Wednesday, June 3, 2009

Pinang Anak Mami - Part 3

Hotel Naza, Penang

Ok sambung balik...sampai Hotel Naza lebih kurang 1.30 tgh. Lepas urusan check in selesai..masing-masing angkut beg-beg yang macam nak pergi bercuti 1 bulan tu ke bilik masing-masing.

Oleh kerana kami ni ramai...so kami ambil bilik suite lah..lagipun senang nak berkumpul. kami booking 5 suite dan 1 deluxe room. Itupun dah habis bilik dah kalau tak nak tambah lagi...so ok lah selesa...dan yang penting senang nak melepak.


Suite 201 - Ain& Aril dan Iwan & Ayu (anak & menantu kak nor)

Deluxe Room 203 - Kak Nor's family

Suite 301 - Mama's family & Som's family

Suite 401 - Kak Lah's family & Yin's family

Suite 501 - Kakak & Family

Suite 701 - Mummy Gee & Family...( ala-ala penthouse gitu.....padan muka...sebab sampai lambat, bagi suite paling tinggi sekali...hihihihiihihi)
Dalam banyak-banyak bilik tu rasanya paling meriah suite 201 & 301 kot. Suite 201 meriah sebab itu port untuk stok makanan tu. dan juga port untuk persiapan barang-baranghantaran......hihiihih..suite 301 pulak..meriah sebab budak-budak suka lepak kat situ...hihiihihi dan mama-mama yang duduk dalam tu rajin entertain orang datang kot, dan yang paling sunyi agaknya Suite 701 kot...hiihiihi ( ye ke gee...) yelah dia datang paling lewat dan balik paling awal kan.











Happy Hour

Lepas Asar...semua mama-mama dan papa-papa masing bagi greenlight kat anak-anak untuk terjun dalam swimming pool. Apa lagi diaorang semua pun happy bagai nak rak ler...mama terpaksa join sekali sebab Amir terjerit-jerit nak join diaorang gak...hihiihihihih...

Dari suite mama ni..nampak view yang cantik tau...tengok laut tu terbayang plak tragedi Tsunami dulu kat sini...heiiii ngeri gak tu. Mama tak benarkan anak-anak nak mandi pantai sebab ombak besar, lagipun hubby tak boleh nak temankan. Luka surgery hari tu tak baik lagi...so dia tak leh terlibat dgn aktiviti-aktiviti air ni...



view dari balcony suite 301 3 jejaka jambu kat balcony


hubby..malu nak tunjuk muka


"cikgu besar" tgh lepak


gaya anak-anak
Dinner @ Nasi Kandar Subaidah
Lepas Maghrib...masing-masing perut dah berkeroncong kan.... so dinner time..... mana erk nak gi...pening gak ni. Jalan dah ler jammed sana sini...nak ke Padang Kota Lama jalan dah sesak..nak ke Batu Feringgi pun sesak gak. So akhirnya dinner kat Restoran dekat-dekat dgn hotel gak le..

Apa nak makan ye....hmhmmmmmm macam-macam menu ada....belasah aje lah...yang penting semua enjoy. Cuma family mama, som , yin dan kak Lah aje yang dinner kat sini. Gee pulak baru sampai..dia tak larat nak join sekali..tapi dia "pos" kan Danny dan Adam kat mama...hiihihihi...kak nor & anak-anak dah terlepas ke Padang Kota. Kakak pulak tak larat dah nak keluar..so tapau aje...


Lepas dinner..ingat nak ronda-ronda le ke ....mula-mula budak-budak ok aje..suka...tapi adui mak jalan punyalah jam...kalau tau tadi baik balik terus ke hotel. Tapi apa nak kata..dah separuh jalan..nak u-turn balik pun tak boleh...so terpaksalah redah....budak-budak dalam kereta semua dah zzzzzzzzzzzzzzzz. Mama singgah 7-11 kejap nak beli barang-barang makanan ringan untuk anak-anak.
malam tu dalam pukul 3 pagi mama dgn som ken food poisoning,,,tak berenti kita orang gi bilik kecik. Aduh sakit betul perut ni....apalah salah makan ni.



No comments:

Post a Comment