Petang ni secara tiba-tiba mama teringat lagi kat kg halaman. Sekarang ni kan dah masuk Bulan Syaaban..ingat dulu kat kg dulu-dulu kan..kalau dah dekat nak masuk bulan Ramadhan mak dan abah akan buat kenduri tahlil untuk arwah-arwah kaum keluarga yang dah pergi. Masa tu kat kg memang boleh dikatakan tiap malam ada aja jemputan untuk kenduri...kadang2 tu satu malam ada 2 rumah sekali buat kenduri.
Sekarang ni ada lagi tak ye...rasanya ada ..sebab kadang2 we all ada gak buat time balik kg, Cuma sekarang ni sebab masyarakt kg pun dah semakin berkurangan, kadang2 diaorang buat sekaligus dan combined ramai-ramai buat kat surau. Masa tu orang kg semua datang ker bergotong royong memasak makanan...disebabkan Surau kat kg tu kan di halaman rumah kami, hah kami terasa lah kemeriahannya.... rasa macam jadi tuan rumah lah pulak..
"Surau Hj Omar” dinamakan sempena nama Abah, sebab Abah telah mewakafkan tanah untuk pembinaan surau ni. Bagi mama sekeluarga surau ni memang penuh nostalgia lah.
Surau ni mula dibina tahun 1980, masa tu mama baru masuk darjah 2. So surau ni dibina secara bergotong royong..dapat bantuan kayu-kayan dan lainnya, tapi pembinaannya dilakukan secara bergotong royong oleh penduduk kg. Masa mula-mula nak dirikan surau ni, mereka nak cari tapak yang sesuai dan kalau ada orang sudi mewakafkan tanah. So Abah tak tunggu lagi terus menawarkan sebahagian tapak rumah kami untuk pembinaan surau ni. Surau ni begitu dekat di hati Abah. Dia jaga surau ni macam dia jaga rumah dia lah lebih kurangnya.
Fasa pertama surau ni diperbuat semua dari kayu api. Air pun pakai air kolah aje, sebab bekalan air tak masuk lagi. So mengharapkan air hujan yang ditadah ke dalam kolah untuk kegunaan jemaah berwudhu. Yang mama masih ingat..dulu setiap malam Jumaat ada majlis Muzakarah kat surau ni, Penceramah dia Cikgu Mukmin...lepas tu Cikgu Ismail...ntah lah lepas tu mama dah tak ingat dah....masa tu mama kecik lagi. Seronok sangat time malam jumaat tu sebab ramai orang kg datang ke surau dan budak2 pun datang sama...

Pada tahun 2002, Abah ada beritahu kami semua, yang peruntukan untuk membina surau baru dah diluluskan. Abah orang yang paling gembira sekali. Dah tak sabar Abah nak dapat surau baru. Dia selalu berangan nanti kalau buat surau baru tu dia nak tolong buat sama, walaupun dah diberitahu surau tu akan dibina oleh kontraktor yang dilantik. Setiap kali mama dan adik beradik lain pulang ke kampung, Abah mesti bercerita pasal projek Surau baru tu. Dari sebulan- ke sebulan peruntukan yang dijanjikan tak kunjung tiba. Tak tau dimana silapnya..dari bulan berganti tahun..sehingga akhirnya Abah telah kembali ke Rahmatullah pada tanggal 2 August 2003..surau yang Abah selalu sebut-sebut tu masih berlum nampak bayangnya. Sebelum Meniggal Abah telah berpesan seandainya dia meninggal dunia, mintak disembahyang jenazah Abah di surau ini. Permintaan abah telah kami penuhi. Hidup mati Abah memang sengan surau ini. Surau ni memang dah macam rumah Abah rasanya.
Setelah kematian Abah, rumah kami terbiar kosong kerana mak mengikut anak-anaknya, Mak pun dah tak sihat... Walaupun Mak dah tak menetap di kg lagi tapi kami tetap pulang ke kampung ..paling tidak sebulan sekali. Bwak Mak balik kg. Tak lama lepas tu kami dapat berita yang surau lama tu akan dirobohkan untuk membina surau yang baru. Oh tercapai juga hajat Abah, tapi sayang abah dah tiada. Tak apalah sekurang2nya penduduk kg dapat menunaikan ibadah dgn lebih sempurna.
Akhirnya surau yang lama tu pun dirobohkan, Orang kg ada menefon kami untuk memaklumkan hal ini, dan meminta kalau ada kelapangan pulanglah untuk menyaksikan surau nostalgia ini dirobohkan. Kalau tak silap mama kak Long , Yin dgn Mek ada balik kot. Yang pasti mama tak balik .
Pembinaan surau baru pun bermula....halaman rumah mama memang bersepah-sepah ler dgn bahan-bahan binaan dan lainnya. Semasa menanti surau ini disiapkan , balairaya kg digunakan sementara sebagai surau. Sebelum tu ada kami offer untuk menggunakan rumah kami sebagai surau, tapi penduduk kg ada yang kurang setuju pulak. So tahun itu solat Aidil Fitri pun tak boleh di buat kat surau tu...
Tak lama surau tu pun siap...warna biru..tapi entah macam ada yang tak kena aje. Penduduk kg kurang berpuashati dgn hasil kerja kontraktor tu. Yelah tak sampai sebulan surau tu dah nampak senget, dan bumbung pun cam senget aje. Lepas tu keluasannya agak terhad. Setelah berulang kali diadukan akhirnya surau yang telah siap tu diruntuhkan sebahagiannya...untuk memperbaiki mana-mana bahagian yang tidak mengikut specifikasi. Entahlah mama tak tau detail sanggt pasal kontrak pembinaan surau ni, siapa yang buat, kontraktor mana, berapa peruntukan dll. Yang kami tahu surau tu siap aje.
Cucu-cucu Hj Omar posing kat surau yang baru siap..."Hari Raya 2007"
Selepas melalu proses baik pulih dan setelah melalui banyak liku-liku dan kronologi akhirnya surau yang lebih sempurna, luas, cantik dan selesa selesai dibina dan tersergam indah di tapak asal surau lama. Setiap kali mama balik kg, dan nampak surau ni, pasti terbayang Abah. Tentu Abah suka kalau dia masih hidup..tengok surau ni dah cantik sangat.
Inilah rupa "Surau Hj Omar" setelah siap dibaikpulih..warna hijau muda pulak...
"Surau Hj Omar"
Ini lah rumah pusaka tinggalan Abah & Emak kat Kg (303, Batu 21 Jalan Muar - Pt Sulong), surau Hj Omar terletak dihadapan sebelah kiri rumah ..halaman luas dan lapang....
No comments:
Post a Comment