Monday, July 13, 2009

Mari Masak Rendang Tok


Hahahahha…malam sabtu mama ada misi ni…untuk mummy Gee ler….. Gee kan nak buat house warming ( gee baru pindah rumah kat Bangi kan), so dia telah mendera mama untuk masak Rendang Tok untuk dia. Balik kerja hari Jumaat tu, mama beli ler 8 kg daging untuk masak rendang ni.

Disebabkan kuali mama ni maximum boleh isi 4 kg daging aje...hihihihi..mama import kuali dari rumah Kak Nor le pulak. So balik kerja lepas selesai beli bahan2 tu, lepas maghrib, mama mulakan ler misi mama tu. Kerja berat ni..hihihiihih..macam nakberniaga ler pulak....

Siapkan semua bahan mentah, nasib baik daging orang kat kedai tu bermurah hati tolongkan potong2 kan jadi bentuk kuib, kalau tak kebas ler tangan mama nak potong daging tu. Sementara mama nak mandi dan main-main dgn Amir sekejap, mama suruh bibik sediakan bahan2 asas ler...

Hah mama mula masak rendang ni pukul 10 malam...nak tidurkan Amir, tapi dia tak tidur2 pun..dia pun menyibuk sama kat dapur tu, kejap pegang bawang ler, serai ler, dia pun nak masak sama tau....
Jom tengok camana mama masak rendang tok versi mama ni....



Kasi besih dulu, bawang merah, nwg putih, serai, halia, kunyit, serai , ketumbar, jintan ( mama tak jumpa lengkuas kat kedai..so x payah letak ler....)


mama masukkan bahan2 yang mama dah kisar tu dalam periuk.bekas besar dulu..mama perap dulu daging ni dgn rempah2 dia...lepas tu kacau2 bagi dia sebati....macam main masak-masak kan...



lepas dah sebati, mama masukkan daging ..kacau dan biarkan dia meresap rempah sekejap dalam 30 minit ker.... ikut suka ler berapa lama pun...hihihihihihi


lepas tu mama tumis rempah ni dulu...serai, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga


Lepas tu masukkan daging yang dah di perap tu...kacau2...alamak...tak muat ler pulak kuali ni....ni belum masuk santan lagi ni.... aduh...kena tuakr kuali ler pulak....spoilt betul ler.....



mama pun tukar pulak masuk dalam periuk besar lain...masukkan santan..kacau...



hah..kan dah berasap tu.... lepas santan dia kering sikit, mama tukar balik masuk dalam kuali....

Time ni dah hampir pukul 2 pagi, mama dah ngantuk sangat....so mama tutup api dan zzzzzzzzz dulu..esok pagilah sambung....


pagi2 bibik bangun terus pasang api balik.... lepas tu mama ambik sikit nak rasa dah lembut ke belum...potong daun kunyit



yeahhhh...dah lembut....campakkan daun kunyit tu....




Dah masak ..mama tukar masuk dalam periuk...senang nak bawak gi rumah gee...
Amacam..sedap tak rendang mama ni...so keseluruhan masak rendangni 6 jam atas api...hihihihihihi dari kul 10 malam...sampai kul 2 pagi..esoknya sambung lagi 2 jam..... yummmyummm..memang menjilat jari dan gudsi ler rendang mama ni...hihihiihhi naik lif tekan sendiri ler...


Friday, July 10, 2009

Kesian Amir


Amir ni kan selalu kena buli ngan Iki dan Ika. Macam2 diaorang ni buat experiman kat Amir ni. Yang si kenit Amir ni pun sengih ajelah bila Iki dan Ika main2 dgn dia. Disebabkan Iki dan Ika ni kan dah besar baru ada adik..so memang nasib ler adik dia ni..hari2 kena gomol, peluk, buli dll. Kalau Iki dan Ika tak layan Amir pulak..Amir pulak yang buli doarang especially masa iki dan ika tidur ler...yelah mas tu aje amir boleh menang kalau buli dia.....hahahhaha tapi mama rasa bahagia betul tengok gelagat anak-anak mama ni....aduhai anugerah Allah yang tak ternilai harganya....


Tengok tu Iki dgn Ika buli Amir...dimasukannya adik dia dalam beg..aduh...anak mama...Amir sengih aje...suka lagi ada...

cuti....cuti...hujung minggu..santai

Sabtu & Ahad..hari paling mama suka sekali. Hmhmhmmmmm best ....best...best..... Petang sabtu tu lepas iki dan ika habis dari tuition..mama n hubby bawak anak2 gi Taman Tasik Ampang Hilir. Dah cantik tasik ni rupanya…sebelum ni terbiar aje..banyak pokok kiambang lagi. Dah lama mama tak lalu Tasik ni, tetiba 2-3 lepas lalu sini..dah cantik le pulak. Tu yang nak bawak diaorang saja ambil angin kat sini tu.

Mama siap abwak basikal amir lagi..yelah nanti dia asyik nakberlari aje tak larat nak kejar ler pulak...kalau bawak stroller pun dia tak nak naik pulak...anti dia penat nak berdukung pulak...so mama sumbat basikal amir ni dalam bonet...hihihihihiihi



Taman Tasik Ampang Hilir.....cantik dan bersih



cantik kan view tasik ni



permata hati mama.....



yehh..yehhhhh amir naik basikal...tak payah jalan....



lompat..jangan tak lompat...



ahhhh..Amir nak cepat tinggi macam abang Iki



tepi sikit....Amir nak exercise ni.....


penat exercise lah...naik kuda pulak lah.....


Amir penat lah....tolong kakak...abg Iki berat sangat ni...


yehh..yeh.... boleh buli ayah.....cepatlah ayah....



hai.....jomlah main kat sini

Amir Banyak Akal


Amir sekarang ni dah 17 bulan..dah semkian bijak dan panjang akal. Hari tu lepas mama and hubby hantar iki dan ika pegi Tuition, malas nak balik kek rumah, we all gi lah ke Tesco. Masuk aje Tesco dia nampak permainan ni terus melekat tak nak bergerak...lepas tu tunjuk2 nak main. So mama bwaklah dia main..aduhai..lepas tu dia tak nak turun ler pulak..jenuh ler nak pujuk dia...menjerit2 pulak Gaya macam budak besar ajelah main tu.

Lepas tu mama bawak dia masuk dalam Tesco, dia tan kank duduk dalam Troli..di anak jalan sendiri, tau ajealh Amir ni..semua dia nak capai..jumpa budak2 kecik sebaya dia semua dia usha2...



yehhh..yeh...best..best...main air


huiiii..bestlah bawak keta ni......



aduiiii...lambatnya orang depan ni bawak keta...


cantik tak...keta kita......abg dgn kakak tak ada best ni....



alamak..aada awek lah.....nak tengok lah...


Cempedak Pusaka

Minggu lepas Kak Nor balik kg, so sekarang ni kan tengah musim buah, kat kg tu rambutan, manggis, cempedak tengah lebat berbuah. So disebabkan mama ni tak balik kan..tapi bahagian mama tetap ada..hihihihihihi TQ ya sebab bawakkan mama juga buah-buah ni, Actulally masa tu yang balik kg cuma Kak Nor, Yin dan Mek aje.

Cerita pasal buah cempedak ni kan..teringat arwah Abah. Abah tanam pokok cempedak ni beberapa tahun sebelum kematian dia. Masa abah nak tanam kan kita ornag anak-anak n kan suka ler menyakat, cakap buat apa nak tanam pokok lagi bah, dah ”senja” nanti tak sempat nak merasa. Tapi abah rilex aje ..dia cakap tak apa abah tak rasa nanti anak , menantu cucu cicit abah kan boleh rasa. Rupanya betul kata-kata Abah tu. Cempedak ni berbuah sulung dan masak ranum semasa abah tengah sakit di Hospital. Ingat lagi, kitaorang ambil sikit buah cempedak tu dan bagi abah rasa buah cempedak sulung. Abah senyum aje masa tu. Dan sekarang kami anak , menantu cucu- cicit abah yang merasa makan buah cempedak pusaka ni. Terima kasih Abah dan Emak.
Iki dgn hubby cukup suka cempedak. Banyak ulas2 dia...separuh lagi tu mama goreng ler...
Puhhh memang manis giler buah cempedak ni.


yumm..yummm..manis oooo cempedak kg mama ni...sedapppp




MALAS

Dah 2 minggu tak update blog. Ada sibuk sikit ler...lagi pun internet kat rumah tu selalu problem aje....lambat nak download gambar, tu yang senyap aje tu lebih seminggu. Sebenarnya banyak nak tulis tapi tu lah penyakit M**** tu kan kalau menyerang..memang tak ada ubatnya, hihihihihihiihihih

Hah minggu ni free sikit...lepas ni nak updatleh cerita2 yang banyak tertinggal ni