Setelah 3 hari 2 malam berkumpul beramai-ramai tibalah masanya untuk balik dan berpisah. Ini time yang paling mama tak suka. Bukan mama aje anak-anak dan semua pun tak suka... Alamak sedihlah pulak... lambat lagilah pulak nak berkumpul semula.
Pagi ni..lepas breakfast , mama bagi chance anak-anak mandi pool dulu...itu pun sikit punya liat nak naik ke. Oleh kerana hari ni hari terakhir di sini...sayu ler pulak. Ada yang dah bertolak awal pagi kerana ada hal yang perlu diselesaikan. Gee & family paling awal berlepas,,,maklumlah sibuk nak masuk rumah kan. Lepas tu Ain & Aril, lepas tu Som & Family..sebab dia nak ke Bukit Bendera. Alamak syahdu lah pula tengok Ika dan Lisa ni nak berpisah..siap menangis tu....mama pun sedey..woooooo. lepas som balik , mama dgn bibik kemas-kemas barang ler... kak lah datang bilik kejap tanya plan lepas ni nak gi mana.
Lepas dah siap-siap kemas, ika mintak nak ke Bukti Bendera nak ikut Lisa. Hubby kata ok lah...kalau tau dia nak seawal pagi tadi mama dah keluar.bibik tengah kemas beg muka boring ...nak balik
mama pun sedey..wooooo bibik tolak troli
Selepas urusan check out dan settle segala bil-bil...tibalahmasnaya untuk berpisah. Family terakhir meniggalkan Hotel ialah, mama, Kak Nor, kakak, yin & kak Lah.
Geylang Si paku Geylang
Geylang si rama-rama
Pulang marilah pulang
Marilah pulang bersama-sama
Saat yang paling mama tak suka sampai juga.... Selamat tinggal Hotel Naza. Masing-masing menjuju destinasi masing-masing. Cuma mama dan Kak Lah aje yang plan nak ke Bukit Bendera.
Bukit Bendera
Mama sampai Bukit Bendera pukul 11.45. Iki dan Ika punyal excited nak jumpa Lisa..dan yang lain. Tapi hampa bila mama nak beli tiket keretapi ke Bukti Bendera dah penuh, yanga da pukul 3 ptg. Mak ooiii lamanya nak tunggu..pukul berapa nakbalik KL macam ni. So akhirnya dengan berat hati mama bagitau ak boleh nak naik. Kesian Iki dan Ika...nak menangis dia orang. Mama pujuk ajak dia beli cenderahati kat gerai-gerai tu...Ika kata dah 2 kali tak dapat naik....apa nak di kata...Kak Lah pun tak jadi naik ler..nasib baik ada shasha..terubat sikitlah iki dan ika.
Lepas tak jadi naik bukit Bendera..Kak Lah ajak gi Pameran Bunga kat Kebun Bunga. Oklajelah sebab nak legakan iki dan ika.
Lunch @Mc Donald
Sebelum pegi Kebun Bunga tu singgah Mc Donald dulu, lunch..kira cam nak pujuk gak ler ni...Kak Lah tak nak makan Mc Donald, dia gi restoran nasi campur ler.
Lunch at McD
Expo Bunga Penang
Lepas makan jumpa Kak Lah kat Expo Bunga. Saja aje tengok bunga-bunga yang mekar dan cantik..tapi kalau bawak balik rumah cepat aje layu kan. Lepas penat jalan-jalan , minum air kelapa pandan....hmhmmhmhmhmmm nyaman dan segar
No comments:
Post a Comment