Monday, May 3, 2010

SIRI JELAJAH BLOG : BEN ASHAARI


Nama Blog ni MAMA MIRAKI. Kenapa bubuh nama Mama..ermmm sebab yang tulis blog ni seorang Mama dan MIRAKI tu gabungan nama ketiga-tiga anak Mama. Mula-mula guna cam janggal kan, tapi lama-lama rasa macam sedap pulak...( wekkkkk sila muntah yeaaa). Lagipun isi kandungan blog ni banyak cerita pasal anal-anak Mama .

Ok, Blog Mama ni sebenarnya kira cam catatan harian @ diary Mama dan keluarga aje. Kalau nak tau , Mama mula tulis Blog ni pada February 2009. Dah lama kan..tapi disebabkan Mama ni menulis untuk suka-suka dan catatan peribadi, so mama tak pernah war-warkan blog ni pada orang lain pun kecuali pada ahli keluarga aje. Isi kandunagn cerita dalam blog ni berkisar pada kehidupan sehari-hari Mama bersama keluarga dan saudara mara aje, cerita tentang apa aktiviti Mama, apa Mama masak, apa anak-anak Mama buat dan lainnya. Tujuannya untuk dijadikan kenangan untuk anak cucu mama nanti...sebab kadang2 mama pun suka baca blog sendiri..hehehhehe..sendiri tulis sendir bacalah krianya...ok apa kan....
Hanya pada awal tahun 2010, barulah Mama mula rajin buat blog walking untuk mencari lebih ramai kenalan. Mama suka baca blog-blog orang lain. Kadang2 tu dari satu blog ke satu blog mama berjalan tau...kira kalau kira naik kereta tu dah kira cam dari Selatan ke Utara lah..

Segmen siri Jelajah BEN ASHAARI ni dah lama gak mama terbaca dalam blog-blog teman-teman blogger, tapi rasa cam malu lah pulak nak masuk. yelah ada ke orang nak baca blog Mama ni kan...tapi kan saja aje lah, manalah tau si BEN tu tersesat pulak nak gi jelajah kat Blog Mama ni. So Mama ni mengalu-alukan lah kedatangan Ben ke blog mama ni...

3 comments: