Khamis ( 17/9/09 - 27 Ramadhan) - Hari ni hari terkahir mama kerja sebelum cuti seminggu untu Hari Raya. Ofis pun dah mula cuti, ada sebahagian ofismate yang dah mula bercuti hari ni. Suasana macam dilanggar garuda, tak dengar suara orang, dengar lagu raya dari PC aje.
Sambutan Raya untuk mama sekeluarga, mama sambut secara sederhana aje. Tahun ni berhemah perbelanjaan untuk persiapan raya, mungkin sebab kegawatan ekonomi. Dan mama pun tak beranilah nak membazir beli benda yang tak penting. Persiapan raya banyak untuk anak2 aje..untuk mama adalah 3 pasang baju kurung baru ( yg belum tentu siap....sampai hari ni tailor kata x siap lagi....tak siap pun tak apa..pakai ajelah mana yang ada). Kuih-kuih raya pun mama buat mana yang anak2 n hubby suka makan aje. Beli pun2 jenis aje..dan yang kesukaan anak2..bukanuntuk raya ta[i untuk makan2 aje. Lagipun kalau raya kat rumah mama bukannnya amai orang datang pun.
Tahun ni mama sambut raya di kg mama dulu, Johor lepas raya ke 2 atauke 3 tu balik KL ler..since mak mentua orang KL..so, senanglah..tak adalah nak balik dari selatan ke Utara ke , ke Timur ker. Insyaallah mama akan bertolak ke kg petang esok, selepas Asar. Hubby pun esok kerja lagi. Mudah-mudahan mama sekeluarga selamat sampai ke kampung halaman dan kembali semula ke Kota.
Buat pembaca2 blog mama ...( ada ke..hihihihi...) Selamat hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir & Batin. Jumpa lagi minggu depan...
No comments:
Post a Comment