Wednesday, September 23, 2009

Raya - Sehari B4 Raya di PS

Sabtu ( 19/9/09 – 29 Ramadhan)

Ahhhh malam tadi sampai dah gelap kan..tak sempat nak tengok keliling rumah. Ni sebelum nak ke Pasar sempat survey2 keliling rumah dulu sementara tunggu panaskan enjin kereta.




papan tanda rumah mama pun dah hampir berkarat...tapi signboard surau ni nampak berkilat kan




suasana pagi depan rumah mama .....sejuk..embun banyak....x perlu pasang aircond

Seawal pukul 6.50 mama dgn mummy gee dah bergerak ke pekan PS. Hihhiihihi dah lama ni teringin nak gi pekan PS. Kami pegi berdua aje …sebab ini kira misi khas ni. Kekuatan mental dan fizikal diperlukan ni hehehehehe


Hah sampai PS pukul 7.00 pagi…Wa dah meriah giler,…jalan dah mula jam..dan parking dah hampir penuh. Macam biasa kami cari port parking space macam biasalah…kat depan masjid tu. Wahhh semangat betul warga PS ni semua dah sampai ke pasar pepagi ni. Huiii banyak tul misi beli barang hari ni tau. Dah tersenarai ni….ayam 12 ekor, daging 12 kg, udang, ikan, sayuran, buah2an dan banyak lagilah...... senget bahu nak bawak ni tau...nasibbaik kami ni semua adik beradik ramai pompuan kan..abah dah biasakan kami ni semua berdikari..tu pasal tak ada hal pegi pasar sendiri, tak perlu nak ajak hubby pegi sekali....hihihihihihi

Sampai 5 kali kali ulang alik hantar barang ke kereta tau. Terlupa pulak nak bawak troli. Tapi sebab kami ni kan wanita besi…(hihihihiihih) so kami buat semua sendiri tau…x mau kacau hubby2 yang tengah dibuai mimpi indah kat rumah tu kan…hihihihihihiih..isteri mithali ni tau



Jambatan PS..dulu jambatan ni tinggi..ni dah ganti baru....tengok jalan besar dah mula sesak

bangunan paling tinggi kat PS..hihihihi....orang dah mula macam ulat tu kat pasar..

RELA siap berkawal tu...( ni jiran mama ni...Man nama dia..hihihi memang komited dia ni)..tengok kereta bersimpang siur ni...huiii meriah...meriah...



ni lah kopi PS favourite hubby...mama pun suka gak..mama beli 2.5 kg untuk stok...dapat diskaun lagi....wangi aje bau kopi ni ..mama nakbeli ..baru dia kisar tau..memang fresh tanpa bahan pengawet...kalah coffee bean tau....tolong promote ni...


berbaris nak beli santan..nasib baik datang awal tau....ketupat siap anyam...tapi kami anyam sendiri kat rumah ler...tak mainlah beli dah siap..


Setelah sarat kereta dgn barang…balik le ke rumah. Aduh penatnya. Nasib baik masa ni awal lagi. Masa kami keluar dari PS ni..hmmmm deretan kereta dah sampai ke Klinik Kesihatan tu tau. RELA pun siap mengawal lalu lintas. Mengalahkan MRR2 tau dia punya jam…nasib baik kami dah selesai beli barang.

Sampai aje rumah , kerah tenaga buruh bawah umur untuk punggah barang2 ni. Lepas tu sessi gotong royong ler..menyediakan juadah untuk hari raya. Tugasan untuk hari ni…buat ketupat biasa, ketupat palas ( mama sorang ler kena buat…sebab yang lain tak tau buat ketupat daun palas), buat rendang tok, prepare makanan untuk berbuka, prepare makanan untuk masak esok pagi dan segala macam mak nenek punya kerjalah.



Ziarah Pusara Emak & Abah

Selepas selesai urusan pasar, mama ziarah ke pusara mak dan abah. Sedih rasanya merenung pusara mereka. Macam tak percaya mak dan abah telah tiada.Pusara mak dan abah terletak bersebelahan. Ini kali ke 6 kami beraya tanpa abah dan kalik 4 beraya tanpa emak. Al Fatehah untuk Emak & Abah. Kami ziarah ke pusara mak hari ni sebab esok dah tentu penuh sesakkawasan ni dan lagi esok ada jamuan raya kat rumah. Takut tak sempat, mama pergi hari ni.



kawasan perkuburan....sebelh kanan pusara Mak & Abah bersebelahan



Ini pusara Emak...Hjh Amanah


Ini Pusara Abah, Hj Omar


Balik dari pusara mak & abah..adik beradik mama yang lain pulak datang ke sini..kira bergilir-gilirlah datang.



Sessi Masak Ketupat & Rendang


Ketupat nasi daun kekelapa...sebelum dan sesudah dimasak...ini tugas Kak Lah & Mek


Hah yang ni pulak tugas mama ni. Buat ketupat daun palas. Walaupun belah Johor ni kurang sikit makan ketupat daun palas kan, tapi sebab hubby ni suka ketupat palas..yelah tok nenek diakan asal dari Kedah..so mama berusaha buat kan juga. muka2 dulu baut asyik tak jadik aje..keras dan bocor aje...tapi sekarng dah terror. Tapi siksalah nak membalut sorang2..sebab yang lain tak pandai...Kak Nor dulu biasa gak buat, tapi kali ni bila balik dia nak try balut dan terlupa pulak....

Mari Belajar Buat Ketupat Palas

mula-mula bentukkan macam corong ni....lepas tu isi pulut yang dah dimasak 1/2 masak dgn santan


lepas tu balut...kena ada skill ni.... lepas tu sumbat...



lepas tu kena tarik ketat2 jangan bagi bocor n masuk air..dah sudah tu simpul..lepas tu rebus dgn air separuh periuk..sampai air dia kering...lepas tu makan...mak mentua lalu belakang memang tak nampak..



Rendang Tok....macam beria-ia je ain, aril & Ijah tu mengacau rendang..ke untuk posing aje kot


Time mak-mak ni sibuk kat dapur memasak kan...nak tau apa hubby2 & anak2 smeua buat...hah inilah bendanya.....heheheheheheheh



Suasana Buka Puasa Terakhir Sebelum Raya

Buka puasa hari ni semua kaum kerabat dah selamat tiba di kg, kecuali anak sedara mama yang sulong aje, Azlan $ family. So buka puasa petang ni memang macam kenduri kecil. Hidangan secara buffet aje..tak cukup tempat nak hidang. Aduh ramai juga rupanya waris Hj Omar & Hjh Amanah ni ye..kalaulah mereka ada lagi tentu mak dan abah gembira anak cucu semua berkumpul hari ni.

beratur semua ye cucu-cucu atok...jangan berebut....makanan banyak lagi tu


Hidangan buffet...tak cukup tempat nak hidang



Suasana Malam Raya


Malam raya di kg..


dam..dam..dum...bunyi mercun...opsss silap bunga api...


tak lupa pelita pun pasang juga tau..walaupun rumah tinggal, pokok pun kami pasang pelita



susunan pelita dan pertunjukan bunga api KLCC


budak2 sibuk dgn xtvt diaorang....



sessi tunjuk baju raya...dan melepak...

Malam ni tak tau kul berapa lah mereka2 ni tidur....esok pagi kena bangun awal...1 Syawal dah menjelang tiba....

No comments:

Post a Comment