Entah tiba2 kenapa entry ni pulak yang mama masukkan hari ni. sebenarnya malam tadi mama mimpi mama pergi umrah..so bangun lepas sahur dan solat subuh, mama terus buka komputer dan tengok foto-foto lama semasa mama mengerjakan haji dan umrah...ohhhh alangkah indahnya..entah bila mama berpeluang kembali ke sini.Mama berpelung mnegerjakan umrah pada tahun 2005 dan mengerjalan haji pada 2006. Bersyukur kerana mama berpeluang ke sana dalam keadaan yang muda dan sihat walafiat. Sesekali mama terasa rindu nak ke sana lagi. Insyallah jika ada rezeki dan diizinkan Allah, mama pasti akan kembali ke sini lagi. Nak pulak sekarang ni beberapa teman2 mama pergi megerjakan umrah sepanjang Ramadhan, alngkah bertuahnya dapat ke sana.
Mama pergi haji dengan penerbangan terakhir, so sewaktu sampai ke Kota Mekah, memang telah penuh sesak dgn lautan manusia. tapi alhamdulillah pengalaman mengerjakan umrah sebelum ni membuatkan mama & hubby tau serba sedikit selok belok keadaan di sana dan tak tersesat ke mana-mana. Mama tiba 5 hari lagi tibanya hari Wukuf. Masa tu Ika baru nak masuk sekolah darjah 1 dan pembantu rumah mama baru tiba 15 hari sebelum mama berlepas. tapi mama tawwakal aje...tinggalkan mereka dengan pembantu rumah dan sekali-sekali adik beradik mama akan datang menjenguk. anak saudara mama Iwan yang tolong bawak Ika ke sokolah hari pertama tu...
Sehari lepas mama sampai, ada berlaku kejadian runtuhan hotel, tapi agak jauh dari hotel penginapan mama. Tapi suasana agak kelam kabut dengan bunyi siren ambulan yang tak berhenti2.
Semasa di Mina , berlaku tragedi yang mengorbankan lebih 300 jemaah sewaktu mereka berhimpit nak melontar jamrah. Mama dah selesai melontar awal tgh malam tu, dan pagi tu dengan keadaan kelam kabut, bunyi siren sana-sana, helikopter berlegar2. Khemah kami berada betul2 dihadapan Jamrah. Kami dalam khemah tak tau apa yang terjadi, hinggalah dimaklumkan oleh pihak tabung haji agar tidak kelaur dari khemah dan pergi melontar. Rupa2nya ada kejadian rempuhan di Jamrah, Syukur Alhamdulillah jemaah Malaysia tak terlibat dengan kejadian ini.
Balik dari Melontar Jamrah di Mina
Bersama teman-teman dalam Khemah di Mina
Bersama teman-teman dalam Khemah di Mina
No comments:
Post a Comment