Monday, July 30, 2018

Kota Kinabalu Trip - Part 1

Dah lama betul rasanya tak update Blog kan. Dah bertahun lah..sampai anak2 pun dah besar.

Kali ni nak update blog disamping nak abadikan gambar2 dan untuk panduan mereka yang nak bercuti ke Kota Kinabalu. Sebab sebelum mama pergi ni..banyak gak goggle pasal trip ke KK. Panduan perjalanan dll. So terasa nak share juga moga memberi manafaat.

Untuk trip ke KK ni , mama pergi satu keluarga seramai 5 orang lah. Kebetulan Iki dan Ika sedang bercuti semester yang agak panjang. Iki nak masuk ke Tahun 2 di UTEM sementara Ika baru habis Asasi Pintar UKM dan keduanya akan menyambung study di UTEM dan UKM awal bulan September nanti. Amir pulak hehehe..cuti peristiwa lah...

Booking tiket 3 minggu sebelum berlepas. Kami bercuti pada 25 - 29 July 2018. Kebetulan masa tu Malaysia Airlines ada buat promosi...dan kami sempat grab harga promosi tu. Untuk flight return KL-KK-KL hanya RM 1595 sahaja 
Murahkan....Alhandulillah...rezeki kami. Trip kali ni selama 4 hari 4 malam.

 48 jam sebelum berlepas kita dah boleh check in through website kan. So mama dah siap2 web check in dan pilih seat.
 Tapi sebab flight penuh...seat hubby tercampak kebelakang sikit lah...ok lah x apa..nanti kalau ada rezeki kita tukar masa nak berlepas ye.
 Iternary dah siapkan awal-awal supaya nanti tak kelam kabut fikir nak ke mana..nak kemana dulu. Iternary ni lebih kurang aje..sebab bukan nak follow 100% pun. Lagi pun ni trip sendiri..ikut suka nak kemana dan bila-bila masa.
 Packing baju adalah benda yang paling malaa nak buat. Kami decide bawa luggage besar aje untuk berkongsi 5 orang punya pakaian. Memandangkan setiap seorang asa 30kg bagasi allowed by MAS. . so senang le nak angkut kan...hahaha
 Passport....utk ke Sabah...boleh gunakan sama ada Passport atau pun IC. Mama pilih guna passport sebab senang nanti imigresen di Sabah cop aje kat passport. Kalau gunakan IC boleh juga..nanti mereka akan beri slip kecil sebagai Visa kemasukkan ke Sabah. Kena simpan kertas kecil tu. Masa nak balik nanti kena tunjukkan kertas kecil tu kat Immigresen. Jangan hilangkan pulak. .kalau hilang dah satu masalah pulak. Kedatangan yang sebelun ni Mama gunakan IC...so sepanjang ada kat sana dok risau je kertas kecil tu hilang....hahaha. Visa tu merupakan pengesahan kemasukkan kita ke Sabah dan valid untuk 90 hari tinggal di sana.

Ok...memandangkan flight kami adalah jam 9 malam. Kami bertolak keluar selepas Asar. Drive santai2 dari Ampang dan singgah for early dinner dulu dipertengahan jalan.Kami lilih untuk droce sendiri ke KLIA. Dan kebetylan adik ipar tinggal berdekatan KLIA, so parkibg kat rumah dia dan dia hantarkan ke KLIA. Kalau nak park di KLIA pun beh dengan kadar kalau taknsilap rm46 sehari. Boleh pilih je yang mana selesa. Naik Teksi ke Hrab ke..ERL ke...semua ada pilihan.

 Early Dinner sebelum sampai ke KLIA.

 Kami tiba di KLIA jam 7 malam. Terus ke kaunter check in dan drop bagasi. Dapatkan pengesahan Gate No berapa. Terus menuju ke Surau untuk Solak Jamak Maghrib dan Isyak.
 Memandangkan trip ni bukan masa cuti sekolah, maka Mama terpaksa cutikan budak kecik ni. Mama call inform dan jumpa cikgu serta buat surat kebenaran cuti selama dua hari. Memandangkan exam pun dah habis dan result pun dah habis dan sebagai reward dia dapat no 1 dalam kelas dan keseluruhan tahun 4...so kira ok lah..mama & ayah bagi greenlight cuti peristiwa...hehehe

Happy Kids....
Complete family. Sebelum ni Mama ada ke Sabah atas urusan kerja, begitu juga dengan Hubby ke Sabah atas urusan kerja masing-masing je. Tapi kali ni kami pergi conplete untuk bercuti. Ika paling teruja nak ke Kundasang. Amir teruja nak snorkling...Iki relax2 je cool.
Okay....dah siap drop bagasi.....kita pi solat dulu
Kau dan aku..till jannah...inshaallah ....

Pukul 8 malam boarding dan menuju ke Gate B4 untuk pelepasan.

Sementara menunggu...

Mama & Ika
Dah besar kan anak bujang mama. Bulan depan dia nak fly utk mobiliy student selama satu semester di luar negara.

Saat2 yg paling disukai...bersama family tersayang sudah semestinya.

Ok.....panggilan masuk ke Pesawat....

Eh...eh....Marsha AF lah....mau pulang ke Sabah bah...Marsha....sangat friendly dan peramah.....

Stewarders ni peramah dan rajin melayan Amir. Tanya macam2 ngan Amir.....dia kata cam anak2 dia yang ditinggalkan kat rumah je....
Ready to take off

Penerbangan ke Kota Kinabalu mengambil masa selama 2.5 jam. Bagi mama yang tak suka fly ni..mmg rasa bosan. Anak2 suka aje layan movie...
Makanan disajikan..Nasi Briyani Ayam.....sedap..

Amir berselera makan sambil layan movie..Black Panther.....

Mama mmg tak suka tengok movie ke apa. Biasa mama habiskan masa dengan membaca dan tengok route penerbangan dah sampai mana..berapa lama nak sampai..ketinggian pesawat berapa..suhu diluar berapa ..kelajuan pesawat berapa...dll. Mama mmg suka tengok dokumentari pasal penerbangan.Jenis2 pesawat...suka monitor flightradar24...dll. Teruatama dokumentari  pasal "Air Crash Investigation"....hahaha..tu yang kadang terlebih imiginasi..
Macam biasa Kacang Masin MAS mmg terbaik..tak tau lah..tapi suka beno ngan kacang masin MAS ni.
Hehehehe...berapa lama lagi nak sampai tu....
Before landing.....

Ready to landing.....

Alhamdulillah...safely landed di Kota Kinabalu Interbational Aiport jam 11.30 malam. Smooth flight....dan lancar. Cuaca baik. Tiada turbulance. Tw Crew MH2628 KUL-BKI.
Sebelum turun dia usik2 Amir lagi...
Dengan Mama sekali selfi. Dia kata best lah cuti2 dengan family...dia keja kerja..hahahah
At KKIA......Oleh kerana sampai hampir tengah malam, Airport pun agak lengang. Berjalan menuju ke pemeriksaan Imigresen..Cop Passport dan ambil slip visa mana yang gunakan IC . Simpan baik2 slip tu ye..kang tak boleh keluar dr Sabah lak....hahaha

Sampai di Kota Kinabalu Airport....agent kereta sewa yamg Mama dah siap booking dan bayar dari KL dah sedia menanti. Untuk trip ni kami sewa kereta Bezza dengan kadar sewa RM 140 sehari .Kami sewa dari Green Matriks Sdn Bhd.
Mr Lesly sedang menyemak dokumen sebelum serahkan kunci. Ini lah kenderaan kami untuk 4 hari nanti.....Kereta baru..tip top..bersih dan luas hati lah.

Ok settle urusan kereta...kita pegi ke hotel. Tak tau jalan..jangan risau..Google Map lan ada...Waze kan ada. Google aje lah...

Memandangkan sampai dah malam dan esok pagi2 dan nak mulakan perjalanan ke Kundasang..kami ambil hotel biasa2 je. Kami menginap di Promenade Service Apartment dgn kadar sewa RM 148 utk semalam family room.
Bilik besar dan luas. Dengan dua katil kelamin. Dalam gambar Iki dan Amir dah bergumpal. Sejak abang cuti ni..mmg abang lah idola dia...hahaha
Ada set meja makan....set sofa..fridge..wifi...ok lah tu..untuk berehat sebentar.
Ok..memandangkan dah malam....tido dan rehat dulu. Esok plan kami nak ke Kundasang, Kinablu Park dll.

Sambung Part 2 nanti ye....

1 comment: