Friday, February 18, 2011

Doa Buat Nabil Irfan

Semakin lembab dan tumpul rasanya idea nak mengupdate blog. kalau tak ada peristiwa menarik yang nak diabadikan memang blank jer idea nakupdate blog ni.

Beberapa hari yang lepas mama berkesemaptan nak melawat anak seorang teman yang sedang di rawat di HKL. Sebenarnya cam agak fobia bila sebut nak gi HKL. Baru beberapa hari FIL kelaur dari HKL. Hari ni mama gi hospital dgn SIL.

Agak sedih tau mama nak tulis n3 ni. Alkisahnya anak sekecil ni dah terpaksa menanggung kesakitan yang tak tau untuk diterjemahkan. Mama melawat adik Nabil Irfan sehari sebelum adik nabil menjalani rawatan "Kimoterapi". Uols tau kan kalau rawatan Kimoterapi ni untuk penyakit apa.

Amir & Nabil berpegangan tangan tu..Nabil ni memang cute sangat. Masa ni Nabil sihat dan tak ada simptom2 penyakit lagi.

Memang sedih..maklum lah Nabil ni memang mesra dengan Amir. Amir tua setahun dari Nabil. Selalu jumpa nabil kalau Amir gi lepak kat Taska SIL. Dan Nabil ni memang menjadi kesayangan dan kesukaan kebanyakkan kanak2 di taska SIL ni. Nabil ni memang comel dan keletah. Tapi ntah dimana puncanya..penghujung tahun Nabil selalu tak sihat. Demam2 dan sebagainya. Sehingga satu ketika naik benjol kat tepi dahinya. sebelum tu ada beberapa kali ada tanda2 seakan lebam dibadannya.

Sebelum ni ada Nabil dimasukkan se sebuah hospital swasta, tapi atas nasihat doktor dia dipindahkan ke HKL untuk rawatan lanjut.

Kalau tengok dia ni kanak2 yang aktif jer...cuma sejak kebelakangan ni agak monyok..dah beberapa kali dimasukkan bekalan darah dan sel plasma. Hati & Limpa dia membengkak dan perutnya agak buncit..


Setelah 8 tahun , ini kali pertama mama berkunjungkesini.Berderau rasa darah dan dada berdebar2. selalu tu cuma melewati je bangunan ni...

Setelah berulang alik ke klinik, dirujuk kepasa hospital, bertemu pakar, akhirnya Nabil disahkan mengidap penyakit Langerhans Cell Histiocytosis (LCH) . Uols kalau free gi lah google apa benda panyakit tu. Apa yang mama tau penyakit ni berkaitan dengan ketidaknormalan sel darah yang seakan2 kanser. Dan kaedah rawatannya adalah sama dengan kanser, iaitu Kimoterapi. Bayangkanlah anak sekecil ni terpaksa melalui rawatan kimoterapi yang semua orang tau akan kesan sampingannya.

Masa mama melawat dia ni..baru 2 hari menjalani pembedahan untuk memasukkan tiup dari belakang leher di sambung terus ke perut untuk masukkan ubat kimoterapi.

Muka sayu Nabil. ada tiub yang dah ditebuk dari belakang leher ke perut...

Masa kami datang Nabil agak ceria...dan nak bermain2. tersengum lagi tu...moga Nabil akan terus ceria dan cepat sembuh yea Nabil.

Semoga Nabil Irfan tabah dan kuat semangat menghadapi ujian ini. Buat kedua ibubapa Nabil..bersabarlah dengan ujian Allah. Tabahkan hati fan kuatkan semangat, Insyaallah setiap penyakit ada penawarnya.

Mama sempat berbual dengan jiran2 katil sebelah Nabil. Bersyukurlah kita semua diberi kesihatan yang baik. Kalau kita kat laur sana..kita tak tau yang di dalam wad ini banyak menyimpan ceria duka penghuninya. Sempat berbula dengan dengan adik Syahira penghidap kanser tulang....ada yang leukimea...kanser hati...sedihnya hati melihat keadaan ini..dengan masing dah botak tanpa sehelai rambut selepas kimoterapi..ada yang dah tak boleh berjalan dan macam2 yang membuatkan hati sangat2 terguris. Tapi mama perhatikan mereka semua ni sangat2 tabah...dan kesemuanya ditemani ibu atau bapa sepanjang masa. Hospital merupakan rumah kedua bagi mereka. para jururawat pun dah mesra dengan mereka2 semua.

Mama dapat merasakan apa yang kedua ibubapa dan kaum kelaurga Nabil rasakan. Kerana mama pun pernah melaluinya. Lebih2 lagi sewaktu mama nak melangkah ke Institut Paedetrik HKL. setelah 8 tahun inilah kali perama mama menjejakkan kaki ke sini. Berderau sepanjang perjalanan nak ke wad nabil Kebetulan wad Anis dulu berhadapan wad Nabil sekarang. Dalam perjalanan pulang pulak mama melalu ICU...hampir menitik air mata mama....ye...disitulah anak mama ANIS SABRINA menghembuskan hafas terkhirnya...Al-Fatihah buat Anis.

Wad KK2....dulu Anis duduk dalamWad ni sebelum dipindah ke ICU...

melewati kawasan ini...buat hati mama rasa tak keruan.....rasa nak cepat2 je tinggalkan tempat ni....Namun siapalah kita untuk menolak ketentuannya...

Mama doakan semoga Nabil Irfan akan cepat sembuh seperti sediakala dan ceria macam selalu. nanti boleh main2 lagi dengan Amir. Masa Mama menulis n3 ni..dengarnya Nabil akan dibenarkan balik dalam beberapa hari lagi..sebelum sessi kimoterapi yang akan datang....

1 comment:

  1. Bila baca entri Mama ni, MM insaf...rupa2nya di luar sana, ramai lg ibu2 yg tabah menghadapi pancaroba kehidupan...sedangkan MM ni baru sakit chicken pox je hari2 rasa mcm nak nangis. Moga Nabil cepat sembuh.

    ReplyDelete