Selamat hari Bapa, bagi yang masih mempunyai ayah dan ibu..hargailah mereka...mama telah kehilangan kdua-dua abah dan emak . Sediah bila terkenang mereka.....ini catatan mama untuk hari0hari terkahir Abah....
“DIARY TERAKHIR ABAH”
(18 August 1933 – 2 August 2003)
24 June 2003(Selasa)
Hari ni harijadi Ika. Aku cuti halfday sebab nak masak untuk bawak ke sekolah. Mak telefon bagitau abah sakit perut. Memang abah kerap mengadu sakit perut sejak akhir-akhir ini. Tahun lepas 31/82002 pun abah dimasukkan ke JSH kerana sakit perut.Mak mintak sesiapa tolong balik kg dan hantar abah ke klinik. Tapi masing-masing sibuk dengan urusan kerja,.tapi macam biasa, kami adik beradik bersepakat dan akhirnya, anak ke-5 emak, si Mek dan Brahim balik kg untuk hantar abah ke Klinik Tawakal kat Pt Sulong. Klinik bagi surat refer ke JSH kat JB. Kakak balik kg bawak abah ke JB. Abah sibuk suruh keluarkan duit. Aku sambung terus cuti sebab terlampau penat hari ni. Petang Som kat JB telefon bagitau abah admitted kat JSH. Bilik 495 katil 4. Serba salah nak pegi JB ke tak
25 June 2003(Rabu)
Abah di JSH. Doktor masukkan segala macam tiub kat abah. Masuk kamera dan macam-macam lagi. Rasa macam nak pegi ke tak pergi JB ni.
26 June 2003(Khamis)
Kak nor dengan kak lah pegi JB tengok abah. Aku tak sedap hati rasa nak gi aje nie .
27 June 2003(Jumaat)
Aku ambik cuti halfday petang ni. Nak gi JB tengok abah , sebab kak nor bagitau abah dah mula pakai topeng oksigen untuk bantuan pernafasan. Sampai rumah kemas-kemas . Mentua aku nak ikut gi JB. So bawak mak dan ayah mentua sekalilah. Sampai JB pukul 9.00 malam terus pergi JSH. Ya allah kesiannya abah. Tiub kat hidung untuk salurkan muntah dia. Drip air kat kiri dan kanan. Kurus sangat abah. Dah lebih seminggu tak makan. Abah mintak air Lychee..dalam tin yang ada buahnya aku belikan satu tin.Masa tu dah dekat 10 malam so tak ada kedai yang bukak , so setelah pusing-pusing kat Larkin jumpa satu kedai , itupun nasib baik tinggal satu tin betul-betul air lychee. Tapi dia minum sikit aje….pas tu keluar balik. Doktor kata hempedu abah bengkak. Balik ke rumah som kat Tebrau …selapas makan malam kat Kg Md Amin..
28 June 2003(Sabtu)
Pagi tengok abah kat JSH. Abah mintak belikan ais krim dan air batu. Aku belikan asi krim oren. Dia makan dan letak kat perut dia. Lega dia kata kalau dapat aiskrim. Tengahari bawak bebudak gi mandi kolam dulu. Petang sebelum balik KL aku singgah tengok abah dulu kat JSH. Kesiannya abah..tapi macam dah ok sikit. Mudah-mudahan abah cepat baik dan boleh balik kg. Aku balik KL. Yang tinggal di JB gee, kak nor , kak lah dan family.
29 June 2003(Ahad)
Di KL. Pagi pergi Pusara anis. Teringat aje kat abah. Kesiannya dia. Doktor kata tak apa-apa pulak. Tapi abah masih sakit. Teringat pulak abah ada kata kat Hospital hari tu..”Patutlah cucu aku (anak aku Anis Sabrina yang meninggal kerana denggi berdarah kat HKL.) mati bila dimasukkan tiub dalam mulut dan hidung…aku yang dah tua pun sakit betul , apa lagi Anis” . Sayu pulak teringat anak aku Anis Sabrina.
30 June 2003(Isnin)
Pukul 3.30 pagi telefon berdering. suspen giler. Tak berani nak nagkat. Husband aku, si Saidon yang angkat. Rupanya som call dari JB. Bagitau yang makcik aku, Saemah dah meninggal Dunia. Inalillah hiwainalillahiro jiun…..dia pulak dah menigggal. Serba salah nak balik ke tak. Sebab mengenagkan baru lepas balik dari JB. Tapi tak balik tak patut pulak. Akhirnya balik gak bertolak pukul 9 pagi. Tapi sampai rumah jenazah dah dikebumikan. Semua tak sempat tengok kecuali mek aje. Semua adik beradik balik. Abah pun dah discharge hari ni dari JSH. Tapi dia masih lemah. Dia duduk dalam kereta aje. Lepas menziarahi Pak Cik Kuan balik rumah kat kg kejap. Beli lauk kat PS dan makan. Abah macam ceria kat kg. Jiran-jiran datang melawat abah. Aku tengok abah suka kat kg. Petang nak balik semua. Yin, abang aku nak bawak abah ngan mak ke Kulai. Abah macam berat hati nak pegi. Dia nak duduk kg aje……tapi we all berkeras nak bawak diakan. Akhirnya dia ikut gak dalam keadaan muka yang sayu nak meniggalkan kg . sedih pulak tengok keadaan rumah kg..terbiar kosong….kesian rumah abah. Balik ke KL aku singgah kubur makcik tapi tak turun..tengok dari dalam kereta aje..sedihnya teringat makcik nie, isteri kepada adik abah, satu-satunya makcik yang tersangat rapat ngan keluarga aku ni..
1 July 2003(Selasa)
Kerja macam biasa. Masih membicarakan kesihatan abah dalam emel dengan som dan gee. Som bercadang nak bawak abah balik kg hari sabtu ni..dan balik semula ke JB hari Ahad , sebab check-up kat JSH 8/7/03. Ingat nak bagi abah ceria sikit kat kg.
2 July 2003(Rabu)
Abah sibuk nak balik kg. Teringat Pak Cik Kuan katanya. Yelah dia kan adik bongso abah. Tentu disaat macam ni dia memerlukan sokongan abah kot. Tu yang abah asyik sebut nama dia aje.Kekadang abah masih sakit perut.
3 July 2003(Khamis)
Abah dan mak dirumah yin. Call mak dia kata abah tak nak makan. Sakit perut katanya. Kekadang muntah lagi. Macam tulah keadaan abah.
Yin kata malam tadi bawak abah gi Klinik kat Kulai sebab sakit perut dan tak boleh tidur. Doktor bagi ubat tidur. Waktu aku call mak malam tu abah tengah tidur lena
4 July 2003(Jumaat)
Abah sesak nafas. Yin bawak gi Kota Tinggi kat rumah Kak Long. Sampai sana kakak bawak gi Hospital Kota Tinggi. Tapi doktor transfer gi HSA Johor Bahru. Abah dibawak naik Ambulance dengan kakak. Mak menyusul dengan yin dan tanty. Mak kata abah menagis waktu nak dibawak naik ambulance. Abah di HSA. Doktor kata nak opearate abah malam ni. Tapi tekanan darah abah rendah. So ditangguhkan. Tapi dah kena mula berpuasa. Aku nak ke JB semula. Tapi teringat iki ngan ika , anak aku nak gi sukan kak nab..so aku ambik keputusan pergi esok.
5 July 2003(Sabtu)
Pukul 9.30 bertolak ke JB. Berdebar sepanjang perjalanan. Sampi HSAJB pukul 1.00.terus tengok abah kat Ward Barat 1 katil 27. Ya allah kesiannya abah. Dalam dia tak nak pasang wayar dalam badan kena jugak masukkan tiub dari hidung dia. Pukul 2. Waktu melawat habis…som tunggu abah..aku pegi Masjid Abu Bakar sembahyang zuhur dan berehat kejap sementara nak tunggu pukul 4.30 petang, waktu melawat. Petang tengok abah lagi. Kakak sign surat kebenaran abah nak buat operation. Gee sampai petang ni. Semua ada di JB sekarang. Malam tak balik sebab tunggu abah . ingatkan nak operate malam ni. Abah macam tak sabar nak tunggu dioperate. Sebab sakit sangat agaknya. Abah asyik mintak air , ABC , Air tebu, teh tarik dll. Tapi doktor tak bagi. Tapi aku bagi juga sikit untuk hilangkan kering tekak. Sampai pukul 3.00 pagi abah masih belum dioperate. Sampai abah seakan merajuk dan mintak balik kg. Pukul 4 pagi baru balik ke rumah som. Tinggal mek dan kak mah kat hospital. Abah asyik mintak air jer. Abah berak dalam pampers.
6 July 2003(Ahad)
Tengok abah waktu petang. Abah nak berak. Kesiannya dia . dia kata kalau geli tengok dia berak..dia suruh pergi. Aku tak sampai hati. Aku basuhkan berak dia dengan kakak dan kak lah. Buat pertama kalinya aku basuhkan berak abah , tak apalah dulu masa aku kecik abah dah berkorabn untuk aku dan adik beradik lain kan. Dr Bambang datang bagitau malam ni nak operate abah pukul 8. Setakat dengar aje…tak nak menaruh harapan. Nanti abah frust.
Pukul 8.30 siap-siap nak bwak abah gi OT. Pukul 9.00 masuk OT didiringi aku, gee, kakak , kak lah, wan safie , mak dan abang long. Balik ke rumah som. Bersiap nak balik KL, tapi tak sedap hati sebab tak tau condition abah camana. Akhirnya tidur dulu rumah som..esok subuh nak balik KL. Pukul 3.30 pagi gi Hospital ngan saidon , som dan kak lah. Masuk ward lama abah kat Barat 1, nurse kata abah kat ICU Utara 1. Tengk abah. Segala tiub kat abah dipasang life support. Macam arwah anak aku Anis Sabrina. Balik rumah som. Nak balik KL tertangguh lagi…..
7 July 2003(Isnin)
gi tengok abah kat ICU. Gee patah balik kek JB. Mek pun datang balik, tengahari semua dah balik. Tinggal aku ngan kak lah. We all tunggu sampai pukul 4.30. kakak sampai dan ambik mak. Kul 5 petang,balik ke KL semula.
8 July 2003 (Sekasa)
Abah masih di ICU. Alhamdulilah abah cepat sedar walaupun doktor kata peluang abah tipis untuk terus hidup.Tengahari keluar ICU. Masuk ward lama dia. Tapi abah lasak betul..Som cuti ½ day petang tunggu abah. Abah lasak sangat. Asyik nak bangun aje dan nak balik kampong aje…mintak air. Sampai dia kata kalau kakak tak bagi air dia bayar nanti kalau dia dah baik. Dia marak kakak. Benci kakak sebab kakak tak bagi dia air. Kesian abah. Dia suka kak lah jaga dia sebab kak lah selalu bagi dia air sirap dengan air tebu dan ABC lagi.
9 July 2003 (Rabu)
Aku apply cuti 2 hari untuk jaga abah. Kakak bagitau abah nak dioperate semula sebab air , najis dan darah membuak dari tempat jahitan dia. Abah msuk OT balik.
Malam ni aku bertolak ke JB semula. Sampai JB pukul 3.00 pagi.
10 July 2003 (Khamis)
Sampai rumah som kat JB pukul 3 pagi. Pukul 9 pagi pergi hospital sign concern letter untuk abah. Perut abah dicuci lagi. Bawak mak gi hospital. Malam pun pergi lagi.
11 July (Jumaat)
Keadaan abah masih macam tu. Perut abah terbuka tak dijahit. Nampak usus abah dan sisi perut abah cuma dibalut dengan plastic aje. Tadi doktor kata harapan 50-50….may be abah akan koma…ya allah selamatkan abah.
12 July 2003(Sabtu)
Abah masih begitu. Malahan semakin teruk usus abah. Doktor kata semua usus abah dah rosak. Doktor suspect kanser , tapi dah sampai peringkat yang serios. Keseluruhan usus abah rosak dan tak berfungsi , kata doktor.
Malam aku balik KL. Bertukar ngan gee dan kak lah
13 July 2003 (Ahad)
abah masih macam tu. Kadang stabil kadang kritikal. Doktor dah kata sesiapa sedara mara yang nak datang melawat silakan. Nampaknya peluang abah memang agak suram . kesian mak menagis aje. Macam-macam dah abah pesan kat mak sebelum dia masuk ICU. Aku ni badan aje di KL…hati melayang di JB. Seni dan kak sal , jiran abah kat kampong datang nak tengok abah. Ada satu van lagi kawan-kawan abah dari kampong nak datang, tapi sebab van rosak tak jadi nak datang. Sepanjang abah di ICU, kami adik beradik tidak henti-henti berdoa dan membacakan surah yassin untuk abah.
14 July 2003 (Isnin)
Kak nor pulak gi JB ngan mak we. ICU HSAJB call handphone aku. Mintak datang segera ke ICU doktor pakar nak jumpa. Memandangkan aku di KL so suruh kak nor jumpa dia dengan mak sekali. Rupanya doktor nak bagi tau yang diaorang dah habis ikhtiar ngan abah. Dengan kata lain harapan abah untuk selamat memang hampir tak ada. So dia nak pindahkan abah ke wad biasa untuk memudahkan sedara mara , anak cucu datang melawat , bacakan yassin dan sebagainya. Sampai doktor pun hairan semakin ditampal semakin banyak tempat lain yang bocor. Aku apply EL unpaid untuk 4 hari. Aku nak ke JB esok
15 July 2003(Selasa)
aku ke JB sekeluarga dengan gee sekali. Singgah rumah yin sekejap. Bersiap mandi dan tukar baju sebab malam ni nak jaga abah. Sampai hospital pukul 5.30. kak mah tengah tunggu abah. Kakak pun ada , dan abang abah sorang lagi dari Muar.. Abah masih di OT sebab cuci usus. Tadi masuk OT pukul 1.30 sampai pukul 6 belum keluar lagi. Tunggu kat depan OT. Pukul 7.00 baru abah ditolak keluar dari OT. Lemah sangat keadaan dia. Malam ni aku tunggu abah ngan gee. Abah tak banyak ragam cuma mulut terkumat-kamit tak keluar suara. Aku bacakan Yasiin dan ajar mengucap aje. Tak tidur langsung pun malam ni. Bergilir dengan gee.
16 July 2003(Rabu)
Pukul 10.00 balik rumah som. Ganti dengan kak mah pulak. Sampai rumah ngantuk giler. Tengahari tak pegi pun tengok abah. Petang baru pergi bawak mak sekali. Doktor mintak kebearan untuk operate potong usus abah 30 %. Tapi dia kata risikonya teramat tinggi. Doktor hanya bagi peluang 5 % untuk berjaya dan selamat dengan pembedahan ni .Doktor kata kemungkinan abah akan meninggal dunia semasa operation. Mak siap dah bawak kain batik lepas lagi pergi hospital, aku tak tahu kenapa emak begitu sensitif…agaknya emak terlalu kasihan tengok abah menderita sakit…. Kami hanya mampu berdoa , kalau dah itu yang tersurat buat abah , kami redha. Aku tiba-tiba sakit kepala yang teramat sangat. Sampai termuntah-muntah sangat.sakit kepala berdenyut-denyut. So aku cuma duduk kat sofa aje. Balik rumah som , rasa nak pitam, agaknya tak cukup tidur dan memikirkan masalah abah kot.Malam ni kakak tunggu abah. Lepas tu tengah malam kak mah datang hospital temankan kakak.
17 July 2003(Khamis)
Pagi ni kakak ngan kak mah ada kat hospital lagi.. Tengahari bersiap nak gi Hospital. Tapi kakak bagitau abah baru masuk OT. So cuma gi hospital ambik kakak ngan kak mah aje. Petang baru pegi tengok abah. Sampai abah dah keluar dari OT. Alhamdulillah masih panjang umur abah. Doktor hanya meramalkan aje..yang menentukan Allah. Tapi dia sedar dan tak bersuara pun. Malam ni gee tunggu abah ngan som. Aku terpaksa balik KL awal sebab saidon ada kerja dan kebetulan rumah aku kat Rasa kena kopak orang. Bertolak balik KL pukul 12.30 malam. Sampai KL pukul pukul 4.30 pagi.
18 July 2003(Jumaat)
Ingat nak pegi kerja hari tapi tak terlarat langsung. Buat kerja-kerja rumah yang dah seminggu terbengkalai. Keadaan abah masih macam tu. Doktor memang dah tak ada cara lain dah. Abah bergantung pada Morfin ubat tahan sakit aje selama 24 jam. Tak boleh berhenti bagi ubat ni sebab kalau tak bagi nanti dia sakit yang teramat sangat , selain dari drip air dan juga makanan (nutricien) malaui intravenus.
19 July 2003(Sabtu)
Keadaan abah masih tiada perubahan. Seperti mana kata doktor abah hanya menunggu masa . mengikut kata doktor sepatutnya abah dah pergi 2 hari yang lalu. Kak Lah datang ke JB. Malam ni kak mah balik KL. Kak lah tunggu dengan bibik, maid si gee.
20 July 2003(Ahad)
Abah masih macam tu. Dia nampak kak lah makan kuih dia tadah tangan mintak sikit. Lapar katanya. Kak lah tersekat kerongkong tak jadik nak makan. Aku yang mendengar pun rasa tersekat kerongkong nak makan. Kesian abah , agaknya dia terlalu lapar dah hampir sebulan tak makan dan minum secara normal.
21 July 2003(Isnin)
Hari ni som cuti jaga abah. Kesian kau som..dah semua orang balik KL ..tinggal kau lah. Malam tadi si lan (anak sedara aku ) yang jaga. Mak ada kat rumah yin. Abah masih macam tu..macam bercakap-cakap dan kekadang baca ayat quran dengan jelas. Alhamdulillah sampai ke saat ni abah masih lancar mengucap dan baca doa-doa disamping ayat suci al-quran. Mungkin kat situ kekuatan dan kelebihan abah, yea lea abah kat imam kat kampong. Abah juga suka menderma dan abah suka sangat menolong orang susah.
22 July 2003(Selasa)
Setelah penyakit abah nampak tiada tanda-tanda untuk sembuh, atas nasihat saudara mara, si mek disuruh carikan air penawar untuk ubat abah. Mek jumpa dengan pengamal ubatan tradisional di kampong. Menurut kata pengamal nie abah terkena buatan orang. Waullahualam….setakat berusaha ajelah. Menurutnya lagi orang yang buat ni memang dah lama sakit hati dengan abah dan kami sekeluarga. Entah lea wallahualam…setakat berusaha. Gee pulak pegi Darul Syifa tempat Haron Din. Mintak air penawar.. Aku mula terbayang yang bukan-bukan. Teringat badan abah yang sekejap panas sekejap sejuk.
23 July 2003(Rabu)
Mek bawak pengamal perubatan taradisional tu gi tengok abah kat Hospital. Dia kata abah kuat iman dan cuba melawan benda tu. Mudah-mudahan abah selamat. Dah tu dia nak singgah rumah kg.. Baca doa dan jampi serapah depan pintu rumah…. Tak taulah kekebenarannya. Kalau betul pun, kami bukan nak tau sapa yang buat pun…janji abah boleh sembuh atau kalau dah memang takdir umur abah tak panjang mintak die pergi dengan tenang. Som cuti lagi jaga abah. Malam tadi enal yang jaga. Malam ni kakak jaga
24 July 2003(Khamis)
Kak nor pegi JB hari ni.Mek bagi tau pengamal perubatan tu panggil Brahim datang rumah dia. Menurut katanya memang ada “benda” yang tertanam di rumah kg. Tetapi yang tak sedapnya tu dia mintak pengeras lagi yang berjumlah RM499.77 (77 sen tu mesti dalam bentuk 1 sen) , Tak taulah boleh percaya ke tak. Nak kata tak percaya macam ada yang logik juga..nak percaya kenapa asyik mintak pengeras duit.. Keadaan abah hari ni pulak masih macam u. Banyak tidur.Malam ni enal jaga abah. Hari ni abah dah mula tak kenal orang. Dipanggil-panggil pun abah diam aje tak memberi respond. Mata abah asyik memandang ke atas dan tanganya sesekali menunjuk-nunjuk atas seperti menunjuk sesuatu. Abah juga suka meletakkan tangannya seperti orang kiam waktu bersembahyang iaitu meletakkan tangan kedadanya. Aku jadi semakin tak sabar pulak nak jumpa abah ni.
25 July 2003(Jumaat)
Pagi ni Kak nor jaga abah. Kak nor bagitau yang abah demam . Suhunya teramat tinggi 46 degree. Tak pernah ada orang demam panas sampai macam tu. Mata abah pun dah tak berapa function. Dipanggil pun dah tak ada respond. Air pun dah tak mintak. Hanya terbaring terbujur layu. Cuma dada abah yang nampak turun naik bernafas. Kesiannya abah. Menderita betul dia. Kalaulah betul seperti mana kata pengamal perubatan tu yang abah dizalimi…kalaulah orang yang menzalimi abah tu..nampak keadaan abah tentu dia bersorak kegembiraan. Tapi, dalam keadaan apa pun, aku sekeluarga percaya bahawa semuanya atas ketentuan Allah.Kak nor bagitau aku tadi..yang doktor kata keadaan abah bertambah tenat sekarang. Mudah-mudahan abah tabah dan ditetapkan iman menghadapi semua ini. Genggaman tangan abah pun dah terlerai tak macam selalu.
26 July 2003(Sabtu)
Mulanya aku bercadang nak gi Jb tengok abah. Tapi last minute tak jadi sebab mek nak datang pulak. Sekarang ni kena menjimatkan cuti dan masa untuk tengok abah. Kalau boleh tak nak semua datang serentak…sebab nanti ada masa tak ada sesiapa pulak yang datang. Hari ni abah dah tak demam pulak. Tapi sejuk menggigil pulak. Som balik kg hari ni dengan enal dan yin sebab nak tengok rumah dan bayar duit motor. Seronok hari ni dapat telefon kampung. Dah sebulan tak pernah telefon kampung kan. Rasa macam abah dan mak ada kat kampung pulak.
Som mengemas sakan kat rumah. Entahlahkatannya seronok dah lama tak balik kg.
27 July 2003(Ahad)
Abah masih macam tu. Abah dah tak kenal orang lagi dah. Cuma tangannya nya aje yang sekali sekala bergerak seolah-olah mencari sesuatu sambil mulutnya terkumat kamit macam hendak berkata sesuatu. Tapi sayang tiada yang memahami kata-kata abah. Hari ni pagi pukul 11.00 pagi abah masuk OT nak buat dressing kat usus dia. Malam tadi Ibrahaim yang jaga abah. Kak nor bertolak balik ke KL tengahari ni dan diganti pulak dengan mek dan Ibrahim yang jaga abah. Nasib baik anak abah ramai , boleh bergilir-gilir jaga abah. Malam ni Ibrahim lagilah jaga abah. Tak sampai hati nak tinggalkan abah sendirian.
28 July 2003(Isnin)
Pagi ni mek jaga abah. Tukar shift dengan suami dia lah. Tapi kesiannya menurut kata mek..air dari perut abah meleleh keluar dan membasahi cadar dan pampers abah. Abah tak boleh bercakap tapi hanya tangannya menunjuk-nunjuk seolah-olah suruh menukar cadar dia. Kesian sangat keadaan abah masa ni. Petang ni mek balik ke Muar. So malam ni kakak ambil giliran menjaga abah.
29 July 2003(Selasa)
Pagi ni kakak lagi jaga abah. Keadaan abah memang semakin teruklah. Air tak berhenti meleleh dari perut yang terbelah tu. Doktor pun macam dah malas nak buat apa-apa treatment kat abah. Agaknya diaorang memikirkan abah dah takada peluang nak sembuh , tu yang dibiarkan aje tu. Aku rasa kan kalau betul abah ditakdirkan pergi pun , bukannya kerasa sakit usus dia , tapi adalah kerana jangkitan kuman pada bekas operation tu. Yelah dah lah perut tak berjahit, diletakkan di wad biasa , kuman pun senang nak membiak. Dah tu hanya dibiarkan aje macam tu. Hari ni aku ber e-mail dengan gee dan som..buat cadangan mungkin hari sabtu ni nak balik kg. Nak beli kopi dan durian. Teringat hari sabtu lepas som balik kg best dia kata. So cadangnya pagi sabtu bila kak mah dah sampai JB aku nak balik kg bawak mak , som sekali. Dah tu gee on the way nak gi Jb pun nak singgah kampung jugak. Kak nor pun sama nak singgah kg jugak. Tapi tiba-tiba aku rasa tak sedap hati pulak..kalau dah semua pakat nak balik..macam ada sesuatu pulak nak berlaku hari sabtu ni. Yelah macam beria-ia semua nak balik kg ramai-ramai. Aku cerita dekat gee kegusaran hati aku. Som pulak bagi cadangan yang kita bertolak balik kampung seawal pagi yang mungkin. Mungkin lepas subuh. Tak sabar rasa nak balik kampung. Yelah sejak abah sakit tak ada balik kampung. Kakak jaga abah sampai petang hari ni , sebelum diganti dengan Lan malam ni. Malam ni Lan jaga abah.
30 July 2003(Rabu)
Pagi ni tak ada seiapa tunggu abah. Sebab lan dah balik kerja dah. Petang ni som ambik cutilah jaga abah. Aku dengan gee dan som..siap dah buat jadual menjaga abah. So hari khamis sampai hari sabtu aku akan jaga abah, kak mah pulak sambung dari hari sabtu dan ahad. Gee ambik cuti dari hari Isnin sampai hari rabu. Jadi kiranya seminggu ni penuhlah orang menjaga abah. Dulu masa kita semua kecik , abah tak berkira pun nak jaga kita.Tengahari som datang jaga abah kat Hospital. Kesiannya som kata..abah menggigil kesejukkan. Dah tu sesekali macam menahan kesakitan yang amat sangat. Air pun dia dah tak mintak..cuma sesekali titiskan air kat mulut abah. Badan abah dan tinggal tulang dan kulit aje. Siksa sangat rasanya abah ni. Kalaulah abah oleh berkata-kata kan. Kadang0kadang macam tak percaya abah yang terlantar sakit di katil, sebab sebelum ni abah sihat walafiat. Abah memang kerja kuat. Abah tak reti nak duduk diam. Kalau aku balik kg tu walaupun sampai kampung pukul 3.00 pagi abah mesti bangun dan masak air panas untuk buatkan Don air kopi. Dia tau Don memang suka air kopi. Kesiannya abah.
Malam ni pukul 10.30 aku bertolak ke Johor Bahru. Walaupun Ika demam tapi aku nekad aje nak bertolak. Rasa tak sabar nak jumpa abah. Nak cium ubun-ubun abah. Aku sampai rumah som pukul 3.00 pagi. Malam ni yin yang tunggu abah. Mak ada kat rumah som.
31 July 2003(Khamis)
Pagi ni pukul 7.30 pagi aku dah gi Hospital nak jaga abah. Aku pergi saing som pergi kerja. Aku smapai waktu jururawat tengah nak menukar cadar abah. Nurse kata kenapa tak ada orang tunggu malam tadi. Bukan tak ada orang tunggu, tapi yin mengajar pagi ni..so yin pukul 5.00 pagi dah balik. So dalam masa 2 jam memang tak ada orang tungggulah. Kesiannya abah…air dari perut abah sentiasa meleleh..warna kekuningan dan bercampur darah. Ini kerana air yang disalurkan ke dalam perut untuk mencuci usus abah..tak dapat disedut kelaur dengan betul. Tu yang jadi air bertakung dalam perut dan penutup plastik tu tak dapat menampung air yang banyak dalam peut tu ..jadi dia melimpah kelaur. Tak sampai setengah jam lepas tukar cadar , dah basah lagi…kesian abah macam kesejukkan dia sebab badan sentiasa basah. Doktor pakar datang melawat abah , Dr Rosaini , dia suruh jururawat tutup lubang salur kat perut abah menggunakan pelekat. Tapi bila jururawat nak buat pelekat tu tak boleh melekat sebab badan abah dibasahi air , ao akhirnya abah dibiarkan macam tu aje. Ya allah nak menangis akurasa tengok keadaan abah. Bila aku nak tukar cadar abah , aku tak kuaut nak angkat sorang-sorang , terpaksa minta bantuan dengan attendan hospital. Belakang abah ada yang melepuh , aku sapu dengan minyak gamat. Sister Saniah proposed sejenis minyak untuk sapu kat luka pun aku beli…asalkan badan abah tak luka. Aku beli kuih nak makan kat atas , tapi tak lalau nak makan depan abah…kesian tengok abah yang dah sebulan lebih tak makan apa-apa.Tengahari mak datang dengan Don dan anak-anak aku. Keadaan abah semakin lemah. Abah lebih banyak tidur. Aku tak henti-henti bisikkan kalimah suci ke telinga abah , mulut abah terkumat kamit seakan –akan mengikut. Walaupun sedang menanggung kesakitan yang amat sangat tapi muka abah tenanag aje…mungkin abah redha dengan apa yang telah ditakdirkan keatasnya. Waktu melawat habis , mak tak nak balik. Aku suruh mak balik dulu , tapi dia tak nak, dia nak tunggu abah juga. Aku kesiankan mak, tentu dia tak selesa dudul atas wheel chair , tapi tak apalah biarlah dia bersama-sama abah pada hari-hari terakhir abah. Lebih 50 tahun mak hidup bersama abah. Susah senang diharungi bersama.Dari dulu memang mak dan abah hidup dlam kesusahan . Nak membesarkan anak-anak seramai 9 orang. Pendapatan sebgai petani yang tak seberapa. Hidup pun menumpang ditanah orang. Tapi kini bila segala-galanay dah berubah >Anak-anak dah habis belajar dan bekerja , dah berumahtangga ,kebun abah dan menjadi , hidup kami sekeluarga agak mewah . abah pula ditimpa sakit. Seperti kata abah pada mak sebelum dia dimasukkan ke Hospital Sultanah Aminah , abah baru nak merasa senang dan merasa hasil penat lelah dia selama ini. Tapi kesakitan pula yang mendatang. Abah siap berpesan dengan mak seandainya apa-apa berlaku pada abah , harapan abah semoga anak-anak dapat menjaga mak dengan baik , tak bergaduh berebutkan harta abah yang tak seberapa. Abah menangis semasa bercakap dengan mak lebih kurang pukul 4.00 pagi , abah dah terasa yang dia akan meninggalkan mak dankami semua , dia kata Dia tak sampai hati nak tinggalkan mak dalam keadaan mak yang tak berapa sikat. Dia kata lagi terbayang-bayang mak berjalan terhencot-hencot sebab kaki mak sakit. Abah memang teramat sedih nak tinggalkan mak. Abah siap kata kalau abah dah tak ada nanti siapa yang nak jaga mak , siapa nak masakkan untuk mak ,siapa nak ambilkan ubat mak kat Klinik. Selama ini abah yang buat semua itu.Mak pesan pada abah duit simpanan abah , suruh mak ambik untuk buat perbelanjan mak . Sedihnya tak terkira. Abah tak nak mak menyusahkan anak-anak. Terkenang balik selama ni kalau mak sakit atau nak ambil ubat gi Klinik , abah bawak mak naik motorsikal, abah tak mahu menyusahkan anak-anak, padahal anak abah ada 9 orang , semuanya berkereta. Tapi mak dengan kaki terketar-ketar melangkah naik motor abah, biler abah dah bawak emak baru abah bagi tahu kat kita anaknya….abah memang tak mahu menyusahkan orang lain walaupun anaknya Sampai pernah mak jatuh motor dan patah tangan sewaktu abah bawak ke Kebun tengok abah bekerja.Maafkan kami abah. Bukan sengaja kami buat macam tu , entahlah kalaulah masa boleh berulang kembali. Mak sentiasa di tepi katil abah disebelah kanan, dan aku disebelah kiri, Aku bacakan surah Yassin dan bisikkan kalimah syahada ditelinga abah berulang kali. Abah memang kuat semangat. Walaupun sedang sakit tapi genggaman tangan abah masih kuat lagi.
Lelehan air dari tiub diperut abah semakin deras , sehingga tak tertampung lagi. Lebih kurang pukul 4.30 , doktor pakar datang , dan dia arahkan buat dressing disitu sekarang juga. Oleh kerana OT sentiasa penuh , jadi doktor akan mencuci perut abah disitu juga. Tak dapat ku bayangkan betapa banyak kuman dan virus yang melekat di luka abah. Dengan tempat terbuka , orang ramai , entahlah…malang sunggh nasib abah. Mungkin kalau perut abah tak dibelah , abah tak seteruk itu agaknya kot. Doktor buka plastic cover diperut abah , aku nampak dengan mata kepala aku macamana perut abah dijahit sedikit tanpa perut abah dibius. Muka abah berkerut menahan sakit , cuma abah tak berdaya nak mengeluarkan suara. Kalaulah abah boleh bersuara , tentu abah menjerit kesakitan. Tiba-tiba tangan abah menepuk pada bahagian perut yang ternganga tu , terkena usus besar abah. Doktor terus pegang tangan abah . Selepas selesai semuanya aku tukarkan pampers dan cadar abah. Nampak kering sikit. Harap-harap dapat bertahan lama. Saluran air pun berjalan lancar.
Pukul 6.30 petang som datang nak ambik aku dan mak balik rumah dia. Mulanya aku ingat nak balik rumah dulu mandi dan malam lepas isyak datang lagi. Tapi bila pandang muka abah , aku tak sampai hati nak tinggalkan abah sendirian. Renungan mata abah seolah memohon simpati supaya dia tak ditinggalkan keseorangan. Aku berat hati nak meninggalkan abah. Akhirnya hanya mak yang balik . Aku nak habiskan masa aku dengan abah. Som suruh turun bawah hantarkan mak , tapi aku berat hati betul nak tinggalkan abah , akhirnya som naik atas ambik mak. Tinggallah aku dengan abah. Hari ni tak ada sesiapa melawat abah. Macam biasa aku isi masa terluang dengan membaca surah yassin disisi abah. Abah banyak tidur hari ni , sesekali tangannya menunjuk-nunjuk atas seperti menunjuk sesuatu.Kesian abah apa yang dia cuba cakapkan tak ada siapa yang faham. Mungkin abah nak berpesan sesuatu , tetapi apakan daya tiada yang memahaminya.
Pukul 7.30 aku tinggalkan abah untuk solat maghrib dan makan di kantin. Lepas tu aku naik semula disisi abah. Aku nekad malam ni aku nak jaga abah. Kebetulan pulak anak aku Ika demam panas. Tengah malam dalam pukul 12.30 suami aku nak ganti aku jaga abah. Datang dengan som. Malam ni suami aku,Don yang jaga abah. Tinggal dulu bah , esok aku datang lagi. Tengah malam drive dengan som..sayu aje tengok hospital…sampai rumah som tak boleh nak tidur pulak..
1 August 2003
Pukul 8.00 aku dah gi Hospital nak tukar dengan suami aku. Som hari ni tak sihat muntah-muntah dan sakit kepala. Dia MC kat rumah. Sampai hospital suami aku kata doktor suruh semua keluar sebab pakar nak check. Jadi aku balik kerumah dulu. Singgah ke Pasar Larkin. Balik rumah som masak tengahari dulu. Lepas makan tengahari pergi Hospital semula dengan Mak. Don pegi Solat Jumaat dengan Iky. Sampai atas aje..lah kesiannya abah. Sepeninggalan aku beberapa jam.kain abah terlondeh dan abah menggigil dan mata terkatup. Aku sedih betul tengok abah. Aku tukarkan pampers, dan cadar abah dengan bantuan attendan. Hati aku berdetik takut sebab tengok keadaan abah lain sangat. Abah tidur aje. Tangan pun dah tak menguit. Aku lap badan abah , sapukan losyen kat badan dan kaki abah. Waktu aku sapukan losyen kat kaki abah , bulu roma abah gugur. Banyak jugalah berterabur kat katil. Hati aku lagi berdegup kencang. Aku memang tak sedap hati tengok keadaan abah. Air untuk mencuci perut abah pun dah tak dipasang lagi. Aku basahkan muka abah , kepala abah . Badan abah panas sangat. Nurse suruh lap dengan tuala basah. Tapi kaki abah sejuk betul. Mak pun macam dah tau keadaan abah . Aku rasa sakit abah dah sampai ke “final stage” ni. Lebih kurang pukul 4.00 nurse ambik bacaan tekanan darah abah. Tekanan darah abah dah menurun 85/46. Ini memang tak normal lah. Disaat ni pesakit didepan katil abah meninggal dunia. Pak Cik Suhaimi yang menghidap barah Pankerias. Tak lama kemudian Doktor Pakar datang , setelah memeriksa keadaan abah , dia memanggil aku dan menerangkan yang keadaan abah amat tidak baik atau tenat. BP abah drop banyak. So dia memberitahu aku yang dia tak buat lagi apa-apa rawatan pada abah , hanya pemerhatian. Dia kata paling lama pesakit boleh bertahan dengan tekanan darah macam ni 2 hari..tapi melihat keadaan abah , dia menjangkakan mungkin malam ni abah akan menghembuskan nafas terakhir. Ya Allah puscat lesi muka aku. Walaupun aku dan mengagak , tapi penjelasan doktor seolah merentap tangkai hati aku. Aku beritahu mak yang ketika itu sedang duduk di sofa hadapan. Aku harap mak bertenang dan tabah menerima kenyataan ini. Mak menangis sedih , aku tolak mak semula ke katil abah. Biarlah mak disisi abah diakhir usianya. Tak lama selepas tu mesin tekanan darah dipasangkan ke badan abah dan juga oksigen. Mata aku sentiasa merenung angka di mesin tersebut. Ingatan aku melayang terkenangkan anak aku Anis Sabrina. Ya Allah aku terpaksa melalui semula saat-saat genting seperti aku menantikan saat pemergian Anis Sabrina.Masih ku ingat lagi Abah juga bersama-sama aku dan yang lain sewaktu meghadap kematian Anis Sabrina. Kini masa untuk Abah pula. Hari ini Ana anak Long datang melawat dari KL. Dia kata 2 hari berturut dia mimpikan Abah , jadi hari ni dia datang juga melawat abah. Aku telefon adik beradik lain untuk meberitahu keadaan abah. Terpulang masing-masing samada nak datang atau tidak. Sebeb sebelum ni pun doktor pernah kata abah dah tenat. Setiap perubahan pada tekanan darah abah aku sms kepada semua adik beradik. Pada masa ini jenazah di depan katil abah , baru nak ditolak keluar. Hati aku berdetik , bilakah saat untuk abah akan tiba. Aku tak berenggang dari sisi abah. Kalimah syahadah sentiasa ditelinga abah. Petang Saidon , emak dan abang long datang. Waktu ni baru aku pergi solat , kerana aku takut nak tinggalkan abah sorang. Aku turun ke bawah . Bila aku naik ke atas, aku lihat skrin telah dipasang dikeliling katil abah. Lemah longlai kaki aku. Mak , don , enal dan abang long tunggu kat luar. Tak lama doktor keluar , beritahu yang tekanan darah semakin drop dan dia cuba masukkan “Dopermine” untuk menaikkan Tekanan darah abah. Ubat dengan kuantiti yang paling maksimum dimasukkan. Bunyi mesin semakin membuatkan perut aku kecut. Menjelang maghrib , enal dan don balik dulu. Aku nak suruh mak balik , tapi mak tak nak. Mak kata dia nak tunggu sampai abah tak ada. Aku tak boleh nak menghalang lagi. Aku nak pergi solat maghrib , tapi BP abah dah 58/30 , so aku tunggu dulu. Abang Long pergi sembahyang…Saat ini semakin menurun BP abah. Aku sentiasa sms kat semua kakak dan abang aku. Bukan aku nak diaorang datang . Tapi sekadar memberitahu. Sesiapa yang terasa nak datang tu datanglah , siapa yang tak nak tak apalah. Masa ni keadaan kritikal. Aku dan abang Long silih berganti membisikkan kalimah suci ke telinga abah. Aku disebelah kiri dan abang long disebelah kanan , sementara mak di kanan abah. Selepas dimasukkan ubat nampak naik sikit BP abah. Tapi tak bertahan lama , akhirnya turun semula.Gee telefon bagitau dia baru bertolak ke JB dari KL. Kak nor pun baru bertolak. Kak mah pun baru bertolak. Mek tunggu dirumah. Yin balik kg , som demam . kakak kerja petang dan nak bertolak datang dah , kak lah masih di KL. Pukul 10 malam kakak sampai dengan Lan dan Faiz. Masa ni BP abah 58/29. Don dan enal pun datang semula ke Hospital. Pukul 11.00 enal dan don balik dulu ke rumah som. Tinggal aku , kakak dan mak. Kaki mak dah mula bengkak. Suruh mak balik tapi mak tak nak.
2 August 2003 (Sabtu)
Pukul 12.30 mlm gee sampai HSAJB. Sempat gee sama-sama menunggu abah. Semakin lama BP abah semakin menurun. Kakak terlampau mengantuk , aku suruh kakak tidur , mulanya kakak tidur sekejap , lepas tu kakak bangun semula , kakak kata dulu masa kecil abah jaga dia tak ada pun tidur , ni nak jaga abah pun nak tidur. Kakak duduk semula di sisia abah. Aku duduk di kepala abah , gee ditengah , kakak di kaki dan mak di hujung kaki. Mata kami semua tak lekang dari monitor . Sentiasa memerhatikan angka-angka di monitor. Semakin menghampiri jam 2 pagi , tekanan nadi abah semakin lemah. Kaki abah sejuk. Nadi dipergelangan tangan abah juga dah tak boleh dirasa. Cuma dada abah yang berombak-ombak bernafas. Bacaan BP 58/26. Aku tau masanya semakin hampir. Semakin deras aku megucapkan kalimah suci ketelinga abah. Saat ini kakak telefon yin , bagitau keadaan abah dah nazak sangat. Saja untuk beritahu aje. Aku call som , enal dan don suruh datang. Nadi di lengan abah semakin lemah. Ku buka mata abah , anak mata abah dah mengembang. Disaat ini aku lihat air mata abah bergenang dan mengalir keluar. Aku ambik tisu dan lap air mata abah.Aku ada terbaca oarang yang beriman akan mengalirkan air mata sewaktu dijemput sakaratulmaut. Bacaan semakin menurun 51/20…aku sedih tak terkata. Dada abah semakin perlahan berombak. Nadi dah tak dapat nak rasa. Aku ampu kepala abah ke lengan aku. Biarlah abah menghabiskan nafasnya di lengan aku anak bongsunya , BP 51/18 dada abah terhenti berombak , gelap aku rasakan pandangan aku , tapi nafas ada dikerongkong abah , air mata abah mengalir , aku , kakak, gee dan mak mengucapkan sentiasa mengucapkan kalimah suci kepada abah.. Dan akhirnya setelah 3 kali tarik nafas ..akhirnya abah telah menghembuskan nafasnya yang agak panjang buat kali yang terakhir pada jam 2.36 pagi. INALILLAH HIWAINALILLAH HIR RAJI UNNNNN…..Abah telah kembali ke Rahmatullah dengan tenangnya.Seperti tak percaya abah dah pergi meninggalkan kami semua. Seperti tidak percaya aku , yang Abah telah meniggal kami semua. Terpisah sudah jasad dan nyawa. Abah semoga Abah tenang di sana Abah.Som telefon. Aku katakan abah dah tak ada. Dia dalam perjalanan nak ke hospital. Aku lihat muka abah seperti orang tidur. Aku dapat rasakan sakaratul maut telah menjemput abah dengan lemah lembut. Tiada renjatan seperti yang aku baca sebelum ini. Cuma air mata abah mengalir mengiringi pemergiannya. Tak lama som ,enal , don dan radzuan sampai dihospital. Mulanya doktor tak nak menjahit perut abah , nak dibiarkan menganga denagn menampakkan usus dan segala isi perut,namun setelah diberitahu oleh jururawat dan disarankan oleh radzuan dan don akhirnya dia beralah. Sekujur jasad abah dikerjakan oleh doktor. Perut abah dijahit semula , air disedut.Tak dapat aku bayangkan seandainya Abah boleh bersuara..tentu dia mengalami kesakitan yang amat sangat. Kuasa Allah , walaupun sebelumnya doktor kata perut abah tak boleh bercantum , namun akhirnya perut abah dapat dicantumkan semula dengan kemas. Pukul 3.00 pagi kak nor , abang rin sampai ke hospital. Aku balik dulu kerumah som sebab nak bersiap balik kg. Yang tinggal , kakak , kak nor , abang long , abang rin dan kak mah. Berkemas-kemas dan bertolak balik kg. Betul seperti rasa gerak hati aku yang mungkin akan ada sesuatu berlaku hari sabtu. Memang betul semua anak abah akan balik kampung hari sabtu. Betul seperti kata kau som..kau ajak aku bertolak balik kampung selepas subuh kan. Ni waktu subuhlah kita balik ke kampung mengiringi jenazah abah. Jenazah abah sampai di rumah kampung pukul 8.30 pagi dengan menaiki van jenazah bersama kakak ,kak mah dan Azlan. Jenazah Abah di baringkan ditengah rumah. Aku tak dapat menahan air mata , melihat sekujur tubuh abah dipembaringan. Sebelum ini abah beria-ia nak balik kampung , tapi bila abah dapat balik, dalam keadaan abah dibungkus dengan kain putih. Oleh kerana hari yang sama, kebetulan ada kenduri perkahwinan di kampong, jenazah abah akan disepurnakan terlebih dalulu. Tak sampai setengah jam abah berbaring dirumah , jenazah dimandikan. Anak , cucu dan menantu abah yang meneruskan mandian abah. Azlan , Ibrahim dan Yin meriba abah. Menantu lain mengangkat abah. Aku rasa belum puas menatap wajah abah. Setelah siap dikafan kan semua kaum keluarga mencium abah buat kali terakhir. Selesai dikafankan jenazah abah dibawa ke surau untuk disembahyangkan. Itulah permintaan abah sejak dari dulu , seandainya abah meninggal abah mintak jenazahnya disembahyangkan disurau depan rumah kami. Abah sayang sangat surau tu. Abah wakafkan sebahagian tanahnya untuk dibuat surau. Nama surau tu pun “Surau Hj Omar” abah telah mewakafkan tanahnya untuk didirikan surau. Itulah lah sedekah jariah yang akan kekal sampai bila-bila selain dari doa anak yang soleh dan amalan abah semasa didunia.Ramai saudara mara datang melawat abah . Saat untuk berpisah dengan abah semakin hampir. Pukul 10 pagi jenazah abah siap di sembahyangkan dan hendak dibawa ke tanah perkuburan. Semakin ramai saudara mara yang datang tak sempat menatap wajah abah buat kali terakhir. Aku rasa terlalu cepat abah nak dikebumikan. Walaupun sunat mempercepatkan urusan jenazah…tapi aku rasa berat untuk berpisah dengan abah.. Akhirnya jenazah abah dibawa ke tanah perkuburan, Pt Sulong.. Aku turut mengiringi jenazah abah ke tempat persigganahn sementaranya di alam barzah. Setelah selesai urusan pengkebumian, semasa bacaan talkin , hujan panss telah turun seolah-olah mengiringi pemergian abah. Berat rasa hati nak meinggalkan abah disitu keseorangan. Semadilah abah dengan tenang disana. Semoga roh abah ditempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman. Kami redha dengan pemergian abah jika itulah lah ynag terbaik untuk abah. Insyallah abah kami akan tunaikan amanat abah supaya menjaga mak dengan baik. Itulah pesan abah yang selalu diucapkan kepada kami semua agar menjaga mak dengan baik.
Berlalu sudah semua kenangan indah bersama abah. Tiada lagi Abah kami didunia ini. Kalau masa boleh berputar alangkan indahnya. Teringat jasa-jasa abah selama ini kepada kami semua . membesarkan kami , membanting tulang empat kerat menyara persekolahan kami. Teringat Hari Raya Haji yang lalu sewaktu mak patah tangan duduk dirumah kakak , abah sorang-sorang kat kg , dia siap masak ketupat , dodol , ayam , sambal satay. Abah telefon aku balik ke tak , abah telefon semua orang. Tapi sayang semua tak boleh balik sebab cuti raya terlalu pendek. Hanya kak nor balik dengan kakak. Itulah pengorbanan abah. Teringat kalau kita semua balik kampung , abah sibuk pegi Pt Sulong , beli lauk , beli kopi tangkap ayam kampung (siap masak lagi ) dah tu cucu nak beli asikrim abah belikan….abah sibuk masakkan untuk kita semua , lepas tu waktu kita makan abah tak ada , abah pegi surau. Abah bukan nak makan sangat pun. Dia seronok tengok anak cucu berkumpul.. Kami berbangga dengan Abah. Insyaallah kami semua akan menjaga mak dengan baik sepertimana amanat abah kepada kami.
Terngiang-ngiang lagi kata-kata abah semasa mula-mula dimasukkan ke HSAJB dari Hospital Kota Tinggi, abah tanya kain putih dia di bawak tak ? Kakak tanya 2 kali dengan abah dan akhirnya kakak kata, kain putih tu nanti orang bawakkan. Pelik abah boleh ingat kain putih pulak di saat-saat tengah sakit tu.
Semasa som dan kak lah jaga jugak, abah beriya-iya nak balik kampong sesangat. Dia kata nak pergi “rumah baru” dan mintak dimandikan. Abah kata abah tak sabar nak pergi “rumah baru”. Som ngan kak lah terdiam jea…setakat membacakan yassin dan tidak henti-henti mengajar mengucap. Alahmdulilah, walaupun abah kesakitan, abah masih boleh menyebut nama allah dan sesekali mengucap.
Hhri Raya tahun ini paling menyedihkan bagi kami semua. Sepatutnya tahun ini semua anak , menantu , cucu abah akan berkumpul , ambil gambar ramai-ramai untuk jadi potret kenangan. Tapi segalanya dah berubah. Kami akan mengunjungi pusara abah. Buat yang masih punya abah..hargai semasa ada.
No comments:
Post a Comment