Friday, October 2, 2009

Kerol dah Sampai....Alhamdulillah

Jumaat (2/10/09)

Alhamdulillah...Kerol dah selamat sampai ke Malaysia awal pagi tadi. Kerol naik 1st flight . tiba di Pengkalan TUDM pukul 5.30 pagi tadi. syukur kepada Allah.

Lepas selesai semua urusan, Kerol terus balik ke JB. Kak Long dah tertunggu2.....Universiti akan ditutup sehingga diberitahu kelak.....

Menurut Kerol, ini gempa yang paling mengerikan. Sebelum ni ada beberapa siri gempa tapi tak sedahsyat yang ni. Semasa kejadian Kerol tengah baring2 dalam bilik, bile tiba2 almari baju jatuh terlungkup, meja jatuh , komputer jatuh berderai...nak keluar jalan terhoyong hayang, so duduk aje dalam bilik dulu sambil mengucap banyak2. Lepas dah reda sikit, terus berlari keluar mejuju ke Universiti dan terus berkumpul disana sampailah hari nak bertolak balik.

Kerol kata 2 hari dia tak mandi dan tak makan nasi...makan apa yang ada....sehingga bantuan tiba....Tahniah kerajaan Malaysia.


No comments:

Post a Comment