Thursday, June 4, 2009

Pinang Anak Mami - Part 5

Kenduri Durian

Balik dari majlis pertunangan Ariff, we all pekena Durian Balik Pulau. Memang sedap giler durian dia....tengok tu sampai menjilat jari... Walaupun dalam keadaan perut yang agak kurang selesa..tapi bedal tetap bedal.....





yummm..yummmm sedapnya...kulit pun sedap

Tokong Ular
Lepas pekena durian...mama tukar uniform dulu...hihiihih nak gi mana erk...inga tnak naik Bukit Bendera tapi dah petang pulak.On the way nak balik hotel tu nampak signboard Tokong Ular..singgal ler sekejap...nampak ular kenit aje kat kepala Amir tu...tak masuk pun...setakat beli souvenier anak-anak aje....



Dari tokong Ular , mama konvoi dgn som, kak lah dan yin nak pegi Penang Road, nak gi beli Jeruk Penang. Pusing-pusing cari pasar Chowrasta ni.....tak jumpa-jumpa...yang kak lah ingat depan dia ada Pasaraya Mydin. Lepas pusing ntah berapa kali akhirnya jumpa gak pasar jual jeruk ni....apa lagi memborong jeruk ler...yang lain-lain tak join tu pun pakat phone suruh belikan. Kak lah paling banyak ambil pesanan, sampai akhirnya jeruk dia sendiripunya tertinggal kat kedai tu. Mama sempat minum cendolpulut tepi pasar tu sedap giler. Tak sempat ambil gambar sebab panas giler...
Sampai Hotel dah hampir 6 petang, Lepas Solat Asar..anak-anak semua terjun dalam kolam balik....mama pun join sekali lagi..tapi kejap ajelah...penat ler

ika dgn gaya tersendiri view dari suite 301


mama-mama semua lepak kat pool
Dinner @ Kakak
Lepas maghrib tu mama rasa cam dah mengantuk sangat disamping kesan food poisoning yang tak elok lagi. Som lagi lah..tak boleh nak berpisah dgn bilik kecik dia tu... so rasanya macam malas nak keluar makan. Ingat nak suruh hubby kelaur aje tapau KFC ke apa-apa untuk budak-budak ni. Tapi kakak call pulak ajak di dinner..nak belanja kita orang. Som memang taklarat nak pegi. Budak-budak semua pun tak nak pegi. So akhirnya mama, hubby, enak, Amir, aje yang pegi wakil bilik 301..ihihihihi...lepas tu we all join sekali lah dgn Kak Lah, kakak, dan yang lain. Gee dan kak Nor dah keluar dulu gi makan...so dia orang tak join sekali lah.





Lepas makan malam tu , mama pegi KFC pulak, sebab budak-budak dan som ni tak nak ikut we all gi dinner..semua nak tengok tv kat hotel dan tak nak makan nasi, dia orang nak makan KFC. So lepas makan tu mama terus tuju KFC, perut meragam lagi ni...kat KFC punyalah lama tunggu..sebab dia baru nak goreng ayam...aduh mak...sampai berguling-guling Amir kat KFC sebab boring kot. Nasib baik ada shasha , boleh dia tolong layan si Amir ni. hubby dan enal tunggu dalam kereta aje..

Amir muka monyok tunggu lama kat KFC
Sampai hotel semula dah pukul 10.30. Ingatkan dia orang semua dah tidur..rupanya tengah meriah lagi tnegok tv..terus makan KFC. mama pegi suite 201 sekejap join kakak , kak nor , kak lah dan yang lain....sembang-sembang sekejap.. budak-budak ni tak reti2 nak tidur agaknya.
Pukul 1.30 pagi mama terjaga kerana sakit perut yang teramat sangat. Ingatkan mama jae rupanya som lebih lagi lah. Mama call bilik2 lain..diaorang pun serupa....laaaa apalah we all salah makan ni ya...waullahhu alam. Sampai ke pagi akhirnya mama dan yang lain tak tidur. Kelakar pun ada sebab berebut bilik air. hai kenanagan betullah..trip kali ni..

















No comments:

Post a Comment