Thursday, October 1, 2009

Gempa Bumi di Padang, Sumatera( berita pasal Kerol)


Khamis ( 1/10/09)

Semalam ada entry pasal gempa bumi kan. Kenapa mama asyik cerita apasal gempa bumi ni. Sebabnya anak saudara mama, anak kak Long ( Khairul Nizam) berada di kawasan gempa bumi ni. Khairul@Uteng merupakan pelajar perubatan tajaan MARA tahun 3 di Universiti Andalas, Padang, Sumatera, Indonesia.

So tadi tepon kak long, dia risau sebab dah tak dapat nak contact si Kerol ni....last sms ptg semalam..pagi tadi pulak ada gegaran susulan, tu yang kakak bertambah risau.

So mama ni kan....prihatin & suka cari info...mama call Wisma Putra..tanya perkembangan student kita kat Padang. Dah kak long tu macam blur sekejap dan terlalu risaukan anak dia. Pegawai Wisma Putra baik melayan panggilan dan explain pasal situasi sekarang. Dia kata sekarang ni hubungan di sana memang terputus. Tapi dari maklumat yang dia bagi ada 2 orang pelajar Malaysai yang cedera, sorang lelaki dan sorang pompuan...alhamdulillah kerol selamat. Mereka sedang menunggu green light dari Majlis Keselamatan Negara untuk bawak balik student2 ni.


Kerol ( pakai baju hijau) bersama sepupu2 masa hari raya minggu lepas

Pihak Wisma Putra pun tak dapat berhubungan direct dgn dia orang ni, cuma mengharapkan wakil dari sana aje. Bekalan elektrik terputus, komunikasi terputus (katanya menara satelit pun runtuh)...so sama2 lah kita berdoa semoga semuaya selamat dan Kerol selamat kembali ke Malaysia dan dapat meneruskan pengajian demi mengejar cita-citanya menjadi seorang Doktor. Kerol ni baru seminggu balik ke Padang selepas menyambut raya di kg minggu lepas.



2 comments:

  1. oopppssss silap kira lah cik nab ni yea..hihiihihhii...sorry beb....

    ReplyDelete