Monday, July 13, 2009

Mari Masak Rendang Tok


Hahahahha…malam sabtu mama ada misi ni…untuk mummy Gee ler….. Gee kan nak buat house warming ( gee baru pindah rumah kat Bangi kan), so dia telah mendera mama untuk masak Rendang Tok untuk dia. Balik kerja hari Jumaat tu, mama beli ler 8 kg daging untuk masak rendang ni.

Disebabkan kuali mama ni maximum boleh isi 4 kg daging aje...hihihihi..mama import kuali dari rumah Kak Nor le pulak. So balik kerja lepas selesai beli bahan2 tu, lepas maghrib, mama mulakan ler misi mama tu. Kerja berat ni..hihihiihih..macam nakberniaga ler pulak....

Siapkan semua bahan mentah, nasib baik daging orang kat kedai tu bermurah hati tolongkan potong2 kan jadi bentuk kuib, kalau tak kebas ler tangan mama nak potong daging tu. Sementara mama nak mandi dan main-main dgn Amir sekejap, mama suruh bibik sediakan bahan2 asas ler...

Hah mama mula masak rendang ni pukul 10 malam...nak tidurkan Amir, tapi dia tak tidur2 pun..dia pun menyibuk sama kat dapur tu, kejap pegang bawang ler, serai ler, dia pun nak masak sama tau....
Jom tengok camana mama masak rendang tok versi mama ni....



Kasi besih dulu, bawang merah, nwg putih, serai, halia, kunyit, serai , ketumbar, jintan ( mama tak jumpa lengkuas kat kedai..so x payah letak ler....)


mama masukkan bahan2 yang mama dah kisar tu dalam periuk.bekas besar dulu..mama perap dulu daging ni dgn rempah2 dia...lepas tu kacau2 bagi dia sebati....macam main masak-masak kan...



lepas dah sebati, mama masukkan daging ..kacau dan biarkan dia meresap rempah sekejap dalam 30 minit ker.... ikut suka ler berapa lama pun...hihihihihihi


lepas tu mama tumis rempah ni dulu...serai, kayu manis, bunga lawang, buah pelaga


Lepas tu masukkan daging yang dah di perap tu...kacau2...alamak...tak muat ler pulak kuali ni....ni belum masuk santan lagi ni.... aduh...kena tuakr kuali ler pulak....spoilt betul ler.....



mama pun tukar pulak masuk dalam periuk besar lain...masukkan santan..kacau...



hah..kan dah berasap tu.... lepas santan dia kering sikit, mama tukar balik masuk dalam kuali....

Time ni dah hampir pukul 2 pagi, mama dah ngantuk sangat....so mama tutup api dan zzzzzzzzz dulu..esok pagilah sambung....


pagi2 bibik bangun terus pasang api balik.... lepas tu mama ambik sikit nak rasa dah lembut ke belum...potong daun kunyit



yeahhhh...dah lembut....campakkan daun kunyit tu....




Dah masak ..mama tukar masuk dalam periuk...senang nak bawak gi rumah gee...
Amacam..sedap tak rendang mama ni...so keseluruhan masak rendangni 6 jam atas api...hihihihihihi dari kul 10 malam...sampai kul 2 pagi..esoknya sambung lagi 2 jam..... yummmyummm..memang menjilat jari dan gudsi ler rendang mama ni...hihihiihhi naik lif tekan sendiri ler...


No comments:

Post a Comment