Friday, July 10, 2009

Cempedak Pusaka

Minggu lepas Kak Nor balik kg, so sekarang ni kan tengah musim buah, kat kg tu rambutan, manggis, cempedak tengah lebat berbuah. So disebabkan mama ni tak balik kan..tapi bahagian mama tetap ada..hihihihihihi TQ ya sebab bawakkan mama juga buah-buah ni, Actulally masa tu yang balik kg cuma Kak Nor, Yin dan Mek aje.

Cerita pasal buah cempedak ni kan..teringat arwah Abah. Abah tanam pokok cempedak ni beberapa tahun sebelum kematian dia. Masa abah nak tanam kan kita ornag anak-anak n kan suka ler menyakat, cakap buat apa nak tanam pokok lagi bah, dah ”senja” nanti tak sempat nak merasa. Tapi abah rilex aje ..dia cakap tak apa abah tak rasa nanti anak , menantu cucu cicit abah kan boleh rasa. Rupanya betul kata-kata Abah tu. Cempedak ni berbuah sulung dan masak ranum semasa abah tengah sakit di Hospital. Ingat lagi, kitaorang ambil sikit buah cempedak tu dan bagi abah rasa buah cempedak sulung. Abah senyum aje masa tu. Dan sekarang kami anak , menantu cucu- cicit abah yang merasa makan buah cempedak pusaka ni. Terima kasih Abah dan Emak.
Iki dgn hubby cukup suka cempedak. Banyak ulas2 dia...separuh lagi tu mama goreng ler...
Puhhh memang manis giler buah cempedak ni.


yumm..yummm..manis oooo cempedak kg mama ni...sedapppp




No comments:

Post a Comment