Sunday, August 23, 2009

1st Ramadhan

Hari ni umat Islam mula berpuasa. Mama dan keluarga bersyukur kerana masih dipanjangkan umur untuk menjalani ibadah puasa pada tahun ni. Kebetulan puasa tahun ni jatuh hari Sabtu dan permulaan cuti sekolah, so senanglah sikit.

Pagi tadi selepas sahur (mama masak nasi lemak je..) dan solat subuh..mama terus ke pasar macam biasa...sampai pasar pun termenung, tak tau nak beli apa...mama cuma beli daging dan ayam jer...lepas tu mama ke carrefour ler..mak aiiii punyalah ramai orang...selalu mama datang time pagi2 cam ni lengang aje..hari ni punyalah ramai....agak semua orang masala nak keluar lambat2 kot.

Hari pertama puasa ni...cuaca sejuk aje..hujan dari pagi sampai ke tengahari...kira ok lah tak panas...iki ika pun steady jer.....

Disebabkan hari pertama puasa ni kira hari cuti, mama dan ipar duai yang lain plan nak berbuka puasa di rumah mak mentua lah. Memang dah jadi kebiasaan sabtu pertama puasa mesti buka kat sini,lebih2lagi sekarag mama pun dah tak ada mak dan abah lagi....kalau dulu kadang2 balik juga ke kampung sambut puasa dgn mak dan abah. Tapi mama bersyukur walaupun mak dan abah sendiri dah tiada di dunia ini,.....namun mak dan ayah mentua pun dah macam mak ayah sendiri, dan kebetulan mereka pun menetap di KL kan...senang lah..

Hari ni cam biasalah, kalau buka puasa rumah mak, kami semua akan buat pot luck, sebab mak pun dah tak larat dan kami tak nak susahkan mak....Hari ni yang datang buka puasa kat rumah mak ialah kelaurga mama, kak nab, kak Ani, Kak Samsiah dan si bujang Amin . Roha tak dapat nak joint sebab Zalfa masih belum sembuh dari HFMD. Kalau dah berkumpul ni dan masing2 bawak pot luck memang penuhlah meja makan.

Antara menu yang ada hari ni..hmmmm banyak betul dan penuh meja tau. Maklumlah anak menantu mak ni kan semua pakar masak kan...hihihiihihih antaranya nasi kerabu, bubur lambuk, ayam bakar + air asam, ayam masak kicap, sambal udang, masak lemak pucuk ubi, kurma ayam, sambal fishball, tofu jepun, siakap asam rebus. Kuih muih dan dessert pulak popiah goreng, kuih lopez, kuih kasui,pengat pisang, sagu gula melaka danbuah-buahan. Percaya tak kesemua makanan ni kami semua masak sendiri tau. tak ada yang tunjuk2 aje... lagipun tak bestlah kalau beli. Mama lebih suka laup pauk masak sendiri. KAlau nak beli punkuihmuih ajelah..tapi aklau ramai2 ni lebihbaik buat sendiri.

Mak dan ayah pun seronok lah tengok anak cucu datang berkumpul..memang meriah giler dan riuh rendah ler rumah tu


hah...tengok meja tu sampai tak muat tau.....melimpah...


masak lemak pucuk ubi dan ayam bakar by Kak Nab


Ayam Kicap by Mama & Sambal Udang by Kak Ani


Yang ini by Kak Samsiah..kurma ayam dan fish ball goreng cili


pengat pisang by Kak Samsiah & Bubur Lambuk by Mama


Kuih Kasui by Kak Ani & Sagu Gula Melaka by Kak Samsiah


Kuih Lopez by Kak Nab & Popia Goreng by Mama..( Kak Nab juga ni....nama sama kan...)

Lepas selesai berbuka..kami semua solat maghrib berjemaah dan diikuti dengan Solat Isyak dan Terawikh. Kami buat solat berjemaah dirumah..penuh tu ruang tamu rumah m..dari si kecil Amir ke dewasa..semua tak terkecuali....dah macam kat surau kecil tau...

Memang kami semua kalau datang berbuka di rumah Mak lebihsenang soalt Terawikh di rumah, sebab budak2 kecik pun boleh ikut sekali. Selalunya yang jadi imam abang iapr mama Hj Ismail (Suami Kak Ani). Kalau sulu selalu ayah mentua yang akan mengimamkan solat, tapi sekarang ni ayah dah uzur dan tak larat nak imamkan solat.


Ika & Amir

Susun..susun..rapatkan saf....

Itulah nikmatnya Ramadhan, kalau hari biasa tu kadang2 susah nak kumpul semua kan....Selesai solat..sambung balik makan moreh....hiihihihihi

Lepas tu balik rumah ler....Iki "kidnap" Luqman balik ke rumah..ihihihihiihi..tak apa cuti sekolah kan

Sebenarnya mama pun rindu sangat2 nak balik kg sendiri....tak sabar nak tunggu Raya nanti nak balik. Nak ziara pusara mak dan abah... Sedih kenangkan dah tak ada mak dan abah lagi....nasib baik masih punya mak dan ayah mentua......so sesiapa yang masih punyak kedua ibu bapa pulanglah berbuka dgn mereka andai berkesempatan.....



No comments:

Post a Comment