Hari ni genap 8 tahun Abah kembali ke rahmatullah. Alfatihah buat arwah Abah, HJ OMAR BIN KASSAN. Semoga ditempatkan bersama para solihin.
Cepat sungguh masa berlalu...serasa baru semalam Abah bersama kami...rupanya dah 8 tahun Abah bersemadi di alam barzah. Damailah Abah di sana.
Terkenang waktu puasa macam ni, abah jarang berbuka dirumah..abah biasnaya akan bawak buah kurma dan air kosong ke surau, dia yang akan melaungkan azan maghrib disurau kampung kami. Selepas maghrib barulah abah balik ke rumah sekejap untuk menjamah sedikit kuih muih. Lepas tu kembali ke surau untuk mengimamkan solat isyak dan terawikh. Lepas habis solat terawikh dab balik ke rumah barulah Abah akan menjamah sedikit nasi.
Ohhh rindunya kat Abah.
abah sibuk melaungkan azan, kita kat dapur memenuhkan perut
ReplyDeletetak citer kea bab arwah abah kacau dodol..ooh...kenangan betul eak...
ReplyDeleteMama Janet & Anonymous - ye itu semua kenangan yang tak mungkin akan berulang...
ReplyDelete