Sekarang ni Pandemik H1N1 tengah mengganas..setakat hari ni dah ada 32 kematian. Takutnya mama dengar. Kat office mama pun semalam ada 3 kes Influenza A +ve. tapi yang tak berapa serius. Sorang masuk Hospital, tapi dr bagi balik dan kena kuarantin kat rumah. Lagi 2 orang pun kena kuarantin kat rumah. sekarang ni semua officemate pakai mask dan suhu badan akan diambil setiap pagi.
Harap-harap semuanya terkawal. Anak-anak pegi sekolah pun, mama paksa suruh pakai mask. Walupun rimas rasa pakai mask ni kan..untuk kebaikan terpaksalah tahankan aje.
Mama memang risau dengan keadaan ni....sekarang Iki pun demam..tapi dah baiklah demam dia..dah 2 hari tak sekolah. Cerita bab demam ni mama memang fobia yang teramat. Cukuplah sekali mama melalui detik hitam berkaitan demam ni. Anak mama Anis Sabrina menjadi korban demam denggi...
Ya Allah..moga-moga negara kita bebas dari masalah ini dan menjalani kehidupan dengan selamat.
No comments:
Post a Comment