Ohhhh dah sampai Part 4..belum masuk lagi cerita majlis pertunangan ya. ok mama nak cerita pasal majlis pertunangan si Ariff ni. tak sangka dalam diam-diam Ariff ni ada juga awek rupanya..nun juah di utara pulak tu...
"Tinggi-tinggi si matahari
Tinggi lagi hajat di hati
Kami datang ni nak sunting Suri
Buat isteri anak saudara kami..."
ewah..cak pong...cak pong....
Jawab Pak Tam..jangan tak Jawab...
"Buah mangga si buah pala
mari dibeli dipadang kota
Hajat di hati sudah ku duga
Pak Tam terima dgn hati terbuka..."
ewah...ewah...hah jual lagi..jual lagi....
"Makan pasembor dipadang Kota
Harganya mahal bagai nak gila
Kalau begitu senanglah cerita
Berapa banyak duit belanja..."
hahahha jawab Pak Tam....jawab Pak Tam
"Nasi Kandar sedap rasanya
Mari dimakan bersama bonda
Pak Tam ni tak lah berkira
Berapa bagi terima saja'
hahahhahaha....itu bukan pantun masa meminang tau...itu saja-saja je mama melalut. Ok sebelum pergi ke majlis tu macam biasa, posing time....
unties & uncle si Ariff ni yang terlebih posing pulak
som dgn poster kebanggaannya.....di depan hotel
Rombongan Meminang di ketuai oleh Cikgu Bahrin
barang hantaran ni ...bakal mak mentua cek....
Majlis pertunangan berlangsung di rumah keluarga perempuan (Miza) di Saujana Height, Bayan Lepas. Majlis bermula selepas Zuhur dan berakhir kira-kira jam 3 petang. Tempoh pertunangan setahun atau lebih cepat lagi. baik..( boleh cek mai Pennag lagi noo.....)
No comments:
Post a Comment