Sunday, March 7, 2010

Hari Sukan SK Ampang



Hari ni hari Sukan Tahunan SKA. Oleh kerana padang sekolah yang kian mengecil, sukan terpaksa diadakan di Kompleks Sukan Kg Pandan. Sebelum kul 7 pagi, hubby dah hantar diaorang ke sekolah. Murid2 pegi naik bas. Sukalah diaorang dapat naik bas. Lepas hantar anak2 hubby balik rumah dulu. Pukul 9 baru kami keluar ke kompleks sukan ni. Bawaklah si kenit Amir ni....layan..bebudak bersukan..teringat pulak zaman dulu2 time sukan kat sekolah...ohhhh bestnya cam pesta rasanya.....

Mama sampai semasa majlis perbarisan dan perasmian bermula. oklah tu ...ramau gak parents yang datang. Semua bersemangat tu....

Lepas perasmian ada acara pom-pom. ika masuk persembahan pom-pom.... heheheh tu yangberlatih terlompat2 tu....hehehehe

tujuh...lapan...lapan..lagi...ehhh silap bukan senamrobik lah......

Lari berpagar....macam2 aksi boleh nampak..selain dari lari berpagar..ada gak yang lari langgar pagar..dan jatuhkan pagar.....hehehehehe

ehhhh Ika dapat hadiah ker....laju ke ika lari tadi.....

laaaaa dia sorang aje lari..patutlah menang kan.....hehehhehehehe

Rumah Biru...Tun Begia...ehhhhhh silap TUN TEJA.....

Rumah Merah...HANG JEBAT

Rumah Kuning...HANG TUAH....tapi tak berapa bertuah hari ni sebab tak jadi juara...

Rumah Hijau...TUN FATIMAH...Iki jadi ketua perbarisan.....

ehehehehe....ada pulak budak bawah umur...masuk rumah Hijau yea.......alah Amir tak ada acara kutip gula-gula lah sayang....

Amir dah mula tunjuk aksi boring tu...dan cuit sana..sini..baju pun dah buka.....

"ibu-ibu....bapak-bapak...siapa yang punya anak masuk sukan...lalalalallalala" asyik2 lagu Jodoh Wali ni aje yang berkemundang kat sini hari ni.....

acara dah nak berakhir..........
Rumah apa juara......RUMAH HANG JEBAT @ RUMAH MERAH......

Pukul 3 ptg baru majlis berakhir. Mama tunggu sampai habis tau...punyalah semangatt mama kan

1 comment:

  1. Acara sukan tahunan cam ni memang under aku. Pelbagai preparation perlu dilakukan. Selagi belum habis hati tak senang. Dari penyertaan murid, sambutan/protokol dan jamuan. Nasib baik studen sekolah aku dlm 1000 orang sahaja. Nak jemput VIP merasmikan pun satu hal.Biasala kene jemput orang politik yang boleh bagi peruntukan. Kalau jemput orang PPD atau Jabatan, tak ada budget. Rugi jerr.Yela belanja mengadakan sukan tahunan dalam 3k. Itu termasuklah hadiah, makanan, peluru kapur, cenderahati dan belanja2 runcit yg lain. Hari tu panggil ADUN Bukit Batu. Mintak peruntukan dlm 15k. Yg lepas2 dapat tapi tulah kalau dapat 10k yang sampai dlm 6-7k aje...itu pun kena beli barang dgn pembekal yg ditentukan dah mark-up lagi... akhir2 dari 10k yg sampai 5k je...

    ReplyDelete