Hari ni mama awal gi pasar Tani. Mama pegi ngan Kak Nab ler...kan dia ni merupakan Biras @ Kakak Ipar yang paling ngam ngan mama. Time nak pegi ni Amir nampak pulak. Alahai..merengek dia nak ikut...kesian pulak. So akhirnya mama bawak ler, tapi kena ajak bibik sekali lah. Punyalah suka Amir ni dapat berjalan sendiri. Dah lama mama tak bawak amir gi tempat open cam ni kan..sejak2 kes H1N1 ni kan. So hari ni dia tunjuk hero dia. Semua orang dia nampak dia sengih..nampak budak sebaya dia dia usha2...pas tu nampak orang jual apa semua dia nak pegang. Sampaikan troli tupun dia nak tarik gak.
Amir sengih dapat ikut mama pagi2 ni
Aduh..beratnya troli ni..banyaknya mama beli barang..mana ni tak ada orang nak tolong Amir ke. Mentang2 Amit tak puasa...kena buat kerja ye
Mama ingat lepas dari Pasar tani nak balik rumah terus. Tapi akhirnya Mama & Kak Nab plan nak buka puasa kat rumah mak mentua kami ajelah. Yelah raya nanti kan mama balik kg mama kan..so ok lah buka puasa kat sini lagi hari ni. Tengok2 kat Pasar Tani ada pulak orang dah jual daun palas. Kak Nab kata dia nak buat ketupat palas hari ni lah, sebab nanti dia kta raya nanti mama tak ada kt sini, dan tak dapat rasa ketupat palas dia kan. Laa TQ banyak2 Kak Nab. So sebab Kak Nab buat ketupat palas..mama masak rendang ayam lah. Ok settle.lauk-pauk lain buat simple2 aje..lagi pun Cuma kami 2 family aje nak buka hari ni selain dari mak dan ayah dan Pak Cik. Nak buat kari daging, ikan pari bakar, kerabu pucuk paku & masak sayur aje. Lepas tu nak makan ketupat palas & rendang ler. Penat ler nak masak berjenis2 macam selalu.
Walaupun mama ni orang Johor, hidangan raya biasnaya ketupat nasi , lodeh,rendang. kari ayam dan sambal kacang, tapi sejak kahwin ni mama suka ketupat palas. Mak mentua kan asal dari Kedah,so memang dia terror buat ni, Cuma sekarang ni dia dah tak larat dah nak buat. Hubby pun memang suka ketupat palas ni, so kalau raya balik Johor biasanya memang mama buat jugalah..walaupun balutannya tak sekemas yang kak nab buat ni..hihihi ok daripada tak ada kan...
Walaupun mama ni orang Johor, hidangan raya biasnaya ketupat nasi , lodeh,rendang. kari ayam dan sambal kacang, tapi sejak kahwin ni mama suka ketupat palas. Mak mentua kan asal dari Kedah,so memang dia terror buat ni, Cuma sekarang ni dia dah tak larat dah nak buat. Hubby pun memang suka ketupat palas ni, so kalau raya balik Johor biasanya memang mama buat jugalah..walaupun balutannya tak sekemas yang kak nab buat ni..hihihi ok daripada tak ada kan...
Tgh tu mama sempat chow sekejap ke Ampang Point. Nak beli kasut for the kids. Tapi ahhh ramai juga orang…naik turun escalator last2 tak jumpa pun kasut yang berkenan. Akhirnya setakat beli sandal@selipar ajelah yang dapat. Lepas tu balik rumah mak ler…sampai2 kak nab tengah balut ketupat palas n buat kari daging. Mama pun teruslah siap nak bakar ikan dll....dan berbuka puasa.....ahhhhhh minggu depan dah raya ni....
ketupat palas...pra hari raya
hah dah siap balut..rebuslah dia..sampai air dia kering
Dah masak ketupat palas....mari makan.....sedap ni panas..panas...
sedapnya ketupat palas,
ReplyDeletepebret catz ni...
tapi x reti buat..tiba2 teringinn..huhuhuu
jom datang rumah i...nanti balik PS..i buat juga..hubby suka makan, walupun kita kat Johor ni kan selalu makan lontong pagi raya...
ReplyDelete