Tuesday, January 31, 2012

Ika @ SAB

Assalaualaikum pembaca setia blog Mama. Banyak kali ehh Refresh Blog Mama tapi tak de entry terbaru...
( heheh perasan ada orang bukak blog mama ni)..alah mengaku ajelah kan...

alah dah mula sibuk ler sekarang ni...so nak membuat n3 tu memang ada sedikit malas ler....tapi tak pelah..disebabkan malam ni sedikit free dan esok boleh pegi awal sikit sebab esok kan warga Wilayah Persekutuan bercuti sempena hari Wilayah. So jalanraya dijangka kurang sesak dan anak2 mama pun bercuti. So boleh keluar rumah lewat sikit. Kesiankan...anak2 cuti tapi mama kena kerja sebab opis mama dalam kawasan Selangor...huhuhuhu walaupun bersempadan aje ngan KL kan...lagi pun kan selalu mama shopping kat KL..so patut layak dapat cuti gak kan...heheheh boleh gitu...

Ok lah citer pasal anak2 ajelah yea. Dah hampir sessi persekolahan kan. So beberapa hari yang lalu Ika dah bertukar sekolah. Ika mendaftar si SMK Aminuddin Baki. Alhamdulillah permohonan Ika diterima, so sekarang Ika dan sam asekolah dgn Iki. Senang sikit mama nak menghantar pagi.

So akhirnya 3 sahabat karib (ASA - Amira Zulaikha , Sufi Aishah & Arisya Umaira) terpaksa mengucapkan Hye Bye Bye Bye . Mereka terpaksa berpisal sekolah demu mengejar cita-cita masing2 dan kecenderungan pilihan sekolah masing2. sedaih gak dorang ni nak berpisahhhh....tapi...nak buat macamana...Ika @ Amira bersekolah di Sekolah aminuddn Baki, Arisya ke MRSM IGSCE dan Sufi kekal di SMKTK. Tak apalah nanti cuti2 boleh jumpa kan.....

Model SAB tak berbayar ni......"nanti Amir pun sekolah kat sini gaklah Mama"

Ceria di hari pertama....hari ni ramai pelajar baru mendaftar. 

mulai sekarang kena keluar rumah awal..pukul 6.20 pagi dah kena keluar. Ini lah harga yang perlu dibayar kalau tak nak masuk boarding school, tapi nak sekolah harian yang terbaik...dan yang penting boleh balik rumah hari2.....

Sessi taklimat untuk pelajar baru

dalam dewan mendengar taklimat dr pengetua dan penyelia...

pelbagai kaum dan bangsa...1 Malaysia...

Selesai sessi taklimat dan membeli barang keperluan sekolah...dah hampir pukul 12 tgh......wahhhh lama gak ni...balik nanti kul 2.30....

Harap2 Ika selesa di sekolah baru ni. Yelah bukan senang pun nak masuk ke sini. Dari beribu permohonan, kekosongan cuma ada dalam 200 tempat aje. So semua calon terpaksa bersaing ler...walaupun semua  calon memenuhi syarat kemasukkan iaitu 5A keputusan UPSR dan aktif dalam kokorikulum. Mama memang berharap sangat Ika dapat masuk sini sebab senang...satu sekolah dgn Iki. Dah dua2 kurang berminat bersekolah di seklah berasrama (SBP or MRSM)..so pilihan yang terbaik adalah kat sini "Sekolah Berprestinggi tinggi (SBT) dan Kluster". SAB satu-satunya sekolah Menengah harian biasa di KL yang mendapat pengiktirafan SBT bersama 53 sekolah lain yang kebanyakkannya Sekolah Berasrama Penuh. So tak hairanlah memang sekolah ni sentiasa menjadi buruan ibu bapa untuk menyekolahkan anak2 mereka disini. Sanggup tu datang dari jauh dan keluar rumah seawal pagi. Semuanya demi nak mendapatkan yang terbaik untuk anak-anak.

Memang lah kajayaan seseorang tu bukan bergantung kepasa mana sekolah dia belajar...tapi sedikit sebanyak faktor tu main peranan juga. So to Ika....Selamat Menempuh Pengalaman baru....

Bagi yang nak semak senarai SBT Seluruh negara bolehlah tengok kat bawah ni...

20 Buah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Bagi Tahun 2010 tersebut terdiri daripada :

Daripada 20 buah sekolah tersebut, 10 buah adalah Sekolah Berasrama Penuh, 4 Sekolah Harian Biasa dan 6 Sekolah Kebangsaan. 

1. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) Sri Aman, Petaling Jaya, Selangor.
2. Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru, Johor.
3. Sekolah Dato’ Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan.
4. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak.
5. Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya, Selangor.
6. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN AMINUDDIN BAKI, KUALA LUMPUR
7. Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim, Jitra, Kedah.
8. Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, Negeri Sembilan.
9. Kolej Islam Sultan Alam Shah, Klang.
10. Sekolah Menengah Kebangsaan Sultanah Asma, Alor Setar, Kedah.
11. Sekolah Menengah Kebangsaan (P) St. George, Pulau Pinang.
12. Sekolah Menengah Sains Tuanku Syed Putra, Perlis.
13. Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya.
14. Sekolah Menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka.
15. Sekolah Kebangsaan Seri Bintang Utara, Kuala Lumpur.
16. Sekolah Kebangsaan Zainab (2), Kota Bharu, Kelantan.
17. Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail 1, Kuala Lumpur.
18. Sekolah Kebangsaan Convent Kota, Taiping, Perak.
19. Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
20. Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Uda 2, Johor Bahru, Johor.


23 Buah Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) Bagi Tahun 2011 tersebut terdiri daripada :

1. Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu.
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Selangor.
3. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak.
4. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor.
5. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah.
6. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang.
7. Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur.
8. Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan.
9. Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak.
10. Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur.
11. Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur.
12. Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang.
13. Sekolah Menengah Sains Muar, Johor.
14. Sekolah Kebangsaan Ulu Lubai, Sarawak.
15. Sekolah Kebangsaan Convent Muar, Johor.
16. Sekolah Kebangsaan Seri Biram, Pahang.
17. Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah.
18. Sekolah Kebangsaan Setiawangsa, Kuala Lumpur.
19. Sekolah Kebangsaan (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang.
20. Sekolah Kebangsaan Sultan Ismail, Terengganu.
21. Sekolah Kebangsaan Jalan Tiga, Selangor.
22. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Perempuan China, Pulau Pinang.
23. Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Lick Hung, Selangor.



19 comments:

  1. SEKOLAH MENENGAH DATO SULAIMAN tak tersenarai ye.ish..ish..ish kesian

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah 2020 ni makcik,.. Ermm sekolah datuk leman tersenarai x?? �� ��

      Delete
  2. wow aminudin baki.. mmg hebat school nih.. congrats Ika.. saya kan Mama, nnti xmo Sami g boarding school gak.. eh? dh berangan? haha.. sy dulu xsuka life kt boarding school and even 'tak pandai' pon sbb asik nk rebel aje. kuar masuk sekolah kampung hati gembira walau buat mak geram kadang2 patu elok aje result SPM elok masuk U.. xpayah nk resah gelisah kt boarding school.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah Ely, Mama lagi prefere anak dok rumah. ada yg kata bagi duduk asrama biar dia berdikari..tapi mama rasa duduk rumah pun dia berdikari..kena bangun pagi2..balik sekolah kena naik bas sendiri...homework dll..cuma bezanya dia ada di depan mata kita...

      Delete
    2. macamk mana ya nak mohon utk form 1

      Delete
    3. Permohonan kena buat di JPN Wilayah. Syarat utama UPSR 5A.

      Delete
    4. Permohonan kena buat di JPN Wilayah. Syarat utama UPSR 5A.

      Delete
    5. Mcm mana ye nak mohon kemasukan untuk form 4 ?

      Delete
  3. macam mana nak mohon smk aminuddin baki.Saya pelajar FOrm 3

    ReplyDelete
  4. macam mana nak mohon smk aminuddin baki.Saya pelajar FOrm 3

    ReplyDelete
  5. this school ada asrama ka?

    ReplyDelete
  6. Puan
    Anak sy pon SAB baru masuk form 1
    Cuma nak tnyr transpot bas pulang macamana ye puan ?
    So far sy x jumpa lagi
    Sy pon duduk area ampang
    T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak saya dulu sbb 2 beradik sekolah ni...abang n adik..so balik sekolah kalau saya atau suami x dapat ambil..dorang naik bas. Ada bas dari depan SAB sampai ke LRT Taman Dagang ampang..

      Delete
    2. Kalau saya nak tukaq anak saya dr sek sbt sek men sultanah asma ke sek sbt sab blh ke,sbb saya nak pindah ke kl , boleh ke ..,,

      Delete
    3. saya pon thn ni baru nak tukaq sek dr sek sultanah asma ke sek aminuddjn baki..sbb saya pindah kl.anak thn ni form 2,baru dok apply

      Delete
  7. As salam puan....nak tumpang tny puan apply SAB sblm apply SBP/MRSM ke?

    ReplyDelete
  8. As salam....keputusan ank puan semasa sab ni...ada peningkatan tak utk exam pertengahan thn dan akhir tahun.

    ReplyDelete
  9. Nak apply selalunya lps abis upsr cikgu akan bg satu borang utk isi sekolah kawalan...

    ReplyDelete