Monday, September 14, 2009

sabtu - 22 Ramadhan

Sabtu ( 12/9/09 - 22 ramadhan)

Minggu ni adalah last weekend sebelum menjelang Aidil Fitri. Mula-mula plan nak buat kuih raya. Last minute dah bertukar plan pulak..mama nak gi belikan baju raya untuk bibik ler. Lepas tu dia adalah benda dia nak beli untuk diri dia sendiri. So akhirnya dari nak baut kuih..bertukat kepada xtvt mengukur jalan. Ingat nak gi dekat2 ngan rumah aje..malas nak gi KL, tapi hubby kata gi KL lah...hihihiihih mood dia baik ni. So teruslah ke KL. Sampai KL..alahai boringlah mama...manusia macam ulat...mama pun dah pening kepala. Oleh kerana tak ada parking., so mama, ika dan bibik aje turun kereta. Hubby, Iki dan Amir pusing2 kereta jer...so lama2 sebab boring tunggu dalam keta...diaorang melepak kat tasik Titiwangsa pulak..bawak Amir naik kuda...hihihi Ika dengar boring aje...dan dia monyok aje sepanjang ikut mama.

Sebab dah ramai orang sangat last2nya mama tak dapat apa pun..belikan baju bibik dan tudung sehelai aje. Ingat nak singgah Sogo, nak shopping le gunakan voucher yang dapat hari tu kan. Tapi masuk aje Sogo ...serupa gak..manusia macam ulat nangka. Nak gi beli baju pun tengok yang Q nak bayar dah melingkar2 cam ular sawa. Last2 nya mama suruh hubby datang ler ambil kitaorang. Heheeee pening...pening....orang ramai...tak sukalah mama. Lastnya mama beli ler baju ready dekat2 sini aje..hihihihi buang masa aje gi KL.Sebelum tu singgah pasar sekejap beli ayam dll. Sampai rumah dah dekat pukul 3ptg. Kelam kabut lepas solat Zuhur, bibik bersihkan ayam dan mama buat rempah dia siap2. Mama nak masak ayam goreng rempah. Hari ni ada nak buat gotong royong kat rumah Mak Mentua. So kena datang awal sikit lah. Biasalah xtvt hujung minggu mama sepanjang bulan posa ni mesti berbuka kat rumah mak mentua.

Hari ni berbuka menu biasa2 aje...malas nak ambik gambar banyak2..sebab asyik citer bab makan aje kan..mcamlah bulan puasa ni bulan makan. Sebelum buka puasa tu semua rajin ler mengemas dan membuang apa yang patut kat rumah mak ni. Tak lama orang kutip barang lusuh puns sampai..selamat tak payah nak pikir camana nak buang barang2 tu. Lepas berbuka tu..macam solat maghrib, isyak dan terawikh berjemaah.

antara menu buka puasa hari ni...malas nak ambil gamabr satu2 kan..

Tengah mama solat terawikh,mama dikejutkan dgn budak2 ni kata Amir tersedak dan muntah. Apa lagi mama terus berlari dgn telekung...tengok Amir tangah termuntah..panik sekejap mama...sebab tadi tengok dia pegang kerepek apa ntah..mesti tersangkut ni. Tapi akhirnya lepas mama tepuk2 dia dah ketawa balik...ohhhh lega...lepas tu mama terus ikut Kak Nab pulak gi Kedai nak beli ais krim kat budak2 ni sebab tadi tolong kemas2 rumah tok diaorang. Oleh kerana nak pastikan Amir ni betul2 ok ke tak..bagi dia naik kuda2 mainan tu,..,hahahh sengih memanjang ok lah tu.
Lepas selesai terawih dan moreh..sessi urutan pulak..budak2 ni semua berebut nak megurut2 kan..hihihihi ada makna tersirat tu kalau masing2 berebut nak urut kaki kitaorang.

Amir pun tak nak ketinggalan..nak gak suruh orang urut kaki dia...dia bulu kakak2 abang2 sepupu dia...Amir lah best dia paling kecik semua orang dok layan dia aje
Kalau dah kat sini, memang selalunya mama ni balik lambat. Iki dan Ika pulak merengek tak nak balik. Apa lagi adik ipar bongsu mama yang single lagi tu (Pak Cik) mulalah umpan diaorang ni tak nak kasi balik. Nak ajak lawan main games lah..nak ajak sahur kat Mc Donald lah...heiii ni masalahnya ni..kalau dah jumpa cousin2 semua semua melekat tak nak balik. Akhirnya dalam kul 12.30 kot, mama, hubby, Amir dan bibik ajelah balik rumah. Mama risau gak..camana Pak Cik ni nak bawak anak2 sedara dia yang 6 orang ni nak gi Mc Donald kul 5 pagi ni..so last2 hubby kata oklah kita pegi sekali...Kak Nab pun nak pergi sekali ..apa lagi bersorak ler diaorang...yahoooooo....

Sampai rumah dekat kul 1pagi..terus mama zzzzzzzzzz. Yelah nanti kul 4.30 nak keluar untuk sahur plak. Kalau sahur kat rumah ..pakai baju tidur aje tak apa...hihihihii. Ni mama sure budak ni rumah tok diaorang ni mesti tak tidur lagi ni. Ada 7 orang tu kat sana. Ika lah sekuntum bunga terselit antar 6 kumbang tu...sebab cousin2 belah hubby ni ramai lelaki..dah tu Ika nak kawan ngan sapa pulak...

No comments:

Post a Comment