Thursday, September 10, 2009

Cerita Geram di Pagi Hari...

Hari ni gerammmm...geram....geram...geram sesangat tau..baju raya mama yang dah mama hantar 3 bulan yang lepas tak berjahit...kalau korang hot tak....my blood dah go upstairs ni....aduhai minggu lepas bukan main kata baju dgn tudungnya sekali dah siap...lepas tu kata nak hantar ke opis...tapi hampehhhhh...call & sms tak berjawab,....ok lah..lepas tu dia call kata ada sebab tak dapat dielakkan. Tup2 pagi tadi dia call kata kain sutera mama tu tak boleh nak potong..sebab bunga dia melintang....mak aiiiii..sebelum ni masa mama bagi kain ka dia ok aje...dia kata tak ada masalah dgn kain tu. Mama boleh terima alasan kalau dia kata tak sempat, tapi yang tak syokya tu sebab dia menipu..kata dah siap semua sekali dan nak hantar hari Jumaat lepas. walaupun mama cuti Jumaat lepas tu, mama siap tinggalkan duit upah kat ofismate mintak tolong bagi kat di akalau dia datang.

Bila tanya punya tanya rupanya dia hantar kain mama tu kat kawan dia pulak. so kawan atas kawan ler...Laaaa kalau mama tau dia nak bagi kat kawan dia tu baik mama hantar kat regular tailor mama ni...ingatkan nak support kawan2 ler..rupanya kawan tak tolong kawan. So memang mama geram yang teramat sangat...yelah dah 3 bulan mama bagi kain tu kat dia...kalau kata tak boleh nak potong kain tu sebab bunga tak setempat ke apa bagilah tau awal2..berlambak tailor kat KL ni....ini mama ingatkan nak support bisness kawan2 ler...tapi haahahh serik dah...tak kan kuulangi lagi menempah denganmu...masa nak tempah tu kemain kata semua boleh jahit..baju apa nak semua boleh buat, siap boleh matchingkan dgn tudung lagi....

So akhirnya mama ambik balik kain tu...dan mama terpaksa tepon kak Zainah regular tailor mama tu untuk dia jahitkan baju mama dalam masa seminggu ni. Nasib baik Kak Zainah nak tolong mama....tapi dari berangan nak pakai baju glamour yang ada manik2 terpaksa dilupakanlah..hiihihih terpaksa ler buat baju kurung biasa yang simple ahe....kalau tak hahahha dah tentu semua family pakai baju purple dan mama pulak pakai kaler hijau ke biru ker...bukan tak ada baju lain, ada beberapa pasang ler yang mama dah buat dgn kak zainah ni...tapi lain tema ler pulak....aduh.....geram...geram...geram.....so mulai hari ni mama tak nak dah cuba2 tailor lain...tak kiralah kawan ke, jiran ker...tak nak...tak nak..tak nak....

Kepada kawan mama tu selamat maju jayalah dgn bisnis butik ni..hiihihihih untuk tahun depan agak kena hantar dari sekarang kot...dan make sure hantar kain kosong je..takut nanti bunga kat tepi lah, kat tengahlah...kan susah...hiihihihihihihi. Cuma nasihat mama hargailah kepercayaan yang diberi...kalau dah orang nak tempah kat awak tu...janganlah sub kat kawan2 pulak. siapa yang rugi...untuk jangka masa panjang...LU FIKIRLAH SENDIRI.......

No comments:

Post a Comment