Thursday, September 10, 2009

19 Ramadhan - 7 tahun yang lalu....Al- Fatehah..

Hari ni 19 Ramadhan dah. Setiap kali menjelangnya Ramadhan pasti mama tak akan lupakan peristiwa sedih yang menimpa mama sekeluarga. Pada tarikh inilah 7 tahun yang lalu ( 19 Ramadhan 1423) mama telah kehilangan anak perempuan mama ANIS SABRINA kerana diserang demam denggi dalam usia yang baru menjangkau 8 bulan. Walaupun dah 7 tahun peristiwa itu berlalu namun mama rasa macam baru aje semalam berlaku. Masih terbayang saat2 akhir Anis berjuang melawan penyakit tu..terlantar lesu di katil ICU. Maafkan mama Anis, Anis terlalu kecil untuk melalui penderitaan itu. Semoga roh Anis tenang di sana dan menjadi salah seorang bidadari syurga..Insyallah...Al Fatehah.... ( Hari ni juga berulang kali mama baca catatan yang mama buat 7 tahun yang lalu " Anis Sabrina Dalam Kenangan").


Gambar terakhir ANIS SABRINA (dalam stroller) yang sempat mama ambil 2 minggu sebelum kematiannya.


No comments:

Post a Comment