Hujung minggu datang lagi...dah yan lebih best hujung mingguni cuti straight 3 hari campur hari merdeka. Ohhh bestnya. Macam biasa bila hujung minggu mama punya plan buka puasa memang baik punya. Minggu ni turn berbuka puasa dgn adik beradik sebelah mama pulak. Kamiada 5 adik beradik kat KL ni kan..dan 4 lagi di JB. So minggu ni kami pilih nak berkumpul kar rumah Mummy Gee. Konsep dia "Pot Luck.." hihiihih tapi tuan rumah kena masak lebih...ada 3 minggu lagi..so minggu depan mungkin rumah Kak Mah, dan minggu satu lagi kalau smepat rumah mamam kot..mama kena last sebab mama kan adik yang paling bongsu......Selepas calling2 semua..kami semua decide hari Sabtu ( 29/8/09) nak berkumpul kat sini. Oleh kerana tak nak menyusahkan tuan rumah ( hiiihihih..ye ke..) kami masing2 bawak ler lauk pauk mana yang sempat nak masak.
Memriahmeriah giler bila berkumpul ramai2 ni. Anak-anak dari apgi dah tanya bil anak gi rumah Danny ni....dari tgh semua dah bersiap. Bila mama balik daru pasar aje..semua dah sibuk nak tanya. Ya Allah..mama kata petang nanti baru pegi, sebab mama nak masak dulu.
Mama kelaur rumah lepas solat Asar. Hari ni mama masak Ikan Bakar. Mama buat Ikan Pari Bakar dgn air asam..dah siap berbalut daun pisang, nanti bakar kat sana, nak bakar awal2 nanti tak sedap pulak dah sejuk. Sampai rumah mummy gee pukul 6.15. Ok lah tu..budak2 terus berdesupppp tak tau apa plan diaorang...
Kami semua ni kan kalau bab masak2 kan memang "terror" giler..maklumlah kami ni adik perempuan ramai...dan memansak memang jadi agenda utama kalau berkumpul ni. So don'worry..kalau datang rumah kami memang tak kebulur punya...
Tengok ler meja hidangan .....penuh sampai tak maut.
Walaupun kata semua bawak lauk pauk kan...tapi mummy gee selaku tuan rumah..memang masak paling banyak ler.. Jom tengok apa meanu yang kitaroang ada malam tu....
hah ini menu mummy gee..soto special & ayam goreng
ni pun mummy gee masak..siakap sweet sour & hati masak kicap
ni mummy gee lagi...sambal goreng & tauhu + tempe goreng ( ni menu wajib ni...hihiihih)
yang ni mama masak...Ikan Bakar special + air asam
yang ni Kak Mah masak..kerabu darun ranti+tauge+ kacang botol dll & Kuih koci
Kak Nor dgn masak lemak ikan parang + nenas ( ni kesukaan arwah mak & abah) dan kuih apa ntah mana dia....
lepak-lepak sebelum buka puasa...
Lepas buka puasa..solat berjemaah...hubby jadi imam...
Alhamdulillah....dah 9 hari berpuasa. Bersyukur dgn rezeki yang Allah kurinakan kepada kami semua. Sesekali berkumpul ni memang seronok sangat. Walaupun Mak & Abah dah tak ada..insyallah kami semua kaan terus mesra macam ni, cuma beza dulu berkmpul kat kg..di rumah mak & abah..tapi sekarang ni lainlah pulak.
Lepas solat Isyak dan Terawikh..lepak2 lagi..sambung makan mana yang nak mana. Kak Nor balik...mama ni nak balik tapi iki dan ika merengek tak nak balik..dan danny, danish dan dania pulak asyik cakap..mama janganlah balik..nak main dgn iki ika....last2 mama tak jadi balik. Mama pujuk Kak Mah jangan balik gak. Esok lagi lepas sahur dan subuh kita baliklah...hiihihihi
Nasib baik hubby kata ok lah..sesekali...bagilah mama peluang sembang lama2 dgn kakak2 ku kan....
apalah yang disembangkan tu ya...macam serius aje kan
Malam tu budak2 ni mama rasa diaorang ni tidur kul 4 pagi kot....Semua berkumpul dalam bilik Danny...ada yang tanam strawberi, tanam cili, petik labu, sembur baja, beli rumah, serang kampung sebelah, cari kayu api, tembak orang.Pelik kan di tengah2 malam2 buta buat kerja2 ni. Tapi itulah anak-anak siber..... berkebun pun di alam maya. Kalau arwah abah ada mesti dia heran ni...selama ni dia tanam cili kat belakang rumah aje kan...mencangkul sampai keluar peluh...ni sambil baring boleh tanam cili ye..hiihihihihi
Akhirnya diaorang tertidur juga dalam pukul 4 pagi. Pukul 5 time nak kejut sahur....Ya ampunnnn..liatnya....sambil duduk pun bleh tertidur.
Danish & Iki makan sambil mamai..time sahur...yelah lepas tanam strawberi malam tadi kan dgn perang ngan ultraman
hahaaa sampai ke subuh gak kami kat sini. Dah lepas subuh liat gak budak2 ni nak balik. Kak Mah balik lepas subuh. Mama ni yang masih melekat..budak2 ni ada aje idea dia nak lamabt2 kan balik....nak mian bola lah, nak main buai dll...
santai kat halaman rumah
Akhirnya pukul 9 pagi mama balik ler. budak2 semua muncung ajelah..ihihihi cukuplah tu..minggu depan jumpa lagi. TQ mummy gee & family..minggu depan jumpa kat Klang pulak rumah Kak Mah.
On d way nak balik , kakak ipar mama, Kak Nab tepon, ajak buka puasa rumah mak mentua hari ni...budak2 ni dengar sengih balik sebab dapat jumpa sepupu sebelah hubby pulak...Gitulah mama..kena bagi2 hujung minggu ni..antara 2 keluarga. Tapi yang penting kami semua gembira. Mama kena singgh pasar dulu lah....nak masak apa yer untuk petang ni......nampak gaya mama belum berpeluang berbuka puasa di rumah sendiri waktu hujung minggu....tapi mama tak kisah..yang penting kami semua gembira dan hubungan kekeluargaan pun bertambah erat.....mama singgah kat Pasar Borong Selangor....
No comments:
Post a Comment