Saturday, September 5, 2009

Shop...Shop....Till U Drop.....

Jumaat ( 4/9/09) - Hari ni mama cuti. Kira bersambung 4 hari lah mama cuti hujung minggu ni, sambung hari Isnin hari Nuzul Quran kan. Kebetulan hari ni anak2 pun tak sekolah sebab kelas tengah dikemas untuk kegunaan periksa UPSR. So, mama plan nak gi shopping raya dan kebetulan 4&5 sept ni card member sale kat SOGO. Tak adalah nak shopping banyak pun..cari ala kadar aje. Bagitau kat Mummy Gee, dia pun nak cuti gak....lepas tu mama ajak Kak Nab @ Mak Lang sekali.

So pagi yang cerah tu. seawal pukul 9.30 pagi mama dah keluar rumah. Pegi rumah Kak Nab dulu, park kereta kat sana dan bawak kereta Kak Nab aje. Mummy Gee tepon dia kata dia dah sampai kat Pertama..mak oiiii semangat betul hehehehehhe hubby dia pun cuti tu....Mula2 iki tak nak ikut, sebab dia kata boring nanti mama lama..tapi disebabkan Luqman pun ikut juga..terpaksalah iki ikut sekali gak, nanti dia tak ada kawan pulak kat rumah kak nab tu. Ika jangan cakaplah..mana boleh lepas peluang.

Pagi yang cerah......bestnya time orang lain kerja mama cuti...yeyeyeyeyeyyeye

Sampai kat KL..laaa jalan dah mula jam dah...parkingpun penuh. Parking kat Sogo dah full..kat Pertama pun full...kat tempt biasa tu dia dah buat bazar Ramadhan..so kitaroang tawaf satu pusingan, dan akhirnya parking kat Semua House. Nasib baik parking kat sini kosong lagi. Memang kebiasaannya kalau Sogo buat members day sale..penuh sesak dan jalan jam giler. Oraang memang macam semut. Tulah gawat ke ekonomi kita kalau tengok orang shopping ni macam tak ada hari esok dah ya. Mama ni tak ada lah nak shopping beria-ia..setakat nak beli beberapa pasang untuk anak2 aje. Untuk mama tak payah lah beli kat Sogo..Uptoen pun boleh..hihihihiihih Kalu beli pun untuk mama cuma kasut & handbag aje. Hah itu memang kena bali kat sini.

Dari jauh dah nampak orangberbaris panjang nak masuk ke dalam Sogo. Tapi dia punya Q tak panjang macam tahun lepas masa dia buat members day lah rasanya...agak sekarang ni orang berhemah kot berbelanja...beli yang penting dan yang ada diskaun, tu yang sanggup bersesak tu...macam mama & the gang lah.

SOGO dan lautan @ ulat manusia di dalamnya...tu baru kat GF tu...bayangkan sepanjang 8 tingkat semua penuh dgn lautan manusia...ohhhhh bawatkan ekonomi Malaysia?


hahh nak masuk pun kena Q & berpusing2 jalan dan tunjuk S card dulu....

Mama kalau gi sogo ni pegi Children Department aje...sampai aje 4th floor tu...nampak kepala orang aje.....lantai pun tak nampak. Camana nak pilih baju ni. anak2 dah mula cuak dah. Ok nak settle benda ni, mula2 suruh diaorang try saiz yang sesuai...lepas tu bagi duit kat diaorang dan pos kan ke tkt 8..main video games. Sukalah iki, ika, luqman an Imran. Dulu masa diaorang ni kecik2 lagi, mama tak abwak diaoran gi shopping time ramai orang cam ni. Ni dia orang dah besar dan dah tau selok belok tempat ni, ok lah..boleh bawak. Takut juga kot hilang ke apa ker..tu pun semalam ada aje pengumuman anak hilang.

Bila dah sesak sangat ni pening pulak rasa kepala mama. Yelah tak nampak baju yang dijual..nampak manusia aje. Jalan pun main ikut arus aje. mana yang berkenan capai dulu..oopsssss sebelum tu mestilah belek harga dulu....bestnya kalau mama boleh shopping tanpa membeleh tanda harga kan..uhuhuhuhuhuh macam cik som kan.... Memang rambang mata giler tengok baju budak2 ni. mama punya tak beli tak apa janji budak2 punya beli.

Pilih kak..jangan tak pilih....mask jangan lupa pakai..


Sale...sale...sale...discount 70% ada, 50% ada....100% aje tak ada

Tengah mama dok belek2 baju Amir, terjumpa gak ngan Mummy Gee. Amboiiii dah penuh dah bakul dia..sampai senget2 bahu member. Agak kalau boleh bawak troli..mau 2 troli dia bawak kot..sabar gee...sabar...bertenang....bertenang......janganlah borong habis baju kat sogo tu..kesian sikit kat orang yang nak dtg esok..kalau tak habis duit untuk shopping hari ni esok boleh datang lagi....tak pun bagi kat mama aje budget tu hehehehheheh


aduh..penatnya...letihnya....mana hubby2 kita ni...tak nak tolong pilih ke.....tulah kan tak meriah Raya tau kalau orang perempuan mogok tak nak shopping...kesin tokey SOGO tu nanti...

Dah siap mama bayar baju anak2 ni...alamak mana Kak Nab ni..rupanya dia dah beralih ke floor lain. Mama dahnaik nak pitam sebenarnya ...rasa penat dan lemas sebab ramai orang. So mama gi naik tkt 8 ambil diaorang. Ingatkan diaorang boring...rupanya..waaaaa seronok giler main kat atas tu..siap cakap mama pegilah shopping lagi..bagi aje duit untuk beli token..amboi...banyak cantik..dah jom balik.....

Sebelum tu mama singgah kat 7th Floor dulu, nak collect voucher. Yang bestnya kat Sogo ni time dia buat members day ni kan..setiap RM100 yang kita beli, akan dapat RM10 voucher..bila kira2 banyak gak boleh dapat ni..boleh gi shopping lagi. tapi sampai aje kat 7th floor tu,punyalah ramai orang. Mama ambik no, bila tengok ada 595 orang di depan mama. Camana nak tunggu ni. Sampai time buka tak sampai lagi kot. Mama dah give up dah...ahhh kira "burn" ajelah macam tahun lepas. Terus turun bawah.


Nak bagi anak2 senyap..pos dia orang kat 8th Floor...main games...habis shopping baru ambil..

Dah turun sampai GF, Kak Nab tak ada lagi, suruh budak2 ni duduk kat satu sudut tu, mama sempat beli baju hubby sekejap. Lepas tu nampak Kak Nab turun...tu diaaaa dgn comforter set dia....cantik & murah ler pulak. So mama ni yang hampir nak pitam..hiihihihi naik gak ke 3th floor, belilah 1 set untuk bilik mama. Lagipun dah lama tak tukar cadar & comforter baru kan. alah beli yang murah jer...ada less tinggal RM89 jer..ok lah tu kalau tak beratus kan...


Hah kat bahagian cadar & comforter pun asyik buat jualan happt hour je....70% + 10 % tu....cantik2 tau...beli untuk bilik mama satu dan untuk ika.

Bila dah sampai bawah , dah jumpa Kak Nab & mummy Gee..dan campur2 kan bill kitaorang...boleh dapat dalam 30 keping voucher tu...so kira RM300 ler...heiiii sayang ler pulak. Tak apa mama kata kat dia orang, nanti mama ajak hubby gi collect waktu malam kalau dia nak. Call hubby..dia kata ok..no problem......yelah dari terbuang cam tu kan. Mama rasa ramai gak orangyang burn aje voucher..yelah saiap yang larat nak tunggu lama kan. Mama ni kira sebab rumah dekat kan...boleh lah lari sekejap. So mummy gee pun kirimlah tukar voucher tu sekali....ni kena ada service charge ni.......


anak2 yang dah hampir mogok keletihan & keboringan tahap gaban...iki sampai tertidur tu


dah habis shopping dah.....nasib baik ada hero2 & heroin tukang angkat barang kan...mama-mama semua dah tak larat dah.....

Ok...settle baju anak2 & bye Sogo...satu kerja pulak..aduhai nak menapak ke Semua House lah pulak. Nasib baiklah hero2 ni rajin tolong pikul beg2 ni...umpan diaroang nanti mama belikan topi yang tadi diaorang nampak kat Jalan TAR ni... Round2 kejap kat Jalan TAR ni, tapi tak beli apa pun...beli topi & tudung ajelah kat budak2 ni..

Lepas tu kitaorang nak baliklah. sebelum balik tu terfikir gak..ntah2 dah sampai kot no giliran mama kat Dogo untuk ambil voucher tadi. So masuk keta dah pusing balik ke Sogo. Mama lari naik kejap, & Kak Nab tunggu dalam keta jer...hmmmm sampai atas..hampehhhh no dah berpusing 5 round. Dia punya running no ada 2000 jer...yang round mula2 2000 orang pun tak habis...dah round ntah berapa kali...ahhhh balik rumah ajelah....kalau ada rezeki ada...kalau rajin collect..kalau tak burn aje...mama ambil gak no baru...mana tau kot terlepas no yang mula2 tadi



Sambung balik pegi kat Jalan TAR pulak...budak2 mintak cap...layan ajelah...tak nak nak pakai baju melayu dgn Cap kot...


Masuk kereta kena aircon aje semuanya...zzzzzzzzzzzzz nasib baik driver tak zzzzzzz juga...jalan jam giler.....

Sampai rumah penat betul. Try baju kat Amir...mengarok lah dia kena tinggal hari ni. Belek balik baju apa yang mama beli...emmmmmmmm sehelai pun tak ada baju mama..waaaaaaa kesian orang pompuan kan....tulah kalau tak ada pompuan rak meriah tau raya..dan tokey2 kedai pun menangis kerugian.

Amir sengih try baju baru dia.....lepas tu lepak atas comforter baru mama

Petang ni mama tak masak untuk buka puasa, penat. Lagipun dah janji ngan hubby kan lepas solat maghrib nak lari ke Sogo kejap nak collet voucher. So plan ngan kak nab, buka puasa kat rumah dia. budak2 nak makan KFC...ok settle...on d way gi rumah Kak Nab beli KFC kat Ampang Point..sampai rumah dia dah buka. ramai pulak orang kat KFC. Kak Nab masak nasi gak...dia buat Ikan Jenahak Stim (sedap...), ayam goreng kunyit & kerabu mangga ( mama bagi 5 bintang kerabu mangga dia) . Budak2 semua tak nak makan nasi...bantai KFC aje...mak budak dgn bapak budak aje makan nasi.

Lepas buka, Solat maghrib dan keluar balik. Kak Ida ( anak kak nab) ngan Cik Ya & Ika ikut mama. Hubby bawak keta biasalah zup zapzup zap..kejap aje sampai KL. Nasib baik wak tu malam orang kurang sesak. Sampai tkt 7...mak aiiii mesin no rosak pulak..orang beratur lah pulak...tapi ceapt sebab banyak kaunter buka. Patutnya dari siang tadi dia buat cam ni. So tak lama mama beratur..dalam 20 minit kot...dah dapat voucher.....yeahhhhhhh boleh shopping lagi.... 3o keping tu dapat....untuk 3 orang ler..bukan untuk mama sorang....

Kak Ida & cik ya gi beli baju kat tkt 3...pas tu ika merengek nak gak comforter macam mama punya...belikanlah single untuk dia..murah jer...RM69..ada less 70% kan. Pas tu singgah sat beli baju & seluar Amir...tadi beli 2 helai aje kat dia sebab tak tak boleh nak masuk kan. Nak balik dah...laaaa ada belian lagi ni..nak collect voucher lagi x...kak Ida pun beli baju2 dia...so dia sukarela nak gi collect. tak ramai orang dah.....cepat aje siap. Mama ngan hubby & ika tunggu kat luar ajelah... Lepas tu Kak Idan & cik ya nak gi Jalan TAr..layankan ajelah anak2 anak sedara Mak Andak ni kan...ihiihhihih

Yeahhhhh dapat voucher....boleh gi shopping lagi.....berbaloi gak mama datang balik collect voucher ni tau....

Ok settle shopping untuk hari ni. Balik rumah Kak Nab..Amir dah tidur...kesian anak mama..kena tinggal ye...tapi mama balik aje dia terjaga. Solat Isyak dan Terawikh berjemaah time dah pukul 11.30 malam. Shoping..shopping jugak...Terawikh jangan pula. Nak balik dah ni, Kak Nab pulak dia baut cucur udang...laaa makan lagi..bila nka balik ni..akhirnya cuma mama, hubby, Amir dan bibik aje balik rumah. Iki dan Ika biasalah ..semalam luqman tido sini..hari ni dia pulak tido sana. Ok lah tu lagipun esok nak buka puasa rumah mak mentua kan..aduhai gitulah rutin hujung minggu mama sepanjang bulan puasa...saturday pegi rumah mak mentua...nak masak apa erkkkkkkkk

Friday, September 4, 2009

Kenangan Menjadi Tetamu Allah

Entah tiba2 kenapa entry ni pulak yang mama masukkan hari ni. sebenarnya malam tadi mama mimpi mama pergi umrah..so bangun lepas sahur dan solat subuh, mama terus buka komputer dan tengok foto-foto lama semasa mama mengerjakan haji dan umrah...ohhhh alangkah indahnya..entah bila mama berpeluang kembali ke sini.Mama berpelung mnegerjakan umrah pada tahun 2005 dan mengerjalan haji pada 2006. Bersyukur kerana mama berpeluang ke sana dalam keadaan yang muda dan sihat walafiat. Sesekali mama terasa rindu nak ke sana lagi. Insyallah jika ada rezeki dan diizinkan Allah, mama pasti akan kembali ke sini lagi. Nak pulak sekarang ni beberapa teman2 mama pergi megerjakan umrah sepanjang Ramadhan, alngkah bertuahnya dapat ke sana.

Mama pergi haji dengan penerbangan terakhir, so sewaktu sampai ke Kota Mekah, memang telah penuh sesak dgn lautan manusia. tapi alhamdulillah pengalaman mengerjakan umrah sebelum ni membuatkan mama & hubby tau serba sedikit selok belok keadaan di sana dan tak tersesat ke mana-mana. Mama tiba 5 hari lagi tibanya hari Wukuf. Masa tu Ika baru nak masuk sekolah darjah 1 dan pembantu rumah mama baru tiba 15 hari sebelum mama berlepas. tapi mama tawwakal aje...tinggalkan mereka dengan pembantu rumah dan sekali-sekali adik beradik mama akan datang menjenguk. anak saudara mama Iwan yang tolong bawak Ika ke sokolah hari pertama tu...

Sehari lepas mama sampai, ada berlaku kejadian runtuhan hotel, tapi agak jauh dari hotel penginapan mama. Tapi suasana agak kelam kabut dengan bunyi siren ambulan yang tak berhenti2.

Masjidil Haram

Semasa di Mina , berlaku tragedi yang mengorbankan lebih 300 jemaah sewaktu mereka berhimpit nak melontar jamrah. Mama dah selesai melontar awal tgh malam tu, dan pagi tu dengan keadaan kelam kabut, bunyi siren sana-sana, helikopter berlegar2. Khemah kami berada betul2 dihadapan Jamrah. Kami dalam khemah tak tau apa yang terjadi, hinggalah dimaklumkan oleh pihak tabung haji agar tidak kelaur dari khemah dan pergi melontar. Rupa2nya ada kejadian rempuhan di Jamrah, Syukur Alhamdulillah jemaah Malaysia tak terlibat dengan kejadian ini.

Balik dari Melontar Jamrah di Mina


Bersama teman-teman dalam Khemah di Mina

Jabal Rahmah

Kenangan sewaktu Wukuf di Arafah

Yang ini pulak kenangan sewaktu mama & keluarga mengerjakan umrah. Keadaan lebih tenang dan tak sesak sepereti musim haji. Iki dan Ika pun ikut sekali mengerjakan umrah.

Masjidil Haram....View dari Hotel Penginapan kami..."Firdaus Hotel Makkah"

Kenangan di Masjid Nabawi, Madinah al Munawarrah

Mama, Ika & Iki di Masjid Nabawi

Thursday, September 3, 2009

Layan.....Bazar Ramadhan

Hari ni mama kerja macam biasa. Cuma yang bestnya hari ni kat office ada buat ceramah agama time rehat kan. Ustazah Dr Syarifah Hayati penceramahnya. Memang bestlah dengar dia ni berceramah. Mata pun tak ada mengantuk dan tak sedar 1.5 jam masa berlalu...

Balik dari Office hari ni, macam biasa ambil iki dan ika kat Taska Kak Nab dulu. Iki dan Ika tengah tengok Mak Lang dia ni nak masak mee kari...sebab mama nak cepat sembang kejap ngan Kak Nab dan terus balik lah. Hari ni nak singgah Bazar Ramadhan kat Bandar Baru Ampang. Iki & Ika pun teringin pulak nak makan mee kari...hihiihihihi ni mesti nampak kes mak lang dia nak masak mee kari ni..dah tu mak lang dia pulak ajak buka puasa kat situ....tu yang monyok aje bila ajak balik tu ,so sampai bazar terus cakap nak beli gak mee kari....Sebenarnya kat Bazar Ramadahn ni mama setakat beli kuih muih dan murtabak atau roti boom aje. Lauk pauk memang masak sendiri, tak selera nampak lauk pauk yang dijual tu. Selalunya mama hanya beli kuih dekat gerai yang mama biasa beli aje, dan setiap kali pergi Bazar mesti pegi Gerai tu, sebab kita dah tau rasa dia camana kan,tapi semalam sangkaan mama meleset. Gerai yang selalu mama beli roti boon tu kan..bila buka puasa makan roti boom dia...aduhai..keras kematu..dah macam bom perang Jepun pun ada. Mama rasa semalam punya roti boom kot..tak habis dia panaskan..yelah dgn roti tu yang dah kejung, keras dan liat...akhirnya masuk "cik pah" aje. Tulah tak baiklah peniaga ni buat cam tu. tipu pembeli tu. Dan rasanya ini kali terakhirlah mama beli kat gerai ni...bye..bye lah...tengok sapa yang rugi..nak untuk sikit, custumer lari..agak sebab mama beli awal lagi kot..so dia nak perabihkan stok lama dulu...apa-apa pun mama ucapkan selamat buat duitlah pada peniaga ni....



Gerai2 di Bazar Ramadhan Bandar Baru Ampang


Tepung Pelita favorite Amir & Mama


Mari....mariii......beli...beli....ayam goreng rempah special..

Sampai rumah dah hampir 6.20..mama masak pulak...dan inilah hasilnya..ehhhh ikan tu mama dah suruh bibik bakar dululah..nanti tak sempat nak buat...


Daging goreng Lada Hitam & Sayur Peria


Ikan cencaru sumbat&bakar dan Mee kari ( untuk iki dan ika)

Kuih-muih dan roti Boom yang "megecewakan..."

Amir pun puasa tau...ingat kakak aje ke.....

Hari ni mama rasa letih sangat dan mengantuk yang amat sangat. Lepas solat maghrib boleh mama terlelap. Amir pulak sebab dia tidur petang..mulah berjaga malam. Mama terjaga kul 11.30 malam budak2 ni riuh kat bawah, lepas makan otak-otak popiah. Ika yang goreng, hubby pulak pegi K4 beli beras dah...mula mama nak pegi sekali..tengok mama dah lelap..dia gi sendiri, terjaga sebab dia tepn dar K4 tanya nak beli beras apa....hiihihihih orang lelaki..tiap kali nak beli beras mesti tanya...beras wangi Naga Mutiara atau Pearl lah...

Wednesday, September 2, 2009

Cerita Puasa Lagi...

Hari ni mula kerja setelah melalui weekend yang panjang. Berat aje rasa nak gi kerja pagi ni, almaklumlah dah lama cuti kan. Tapi apa-apa hal pun kerja tetap kerja, tak boleh malas, jangan cemari amanah yang diberi. Pagi ni juga anak2 mula sekolahs etelah cuti seminggu. Dah lah tu hujan lebat pulak pagi ni.


Bulan puasa ni Iki dan Ika tak balik rumah tgh. Yelah kalau nak balik rumah pun tak berbaloi..balik sekolah kul 12.50, naik bas sekolah pusing2 smapai rumah kul 2 dah..pas tu kul 2.45 dah nak gi sekolah KAFA pulak. Penatlah pulak. So sepanjang bulan puasa ni iki dan ika balik ker taska Kak Nab aje. Boleh rehat lama sikit. Dan nanti Kak Nab tolong hantar gi KAFA sekali dgn Luqman. Nanti balik kerja mama singgah ke Taska ambil beg2 dan baju2 diaorang dan terus ambil dioarang kat KAFA. Kebetulan sepanjang bulan puasa ni mama balik awal pukul 4.30. Tapi semalam punyalah kalut..masa ambil beg kat Taska tersilap pulak ambil beg orang lain....alamak nak kena pulangkan malam ni lah nampaknya...

On d way balik rumah ingat nak singgah Bazar Ramadhan, iki nak makan ayam percik..tapi hujan renyai2 pulak..dah lah tu tak ada parking pulak..mula2 gi Bazar kat Bukit Indah...dah tak ada parking, ingat nak gi Bandar baru Ampang..tapi jam punyalah teruk..last2 nya balik rumah ler..singgah kedai sat beli mee. Ika nak makan mee goreng. So balik rumah mama masak ler mee goreng special...menu lain kari daging, sotong, udang goreng tepung dan sayur sawi goreng. Akhirnya semua makan mee goreng aje..nasi tak terusik...alahai nasi goreng lagi lah esok pagi sahur ni.

Mee Goreng versi Mama Miraki....sedap tak


Sotong & Udang Goreng Tepung


Kari Daging


Cucur Jagung


Lepas maghrib tu kami keluar nak gi taska Kak Nab ler...nak ambil beg, sambil tu nak cari baju sekolah KAFA iki, boleh hilagn pulak baju dia...ntah mana dia letak. Tapi tak ada jual pulak baju melayu sekolah ni..yelah orang sibuk nak gi beli baju raya, mama nak beli baju sekolah pulak. Ingat nak gi Tesco..tapi malas pulak..akhirnya tak jadi beli. Terus gi rumah Kak Nab..nak ambil beg...tapi taulah dairaogn ni bila dah sampai tu macam kena gam semuanya. Lepak2 kejap ...Kak Nab kata Bang Din gi Klinik nak check hypertension dia...sebab dah seminggu check sendiri kat rumah tinggi aje...200/140...tinggi tu..setelah di ”ceramahkan” oleh Dr Rahmat (adik) barulah dia nak gi Klinik....Memang sah BP dia tinggi...so Dr suruh gi Hospital. Kami pun temanlah kak nab ngan Abg Din ni gi Hospital. Kak Nab gi ngan Danial. Iki dan Ika sukalah tu..dapat jumpa Danial lagi. Heiii peliklah diaorang ni kan...janji dapat jumpa tak kisah kat mana pun tak apa. Hubby gi teman Abg Din gi jumpa Dr. Memang tinggi..dan kena bagi ubat immediately dan kena duduk dalam wad pemerhatian sampai darah dia turun . Kalau turun ok boleh balik ..kalau tak kena admit. Lepas tu sebab dah malam lebih kurang kul 12.30 we all ablik dulu ler,,,Kak nab pun balik.

Pagi2 mama bangun sahur kul 5 pagi, mama call tanya camana..Kak Nab kata dia baru balik dari Hospital ambil Abg Din. Dia tak nak duduk hospital. Daah turun sikit 180/120..nak makan ubat dan rest kat rumah jer...( ye ke...boleh caya ke ni.....hihihihi...)

Tuesday, September 1, 2009

10 Ramadhan - Siri Buka Puasa

Diam tak diam masuk hari ni dah 10 hari puasa ye. Dan selepas 2 hari berbuka puasa ramai-ramai rasanya hari ni buka puasa kt rumah aje kot. Lepas subuh pagi tadi anak2 & hubby semua zzzzzz lagi. Mama, Amir ngan Bibik aje yang jaga. Mama update blog sekejap..lepas tu lepak ngan Amir.

Lepas Zuhur tu mula lah terfikir nak masak apa lah hari ni. Tak Lama Kakak Ipar @ Biras (Kak Nab@Mak Lang )tepon, dia kata jomlah buka puasa sama. Haaa semalam dah buka sama...yelah dah 2 hari buka ramai2 hari ni satu family aje kat rumah sunyi pulak kan. Mama memang rapat dgn Kak Nab ni, yelah anak-anak kami memang rapat dan mair pun cukup suka dgn Asraf, Danial dan Lugman, diroang pulak memang rajin leyana Amir. Kebetulan nama mama ngan Kak Nab pun serupa kan, dan nama suami kami pun cuma berbeza huruf "O" dan "I" aje kan...yelah diaorang kan adik beradik. Dia ajak mama gi rumah dia, tapi alah malas nak keluar lah pulak, lagipun minggu lepas dahbuka kat rumah dia, so akhirnya mama ajak je diaorang datang sini. Sambil tu mama ajak Mak & Ayah mentua sekali. Kesian, diaorang pun buka puasa bertiga aje kat rumah dgn Min kan.
Hari ni kami nak masak simple aje..tak nak penuh meja macam selalu lah..konon2 menu sihat ler tu. Kak Nab kata dia nak masak Asam Pedas, Ikan Bakar+Air Asam & kuih karipap. Mama pulak masak mee hoon soto, kari daging, 2 jenis sayur dan sambal belacan, cucur jagung, buah honey dew dan nenas. Itu kira menu simple ke tak ye heheheheh....bila dah susun atas meja penuh gak meja ni. Ini bukan majlis buka puasa rasmi kan...tapi sebab nak seronok buka puasa ramai-ramai.
Min datang ngan Mak & Ayah..bawak air soya sebeban...nak cover semalam kot Min ni...hhihihihi dan buah tembikai. Mama pulak dan buat air orange sunquik. Boleh buat mandi air ni.


Antara menu "simple" kami hari ni...


Kak Ida rajin layan Tok & Tok Wan....


Hah kuih ni hubby special gi beli kat Hulu Langat ni..Kuih Jongkong...Bang Nan tengok mesti meleleh air liur ni..sorry ler semalam tak sempat nak gi beli...


Lepas mengadap rezeki..jangan lupa bersyukur kepadanya...solat maghrib, isyak dan Terawikh berjemaah...Semoga diterima Puasa dan Amalan kami semua...Amin....


Tok & Ika Tok Wan & Amir

Hari ni berakhir dah cuti 3 hari...esok mama kerja dan anak2 pun nak sekolah. So tak boleh lepak sampai larut malam macam selalu. Alahai bestnya cuti...tak apa minggu depan cuti lagi 3 hari kan...hari Nuzul Quran..