Puasa dah masuk hari ke 13. Alhamdulillah dapat menjalani ibadah puasa tahun ni.
Hah tak lama lagi nak raya dah.....kroang dah plan ke tahun ni nak beraya di mana. jangan gaduh2 ye pada yang dah berkeluarga...kenalah adil dan saksama...kedua2 keluarga pun keluarga kita kan. bagi yg masih punya Ayahbonda..mesti tak sabar2 nak balik kan. Tapi Ma ani yg Mak & Abah dah tak de pun kira tak sabar2 gak nak balik ni. Sebenarnya bukan sebab balik nak beraya bebeno pun...tapi sebab balik nak jumpa kaum keluarga....time raya kami semua akan berkumpul..bestnya....
Sistem Giliran? Uols pakai sistem giliran ker..hehehe bagi Mama ntah sejak bila ntah mama balik kg bergilir2 ni. Yang pastinya dari awal kahwin..kami tak buat pun sistem giliran ni...kira ikut tergerak hati jer..nak raya di mana. Tapi selalunya kami akan beraya di KL dulu, rumah MIL..lepas tu baru balik ke Johor kg mama. Mula2 rasa cam nak protes gak ler kan..maklum ler baru mula2 kahwin..tapi lama2 dah lali pulak. Lagipun raya kat KL ni meriah tau terutama malam raya. Malam raya tu dah datang orang bertakbir dari rumah ke rumah. Nak2 pulak rumah MIL ni kira antara kg dalam KL yang tua gak..so banyak orang2 lama.
Selalunya lepas solat aidil firti, kami akan balik Johor..ataupun kadang tu kan tgh malam raya kami akan balik Johor. Kalau kat KL ni petang akhir puasa tu dah siap semua juadah untuk raya...kira malam tu memang dah beraya sakan ler..berbeza dgn kat Johor yang biasanya juadah akan dimasak pepagi sebelum subuh tu kan. Slelaunya Lepas orang2 dah bertakbir dari rumah ke rumah...dah selesai semula...dalam kul 1 pagi kami balik ler Johor. Sampai sana subuh2...orang tengah sibuk2 nak masak kan...so dapat rasa suasana raya dikedua2 tempat.
Jom layan pic kenangan2 raya tahun2 sudah.....n3 ni sekadar nak mengikbau kenangan lama Mama aje...kalau rasa2 bosan tu pangkah X ajelah yea...ni kira catatan peribadi jer..hehee
Nak tau tak setiap kali raya kan...sapa yang selalu sibuk n kecok nak ambik gambar2 keluarga cam ni. hah Mama ngan Mummy Gee ler ( kalau kat kg mama ler..)..yang selalu berusaha untuk abadikan kenangan raya...terjerit2 ler mama susun kerusi...panggil dorang ni semua..bukan apa....untuk kenangan..manalah tau belum tentu tahun depan dapat beraya semula. contohnya cam raya 2010..itulah gambar raya terakhir dengan arwah ayah mentua mama....
Kenangan Raya 2010. Hari raya terakhir bersama arwah Ayah Mentua. Masa ni Ayah dah mula tak sihat...dah tak ceria macam tahun2 sebelum ini. Sambut raya di rumah MIL dengan kehadiran 4 dari 7 orang adik beradik sebelah hubby.
Kenangan Raya 2010. Sambutan Raya paling meriah rasanya selepas ketiadaan Mak & Abah. Alhamdulillah kami semua 9 beradik bersama keluarga masing2 berkumpul di rumah pusaka Mak & Abah di kampung. Ahli keluarga Mama ramai. Kami 9 beradik semuanya. Cucu = 26. cucu menantu = 4. cicit = 5. so kalau berkumpul semua ada lebih 50 orang semunya...so memang meriah giler....nasib baik rumah kg besar dah luas...so tak perlu nak sewa hotel ker rest house ker..macam style orang2 zaman sekarang balik beraya di kg. Nama jer balik kg tapi bermala dihotel...cam mengada2 gitu kan...hahahah....alah lupakan lah seketika keselesaan dirumah masing2....bukannya lama pun...paling lama 2-3 hari jer pun...
Kenangan Raya 2008. Di Ampang. Tak jumpa pulak gambar besar keluarga. Tahun ni hari raya sangat2 bererti dengan kehadiran Amir Mursyid. Setelah pemergian Anis pada 2002..selama 6 tahun menanti kehadiran sicomel..akhirnya tahun ni Iki & Ika punya adk kecil comel ni. Oleh kerana iar duai duduk berdekatan dengan rumah MIL..so tak delah cam berkampung kat sini..sekejap2 boleh lari balik rumah...pastu datang balik...nak mandi balik rumah...nak sembang dtg balik..hehehhe...
Kenangan Raya 2007. Di kampung Mama Pt Sulong, Bt Pahat. Masa ni Mama tengah mengandungkan Amir...so itu pasal gambar ada kembang semangkok sikit..hehehe
Kenangan Raya 2006. Di Ampang. Kali ni semua cukup 7 beradik hubby berkumpul di pagi raya...kat sini anak2 sedara kebanyakknaya hampir sebaya jea....
Kenangan Raya 2005. Di Johor. Lagi sekali tak jumpa soft copy gambar besar keluarga. Tahun ni pertama kali beraya tanya Mak. Mak kembali ke rahmatullah beberapa bulan sebelum Raya. Kalau sebelum ni setelah kematian Abah, kami masih punya Mak lagi..tapi tahun ini...Mak & Abah keduanya telah tiada didunia ini. Tapi kami semua tetap pulang ke kampung. Tema kaler warna hijau......dah tak de beza ngan pokok rambutan kat belakang tu rasanya...hehehhe
Kenangan Raya 2004 di Ampang. Gambar kenangan di diabadikan kat rumah Mama. Masa ni dorang semua beraya ke rumah Mama. Yelah Rumah Mama kan sebelah ngan rumah MIL....cantik kan warna warni...tapi sekarang Mama dah tak duduk rumah ni lagi. sekarang ni BIL yg duduk rumah ni. banyak memori tau kat rumah ni...Rumah yg kami bina dengan titik peluh sendiri. Dulu masa Mama duduk sini....kaum kerabat memang suka melepak kat sumah mama...anak2 sedara lagilah...rumah datuk dorang tu jengah jer...lepas tu melepak kat rumah Mama. Mama happy sangat2 duduk sini...kiranya kalau raya cam ni...rumah mama ler yg paling meriah. Alkisah dulu sebelum kahwin Mama & hubby dah beli rumah kat satu kawasan yg agak jauh dr rumah MIL. so lepas kahwin...rumah tak siap lagi..duduk ler ngan MIL lepas rumah tu dah siap..nak pindah..MIL cam berat nak lepaskan kami duduk jauh..dia sunyi pulak tak de sapa.....so sebagai alternatifnya..tanah rumah MIL tu luas...so akhirnya kami binalah rumah disebelah rumah MIL. Hampir 10 tahun ler kami duduk disitu. Sampai akhirnya kami ada rezeki beli satu rumah yang berhampiran juga dgn MIL...mula2 ingat nak bagi orang sewa jer...sekali fikir...sayang pulak rumah baru...nak merasa gak ler duduk....heheheh sampai ler sekarang ni dah hampir 3 tahun tinggalkan rumah dalam gambar ni.....dirumah ni juga ada banyak kenangan dgn Arwah Anis Sabrina....
No comments:
Post a Comment