Fajar Aidil Fitri
Allah hu akbar allah hu akbar
La ilaha illaallah huwaullah huakbar
Allah hu akbar walillah ilham
Seawal 4.30 pagi takbir raya dah berkumandang dari surau kat depan rumah mama ni. Mama celik mata tengok hubby dah taka de, oh dah ke surau rupanya. Yang lain-lain pun sama. Hari ni semua bangun pagi dan terus mandi, takut nak berebut bilik air kan. Kak Nor bangun paling awal pagi ni…pukul 4 pagi.
Pejam celik pejam celik dah sebulan Ramadhan kita tempuhi. Kini harinya menyambut Aidil Fitri. Sedih rasanya nak meninggalkan Ramadhan. Semoga mama & keluarga semua dipanjangkan umur untuk menyambut Ramadhan di tahun hadapan.
Mama dah terbau keharuman kari ayam, sambal kacang dari dapur. Ini tugas Kak Nor dan kakak2 senior mama yang lain ler nak menyiapkan juadah tradisional ni. Alah pagi ni mama kena turn masak kuah soto pulak..alahai kena turun dapur lagi ker…hihiihihihi ingat nak melaram dah dgn baju baru.
suasana pagi syawal di kawasan rumah mama.....sejuk dan mendamaikan...sayupun ada terkenangkan arwah Mak , Abah dan anak mama, Anis Sabrina.
Kejutkan anak2 suruh diaorang mandi siap2. Nanti tak adalah nak beratur panjang pulak
Solat Aidil Fitri diadakana di surau depan rumah mama. Tahun ni agak kurang sikit jemaah yang bersolat aidil firti. Agaknya masing2 bukan turn balik beraya kat sini kot. Apa-apa pun suasana tetap meriah. Inilah seronoknya beraya kat kg PS, sebab walaupun rumah kami ni tak ada orang tinggal, tapi setiap hari surau ni terang benderang dikunjungi orang apatah lagi sepanjang bulan puasa. Itulah amal jariah Abah mewakafkan sebahgain tanah ni untuk didirikan surau. Sampai sekarang surau ni masih teguh berdiri dan digunakan untuk solat dan kegiatan keagamaan lain.
Selesai solat Aidil Fitri, jemaah semua singgah ke rumah mama. Oleh kerana kebiasaannya Hari raya ke 2 diadakan marhaban dari rumah ke rumah, maka ketua masyarakat buat keputusan nak buat sekali harung kat rumah ni, sebab di a kata esok lusa takut menyusahkan kami pula. Tak kisahlah macamana pun , yang penting diaorng masih sudi datang ke rumah kami, walaupun Mak dan Abah dah tak ada, dan kami semua bukannya menetap disini lagi. Terima kasih kepada semua warga Bt 21 Jalan Muar – Pt Sulong, kerana masih sudi menerima kami sebagai sebahagian masyarakat di sini walaupun kami semua tidak menetap disini dan hanya sekali sekali pulang ke kampong.
sila naik...sila naik..jangan segan-segan...
Ayah...mama .iki & ika... minta maaf banyak....selalu buli Amir...ehhhh mana Amir ni..
ni camana ni..belum habis minta maaf dah nak kena dera ketuk kepala ni.....heheheheh
Acara nilah yang paling ditunggu oleh semua budak2 dan paling syahdu bagi mak bapak budak. Mengikut kiraan mama ada seramai 32 cucu, cucu menantu dan cicit yang kena bagi duit raya ni. Konsep duit raya kat rumah mama ni tak kira besar mana pun anak saudara, dah kahwin ke dah ada anak ke..semua akan dapat duit raya. Sebab dari dulu memang dah Kira berapa jumlah anak sedara ni, walaupun mereka kadangkala tak balik, tapi peruntukan untuk mereka tetap ada. Untuk tahun ni ramai anak2 sedara mama yang dah besar2 dah kahwin, ada anak, dah kerja...tapi duit raya untuk mereka tetap ada.....dan yang bestnya anak2 mama ler..dapat gak duit raya dari abag2 n kakak2 sepupu dioarang.....
Bukan setakat anak2 aje dapat duit raya tau. Mak bapak budak pun dapat duit raya.Mama dan adik beradik yang lain pun dapat duit raya juga dari arwah mak dan abah. Tiap tahun Mak dan Abah tetap bagi duit raya kat mama dan adik beradik yang lain. Apa tak caya….hah tengok ni….
No comments:
Post a Comment