Day 2
Ok mulakan perjalanan dan agenda hari kedua di KK. Seawal pagi kami dah bersiap untuk check out hotel. Memandangkan pukil 6.30 dah terang benderang di KK ni rasa cam dah lambat je.
Lebih kurang jam 8 pagi gak lah kami check out hotel dan cari tempat bersarapan dulu.
Mama terus tuju ke Gerai yang mama pernah pergi masa trip sebelum ni. Ambil gambar setiap jenis ikan bilis dan wassap kat Group Cik Kiah. Ok dah selesai
.mari kita bergerak...biar Cik Kiah dalam Group Wassap tu fikir dan decide berapa banyak nak order ikan bilis dan udang kering ni. Nanti balik dari Kundasang kami terus je beli kat sini.
Dah selesai tu wajib lah isi perut dulu. Pusing2 akhirnya..kedai Mamak gak ditujunya. Menu ala2 KL je..roti telur bawang. Mama order mee goreng mamak..tapi bila sampai mee dia halus bebeno..cam lain lak rasa...haha
Ada beberapa pilihan kedai makan sekitar kawasan penginapan kami.
Okay...semua dah kenyang..marilah kita mulakan perjalanan. On kan Google Maps..dan google lah mana nak pergi kan.
Destinasi Pertama : Rumah Terbalik Tamparuli
Ni rasanya kiranya destinasi wajib dilawatilah bila ke KK ye. Padahal kat KL pun ada je kan Rumah Terbalik ni .tapi dah namanya sampai ke KK kan...singgah lah juga. Lokasi Rumah Terbalik ni sebelum Tamparuli dalam perjalanan menghala ke Kundasang. Terletak ditepi jalan...dari jauh dah nampak sign board.
Bayaran masuk ke sini adalah RM 12 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak2. En Hubby kurang berminat nak masuk so dia tunggu diluar saja . Pendapat saya cam agak mahal gak bayaran lah..sebab rumah dia kecik je..lepas tu tak boleh ambil gambar di dalam rumah. Tapi ok lah..feeling2 tourist kan...hahaha
Di hadapan launter tiket. Agak lengang sebab hari ni hari Khamis.
Kami masuk berempat aje...kawasan sekotar lengang hanya ada beberapa pelawat dari Semenanjung gak cam kami.
Tak dapat bergmbar kat dalam rumah..bergambar di luar rumah ajelah.
Toilet terbalik...
Kami tak lama pun di sini..dalam 30 minit dah khatam. So teruskan perjalanan....Melalui Jambatan Tamparuli yang baru...nak singgah ke Pekan Tamparuli yang ada jambatan gantung lama tu dah terlajak pulak. Ok lah...teruskan ajelah...
Selepas Jambatan ni..akan jumpa stesen minyak Shell. Anda dinasihatkan isi tank penuh ye untuk mendaki ke Kundasang. Difahamkan no stesen minyak terakhir sebelum samlai ke Kundasang. Kang kering minyak tengah jalan haru pulak kan...so isilah siap2 ye...belilah bekalan makanan mana yang perlu untuk makan kudaoan dalam kereta nanti.
Okay...perjalanan mendaki ke Kundasang bermula. Jalan lebih kurang macam nak ke Cameron Highland.
Sepanjang perjalanan kalau diperhatikan banyak gereja2 ditepi2 jalan. Kebanyakkan penduduk dikawasan ni beragama Kristian rasanya. Dan lagi satu ditepi2 jalan banyak gerai menjual Non Halal Food. So uolls jangan pulak singgah beli ye....
" Sinalau Bakas"...yang bermaksud Babi Hutan Panggang. Besar dia tuli Non Halal....jangan lak singgah ye...hahahaha
Semakin lama perjalanan kesejukan dah mula terasa. Pemandangan semakin cantik berlatarbelakangkan Gunung Kinabalu. Setiap kali ada view cantik, kami akan berhenti ambik gambar...bila nak sampainya ni...hahaha
Hampir 1 jam...kami tiba di Pekan Nabalu. Ada deretan gerai menjual kraftangan, cenderahati, tshirt dan buah2an. Kami beli Nenas Madu yang tersangatlah manisya. Cenderahati lain tengok je tak de mood lagi nak beli....
Pekan Nabalu
Matahari terik...tapi angin sejuk...
Minum Air Kelapa Nabalu...
Selesai minum air kelapa dan makan nenas madu aerta jagung kukus ..teruskan perjalanan menuju Kundasang. Asa ni kesejukan mmg dah terasa. Tutup Aircond dan buka tingkap kereta...sejuk angin menyapa
Destinasi ke 2 - Kinabalu Park
Kami tiba di Kinabalu Park lebih kurang jam 1.30 tghari. Bayaran masuk ke Kinabalu Parik adalah RM 3 dewasa dan RM 1 kanak2.
Apa ada kat sini. Pemandangan yang cantik dan nyaman. Banyak resort2 yang anda boleh pilih kalau nak menginap di sini. Suasana nyaman dan sejuk. Kani berkereta sehinggalah ke Timpohon Gate iaitu permulaaan bagi pendaki2 memulakan pendakian ke Puncak Kinabalu.
Yang ni merupakan memorial dan senarai na bagi pendaki yang terkorban dalan kejadian Gempa Bumi pada June 2015.
Kinabalu englau ternama...Gunung yang tertinggi di Malaysia....
View lat sini sangat cantik....
Ni Permulaan Point untuk mendaki ke Puncak Kinabalu. Kami ada terserempak dengan beberapa pendaki..bertanya berapa lama maaa diambil nak sampai ke puncak..mereka kata 4 jam...
Oleh ketana pemandangan kat sini tersangatlah cantik...letaklah banyak2 gambar ye buat kenangan
Gigih tau kita ambik gambar ikit mode panorama....berlari2 nakbdapatkan view dan angle yang cantik samlai ada banyak imej dalam gambar ni.
Ika..the happiest girl...cita2 dia nak le sini tecapai...
Panorama view....
Keluar dari Kinabalu Park kami meneruskan pemanduan ke Kundasang. Jam hampir jam 3 petang. Tengok2 nampak lak Hotel yang kami booking. So decide singgah untuk check in dulu lah ke hotel penginapan kami.
Di Kundasang, kami menginap di Strawbery Garden Hotel berdekatan Pekan Kundasang. Kami booking di Booking.com dengan harga RM 203 untuk family room dengan breakfast.
Bilik sederhana aje. Ok lah lagipun kami tak banyak habiskan masa dalam.bilik. lepas check in..letak beg..Solat semua, kami keluar semula.
Destinasi Ketiga - Desa Cattle Dairy Farm
Hah ni satu lagi destinasi wajib kalau ke Sabah kan Wajib singgah ke tempat ni. Ala2 New Zealand Malaysia kan. Bayaran masuk RM5 kalau tak silap.
Tempat mengepam susu lembu...bau dia huh...mmg sah lah ada bau kan....dah nama dia lembu.....tapi tak apa...bila ambik gambar...gambar tu tak berbau tau....hahaha
Wajiblah beli ni Ais Krim dan Susu Segar.
Wow...cantik kan...View lah...bukan Mama....yang oversize ni...
Gigih panjat..nasib baik tak tergolek...
Habis rpund ke Desa Dairy Farm....dah hampir jam 5.. Kami nak makan dulu. Singgah di Pekan Kundasang. Olehbkerana dah agak penat..cari makanan yang mudah dan cepat. KFC ajelah jawabnya. Sigmboard KFC ni ada dimana2 area Kundasang ni..baguslah KFC....haha. Naknke kedai2 makan kami tak pasti pulak sesuaibdwngan selera kita atau tak. Walaupun sebelum pergi mmg dah google dan survey restoran2 makanan Halal di sini..antaranya..Intan Cafe, Puteri Nabalu, Hidayanag Catering,Adillah Syah dll.
Gerai buah di Pekan Kubdasang. Harga buah agak mahal gak lah...Duku Langsat RM18/kg. Manggis RM 20/kg.
Selain buah2 an...dan juga sayur2 am...Beras Bario dan hasil2 tanaman lain.
Dah kenyang makan..balik ke hotel apalagi..Rehatkan badan....esok nak berjalan lagi. Cuaca samgat sekuk walaupun tanpa kipas dan aircond. Semua orang dah tido Mama yang terkebil2. Mengintai keluar disebalik langsir...sayup2 kegelapan malam sambil membayangkan mama berada di puncak tinggi ni.
Sambil.melayan.perasaan..akhirnya
..Mama pun terlena....
Sambung Part 3 ye...
Assalamualaikum Mama..
ReplyDeleteBestnya Sabah..
dan bertambah best lg sbb berjalan dgn insan2 tersayang.
Hai MM....dah bertahun x update blog ni . tetiba angin rajin lak datang...hahahaha...yelah Sabah Best..pegi bwkerja sebwlim ni busy x sempat nak explore...pegi dgn family...happening
ReplyDeleteAsalam semua tempat tu dah pergi..memang best berjalan masa cuti ada masa ..ambil hikmah keajaiban alam ciptaan allah.
ReplyDeleteSalam kenal .,.saya done follow ya
memang banyak tempat menarik di Sabah..
ReplyDeleteHi..baru follow sini...ermmm...bila laa sha nak sampai sabah nihhh...
ReplyDelete