Thursday, November 17, 2011

Debaran UPSR 2011Dah Berakhir - Tahniah IKA

17 November 2011 - Hari ni keputusan UPSR diumumkan seluruh negara. Ini kali kedua mama menghadapi detik2 mendebarkan macam ni. Tahun lepas IKI, taun ni pulak turn IKA.

Walaupun tau keputusan akan hanya diketahui selepas jam 10 pagi, tapi ramai ibubapa yang datang awal. Mama pun ambil kesempatan cuti halfday hari ni untuk beri support pada anak mama AMIRA ZULAIKHA @ Ika.

Seawal 9.30 mama dah try hantar sms untuk dapatkan keputusan.Dia kata kul 10...tapi saja jer hantar awal. Tahun ni keputusan boleh juga diketahui ikut sms. Pukul 10.45am, mama dapat jawapan melalui SMS, Ika berjaya dapat 5A. so bagitau Ika dulu...so dah kurang suspen dia sementara nak tunggu sikgu sampai...hehehehe

Pukul 11 lebih baru cikgu umumkan keputusan. Panggil sorang2 murid...dan last sekali murid 2 yang tak disebut nama...hahahah itulah yang dapat 5A....macam tahun lepas gak.

Untuk tahun ni SK Ampang , hanya 25 pelajar ( termasuk Ika) berjaya dapat 5A berbanding tahun lepas, seramai 40 orang ( termasuk Iki)..ada penurunan dari segi 5A, tapi keseluruhan kelulusan adalah meningkat bagi semua matapelajaran. Tengok analisa UPSR seluruh negara tadi..macam tu juga rupanya yea...peratusan lulus semakin meningkat..tapi peratusan yang dapat semua A menurun sedikit. kat sekolah tu pun ramai gak ler..yang dijangkakan dapat 5A, tapi tersangkut satu subject dapat B.

Apapun Tahniah kepada yang berjaya...yang kurang berjaya...jangan putus asa...

takut, cemas, sedih, suka, suspen..semua perasaan tu ada.....masing2 dalam debaran menunggu result. Mana yang dah tau result through sms...rasa legalah sikit..macam orang yg tengah sengih jer tu

Mama yang kepanasan menunggu ni...mana cikgu ni tak sampai2 ambik result dari PPD. tunggu2 yang sampai dulu cikgu yang gi bank dgn diiringi polis untuk keluarkan duit bantun rm100 tu...hehehehe

ok...cikgu dah sampai.....semua pelajar tahun 6 masuk dalam dewan.....dimulakan dengan bacaan doa...

ibu bapa pun ramai yang datang....tak muat nak masuk dewan...mengintai dari celah tingkap n pintu ajelah...

Guru Besar sedang memberikan taklimat..

lamanya...dah penat ni...

Ika.....suka dalam gembira....masa ni nama dia masih belum dipanggil lagi...

tak senang duduk dah semua tu...cepatlah cikgu...time ni sms service pun dah jem....tak leh nak check

akhirnya sampai turn Ika....seperti dalam kandungan sms tu...Ika berjaya dapat 5A. Berjaya mengekalkan prestasi dari Ujian Diagnostik awal tahun sampai lah ke trial upsr...dapat 5A....Tahniah anak mama....

keputusan penuh UPSR.....

bersama 3 sahabat karib, Arisya Umaira & Sufi Aisha...

Agak sedih Sufi kurang bernasib baik.walau sebelum ni dalam ujian2 sebelum sering dapat 5A, Untuk ujian ni sufi dapat 3A2B. Tak apa sufi...jangan sedih2....perjalanan masih panjang....

Ika & Arisya. Esok hari anugerah. Ika akan menerima anugerah TOKOH AKADEMIK dan Arisya akan menerima TOKOH MURID...semoga persahabatan mereka berkekalan...


BEst Friend forever...kalau boleh mereka nak bersekolah disekolah yg sama...tapi tak taulah...nampaknya terpaksa berpisah masa Sekolah Menengah nanti agaknya...

sebab Mama dah penat...malam ni malas nak masak....jom Mama belanja makan Chicken Chop..ahahhahahahah

So esok hari terakhir persekolahan. Dan esok ada hari Anugerah Cemerlang Sekolah. Lepas ni mama tak ada anak2 bersekolah di Sekolah Rendah. Kena tunggu Amir ler..lagi 4 tahun baru masuk darjah 1.

Cepat betul masa berlalu....dah habis sekolah rendah dah Iki & Ika...

4 comments:

  1. Tahniah Ika....
    Kali ni biarlah anak sorang ni masuk MRSM

    ReplyDelete
  2. sedap nampak chicken chop....tu duit yang 100 ke ..hehehe...

    ReplyDelete
  3. Msom- Terima Kasih. bab nak masuk mrsm ke sbp ker...ken aikut tuan punya badan ler...hehehhe

    Mama Janet - TQ..bila nak belanja ika n mama dia ni

    Kak Kay - haah sedap tau chicken shop tu...jom nanti kita gi ngeteh kat situ

    ReplyDelete