Rabu ( 16/9/09 - 26 Ramadhan) - Hari ni mama cuti. hmmmm dahnak cuti panjang pun mama amik cuti gak kan. Ntah lah...rasa penat dan taka da mood nak gi kerja pun ada. So mama plan hari ni cuti nak kemas2 sikit untu prepare raya kan. Konon nak kemas baju2 untuk balik kg, kemas rumah mana yang patut dll. Tapi apa kesudahannya..hampehhhh..dapatlah kemas baju untuk Amir aje..hihihihi tu pun bibik tolong kemaskan.
Lepas hantar2 budak gi sekolah, mama ingat nak ke Pasar nak beli lauk pauk sikit sebelum balik kg ni. Tengok rupanya tokey ikan pun dah cuti dah...........so terus mama singgah ke kubur Anis ajelah...tapi tak masuk dekat atas sebab2 yang tak dapat dielakkan. Nanti hari Jumaat sebelum balik kg mama singgah dulu Pusara Anis ye. Lepas tu balik rumah ler...
Pukul 10.30 mam akelaur rumah balik. janji ngan Kak Nab nak gi KL , nak gi cari tudung kat Ariani. Bawak sekali Amir ngan Bibik duduk kat Taska. Kat situ kan ramai budak2 sukalah Amir. Pukul 11.00 gi KL. Tak berapa sesak sangat mungkin sebab hari bekerja dan orang dah mula balik kg kot. Sebenarnya tak ada apa nak beli pun, tapi sebab dah cuti kan, disamping temankan kak nab cari tudung, mama nak gi Sogo, nak gunakan voucher Sogo yang mama dapat hari tu.
Lepas pusing2 Sogo akhirnya mama belilah Hand Bag Alain Delon dan sehelai seluar untuk Hubby. Hiiiii mama shopping tanpa mengeluarkan RM tau...pakai voucher aje...bestnya kalau selalu shopping cam ni ye. Lepas tu tak ada nakbeli apa, beli aksut aje untuk Amir. Kaki dah kenguh sanagt rasanya..tengok2 jam dah kul 3 pulak...huhuuhhu lama gak ye kat sini.
Balik rumah masing2 dah penat. hari ni buka puasa pun tak masak. Kak Nab masak n kami beli KFC. Buka kat rumah Mak Mentua. Sebab mama kan nak raya kat kg, so kira hari ni last ler buka kat sini.
Ohhhh esok ada sehari lagi nak kerja..lepas tu cuti seminggu....balik kg...ohohohoho balik kg........SELAMAT HARI RAYA
No comments:
Post a Comment