Panggilan Haji...
Telah tiba lagi...
menunaikan ibadah..
panggilan baitullah...
tanah suci mekah
ya makkah tulmukaramah....
Syawal dah melabuhkan tirainya. dah masuk Zulkaedah.....lepas tu Zulhijjah.....lepas habis sibuk beraya...sekarang ni masa musim orang pergi Haji pulak. Lepas sibuk jemputan open house...lepas ni sibuk jemputan kenduri haji pulak. hari ni penerbangan pertama jemaah haji ke tanah suci. setiap kali musim haji mama sangat2 teruja nak mengikuti perkembangan semasa. seronok tengok orang2 nak gi haji ni...sayu dan syahdu pun ada.
Tahun ni kakak mama , Kak Nor dan suami akan menunaikan haji , jadual penerbangan pun dah dapat...dapat penerbangan akhir. Selamat mengerjakan haji dan semoga mendapat haji mabrur. Juga buat boss mama , Puan M, yang juga akan menjadi tetamu Allah..semoga dipermudahkan segala urusan.
Kenangan semasa musim haji 2006, Wukuf di Padang Arafah...masih segar dalam ingatan......
Seeloknya kalau kita berkemampuan, eloklah kerjakan haji semasa masih muda, dan badan masih sihat dan kuat. Banyak tenaga diperlukan untuk melakukan ibadah bagi. Bagi mama sendiri, Alhamdulillah....dapat menunaikan ibadah haji 4 tahun yang lalu....Syukur....
Beruntunglah mereka yang dah pergi haji ibarat bayi yang baru dilahirkan.
ReplyDeletemama, syoknya kak mama dapat pi..
ReplyDeletebila turn ayu pulak..kalau pi masa muda..sure bertenaga,,dapat tunaikan ibadah dengan tenaga yang masih kuat..
doakan turn ayu yer
MS - tengok dalam tv muka2 bakal haji tu ceria aje semuanya....
ReplyDeleteayu - insyaallah..kalau ada niat..akan dipermudahkan urusannya