Jumaat ( 4/9/09) - Hari ni mama cuti. Kira bersambung 4 hari lah mama cuti hujung minggu ni, sambung hari Isnin hari Nuzul Quran kan. Kebetulan hari ni anak2 pun tak sekolah sebab kelas tengah dikemas untuk kegunaan periksa UPSR. So, mama plan nak gi shopping raya dan kebetulan 4&5 sept ni card member sale kat SOGO. Tak adalah nak shopping banyak pun..cari ala kadar aje. Bagitau kat Mummy Gee, dia pun nak cuti gak....lepas tu mama ajak Kak Nab @ Mak Lang sekali.
So pagi yang cerah tu. seawal pukul 9.30 pagi mama dah keluar rumah. Pegi rumah Kak Nab dulu, park kereta kat sana dan bawak kereta Kak Nab aje. Mummy Gee tepon dia kata dia dah sampai kat Pertama..mak oiiii semangat betul hehehehehhe hubby dia pun cuti tu....Mula2 iki tak nak ikut, sebab dia kata boring nanti mama lama..tapi disebabkan Luqman pun ikut juga..terpaksalah iki ikut sekali gak, nanti dia tak ada kawan pulak kat rumah kak nab tu. Ika jangan cakaplah..mana boleh lepas peluang.
Pagi yang cerah......bestnya time orang lain kerja mama cuti...yeyeyeyeyeyyeye
Sampai kat KL..laaa jalan dah mula jam dah...parkingpun penuh. Parking kat Sogo dah full..kat Pertama pun full...kat tempt biasa tu dia dah buat bazar Ramadhan..so kitaroang tawaf satu pusingan, dan akhirnya parking kat Semua House. Nasib baik parking kat sini kosong lagi. Memang kebiasaannya kalau Sogo buat members day sale..penuh sesak dan jalan jam giler. Oraang memang macam semut. Tulah gawat ke ekonomi kita kalau tengok orang shopping ni macam tak ada hari esok dah ya. Mama ni tak ada lah nak shopping beria-ia..setakat nak beli beberapa pasang untuk anak2 aje. Untuk mama tak payah lah beli kat Sogo..Uptoen pun boleh..hihihihiihih Kalu beli pun untuk mama cuma kasut & handbag aje. Hah itu memang kena bali kat sini.
Dari jauh dah nampak orangberbaris panjang nak masuk ke dalam Sogo. Tapi dia punya Q tak panjang macam tahun lepas masa dia buat members day lah rasanya...agak sekarang ni orang berhemah kot berbelanja...beli yang penting dan yang ada diskaun, tu yang sanggup bersesak tu...macam mama & the gang lah.
SOGO dan lautan @ ulat manusia di dalamnya...tu baru kat GF tu...bayangkan sepanjang 8 tingkat semua penuh dgn lautan manusia...ohhhhh bawatkan ekonomi Malaysia?
Mama kalau gi sogo ni pegi Children Department aje...sampai aje 4th floor tu...nampak kepala orang aje.....lantai pun tak nampak. Camana nak pilih baju ni. anak2 dah mula cuak dah. Ok nak settle benda ni, mula2 suruh diaorang try saiz yang sesuai...lepas tu bagi duit kat diaorang dan pos kan ke tkt 8..main video games. Sukalah iki, ika, luqman an Imran. Dulu masa diaorang ni kecik2 lagi, mama tak abwak diaoran gi shopping time ramai orang cam ni. Ni dia orang dah besar dan dah tau selok belok tempat ni, ok lah..boleh bawak. Takut juga kot hilang ke apa ker..tu pun semalam ada aje pengumuman anak hilang.
Bila dah sesak sangat ni pening pulak rasa kepala mama. Yelah tak nampak baju yang dijual..nampak manusia aje. Jalan pun main ikut arus aje. mana yang berkenan capai dulu..oopsssss sebelum tu mestilah belek harga dulu....bestnya kalau mama boleh shopping tanpa membeleh tanda harga kan..uhuhuhuhuhuh macam cik som kan.... Memang rambang mata giler tengok baju budak2 ni. mama punya tak beli tak apa janji budak2 punya beli.
Tengah mama dok belek2 baju Amir, terjumpa gak ngan Mummy Gee. Amboiiii dah penuh dah bakul dia..sampai senget2 bahu member. Agak kalau boleh bawak troli..mau 2 troli dia bawak kot..sabar gee...sabar...bertenang....bertenang......janganlah borong habis baju kat sogo tu..kesian sikit kat orang yang nak dtg esok..kalau tak habis duit untuk shopping hari ni esok boleh datang lagi....tak pun bagi kat mama aje budget tu hehehehheheh
aduh..penatnya...letihnya....mana hubby2 kita ni...tak nak tolong pilih ke.....tulah kan tak meriah Raya tau kalau orang perempuan mogok tak nak shopping...kesin tokey SOGO tu nanti...
Dah siap mama bayar baju anak2 ni...alamak mana Kak Nab ni..rupanya dia dah beralih ke floor lain. Mama dahnaik nak pitam sebenarnya ...rasa penat dan lemas sebab ramai orang. So mama gi naik tkt 8 ambil diaorang. Ingatkan diaorang boring...rupanya..waaaaa seronok giler main kat atas tu..siap cakap mama pegilah shopping lagi..bagi aje duit untuk beli token..amboi...banyak cantik..dah jom balik.....
Sebelum tu mama singgah kat 7th Floor dulu, nak collect voucher. Yang bestnya kat Sogo ni time dia buat members day ni kan..setiap RM100 yang kita beli, akan dapat RM10 voucher..bila kira2 banyak gak boleh dapat ni..boleh gi shopping lagi. tapi sampai aje kat 7th floor tu,punyalah ramai orang. Mama ambik no, bila tengok ada 595 orang di depan mama. Camana nak tunggu ni. Sampai time buka tak sampai lagi kot. Mama dah give up dah...ahhh kira "burn" ajelah macam tahun lepas. Terus turun bawah.
Dah turun sampai GF, Kak Nab tak ada lagi, suruh budak2 ni duduk kat satu sudut tu, mama sempat beli baju hubby sekejap. Lepas tu nampak Kak Nab turun...tu diaaaa dgn comforter set dia....cantik & murah ler pulak. So mama ni yang hampir nak pitam..hiihihihi naik gak ke 3th floor, belilah 1 set untuk bilik mama. Lagipun dah lama tak tukar cadar & comforter baru kan. alah beli yang murah jer...ada less tinggal RM89 jer..ok lah tu kalau tak beratus kan...
Hah kat bahagian cadar & comforter pun asyik buat jualan happt hour je....70% + 10 % tu....cantik2 tau...beli untuk bilik mama satu dan untuk ika.
Bila dah sampai bawah , dah jumpa Kak Nab & mummy Gee..dan campur2 kan bill kitaorang...boleh dapat dalam 30 keping voucher tu...so kira RM300 ler...heiiii sayang ler pulak. Tak apa mama kata kat dia orang, nanti mama ajak hubby gi collect waktu malam kalau dia nak. Call hubby..dia kata ok..no problem......yelah dari terbuang cam tu kan. Mama rasa ramai gak orangyang burn aje voucher..yelah saiap yang larat nak tunggu lama kan. Mama ni kira sebab rumah dekat kan...boleh lah lari sekejap. So mummy gee pun kirimlah tukar voucher tu sekali....ni kena ada service charge ni.......
dah habis shopping dah.....nasib baik ada hero2 & heroin tukang angkat barang kan...mama-mama semua dah tak larat dah.....
Ok...settle baju anak2 & bye Sogo...satu kerja pulak..aduhai nak menapak ke Semua House lah pulak. Nasib baiklah hero2 ni rajin tolong pikul beg2 ni...umpan diaroang nanti mama belikan topi yang tadi diaorang nampak kat Jalan TAR ni... Round2 kejap kat Jalan TAR ni, tapi tak beli apa pun...beli topi & tudung ajelah kat budak2 ni..
Lepas tu kitaorang nak baliklah. sebelum balik tu terfikir gak..ntah2 dah sampai kot no giliran mama kat Dogo untuk ambil voucher tadi. So masuk keta dah pusing balik ke Sogo. Mama lari naik kejap, & Kak Nab tunggu dalam keta jer...hmmmm sampai atas..hampehhhh no dah berpusing 5 round. Dia punya running no ada 2000 jer...yang round mula2 2000 orang pun tak habis...dah round ntah berapa kali...ahhhh balik rumah ajelah....kalau ada rezeki ada...kalau rajin collect..kalau tak burn aje...mama ambil gak no baru...mana tau kot terlepas no yang mula2 tadi
Sambung balik pegi kat Jalan TAR pulak...budak2 mintak cap...layan ajelah...tak nak nak pakai baju melayu dgn Cap kot...
Masuk kereta kena aircon aje semuanya...zzzzzzzzzzzzz nasib baik driver tak zzzzzzz juga...jalan jam giler.....
Sampai rumah penat betul. Try baju kat Amir...mengarok lah dia kena tinggal hari ni. Belek balik baju apa yang mama beli...emmmmmmmm sehelai pun tak ada baju mama..waaaaaaa kesian orang pompuan kan....tulah kalau tak ada pompuan rak meriah tau raya..dan tokey2 kedai pun menangis kerugian.
Amir sengih try baju baru dia.....lepas tu lepak atas comforter baru mama
Petang ni mama tak masak untuk buka puasa, penat. Lagipun dah janji ngan hubby kan lepas solat maghrib nak lari ke Sogo kejap nak collet voucher. So plan ngan kak nab, buka puasa kat rumah dia. budak2 nak makan KFC...ok settle...on d way gi rumah Kak Nab beli KFC kat Ampang Point..sampai rumah dia dah buka. ramai pulak orang kat KFC. Kak Nab masak nasi gak...dia buat Ikan Jenahak Stim (sedap...), ayam goreng kunyit & kerabu mangga ( mama bagi 5 bintang kerabu mangga dia) . Budak2 semua tak nak makan nasi...bantai KFC aje...mak budak dgn bapak budak aje makan nasi.
Lepas buka, Solat maghrib dan keluar balik. Kak Ida ( anak kak nab) ngan Cik Ya & Ika ikut mama. Hubby bawak keta biasalah zup zapzup zap..kejap aje sampai KL. Nasib baik wak tu malam orang kurang sesak. Sampai tkt 7...mak aiiii mesin no rosak pulak..orang beratur lah pulak...tapi ceapt sebab banyak kaunter buka. Patutnya dari siang tadi dia buat cam ni. So tak lama mama beratur..dalam 20 minit kot...dah dapat voucher.....yeahhhhhhh boleh shopping lagi.... 3o keping tu dapat....untuk 3 orang ler..bukan untuk mama sorang....
Kak Ida & cik ya gi beli baju kat tkt 3...pas tu ika merengek nak gak comforter macam mama punya...belikanlah single untuk dia..murah jer...RM69..ada less 70% kan. Pas tu singgah sat beli baju & seluar Amir...tadi beli 2 helai aje kat dia sebab tak tak boleh nak masuk kan. Nak balik dah...laaaa ada belian lagi ni..nak collect voucher lagi x...kak Ida pun beli baju2 dia...so dia sukarela nak gi collect. tak ramai orang dah.....cepat aje siap. Mama ngan hubby & ika tunggu kat luar ajelah... Lepas tu Kak Idan & cik ya nak gi Jalan TAr..layankan ajelah anak2 anak sedara Mak Andak ni kan...ihiihhihih
Yeahhhhh dapat voucher....boleh gi shopping lagi.....berbaloi gak mama datang balik collect voucher ni tau....
Ok settle shopping untuk hari ni. Balik rumah Kak Nab..Amir dah tidur...kesian anak mama..kena tinggal ye...tapi mama balik aje dia terjaga. Solat Isyak dan Terawikh berjemaah time dah pukul 11.30 malam. Shoping..shopping jugak...Terawikh jangan pula. Nak balik dah ni, Kak Nab pulak dia baut cucur udang...laaa makan lagi..bila nka balik ni..akhirnya cuma mama, hubby, Amir dan bibik aje balik rumah. Iki dan Ika biasalah ..semalam luqman tido sini..hari ni dia pulak tido sana. Ok lah tu lagipun esok nak buka puasa rumah mak mentua kan..aduhai gitulah rutin hujung minggu mama sepanjang bulan puasa...saturday pegi rumah mak mentua...nak masak apa erkkkkkkkk
No comments:
Post a Comment