Hari Raya Hampir mejelang. Hari ni dah 24 hari kita berpuasa. Insyallah lagi 4 hari kita nak menyambut Aidil Fitru. Selagi tak raya rasa macam ada benda lagi nak beli yer..walaupun poket semakin menipis..tapi asyika da aje macam yang tak beli n cukup lagi ye. Entah erk..walau konon tak nak membazir bila sambut raya ni..tapi nampaknya tak boleh dipisahkan dgn xtvt shopping2 ni kan. Hari ni mama check2 n kira2 balik...ohhh banyak tu tak siap lagi..antaranya kain sampin untuk Iki, songkok, kuih raya tak siap lagi, duit raya belum masuk sampul, tudung tak beli lagi, baju raya pun tak siap lagi, kain bajunak balikkg tak kemas lagi, kuih raya untuk rumah mak mentua tak hantar lagi...ahhhh bnayaknya benda nak buat. Kalaulah esok dah raya kan dah settle semua.
Hari ni kat opis pun dah kuang mood nak kerja...sekarang ni kepala otak tengah melayang..tengah plan..nak balik kg hari ap..pukul berapa...berapa lama nak duduk kat kg...baju apa nak bawak...ahhh macam2 tu. Tahun ni giliran raya kat Johor dulu kg mama..ntah orang lain buat giliran balik kg mama pun ikut ajelah. Mula-mula kahwin dulu tak ada pun turn2 balik kg ni..selalunya tiap kali raya, mama akan sambut kat KL dulu, rumah mentua..lepas solat Aidil Fitri baru balik kg..gitulah rutinnya setiap tahun. Paling cepat mama balik kg pun malam raya dalam pukul 12.30 malam cam tu..dan sampai kg mama sebelum subuh. Ok juga macam tu..2-2 tempat dapat mama rasa kemeriahan raya. Kalau kat KL ni..malam raya tu memang meriah ler..dah ada orang datang bertakbir dari rumah ke rumah,pendek kata waktu buka puasa terakhir tu hidangan untuk hari raya tu memang dah siap semuanya, dan malam tu memang budak2 pun dah berjalan2 raya dah. Tapi pagi raya tu dah tak sibuk lah nak masak apa2 pun..lepas solat aidil fitri..dan tak ada apa-apa dah...Kalau kat kg mama pulak..dari tengah malam raya sampai pagi raya tulah yang paling sibuk. Masak lauk pauk tu untuk dimakan pagi raya..so malam tu memang sibuk ler..sebab tu sebelum ni kadang2 mama balik tgh malam raya..maknanya sempat beraya kat KL dulu dan tak tertinggal kemeriahan pagi raya kat kg mama.
tapi itu dulu, lepas arwah Abah meninggal, berubah pulak rutin mama. Mulai tahun tu mama tuakr pulak pada sistem giliran. Maknanya kalau turn raya kat Johor, 2 atau 1 hari sebelum raya, mama balik kg dah..dan raya kedua mama dah balik KL. Kalau raya KL dulu pun cam tu, cuma selalunya belum sampai raya ke 2 dah balik kg. Sebab dah tak tau nak buat apa..beraya sudah...so budak2 pun main games aje..so biasanya tgh ke petang tu hubby ajak balik kg ajelah..tak yah nak tunggu esok.
Sebenarnya mama tak berapa kisah sangat pun nak beraya kat mana dulu. Yang penting bersama keluarga dan anak2. Tak adalah sampai nak bergaduh2 ke bermasam muka sebab nak balikkg mana dulu. Dua-dua tempat pun mama suka. Alhamdulillah mama dikurniakan keluarga mentua yang sporting, hubungan dgn ipar duai pun rapat dan mesra. So tak ada hal nak raya mana..cuma selalu tu peluang nak jumpa ahli keluarga mama tu tak sekerap nak jumpa keluarga belah hubby ni..tu yang kadang2 tu excited terlebih sikit kalau nak balik kg tu.
Tapi kalau balik kg mama tu memang seronok ler...kami ni kan kelaurga besar. Penuh rumah pusaka mak abah tu..dari dapur sampai ke ruang tamu. Dah macam kenduri kecil tau. terignat kalaulah mak dan abah ada lagi..gembiranya mereka..anak cucu semua balik kg. Itulah yang dulu mak dan abah selalu nantikan. Kini semua tinggal kenangan, balik kg pun sekadar nak berkumpul adik beradik aje.
Pada ruangan ini saya, isteri dan anak-anak saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada Mama Miraki sekeluarga.
ReplyDeleteSemoga kalian selamat balik ke kampung dan selamat pula kembali ke rumah semula. Usah lupa bawa Kit H1N1 kerana itu pesanan kementerian kesihatan..
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN
Msom
ReplyDeleteSama-sama. Saya pun nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin dari saya sekeluarga. Maaf kalau ada komen atau ulasan yang menyinggung perasaan dan sebagainya. TQ
Balik kg....oooooo balik kg....
NbobssuiAida Ella Glenn link
ReplyDeletedreamcanoxi
verconsomwa Jay Sharp PassFab for RAR 9.5.0.5
ReplyDeleteRohos Mini Drive 3.0
ScreenHunter Pro
WinScan2PDF 8.11
lopapaber