..jangan lupa bersyukur kepadanya...solat maghrib, isyak dan Terawikh berjemaah...Semoga diterima Puasa dan Amalan kami semua...Amin....


Tok & Ika Tok Wan & Amir

Hari ni berakhir dah cuti 3 hari...esok mama kerja dan anak2 pun nak sekolah. So tak boleh lepak sampai larut malam macam selalu. Alahai bestnya cuti...tak apa minggu depan cuti lagi 3 hari kan...hari Nuzul Quran..

1 comment:


  1. Erkeklerden dönme kadınların travesti pornolarıyla göt siktikleri sahneler sizce de güzel mi ?

    ReplyDelete