Wednesday, October 13, 2010

PERMATApintar

Ika dah dapat surat untuk menyertai Program Permata Pintar. Macam tahun lepas..program Perkhemahan Permata Pintar ni akan berlangsung selama 3 minggu kat UKM, Bangi, semasa cuti sekolah hujung tahun nanti. tarikh sebenar 28 Nov - 17 Dec. Alahai lama tu kan....

Hari tu Ika kata cam malas nak join, tapi bila fikir2 balik..rugi pulak..yelah punya ramai yang cuba buat ujian saringan...Ika antara yg berjaya melepasi ujian tu. Kali ni dia dapat kursus "Writing & Imigination". Last year dia dapat kurus Math.

surat tawaran dari PERMATApintar

Kali ni, Ika kata..kawan2 kelas dia yang last year tu..2 orang aje yg dapat pegi....kira tahun ni ramai orang baru kot...

Ada tak pembaca2 blog mama ni yg anak2 dapat join kem ni...boleh share....

No comments:

Post a Comment