Thursday, August 20, 2009

Zalfa & HFMD

Dalam sibuk-sibuk pasal H1N1, hari ni anak sedara mama, Nur Zalfa Hana (2 tahun) kena pulak sakit HFMD (Hand, Foot, Mouth Deases) @ penyakit Tangan, Kaki dan Mulut . Haii macam2 pulak kena penyakit sekarang ni..Hari tu dia demam panas....lepas tu naik ulser kat dalam mulut, melepuh keliling mulut, tangan dan kaki. Kesian pulak budak2 kecik ni kena ulser kat mulut, camana nak makan. Penyakit ni berjangkit terutama di kalangan kanak-kanak bawah 5 tahun. Zalfa dapat penyakit ni dari Nursery lah rasanya...sebab Zalfa duduk kat Nursery, dan ada 4 orang budak kat nursery tu kena.... so berhati-hatilah dengan ancaman pelbagai penyakit sekarang ni....semoga Zalfa cepat sembuh dan boleh main-main dengan Amir semula.



Zalfa & Amir..last week before demam


Nur Zalfa Hana

2 comments:

  1. Sabar...baru saya teringat, masa awal-awal dulu penyakit tu datang Msia, anak kawan saya pernah kena penyakit tu. Dia dapat ubat yang banyak di keliling rumah, lupa pula nama pokok tu, sejenis tumbuhan kecil, daunnya kecik2, batang pokok tu lembut, sebesar tauge...nantilah kalau ada masa saya ambik gambarnya dan masukkan dalam blog saya. Diambil sedikit airnya dan minumkan. Moga2 anak Puan cepat sembuh.

    ReplyDelete
  2. TQ.yang kena ni bukan anak saya, tapi anak saudara....nanti kalau jumpa post dalam blog ya

    ReplyDelete