Alahai bagun pagi aje mama dah teringat hari ni nak kena balik KL dah. Alah sedihnya. Memanglah kalau nak ikutkan, mama cuti sampai seminggu dan boleh duduk kat kg lama sikit. Isnin baru start kerja, tapi yelah mama
hang , kg mentua juga.
Hihihihi cakap nak balik pagi..tapi dah siap tu ding dong ping dong…dok lepak2 kejap kat pondok, hubby sembang2 lagi bawah pokok…..akhirnya pukul 11.30 baru mama bertolak tinggalkan kg. Aduh berat betul mama nak balik ke KL ni. Tengok sisa2 bunga api, kesan2 arang BBQ, tengok buaian, tengok pondok gazebo..tengok surau…tengok rumah pusaka…menitik gak air mata mama masa kereta mula bergerak meninggalkan per
karangan rumah. Selamat Tinggal kampung ku. Panjang umur mama akan kembali lagi ke kampung halaman yang tercinta ni.
Posing kenangan sebelum balik KL. Balik pun kena pakai baju raya untuk dapatkan mood raya gak...
Mama terasa macam Mak dan abah masih ada di kg. Dulu2 masa mereka hidup lagi, setiap kali mama & family nak balik ke KL mak akan duduk termenung dan menangis kat tangga. Abah pulak sibuk punggah segala benda yang ada tu untuk mama bawak balik ke KL. Dari nenas, kelapa muda, mangga dan segala buah2an yang ada. Bila mereka dah tak ada memang terasa sangat. Diam x diam dah 6 tahun abah meninggalkan kami semua dan emak pulak dan 4 tahun menyusul Abah. Tapi syukur alhamdulillah, walaupun mak dan abah dah tiada, tapi kami adik beradik tetap bersatu dan tetap berkumpul terutama semasa hari raya. Jiran2 selalu cakap mereka kagum dgn kami adik beradik yang masih utuh ikatan kekeluargaan walaupun mak dan abah dah tak ada. Banyak rumah2 pusaka kat sini yang runtuh menyembah bumi selepas kematian kedua orang tua. Bayangkan kami seramai 9 beradik…9 menantu ( abg long dah meninggal), 32 cucu, 2 cucu menantu dan 3 cicit.
sedihnya rasa nak tinggalkan kg.....terhegeh2 aje time nak balik ni...
No comments:
Post a Comment